style="text-align: center"

Selasa, 31 Januari 2012

CUKA

Pelbagai teknik di gunakan bagi menyedapkan rasa masakan.Antaranya ialah dengan menggunakan lada hitam,lada putih,kicap,sos tiram,sos cili,sos tomato dan pelbagai lagi bahan perasa termasuk juga cuka.
Cuka telah lama di kenali sebagai teman makanan berbentuk cecair.Para chef di seluruh dunia menggunakan cuka sebagai pelengkap makanan dan masakan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa cuka sebenarnya terdapat dalam pelbagai jenis dan setiap satunya mempunyai peranan yang berbeza dalam melengkapkan lagi rasa sesuatu masakan itu.
Bagaimanapun,bagi umat Islam ,tidak semua cuka  yang boleh di makan kerana ada di antaranya mengandungi bahan yan tidak halal.
Di sini di berikan sedikit panduan memilih jenis-jenis cuka. Dengan maklumat ini,bolehlah anda mengelak daripada menggunakan cuka yang tidak halal dalam masakan.
  • Cuka epal
Terdapat dua jenis cuka epal iaitu apple vinegar dan apple cider vinegar.Cara pembuatan apple vinegar adalah menerusi fermentasi sari epal.Manakala apple cider vinegar pula di perbuat daripada sari epal beralkohol.Selain untuk menambah rasa masakan seperti makanan laut,sup dan melembutkan daging,cuka epal sudah lama di gunakan oleh masyarakat Barat untuk membuat pelbagai ramuan tradisional.
  • Cuka kismis
Cuka jenis ini di perbuat daripada kismis.Dalam bahasa Arab ia di panggil cuka anggur.Ia di gunakan dalam masakan Timur Tengah.Antara masakan yang menggunakan cuka kismis ialah Strudel epal.
  • Cuka sherry
Cuka ini di gunakan dalam resipi -resipi orang Eropah dan Asia.Cuka sherry yang mengandungi minuman alkohol sherry memberikan rasa manis serta masam dan sangat sesuai di jadikan adunan sos salad.
  • Cuka balsamic
Cuka balsamic adalah satu jenis  cuka yang sangat aromatik dan mahal harganya.ia di buat dari bahan-bahan berkualiti tinggi dan di simpan di dalam tong selama bertahun-tahun.Cuka balsamic merupakan bahan asas dalam masakan Itali.Cara menggunakan cuka ialah dengan mencelup atau merenjis ke atas makanan seperti bruschetta dan ia sering digunakan dalam setiap masakan sayur-sayuran Itali.
  • Cuka wain
Di perbuat dari wain merah atau wain putih.Cuka ini amat popular di negara -negara Mediterranean dan Eropah  tengah.Cuka  jenis ini sering di gunakan untuk menjadikan makanan tahan lebih lama seperti salad,bahan perapan sesuatu masakan dan sos.
  • Cuka malt
Cuka malt merupakan cuka yang paling di sukai oeh orang Eropah.Ia di perbuat daripada barli ,gandum,jagung dan beberapa bahan lain.Masyarakat Eropah suka mencampurkan cuka malt ke dalam masakan yang berasaskan ikan.

Sumber:Info dapur-Majalah Wanita
Gambar:Cik Google

Isnin, 30 Januari 2012

BISCOTTI KACANG TANAH

























Biscotti arettwice bakedce biscuits originating in the Italian city of Prato .The biscuits are oblong-shaped almond biscuits made dry and crunchy through cutting the loaf of dough while still hot and fresh from baking in the oven-from Wikipedia.
Siapa pernah makan biscotti.Biasanya ia di buat menggunakan badam dan Kacang pistachio.Di dalam resipi ini saya menggunakan Kacang tanah.Ia di adaptasikan dari resipi Pistachio biscotti.Ia di bakar dua kali menjadikannya sedikit keras dan rapuh serta tahan di simpan lama.Sedap di cicah dengan air kopi.

