style="text-align: center"

Khamis, 25 Ogos 2011

TIP SARAPAN SIHAT

TIP SARAPAN SIHAT
  • Penyediaan bijirin seperti emping jagung yang juga boleh di campurkan bersama dalam puding roti dan sebagainya selain kebiasaan  mencampurkannya dengan susu.
  • Selain menyediakan  bubur nasi,anda juga boleh menyediakan  bubur daripada oat yang di campurkan dengan ayam  mahupun buah -buahan seperti strawberi ataupun oren.
  • Telur dadar  bercampur sayur-sayuran segar  seperti lobak merah,brokoli ,daun seleri atau cendawan  juga pilihan sarapan yang baik kerana tahap protein yang tinggi.
  • Minum jus buah-buahan segar yang dikisar  sendiri.Campurkan  sedikit susu segar  kedalam jus untuk  mendapat sedikit kalsium.
  • Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk  mengurangkan berat badan  kerana ia mengelakkan seseorang  itu daripada  mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan  tengahari .Jadi, pastikan ianya tidak berlemak dan tinggi kolesterolnya 
Sumber :Majalah  Harmoni.
Gambar : google image

Rabu, 24 Ogos 2011

LAWAR IKAN

 Salam semua.Siapa pernah makan Lawar Ikan .Saya rasa bukan semua orang boleh makan sebab ikannya tidak di masak,cuma diletak air perahan asam limau nipis untuk 'memasakkannya'.Kat seberang sana(Sarawak) ada juga resipi ni tapi di panggil Umai .Saya tak pasti   bahan apa yang digunakan tapi ia juga adalah ikan yang di makan mentah . Kat Jepun pun ada dipanggil Sushi,tapi dia orang guna Ikan Salmon.Kat Kelantan kita pakai Ikan Tamban je.Cara buatnya diajar oleh arwah ayah saya lama dulu.
 Bahan -bahan
  • 10 ekor ikan tamban
  • 5 ulas bawang merah -dihiris nipis
  • 5 biji cili padi
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 3 biji limau nipis-ambil airnya
  • garam,gula secukup rasa
  • daun serai kayu-dihiris nipis.
Cara membuatnya.
  • Cuci ikan bersih-bersih dan buangkan sisiknya.
  • Potong ikan ambil isinya sahaja.
  • Tumbuk bawang merah bersama lada hitam dan gula.
  • Gaulkan dengan isi ikan ,perahkan air limau nipis ,garam.Ketepikan sebentar.
  • Gaulkan dengan bahan -bahan yang telah dipotong tadi.  
  • Sesuaikan rasanya,bolehlah di hidangkan .

Sabtu, 20 Ogos 2011

AGAR -AGAR SANTAN PANDAN.

 Hari Isnin lepas ,saya buat agar-agar santan untuk juadah berbuka puasa.Tapi macam biasalah kalau buat tu tak pandai nak buat sikit.Satu adunan agar-agar boleh dapat satu periuk .Bagi sikit kat Cik Tie buat berbuka puasa.Senyum meleret Cik Tie dapat agar-agar santan pandan yang 'manih-leting' ni.Mulanya nak buat agar-agar santan dengan gula melaka,tapi bahannya tiada.Apalagi saya terus je mesin daun pandan kat tepi rumah tu.


AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
Sumber:daridapurSuzana

Bahan -bahan 
  • 1 peket agar-agar tali
  • 2 cawan  santan kelapa
  • gula-ikut suka manis masing-masing
  • secubit garam
  • 5 cawan air
  • 1 cawan air daun pandan
  • 3 biji telur 
  • sedikit pewarna hijau
Cara membuatnya
  • Masukkan air kedalam periuk bersama-sama agar-agar dan masak hingga agar-agar cair sepenuhnya.
  • Tambah gula , sedikit garam dan air daun pandan dan pewarna hijau.
  • Semasa agar- agar masih mendidih ,masukkan santan yang di pukul dengan telur.Kacau sebentar-jangan sampai melimpah keluar periuk.
  • Kacau sebati.Masak sebentar dan bolehlah di angkat letak dalam acuan yang di sukai.
  • Sejukkan dalam peti sejuk dan bolehlah di potong.

