style="text-align: center"

Khamis, 30 Jun 2011

NO MAN IS PERFECT..

Kalau memilih tempat mandi
Pertama teluk kedua pantai
Kalau memilih calon suami
Pertama elok kedua pandai
Hidup bukankah untuk dinikmati ?.Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal- hal yang tidak sepatutnya.Siapapun dia ,dia adalah lelaki yang bergelar 'SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk.Tinggal bagaimana  kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan daripada kita gagal berasa bahagia.Setelah anda  diIjab- kabul, satu perjanjian telah di bentuk.Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil orang berkenaan  yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai SUAMI.Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda.Setelah diikat dengan tali perkahwinan ,mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan  yang terbaik.Dia memang dijadikan buat anda.Dia adalah segala-galanya.Bentuklah kebahagiaan bersamanya.INGAT!!!...anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm. beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama.Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya,maksud saya dia masih ingat rumah ,ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki ,dia masih seorang lelaki yang boleh di harapkan .Apalagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah- ibadah fardhu.Kekurangan2 yg. ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata 'NO MAN IS PERFECT'...
Dari buku motivasi diri  wanita dr Hm Tuah Iskandar.

Kek bukan secret resipi


Bosan sungguh petang ni.Nak turun execise hujan la pulak.Apa kata kita masuk 'my little kitchen' buat kek.Tengok dalam peti Doraemaon ada buah strawberry yang dah masak ranum,dok dalam bekas kesedihan tak de orang makan.Projek pun bermula dan taraaa..dah siap kek coklat dengan topping buttercream yang ditengahnya  dilapisi oleh coklat ganache..oohh lazatnya,sapa tak cuba buat rugi. Budak- budak 3 orang tu lagilah suka..apapun saya bawa sikit untuk kawan -kawan makan kat tempat kerja....sedekah makan he..he.
.
Di sini saya ingin berkongsi dengan kawan -kawan beberapa adab-adab ketika memasak .Ianya di baca dari blog masakan Anakku soleh.
Makanan yang di masak dengan adab dan sunnah ,akan melahirkan makanan yang baik  untuk jiwa suami dan anak-anak.
3 adab memasak pada hari ini ialah:
1) Apabila memasak ,seelok-eloknya berada dalam keadaan wudhu'.
2)Sentiasa menutup aurat sewaktu memasak.
3)Berzikirlah sewaktu sedang memotong ,mencedok ,mengacau dsb.

SENYUMLAH

 Apapun masalah mu ia pasti akan berlalu....senyumlah.

Remember when you give the way of Allah give so that it hurt. Give so that you feel that you have made a sacrifice for this sake.The real giving  is when you push yourself out of your comfort zone.Remember your striving will not be in vain and giving 'sedekah' does not decrease wealth, in fact it increase it !....From Facebook. 

Selasa, 28 Jun 2011

BENGANG..

Alahai kerja malam pulak! seronok lepas ni sebab dapat cuti, bolehlah 'bersenang -lenang' di rumah sambil buat rutin harian surirumah.Lepas tu boleh blog walking dan boleh buat hobi yang paling disukai iaitu menulis blog suka - suka.Saya memang suka berehat sambil menulis di skrin ini.
Kasihannya dengan seorang pesakit yang mengalami head injury tu.. tak henti- henti dok membilang nombor,dah 6 jam berlalu tapi masih lagi belum tidur.Agaknya semua pesakit yang lain pun ikut tak tidur sama sebab bising.
Tadi Cik Tie ajak makan sate,mengantuklah pulak bila perut dah kenyang,harap-harap dapat bertahan hingga ke pagi......kepala dah tink tonk!ni..

Isnin, 27 Jun 2011

ANGGERIK OH BUNGAKU...