PISTACHIO BISCOTTI 
Sumber:Majalah Saji Sept.2007

Bahan-bahan
  • 1 cawan pistachio-potong halus
  • 2 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sdk.serbuk penaik
  • 1/4 sdk.garam
  • 1/2 cawan mentega
  • 3 biji telur
  • 45 ml.air
Cara membuatnya
  • Ayak tepung dan serbuk penaik.Ketepikan.
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Kemudian masukkan telur,air,garam dan pukul lagi.Masukkan tepung dan kacang pistachio dan gaul rata.
  • Bentukkan doh membentuk selinder dan bakar pada suhu suhu 180'c sehingga masak.
  • Setelah biskut sejuk,potong menyerong mengikut saiz yang di sukai.
  • Kemudian bakar sekali lagi pada suhu 170'c sehingga kelihatan garing.
**Saya telah paipkan topping Mexican cream di atas doh dan menaburkan Almond flakes.

IKAN ASAM PEDAS


Salam bahagia buat semua..
Kembali bertemu di sini,masa yang tersangat sibuk ini membataskan saya untuk selalu berada di sini.Tetapi setakat ini saya masih tidak di kawal oleh masa.Masih sempat untuk menyiapkan rutin harian.Hari ini saya ingin kongsikan resipi Ikan Masak Asam Pedas yang menjadi kesukaan saya.Ikan yang biasanya di gunakan ialah Ikan kembung,Ikan tenggiri dan Ikan patin.Ikan -ikan lain boleh juga di gunakan.Di dalam resipi ini saya menggunakan Ikan tongkol.Orang Kelantan memanggilnya Ikan Aya.Manakala sayur bendi tak dapat di masukkan sebab berada di pasar!.he..he

IKAN MASAK ASAM PEDAS
Sumber:www.potretkasih.com/thanks

Bahan-bahan

  • 3-5 ekor ikan(pilihan)
  • 10-20 cili kering-
  • 1 labu bawang besar- dikisar
  • 3 ulas bawang putih- dikisar
  • 1 inci halia- dikisar
  • 1/2 inci kunyit -dikisar
  • sedikit belacan 
  • 2 biji tomato-  di kisar
  • sedikit daun kesum
  • 4-8 biji bendi
  • Air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
  • garam, gula

Cara membuatnya
  • Tumis bahan kisar dan belacan ( jika suka) kecuali buah tomato hingga naik minyak.
  • Masukkan buah tomato  kisar, air asam jawa dan air secukupnya.
  • Apabila kuah mengelegak masukkan ikan dan bendi.
  • Apabila ikan masak sesuaikan rasa dan akhir sekali masukkan daun kesum.
  • Kacau seketika dan angkat.

Khamis, 26 Januari 2012

ACAR KUBIS

Salam bahagia...saya suka makan acar kubis bersama nasi dan ikan goreng .Walaupun lauknya ringkas sahaja tetapi ia dapat membuka selera .Kalau tak mahu buat sayur atau di goreng bersama bahan lain, biasanya kubis ini di buat acar sahaja.Ia adalah lebih kurang seperti kita membuat salad sahaja.Tetapi yang ini salad versi Kelantan.
ACAR KUBIS
Sumber:dari dapur

Bahan -bahan(3 orang)
  • 1/2 biji kubis saiz kecil
  • 2 biji lada merah
  • 1 biji tomato
  • 1 labu bawang bombay
  • garam,gula dan cuka secukupnya
Cara membuatnya
  • Basuh kubis dan bahan lain.Toskan.
  • Bawang bombay,tomato dan lada merah di hiris halus.Boleh juga di gunakan cili padi hijau(penambah warna).
  • masukkan cuka ke dalam mangkuk bersama garam ,gula dan kacau hingga larut.
  • Tambahkan bahan yang telah di hiris dan gaul rata.Biarkan sebentar supaya kubis dan bahan hiris menjadi sebati dengan kuah cuka.
  • Bolehlah di hidangkan.