*Air yang dimasukkan boleh di adjust ikut jenis serta berat  agar-agar yang digunakan.

PANTAI RINDU ,PONDOK CINTA

PANTAI RINDU ,PONDOK CINTA

Kala titis hujan berjuraian di wajahku
sebatang pena resah menari
selembar kertas bunga kapas
bersatu  menitip warkah rindu
dalam coretan yang basah.

Tinta yang tumpah dalam deru
terpercik ke sukmaku
birunya di jiwamu.

Bersama kita di pantai rasa
dalam alunan debur ombak bertingkah
suara hatimu di kirim bayu senja ke kalbu ku
kau termangu di beranda menunggu jentayu
sambil menunggu sinar purnama
menyuluh di kamar jiwa.

Lilin disisimu separuh cair
semangkuk air dan kemboja di kaki katil
hampir hilang wanginya
dalam menantiku
"Aku ingin berperi denganmu
seribu tahun lagi".

Kau menantiku di pondok cinta
bersama meniup liukan api rindu
sewaktu aku menyelitkan sekeping nota
di kaki camar yang pulang senja.

KARYA:ROZAIS AL -ANAMY
Pinggiran Putrajaya.

GAMBAR:Terimakasih daun keladi untuk model yang mengizinkan gambarnya di gunakan di blog ini. Gambar yang sungguh romantik!!!

HATI AYAM MASAK KICAP





Hari ni tak nak mahu tulis panjang -panjang .Jadi kita terus tengok resipi Hati Ayam Masak Kicap yang amat sedap ni.Bertambah sedap kalau di makan dengan nasi  panas.

Bahan -bahan  
  • 1/2 kg.hati ayam
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 labu bawang besar -di hiris
  • 3 ulas bawang putih -di tumbuk
  • 1 cm.halia -di tumbuk
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula 
  • sedikit karot dan lada hijau
Cara membuatnya
  • Hati ayam di bersihkan .
  • Tumis bawang besar,bawang putih dan halia hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar,sos tiram,sos cili , air asam jawa dan kicap pekat.
  • Masukkan hati ayam dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  • Tambahkan karot dan lada hijau.
  • Biarkan hati ayam masak dan bolehlah di hidangkan.

Jumaat, 19 Ogos 2011

KHADIJAH AL KHUWAILID

KHADIJAH AL KHUWAILID

10 kelebihan dan keutamaannya
  • Isteri pertama Nabi dan kekasih pertama di hati Nabi.
 
  • Nabi tidak menikahi wanita lain selama Khadijah masih hidup.
  • Nabi tidak mengambil hamba wanita sehinggalah Khadijah wafat.

  •  Isteri yang mampu memberi keturunan kepada Nabi.
  • Nabi tidak pernah merasa marah kepada isteri ketika hanya mempunyai seorang saja isteri iaitu Khadijah.
  •  Orang pertama solat bersama -sama Nabi.
  • Wanita pertama antara isteri-isteri Nabi mendapat jaminan syurga.
  • Orang pertama menerima salam dari Allah.
  •  Orang pertama yang kuburnya dipersiapkan oleh Nabi .
Sumber :e-mail kampus                                                                                

KUIH SERI MUKA

 
Kuih seri muka ni saya buat untuk berbuka puasa.Dapat dua bekas.Bagi kat jiran sebelah rumah satu bekas untuk berbuka puasa.Resipinya saya tanya Puan Gayah kawan kita kat tempat kerja tu. Puan Gayah ni dia pakar bab-bab buat kuih tradisional ni.Tapi dah sedikit terkeluar dari senarai resipinya.Lapisan atas tu tak guna santan.Masa nak buat hari tu tengok dalam peti sejuk cuma ada susu cair.Mana santan kotakku,sapa yang makan !!!