Saya suka tanam pokok bunga.Tak kiralah apa jenisnya pun.Tapi yang paling suka sekali adalah pokok Orkid.Bunganya dahlah tahan lama,warna menyerlah dan kelihatan lebih caaantik sangat kalau kena cahaya di waktu pagi.
Kalau pulang dari kerja tu,badan yang penat , kepala yang tensioon ...boleh release kalau tengok bunga Orkid yang sedang berkembang.
Terdapat 750 genus kesemuanya dan lebih kurang 25,000 spesis asal dan yang selebihnya adalah Orkid hibrid(orkid kacukan) di seluruh Malaysia.
Orkid terdiri dari 2 golongan iaitu: 
1)tumbuh atas tanah-   Terrestial spesis.
2) menumpang diatas pokok lain - Ephiphyte spesis.

Sabtu, 25 Jun 2011

GAMBANG WATER PARK

 Percutian yang menyeronokkan!. Seharian kami menghabiskan masa bercuti sambil mandi- manda di sini. Macam- macam jenis permainan air yang menyeronokkan ,semuanya kami cuba.Tapi  yang tak seronoknya time makan ,ala ciputnya.Budak - budak nak makan sokmo ,lapar la katanya sebab main air guna banyak tenaga. Makanan pula tu tidak menepati selera.

 Ni dia tempat main air yang amat
happening.Seperti di alam fantasi.Azim sangat suka main air kat sini.Tank ikan piranhanya kalau dah penuh tu,curahkan air nya dengan banyak sekali.Penguinnya ramai dan berwarna warni sekali.Kalau pingu yang  sebenarnya tengok mesti pengsan punya sebab terkejut dan teruja.!
Main air kat Cocoa Beach.Zoom kamera dari jauh,sebab takut basah. Jurugambar bebas tok leh mandi nanti sapo nanti nak ambil gambar saat- saat sedang bergumbira..yeeeaaah.
Tapi yang tak seronoknya ombaknya datang sekali-sekala.Dah namanya pantai buatan.Terimalah aje....

SPLASH...HABIS BASAH.

 Azim, my little boy suka -suka sangat main air.Kat rumah sampai ke kolam plastik tu dah beberapa kali beli.Lepas satu-satu ia koyak.
Kalau bawa gi mandi -manda kat Splash sampai ke tak nak balik.Tangan jadi pucat dan kecut ,badan dah jadi sejuk, mata pun dah merah- merah tapi si comel ni tetap nak mandi dan berendam dalam air.

Daripada tak pandai berenang Azim akhirnya dah pandai berenang by himself.Azim pun dah boleh floating dalam air.Budak bulat memang la senang terapung!.
Kalau balik dari main air kat Splash mesti dapat batuk dan hidung berair.Ni kes terminum klorin banyak sangat la tu.
Apapun lain kali tak serik ,mesti nak gi lagi....

NEGARA GILA INTERNET.

Dua juta daripada 48.6 juta penduduk Korea Selatan mengalami ketagihan internet. 

Dan satu klinik khas terpaksa dibuka untuk rawat mereka.Komputer memang boleh menbuat orang leka terutama apabila melayari laman yang menyeronokkan
Korea Selatan ,salah satu negara berteknologi maju dan boleh dikatakan semua penduduknya mempunyai akses kepada internet.

 SAVE BRAIN (klinik selamatkan  otak )yang dibuka awal Mei lalu menjadi klinik pertama di negara itu yang menawarkan khidmat untuk individu ketagihan internet.
SUMBER DARI HARIAN METRO 22 JUN 2011.

Rabu, 22 Jun 2011

DESSERT

 Kelmarin buat ais krim 'homemade'.Sedap makan masa balik dari kerja.Resipinya ambil kat blog Maisya.Tq.. Maisha kerana menyumbang resipi ais krim yang mudah dan sedap ni. Ais krim tu dapatlah dua biji bekas.Satu bekas bawa ke tempat kerja makan dengan kawan2.Satu bekas lagi buat makan kat rumah .anak- anak sapu licin dalam masa 2 hari..

Resipi: Satu pek krimer 450 gm
            3 cawan air panas
            3/4 cawan gula
Campur semua sampai sebati.Letak semalaman dalam peti ais.Putar hingga gebu,kemudian simpan dalam peti ais semula.Lepas tu boleh makan la..bestnye!!!Boleh juga di buat pula Banana split.sedapnya..   