    RICH MARBLE CHOCO CAKE

    Salam bahagia buat semua...saya suka buat kek yang kadang -kadang tu kalau sedap sangat boleh di ulang beberapa kali seperti Kek coklat yang selalu sahaja ada peminatnya.Mulanya saya bukanlah terlalu minat memasak dan berada di dapur lama-lama dek keletihan kerana bekerja tetapi apabila setiap kali menyediakan makanan ,anak-anak akan menghabiskan makanan dan begitu seronok makan  (kesukaan dan pilihan mereka sahaja)saya jadi begitu teruja untuk belajar memasak.Ketiganya mempunyai citarasa yang berlainan dan pemilih makanan...aduhai!

    Nama sebenar kek ini adalah Rich Marble Choco Cake Sheila Mambo.Saya tak letak kat tajuk utama sebab namanya panjang sangat.Rasa Rich Marble Choco Cake ini sedap juga kerana di tambah dengan coklat di dalamnya.Tapi marble yang saya buat tak menjadi.Kita ni bab-bab food styling ..hancur!

    RICH MARBLE CHOCO CAKE
    Sumber:Noorsha.blogspot

    Bahan-bahan
    • 125 gm .dark coklat-cincang dan cairkan
    • 125gm.mentega
    • 125 gm.gula kastor
    • 2 biji telur
    • 155 gm.tepung naik sendiri
    • 80 ml.susu cair
    • 1 sdt.ovalete
    • 1 sdt.esen vanila
     Cara membuatnya
    • Panaskan oven ke suhu 170'c.Ayak tepung dan ketepikan.
    • Pukul mentega ,gula dan ovalete sehingga kembang.
    • Masukkan telur sebiji-sebiji .Bila setiap kali telur di masukkan terus memukul sebelum di masukkan telur yang satu lagi.Pukul lagi sehingga kembang.
    • Masukkan susu dan selang -seli dengan tepung. Kaup balikkan adunan sehingga sebati.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
    • Satu bahagian masukkan dark coklat yang telah di cairkan.Satu bahagian lagi di biarkan warna asal.
    • Alaskan loyang kek,tuangkan adunan kosong diikuti adunan coklat .Lakukan berselang-seli sehingga habis.Lorekkan dengan garfu untuk menampakkan corak.
    • Bakar pada suhu 170'c selama 45 min.atau sehingga masak.

    Selasa, 24 Januari 2012

    PUDING BLACK FOREST


    Salam bahagia..puding ini telah di uji rasa di dapur saya dan rasanya amat sedap sekali.Rasa coklat puding di tambah pula dengan kuah puding dan buah koktel menyamankan tekak bila di makan sejuk.Lain kali nak buat lagi!!.

    PUDING BLACK FOREST
    Sumber:Nunung-Buku pelbagai jenis puding.

    Bahan A
    • 1 sudu makan serbuk koko
    • 1 biji kuning telur
    Cara:koko di bancuh dengan sedikit air suam .Kuning telur di pukul dan campurkan kedua-dua bahan di atas dan kacau rata.Ketepikan.

    Bahan B
    • 1 peket agar-agar serbuk
    • 150 gm.gula pasir
    • 1/2 sdt.esen vanila
    • 600 ml.susu coklat
    • 300 ml.air
    • 50 gm.coklat masakan
    Cara membuatnya
    • Masak agar-agar bersama air dan gula hingga larut.
    • Tuangkan susu coklat dan masak lagi hingga mendidih.
    • Tambahkan coklat masakan yang telah di cincang dan kacau rata.
    • Masukkan bahan A dan kacau rata.Masak lagi sampai mendidih.
    • Tambahkan esen dan tutup api.Tapiskan.
    • Tuangkan ke dalam acuan yang di sukai.Biarkan sejuk sebentar.
    • Simpan di dalam peti ais supaya dingin.Hidangkan bersama buah koktel dan susu cair.
     