 Bahan-bahan
lapisan atas
  • gula,telur,santan pekat,garam,gula melaka(di cairkan)
Lapisan bawah
  • beras pulut,santan cair dan garam.
Cik Yah tak bagi sukatan tepat jadi pandai-pandailah adjust sendiri.Resipi dulu-dulu ni boleh pakai agak-agak je.tapi rasanya memang mabelesss.
gula melakanya pucat...anameia kut!!
Terimakasih daun keladi Cik Yah....
Cara membuatnya
lapisan bawah
  • Bersihkan pulut dan rendam selama 10-15 minit dan toskan.
  • Satukan semua bahan kecuali santan dan kukus hingga pulut masak.
  • Angkat dan masukkan kedalam bekas yang  sesuai.
  • Gaulkan santan pekat.Ratakan permukaan pulut dan tekan sedikit supaya kemas/padat.Ketepikan .
lapisan atas
  • Pukul telur,gula dan garam.Masukkan gula melaka yang di cairkan tadi.Tuangkan adunan atas pulut dan kukus pula selama 20-30 minit atau hingga lapisan atas masak.
  • Sejukkan sebelum di potong.

SUP TULANG

Salam semua..ini juadah untuk bersahur yang di buat lebih awal pada waktu petang.Nak buat nanti masa sahur mesti tak sempat sebab merebus tulang mengambil masa yang lama.Rasanya sungguh sedap sekali.Dan encik hubi telah makan dengan berseleranya sekali di waktu dinihari .

Bahan -bahan
  • 1 kg.tulang lembu
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 3 tangkai daun sup-di hiris
  • 2 tangkai daun bawang -di hiris
  • 50gm bawang goreng
Bahan kisar
  • 5 tangkai cili kering 
  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
Cara membuatnya.
  • Tulang di rebus hingga lembut.
  • Masukkan bahan kisar dan sup bunjut.
  • Reneh sup hingga daging empuk.
  • Apabila mendidih masukkan garam secukup rasa
  • Ketika menghidang ,taburkan  hirisan  daun sup ,daun bawang dan bawang goreng.

7 SECRET OF SUCCES.

7 secret of succes

I found the  answer in my room...
Roof said-aim high
Fan said- be cool
Clock said-every minutes of precious
Mirror said-reflect before you act
Window said-see the world
Calendar said-be up-to-date
Door said- push hard to achieve your goals.

SUMBER:BLOG SITI
GAMBAR: GOOGLE IMAGE


Rabu, 17 Ogos 2011

FAKTA AISKRIM

 Gambar:Ehsan Google

Sebut tentang aiskrim pasti ramai yang menyukainya lebih-lebih lagi kanak-kanak.Sebagai ibubapa kita tentunya risau jika anak-anak mengambil aiskrim dalam jumlah yang banyak .Ada kalanya cuaca berubah dari panas ke hujan,bimbang sikecil akan mengalami selsema,batuk dan sakit perut.
Pun begitu,jangan mudah  melabel aiskrim sebagai makanan yang tidak mempunyai sebarang zat.Dari sudut perubatan ,masalah batuk dan selsema sebenarnya tidak ada mengena dengan pengambilan aiskrim.
Bagi ibubapa yang menghadapi karenah anak yang tidak mahu makan ,memberi aiskrim adalah salah satu alternatif yang boleh dilakukan.Setidak-tidaknya dengan cara ini anak akan makan aiskrim yang  ada khasiat yang baik untuk pertumbuhan si kecil iaitu kalsium.Ia berperanan dalam pertumbuhan tulang dan gigi.
  • Kandungan kalsium didalam aiskrim boleh menjaga kepadatan jisim tulang,mencegah osteoporesis,kanser dan hipertensi.
  • Aiskrim mengandungi lemak tak tepu-lemak yang tidak mengemukkan .Jika di ambil dalam kuantiti yang sedikit dan tidak berlebihan
  • Aiskrim ada kandungan susu sebanyak 20-30 peratus berperanan sebagai zat pertahanan tubuh terhadap patogen.(agen penyebab penyakit).

 Model tengah menikmati Banana split.