       

Isnin, 20 Jun 2011

Mesti ke orang suka kita?


Hari baca buku Dr Hm Tuah Iskandar al Haj.Beliau menulis macam mana kita  nak tahu kita ni disukai dek orang? macam mana? susahkan !
Kalau orang senyum kat kita tentu orang tu suka kat kita...belum tentu ye.
Kadang -kadang orang senyum dalam sindiran, dalam benci dan dalam menyampah.


Beliau cakap, pasal tulah kita boleh 'assume semua orang suka kat kita dan kita juga tak boleh 'assume' semua orang benci pada kita.benda ni susah nak tahu.Jadi,kita buat tak reti aje.Yang kita tahu dan reti kita buat baik  dan berbaik  dengan semua orang.Orang nak benci,nak menyampah, nak sakit hati itu dia orang punya pasal.Yang kita tahu kita tak buat begitu pun pada siapa-siapa.Tq Dr Tuah..i'm motivated!

Ahad, 19 Jun 2011

WEIGHT SCALE

Usah timbang berat badan hari-hari.Dikuatiri anda akan kecewa dengan hasilnya.Paling bagus anda perlu menimbang tidak lebih sekali dalam seminggu.

3 sebab terbaik untuk turunkan berat badan:
*untuk fit,untuk mengelak masalah kesihatan,untuk meningkat keyakinan diri.


3 sebab terburuk untuk turunkan berat badan:
*untuk menjadikan hubungan lebih baik,untuk membuatkan orang lain bangga dengan anda,untuk membuatkan orang lain suka dengan anda.
Jika anda tergesa- gesa sehingga tidak sempat mengambil sarapan ,anda pasti makan dengan lebih banyak sepanjang hari.

dipetik dari Majalah Rapi Mei 2010.

BROKOLI

Brokoli baik untuk tulang.Ia adalah salah satu sumber vitamin K yang baik.Satu kajian yang telah dilakukan di Perancis mendapati mereka yang mengambil brokoli mampu mengekalkan  kesihatan tulang.Dalam kata lain, kekurangan vitamin K dapat merangsang terjadinya masalah kereputan tulang.

chef terbaik dan popular

Sabtu, 18 Jun 2011

ICT sana- sini.

Selepas kejayaan iPhone 4,sudah tentu Apple kini sibuk menyediakan telefon pintar terbarunya,iPhone 5.Menurut sumber,iPhone 5dijangka dilancarkan pada Ogos ini walaupun kebiasaanya Apple sering melancarkan model- model barunya pada Jun.Satu lagi khabar angin yang menarik ialah ada yang menyatakan iPhone 5 akan dilengkapi dengan kamera megapiksel(MP) resolusi tinggi serta tidak menggunakan kad SIM kerana sistem rangkaiannya terbina dalam.Canggih betul la....tak dan nak ikut!

DINNER@restoran syam

Inilah dia sebahagian hidangan malam itu.sungguh sedap dan menyelerakan.Meja yang sepatutnya diisi dengan 10 orang tetamu, tapi yang datang cuma 4 orang sahaja.Puas kami makan sampai tak larat nak habiskan.Lastly tinggal macam tu aje..Syukur alhamdullilah di atas segala kurniaan rezekimu ini Ya Allah.

Khamis, 16 Jun 2011

musim orang kahwin





Perkahwinan Nazran dan Nik Nur Fadzillah- sepupu saya yang telah berlangsung pada 4 jun 2011.Majlis telah berlangsung dengan meriahnya pada hari Khamis.Hai kenyang makan kenduri la cuti sekolah ni..

Hmmmm...sedapnya...supper untuk kerja malam + kopi beng..kenangan catatan pertama oleh Leong Yit Siew...

kerja malam

inilah catatan pertama saya....pukul 0330am tengah kerja malam...mengantuknya..