    IKAN BAWAL MASAM MANIS


    Salam bahagia..24 januari 2012,saya bercuti hari ini dan dapatlah memasak di dapur sampai setengah hari!menu hari ini ialah Ikan bawal masam manis.Saya masak Ikan bawal ni cuma satu ekor sahaja,cukuplah untuk 2 orang makan, lagipun saiznya agak besar juga.
    IKAN BAWAL MASAM MANIS
    Olahan:dari dapur Suzana

    Bahan -bahan(2 orang)
    • 1 ekor ikan bawal-di goreng
    Bahan A
    • 1 biji bawang besar-potong dadu
    • 3 ulas bawang putih-cincang
    • sedikit halia-cincang
    Bahan B
    • 4 sdb.sos cili
    • 4 sdb.sos tomato
    • 2 sdb.sos tiram
    • 2 sdb. sos cili Thai
    • 1 sdb.air limau nipis
    • garam/gula secukup rasa
    Bahan C
    • 5 kiub nenas tin-belah dua
    • 1/2 biji timun-buang isi dan potong kiub
    • 1/2 batang karot-potong kiub
    Cara membuatnya
    • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan A hingga naik baunya.
    • Di dalam satu mangkuk ,campurkan semua sos dengan sedikit air lalu di masukkan kedalam bahan tumis.
    • Masukkan bahan C ,masak jangan sampai terlalu layu.
    • Biarkan kuah sedikit pekat,masak dengan api perlahan.Tambahkan air limau nipis,garam dan gula secukup rasa.
    • Letakkan ikan yang telah siap di goreng di dalam pinggan bujur.Tuangkan kuah masam manis ke atas ikan tadi dan siap untuk di hidangkan.

    Isnin, 23 Januari 2012

    JUS KAROT SOYA CINCAU

    Salam bahagia buat semua..waaa... dah seminggu baby Wildan tak datang.Wildan bercuti dari baby-sitter sebab dia demam.Sambil-sambil tu marilah kita intai tengok Jus karot soya cincau ni.Sejuknya tekak bila di minum semasa cuaca tengah panas.Dapat menghilangkan dahaga dan menyegarkan badan .
    JUS KAROT  SOYA CINCAU
    Sumber:dari dapur

    Bahan-bahan(2 gelas)
    • 1 batang karot-di buang kulitnya
    • 1/2 cawan cincau-potong dadu
    • 3 cawan air soya
    • air gula (optional)
    • sedikit esen pisang
    • kiub ais scukupnya


      
    Cara membuatnya
    • Potong karot kecil-kecil dan masukkan karot,air soya ke dalam pengisar dan kisar karot sampai hancur.
    • Tapiskan jus karot dan masukkan cincau ke dalam gelas yang sesuai.
    • Masukkan jus karot dan esen pisang.Sejukkan di dalam peti ais.
    • Bila ingin meminumnya tambahkan kiub ais.Sedia untuk di hidangkan.

    SAYUR KELADI MASAK TEMPOYAK


    Salam bahagia..kali ini saya masak keladi lagi tapi buat masak tempoyak pula.Lagipun ada satu bekas tempoyak dok 'berhibernasi' dalam peti sejuk.Keladi masak tempoyak sedap di makan bersama nasi dan ikan masin.

    KELADI MASAK TEMPOYAK
    Sumber:dari dapur

    Bahan-bahan(3orang)
    • 2 batang keladi dengan isinya
    • 3 sdb.tempoyak
    • 1 keping asam keping
    • 1 biji kelapa-di ambil santannya
    • 5-8 biji cili padi
    • 3 ulas bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • 1/2 inci kunyit hidup
    • 1 sdb.udang kering
    • garam secukup rasa
    • 5 keping asam keping -utk.rebus keladi
    Cara membuatnya 
    • Basuh keladi bersih-bersih  kemudian masukkan air dan rebus bersama asam keping untuk menghilangkan gatalnya.Bila empuk ,angkat dari api dan toskan.
    • Tumbuk bawang merah,bawang putih ,cili padi dan udang kering.
    • Masukkan kedalam periuk bersama santan dan tempoyak.Gunakan api sederhana sambil di kacau sekali-sekala.
    • Bila kuah hampir mendidih,masukkan keladi tadi dan asam keping.
    • Tambahkan garam secukup rasa(saya juga tambah sedikit gula sebagai perasa).
    • Biarkan sebentar sambil di kacau sekali-sekala,sesuaikan rasanya dan dan bolehlah di angkat.