Banana split
  • 2 biji pisang nangka(saya guna pisang  Cavendish)
  • 1 skop aiskrim vanila
  • 1 skop aiskrim strawberi(tak letak)
  • sos coklat Hersey
  • sedikit coklat urai
  • Belah dua pisang.Susun ikut kreativiti.
  • Hias dengan aiskrim vanila dan strawberi
  • Hias dengan krim segar ,sos coklat dan coklat urai.



    Sabtu, 13 Ogos 2011

    ROTI BAKAR RANGUP

    As-Salam semua...hari ni kita buat roti goreng rangup..Kalau sapa -sapa ada roti yang dah over date ke atau yang almost over date bolehlah dibuat roti bakar rangup ni.Sayang nak di buang begitu saja.Boleh re- cycle.Guna roti baru pun boleh saja,asalkan namanya roti.Bakar banyak -banyak dan simpan dalam bekas kedap udara,nanti sambil-sambil menonton boleh di makan begitu saja...oooo Gardenia..eh terlanjur menyanyi pulak!mari kita tengok resipi.

    Bahan -bahan
    • roti ,mentega dan gula.
    Cara membuatnya
    • Panaskan oven.
    • Sapu roti dengan mentega dan taburkan gula. potong 3 setiap keping roti.
    • Letak dalam dulang pembakar dan bakar hingga garing.
    • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
    Sumber:Hasue.blogspot.terimakasih..

    Jumaat, 12 Ogos 2011

    PUDING STRAWBERRY LAICI

    Mari kita pakat buat puding strawberry laici ni.Rasanya amat sedap sekali makan time sejuk-sejuk gitu.Buat buka puasa lagi best.Maaf la back ground gambar tidak begitu menarik,bersepah kat belakang tu.Saya dah adjust sikit puding ni tak letak laici.Buka almari stok cuma ada buah koktel saja.Letak mana ada la.Apa nak bimbang kita yang buat dia kan...Boleh juga di letak di dalam gelas kecil atau gelas puding.

    PUDING STRAWBERRY LAICI 
    Sumber:Hazila -small kitchen

    Bahan -bahan
    • 4 keping roti putih
    • 1 tin susu cair
    • 4 biji telur
    • 1 sudu makan gula pasir
    • laici-saya letak buah koktel
    Untuk jelly
    • 1 paket kristal jelly perisa strawberry
    • 400ml air
    Cara- cara
    • Panaskan kukusan.
    • Rendam roti didalam susu cair.kisar hingga halus roti,susu cair,telur dan gula.
    • Masukkan bahan  kisar kedalam loyang yag sesuai dan kukus lebih kurang 30minit
    • Angkat dan biarkan ia sejuk
    • Sementara itu sediakan jelly mengikut arahan di kotak.
    • Susun buah laici dan strawberry yang dibelah dua diatas adunan yang telah dikukus tadi.

    RENUNGAN....

    .....seperti yang biasa kita dengar,sangat kecewa dan rugilah bagi:
    • Orang yang apabila di sebut nama Muhammad,tidak di baca selawat ke atasnya.
     
    • Orang yang sempat hidup bersama orang tuanya,tetapi tidak dapat masuk syurga.
     
    • orang yang sempat hidup dalam bulan Ramadhan ,tetapi tidak terampun dosa -dosanya.
    SUMBER:SAIDI HAMZAH -E -MAIL KAMPUS
    GAMBAR :GOOGLE IMAGE

    Ahad, 7 Ogos 2011

    KEK PUDING KARAMEL



    Kali pertama makan Kek Puding Karamel ni rasanya sungguh sedap sekali .Kali pertama makan,jiran sebelah rumah yang bagi.Tetapi dia sendiri tak tahu nama kek ini .Cari dalam blog masakan pun tak jumpa.Cadangnya nak buat sendiri.Rasanya lebih sedap jika di makan sejuk-sejuk.Akhirnya kini pasti...(Anita Sarawak)jumpa resipi kat Yani(My resipi).Barulah tau nama kek ni ,apalagi saya terus membuatnya.Terimakasih untuk 
    Yani kerana sudi berkongsi resipi kek ini.Saya letakkan di ruangan blog saya untuk rujukan kemudian hari.

    Bahan -bahan 
    Karamel
    • 60gm gula 
    • 1sudu besar air                                       
    • 2 sudu besar air                  
    Puding
    • 4 biji telur
    • 500ml susu segar/susu cair
    • 70 gm gula
    • 1 st.esen vanila
    Kek span
    • 70 gm tepung gandum
    • 60 gm.gula kastor 
    • 2 biji telur
    • 20gm.mentega di cairkan .
    Cara membuatnya
    • Sapukan loyang dengan mentega.Panaskan oven ke 170c.Cairkan mentega dan ketepikan.

    Sediakan karamel.
    • Campurkan gula dengan 1 sudu air.Panaskan hingga jadi perang.Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi.
    • Tutup api,tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
    Sediakan puding
    • Panaskan susu dan gula.Masukkan esen vanila dan telur ke dalam mangkuk.Pukul sedikit,kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan -lahan ke dalam mangkuk sambil di kacau.
    • Kacau dengan perlahan -lahan supaya tidak berbuih.
    • Tapiskan kedalam loyang karamel tadi.
    Sediakan kek span
    • Asingkan putih dan kuning telur.Pukul putih telur dengan separuh gula sehingga kembang.
    • Pukul pula kuning telur dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
    • Campurkan kedua-dua adunan telur tadi.Pukul perlahan -lahan hingga sebati.
    • Ayak tepung ke dalam adunan telur dan kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
    • Akhir sekali masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau sehingga sebati.
    • Bahagikan kepada 3 warna.Tuangkan adunan kek kedalam loyang puding tadi secara berselang-selang warna.
    • Adunan kek span akan kelihatan terapung di permukaan adunan puding.
    • Bakar secara water bath selama 40minit atau sehingga kek masak.
    • sejukkan dulu baru dikeluakan dari loyang.
     *Jika inginkan adunan kek yang lebih tinggi jangan gunakan loyang kek yang besar .Satu lagi,adunan kek span juga boleh di gandakan.

    TAT TELUR

    Teruja untuk membuat tat telur ni .Selalunya saya beli kat Harmoni cafe di tempat bertugas Rm 1.50 sen sebiji.Tapi yang tu Tat Telur Portugis.Rasanya sedap juga .Saya ni semua jenis makanan sedap.Apapun lidah  manusia tak pernah bohong tentang rasa.Kalau tentang cinta..hari-hari bohong.!!.

    Bahan -bahan  tat
    • 125 gm mentega
    • 60gm gula aising
    • 1/2 putih telur
    • 1 kuning telur
    • 200gm tepung gandum- di ayak
    • 1 st esen vanila
    Untuk kastard telurnya
    • 280gm susu segar
    • 160gm gula
    • 3 biji telur
    • 1 st esen vanila
    Cara membuatnya
    • Campurkan mentega dan gula dan pukul sehingga kembang,masukkan putih telur dan kuning telur lalu di gaul sehingga sebati
    • Masukkan esen vanila dan gaul lagi,diikuti dengan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh.Rehatkan selama 10 minit
    • Ambil adunan tepung secukupnya dan tekan -tekan ke dalm acuan tat,jangan terlalu tebal.
    • Cucuk-cucukkan sedikit di atas adunan tepung
    • Bakar setengah masak lebih kurang 10 minit
    Untuk membuat kastard telur
    • Panaskan gula dan susu segar,tunggu hingga gula hancur dan tutup api.
    • Pukul telur sekejap sahaja(Jangan sampai berbuih) dan tuang ke dalam campuran susu tadi.Masukkan esen vanila dan kacaukan .
    • Tapiskan dan masukkan kedalam jag kecil.
    • Tuang dengan perlahan -lahan  kedalam acuan tat tadi dan bakar 175c selama 10 minit lagi atau sehingga kastard telur sempurna masaknya.

    Sumber resipi dah tak ingat ambil kat blog mana.Terimakasih kepada tuan empunya resipi.