    BISKUT JEJARI ROSSELLE


    Salam bahagia..biskut yang di buat kali ini adalah Biskut Jejari Roselle.Kebetulan ada satu peket halwa roselle yang di beri oleh sepupu saya pada minggu lepas.Rasa biskut ini yang masam manis amat enak sekali buat kudapan semasa anak-anak cuti sekolah.Ia amat rangup sekali,nanti kalau hari raya pasti nak buat lagi.

    BISKUT JEJARI ROSSELLE
    Sumber:Majalah Saji Sept.2008

    Bahan-bahan(ayak)
    • 2 cawan tepung gandum
    • 1/2 cawan tepung kastard
    • 1/2 cawan tepung jagung
    • 1/2 sdt.baking powder
    Bahan B
    • 1 cawan mentega
    • 1 cawan gula aising
    • 2 biji kuning telur
    • 1 biji kuning telur-utk.sapu atas biskut
    • 3/4 cawan halwa rosselle
    • 2 sdb.mentega kacang
    • 1/2 sdt.esen vanila 

     Cara membuatnya
    • Pukul mentega dan gula hingga kembang sedikit.
    • Masukkan kuning telur,mentega kacang dan esen vanila dan pukul lagi.
    • Masukkan bahan ayak diikuti dengan halwa rosselle dan gaul rata.Taburkan tepung atas papan canai dan canai adunan ikut ketebalan yang diingini dan potong adunan bentuk empat segi.
    • Atur ke dalam dulang pembakar,sapu di atasnya dengan kuning telur dan bakar pada suhu 150'C selama 15-20min. bergantung pada oven masing-masing.
    • Bila masak sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

    Ahad, 22 Januari 2012

    BUN BADAM MANIS


    Salam bahagia ..hari ini 22 Januari 2012,sehari sebelum Tahun Baru Cina,jalanraya kat Kelantan ni mengalami kesesakan yang agak teruk juga.Biasanya macam itu lah pada setiap kali musim cuti sekolah dan cuti perayaan.Semua pakat balik kampung.Meriah betul...jalanraya!





    Saya buat roti lagi,kali ini roti manis pula .Pada setiap masa roti sentiasa sahaja di buat di rumah ini.Setiap kali buat cuma satu adunan sahaja,cukuplah untuk di habiskan dalam masa 2 hari.Saya menggunakan resipi doh roti Bun bijan manis atas permintaan my bodyguard yang mahukan saya buat roti manis.


    BUN BADAM MANIS
    Resepi Asal: Tiffin biru.blogspot
    Olahan: Ummi @ Home Sweet Home

    Bahan Doh (untuk bun manis)
    • 250 gram tepung roti (high protein flour)
    • 50 gram gula kastor
    • 1/2 camca teh garam halus
    • 10 g susu tepung
    • 1/4 sdt. bread improver
    • 1/4 sdt. bread softerner
    • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
    • 6 gm. instant yeast
    • 20 gm. mentega
    • 125 ml air suam
    Untuk Topping
    • 1 biji telor/lebihan telur - dipukul sedikit
    • sedikit gula pasir
    • sedikit bijan(saya guna almond flakes)
    Cara membuatnya
    • Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh
    • Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat-bulatkan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 
    • Keluarkan doh, tumbuk-tumbuk doh, bahagi kpd 16 dan bulat-bulatkan doh dan susun dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu. Buat hingga siap.
    • Biarkan doh naik dua kali ganda selama lebih kurang 40 minit.
    • Sapukan doh dengan telur, tabur bijan dan gula pasir.
    • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C (ikut oven masing-masing) selama 20 minit/hingga masak.
    **saya meletakkan inti kacang merah di dalam doh roti ini.
    Ramai yang menyatakan membuat roti itu sukar dan memerlukan kemahiran. Sebenarnya tidak. Ragi bahan yang mudah digunakan. Kita tidak akan tersalah, asalkan jangan membantutkan ragi dengan mencampurkan cecair panas. Tidak seperti membuat pastri dan kek, yang memerlukan sentuhan perlahan, menguli doh roti memerlukan masa dan tenaga
    Ada yg menyatakan doh roti harus dibuat menggunakan cecair suam dan disimpan di tempat panas.. Roti yg dibuat cepat di rumah memanglah baik.Tetapi rasa serta teksturnya kurang baik. Lebih baik doh dibiarkan kembang di tempat sejuk pada suhu bilik, kerana doh yg naik perlahan-lahan akan rasa lebih enak. Ia lembut apabila dikunyah dan tidak mengandungi gelembung udara
    ~ CHEF WAN(Dari Azlitakitchen)

    Sabtu, 21 Januari 2012

    SAYUR LEMAK BUNGA KUBIS


    Salam bahagia untuk semua..kelas masak-masak hari ini adalah pasal Kubis bunga (saya suka menyebutnya sebagai Bunga kubis)
    Nama Saintifik: 
    Brassica oleracea var. botrytis 
    Nama Inggeris: Cauliflower
    Kubis bunga adalah daripada keluarga kubis, yang mempunyai bunga-bunga kecil di atas kelompok-kelompok tangkai. Ia terdapat dalam warna putih, hijau atau ungu (yang bertukar menjadi hijau pucat setelah dimasak). Keseluruhan bahagian bunga boleh dimakan. Daun hijaunya jarang dijual tetapi boleh dimakan, cuma ia mengambil masa yang lebih lama untuk dimasak dan mempunyai rasa yang lebih kuat.

    Ketika memilih, pilihlah yang tegang, agak berat, dan warna yang rata tanpa ada kekotoran. Apabila memasak, jangan masak terlalu lama kerana sayuran ini akan menjadi lembik dan layu.

    Selain tinggi dengan vitamin C, kubis bunga juga memberikan nutrisi yang lain seperti karbohidrat, serat
    makanan, vitamin B dan potassium-Sumber:Trymasak.
    Bunga kubis masak lemak ini sedap di makan bersama nasi putih dan Ikan masin goreng.Saya menambahkan sayuran lain sebagai sampingan dan untuk memberi warna pada masakan.

    SAYUR LEMAK PUTIH BUNGA KUBIS
    Sumber:daridapursuzana

    Bahan-bahan
    • bunga kubis
    • 1 batang karot-potong baji
    • 2 sdb.ikan bilis
    • 1 batang terung
    • 2 keping kek ikan -di potong kecil
    • bebola  ikan
    • 2 ulas bawang merah
    • 1 ulas bawang putih
    • 1 sdt.lada hitam biji
    • Santan secukupnya-utk.kuah
    • garam secukup rasa
    Cara membuatnya
    • Bersihkan semua sayur-sayuran dan toskan
    • Tumbuk bawang merah,bawang putih bersama lada hitam dan ikan bilis.
    • Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan tumbuk
    • Masak santan dengan api sederhana sambil di kacau sekali-sekala.Tambahkan kek ikan dan bebola ikan.
    • Bila kuah hampir mendidih masukkan bunga kubis,karot dan terung.
    • Biarkan sebentar,bila sayur hampir masak,masukkan garam secukup rasa. 
    • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.

    Rabu, 18 Januari 2012

    ISTIMEWA AISKRIM

    Pada suatu ketika dahulu(once upon a time!),kalau terdengar ting!..ting!.ting!bunyi loceng aiskrim mesti semua suka bila si penjual aiskrim lalu depan rumah.Aiskrim yang di jual ada pelbagai perasa.
    Sebenarnya aiskrim tidak asing lagi dengan masyarakat kita.Malahan kita juga pernah mencipta sejarah tersendiri.Seiring dengan kemasukan peti sejuk ke negara kita aiskrim menjadi pelengkapnya.Walaupun tidak seperti yang di hasilkan di barat yang menggunakan susu,telur,lemak dan buah-buahan namun ia cukup di gemari.
    Ais krim tempatan punya identiti tersendiri hinggakan di panggil ais krim Malaysia.Cara membuatnya cukup ringkas dan boleh di pelbagaikan perasanya.Hanya di perlukan air,gula dan perasa buah-buahan.Tidak ketinggalan ada juga yang menjadikan bubur kacang hijau atau sirap bandung sebagai ais krim.Ada juga yang di tambah buah-buahan jeruk seperti pauh muda,asam boi dan buah koktel seperti laici dan nenas(sekadar menyebut beberapa nama).
    Rasa buah-buahannya memang benar-benar asli.Gula di rebus bersama air hingga gula hancur dan di tambah buah -buahan tempatan yang di gemari.Untuk buah nangka dan durian lebih sedap di masak bersama santan dan gula,caranya hampir sama seperti membuat pengat.Setelah masak ia di sejukkan sedikit dan di masukkan ke dalam plastik ais krim yang bersaiz kecil dan panjang,kemudian di bekukan.Aiskrim Malaysia lebih sedap dan tidak muak kerana campurannya cukup mudah.
    Semasa dahulu sebatang aiskrim boleh di dapati dengan harga 10 sen sahaja.Si penjual aiskrim ketika itu hanya berbasikal dengan sebuah tong aiskrim yang tahan cuaca panas.Disisinya sebuah loceng sebagai tanda kedatangannya.Masa itu perasa yang mendapat pilihan utama ialah asam boi dan aiskrim bubur kacang hijau.