    SOMEONE...

    UDANG MASAK MANIS

    Cubalah masak udang masak manis ni.Kepada penonton yang ada udang besar tu,terutama udang galah ,lets try masak .Rasanya amat sedap dan sungguh lazat ,ditambah pula makan dengan nasi panas -panas ,alahai 10 ekor boleh habis.Bunyi ayat macam iklan promosi saja!!lama sungguh gambar ni dalam simpanan .Orang yang menempahnya pun dah ada anak sorang .Siapa lagi..Puan Naja la tu..

    UDANG MASAK MANIS
    Sumber: Majalah Wanita 

    Bahan -bahan
    • 800 gm udang harimau -di goreng garing
    • 2 helai daun kunyit
    • 5 helai daun limau purut
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 8 biji anggur merah
    • 40gm nenas -di potong kiub(saya guna nenas kiub tin)
    • 40gm epal hijau-dipotong kiub
    • garam dan gula
    Bahan kisar
    • 10 ulas bawang merah
    • 7 ulas bawang putih 2 batang serai 15 tangkai cili merah.
    Cara membuatnya
    • Tumis bahan kisar hingga naik bau.Masukkan daun kunyit ,daun limau purut dan serai.
    • Masukkan sedikit air dan kacau sebati.Masukkan garam dan gula
    • Kacau hingga rata dan bolehlah dihidangkan .

    TANAM POKOK

     Dah lama saya tidak menulis pasal taman kecil saya.
    Asyik memenuhi aktiviti harian hingga pokok -pokok bunga pun sering kelayuan .Saya suka mengambil gambar bunga di sekeliling rumah setiap kali ia berkembang.Boleh di buat koleksi gambar bunga untuk di tatap pada masa akan datang.
    Disini saya ingin menulis pasal 9 cara menanam pokok bunga yang di ambil dari artikel dalam majalah Harmoni Ogos 2010.

     9 cara menanam pokok.
    • Arang
    Ia mudah menyerap air dan tidak mudah di serang kulat menyebabkan tanaman anda hidup subur.Potong arang kecil-kecil,selepas itu masukkan kedalam pasu/bekas yang sesuai dan siram.
    • Akar
    Guna akar pokok paku -pakis yang di jual di nurseri.Ia biasanya digunakan untuk tanaman gantung.

     Ia mempunyai rongga yang besar dan mampu menyerap air dan udara secara maksimun.

    • Sabut kelapa
    Sabut kelapa mampu menyimpan banyak air dan anda tidak perlu menyiram secara kerap.Ia tidak boleh digunakan ditempat yang berair kerana sabut kelapa mudah mereput.Ini memudahkan pertumbuhan kulat dan pokok sering mendapat penyakit.
    Sebelum di gunakan ia perlu direndam dalam larutan kimia supaya tidak terkena kulapuk.
    • Baja kompos
    Baja kompos terhasil dari bahan-bahan seperti jerami,sekam, daun,rumput dan pembakaran sampah.Ia dapat menyuburkan tanaman.Pastikan ia berwarna hitam coklat dan tidak berbau.

    • Hidrogel
    Ialah kristal polimer yang sering digunakan untuk menanam pokok hiasan menggunakan kaedah hidroponik(tanpa tanah).Ia berbentuk bulat dan lembut dan mempunyai pelbagai warna.
     Penggunaannya  sangat praktikal dan tidak mengotorkan tangan. Pokok boleh ditanam di ruang tamu,bilik tidur dan ruang pejabat.
     

    • Pasir
    Fungsinya hampir sama dengan tanah.Ia harus di campur dengan bahan -bahan lain seperti batu-batuan  dan sabut kelapa.Pasir mudah basah dan cepat kering.tanaman perlu sentiasa di pantau.Bagaimanapun tanaman akan tetap subur jika anda tahu memilih tanaman yang sesuai dan kaedah penjagaan yang betul.
    • Batu kecil
    Fungsinya  hampir sama dengan arang.kemampuan menyerap air terlalu rendah.Tidak perlu risau untuk kerap menyiram.Ia mempunyai pelbagai warna.
    •  Batang pokok
    Kaedah yang sesuai jika anda ingin menggantung tanaman di luar rumah.Batang pokok yang dipotong boleh di gantung di anjung rumah,pergola atau di bahagian rumah yang lain.Digunakan untuk menanam orkid, pokok,paku-pakis dan yang lainnya.
    Kaedah ini mampu menyerap air dan sesuai di gunakan di kawasan tropika.Kelemahannya ia sering di jadika tempat pembiakkan semut.
    • Span
    Biasanya digunakan untuk menanam tanaman sementara di pindahkan ke tempat lain.Mempunyai daya serap air yang banyak seperti sabut kelapa.Tidak boleh digunakan lama kerana span perlu di ganti kerana ia mudah hancur apabila terkena air.
    sumber ;Majalah Harmoni
    gambar;dari taman kecilku

    BERHENTI BERHARAP....

    KERABU KAKI AYAM.

    sesiapa yang suka makan kaki ayam ,mari kita buat kerabu.Simpan kaki ayam banyak -banyak dalam peti sejuk pun tak guna juga dok keras je kat situ.Kerabu kaki ayam ni popular sebagai masakan dari Thailand .kalau kat Kota Bharu ni memang selalu di buat untuk jualan .Tapi kerabu kaki ayam yang di jual tu warnanya putih melepak 
    .Dia orang guna teknik bleaching (teknik memutih)pakai bahan apa ,saya tak pasti.Tapi kaki ayam yang saya buat ni warnanya putih kuning langsat gitu!!..
     Bahan -bahan 
    • 10 kaki ayam (bil.tak kisah sebenarnya)
    • 3 sudu besar kerisik kelapa
    • bawang merah/bawang besar-potong nipis
    • serai-hiris nipis
    • mangga muda -cincang kasar
    • sos ikan/@garam/gula secukup rasa
    • air perahan limau nipis/limau kasturi
    • karot-di potong halus(pilihan)
    • cili merah/cili hijau-hiris nipis
    • daun ketumbar-hiris halus

    Cara membuatnya
    • Rebus kaki ayam hingga masak dan sejukkan
    • Gaulkan semua bahan -bahan di atas secukup rasa.Hidangkan .

    MANGO PANNA COTA

     Mango Panna Cota ni dibuat untuk berbuka puasa 2 hari lepas .Rasanya yang sejuk dan amat sedap sekali.Saya 
    dapat resipinya dari Dapur Azlina .Izinkan untuk letak resipinya di sini sebagai rujukan kemudian hari dan terima kasih kerana sudi berkongsi resipi yang sedap dan mudah ini.

    MANGO PANNA COTA
    Bahan -bahan
    • 7gm gelatin halal(1 paket)+ 3 sudu besar air
    • 2 1/2 cawan full cream milk
    • 1/4 cawan gula
    • 1 sk esen vanila
    • 1 biji mangga@apa-apa buah pilihan-(blend dengan sedikit air dan gula untuk di jadikan puree.Sejukkan).
    • Buah mangga di potong dadu.

    Cara-cara
    • Campurkan gelatin halal dengan air.ketepikan sebentar
    • Dalam periuk,masukkan susu dan gula.panaskan atas api yang kecil sehingga timbul buih-buih kecil(tak perlu mengelegak)
    •  Matikan api.masukkan esen vanila dan gelatin.Kacau hingga gelatin larut sepenuhnya.
    • Masukkan kedalam ramekin@cawan puding 3/4 penuh.Kalau suka masukkan sekali potongan buah pilihan kedalamnnya.Sejukkan.
    • Hidangkan bersama puree yang telah disejukkan terlebih dahulu.


    CHEESE KEK SLICE

    N3 kali ini pasal Cheese kek.Ni baru kali pertama mencubanya.Gara-gara ternampak cheese slice dalam peti Doraemon tak habis-habis(dah lama beli).Ada 12 keping kesemuanya.Dah tak larat saya nak makan sorang-sorang.Ni mesti kena buat baking project.

    Semasa blog walking kat blog Mat Gebu terjumpa resipi ini. Terimakasih kepada  Mat Gebu kerana sudi berkongsi resipi yang simple ini.Rasanya meme sedap.

    Bahan-bahan
    • 4 keping keju cheesedale -di koyak kecil-kecil
    • 200ml susu segar
    • 70gm gula halus
    • 70gm mentega
    • 70gm tepung gandum-di ayak
    • 4 biji telur gred A-asingkan putih dan kuning
    • 1/2 camt. esen vanila
    Cara membuatnya.
    • Panaskan susu segar,masukkan cheesedale dan masak hingga keju cair.
    • Masukkan mentega dan kacau hingga semua cair dan sebati.Biarkan sejuk
    • Putar putih telur hingga kembang,masukkan gula halus dan terus memutar hingga menjadi meringue.Ketepikan.
    • Putar kuning telur hingga berkrim,masukkan bancuhan susu yang telah sejuk tadi dan putar hingga rata.


    Pada speed sederhana ,masukkan tepung sedikit demi  sedikit  hingga habis dan putar hingga rata dan tidak berketul-ketul.
    • Gaulkan meringue ke dalam adunan tadi bersama esen vanila,gunakan kaedah kaup balik,gaul hingga rata dan tuang dalam tin kek yang telah di sapu mentega pada dasarnya dan di alas kertas minyak.
    • Bakar dalam oven menggunakan kaedah water bath pada suhu 170c selama 20 minit,kemudian turunkan suhu pada 140c dan bakar lagi selama 30-40 minit ,bergantung pada oven masing-masing.
    #water bath-dengan meletakkan tin berisi adunan kek dalam satu bekas lain  yang dituang air panas.
    #Setelah kek masak ,jangan dikeluarkan lagi dari oven,buka pintu oven separuh dan biarkan kek sejuk sebentar didalam oven baru di keluarkan .
    #saya letakkan blueberry filling di atas kek setelah kek sejuk.

    Jumaat, 5 Ogos 2011

    SEBENARNYA KITA YANG DEGIL..

    KITA YANG DEGIL,BUKAN ANAK-ANAK KITA...
                            


                               
     Model tak berbayar untuk blog ini....

    Kita sering mencari keburukan anak -anak kita dan sering mengabaikan potensi -potensi diri yang ada dalam diri anak -anak  kita.
    Budaya ini seolah -olah susah sebati dalam jiwa masyarakat.Bila ibu -bapa datang ambil report card di sekolah,soalan pertama yang sering di tanya oleh ibubapa ialah ,"apa masalah anak saya cikgu?","dia ada buat masalah tak kat sekolah?".Kalau masalahlah yang kita cari,masalahlah yang kita jumpa.
    Biasalah anak kencing malam ,biasalah anak suka menconteng,percayalah kita tidak akan mampu menyelesaikan masalah anak -anak kita sampai kita mati.Inilah yang amat merugikan para ibubapa ,mereka sering cuba menyelesaikan masalah anak -anak mereka sedangkan masalah -masalah tersebut semua fitrah mereka.
    Mereka mengabaikan potensi yang ada pada diri anak -anak mereka.Contoh,jika anak suka menconteng ,apa salahnya jika kita join sekaki,tanya apa yang dia lukis.Jika dia suka melukis gambar rumah,mungkin anak itu berpotensi untuk menjadi seorang pelukis plan yang berjaya .Siapa tahu ?.Kita puji lukisan  mereka.Akhirnya kita beri nasihat perbuatan menconteng dinding ini adalah salah.Beri mereka persoalan,apa perasaan mereka jika barang kesayangan mereka di conteng?
    Jangan sibuk mencari masalah anak,carilah bakat,kelebihan dan potensi yang ada pada anak -anak kita dan  asahlah  bakat  yang ada pada -anak  kita  dengan cara yang betul.


    Sumber:Muhamad Saidi Hamzah-mailbox kampus
    Gambar:google image