    Lama kelamaan aiskrim malaysia mula di lupakan bila muncul aiskrim batang atau ais krim potong sekitar tahun 70-an.Berbentuk empat persegi panjang dengan perasa yang paling popular,cendol,kacang merah atau jagung.Kanak-kanak sekolah biasanya amat menggemari aiskrim ini bukan sahaja kerana rasanya tetapi kerana kegilaan mengumpul batangnya.Ia berguna untuk di jadikan alat menbuat  matematik di sekolah ketika itu.Juga ada aiskrim yang di letakkan dalam kon.
    Selain enak aiskrim juga berkhasiat untuk badan tapi jangan ambil terlalu banyak.Mungkin kandungan gulanya yang terlalu tinggi akan menyebabkan kegemukan.Selain itu bahan utama membuat aiskrim memang mempunyai zat makanan yang penting untuk badan seperti protein(kuning telur),kalsium(susu),gula dan krim(karbohidrat).Sebenarnya kita juga boleh membuat sendiri aiskrim di rumah dengan cara yang selamat dan mudah hanya perlu sesuaikan dengan citarasa sekeluarga .Lebih menarik lagi jika boleh di hidangkan untuk anak-anak.

    Sumber;Majalah Saji.

    Selasa, 17 Januari 2012

    KEK GULA HANGUS

    Salam bahagia untuk semua.Saya sudah beberapa kali mencuba buat kek gula hangus kerana  anak-anak begitu gemarkannya.Biasanya ia tidak begitu berongga hingga suatu ketika saya terbaca banyak resipi kek ini, supaya adunannya di biarkan selama 2-4 jam sebelum di bakar untuk mendapatkan kek yang berongga di dalamnya(ia di kenali juga sebagai Kek sarang semut).
    Hasilnya memang kita akan mendapat kek yang berongga di dalamnya.
    KEK GULA HANGUS
    Sumber:Home sweet home


    Bahan-bahan
    • 1 cawan gula
    • 1 cawan air panas
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1 cawan susu pekat manis
    • 2 sdt. soda bikarbonat
    • 4 biji telur
    • 2 sdb. mentega
    Cara membuatnya
    • Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair (hati-hati semasa memasukkan air, kerana gula akan meletup-meletup). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
    • Pukul 4 biji telur sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
    • Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7″x7″ dan perap adunan selama 3 – 4 jam.Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 – 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam.

    KARI IKAN CENCARU

     
    KARI IKAN CENCARU
    Olahan:dari dapur suzana

    Bahan-bahan
    • 2 ekor ikan cencaru(saiz sederhana)
    • 4 ulas bawang merah -di hiris 
    • 2 ulas bawang putih-  di hiris
    • 1/2 inc.halia-hiris halus 
    • 2 lada hijau - dibelah
    • 5 helai daun kari
    • 5 biji jagung muda
    • 2 sdb. rempah kari ikan Adabi-campur sedikit air
    • 1 sdt. serbuk kunyit 
    • 2 sdb. air asam jawa
    • 2 cawan santan
    • 1/2 sdt. kiub ikan bilis
    • garam gula secukupnya

    Cara membuatnya

    • Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih serta daun kari hinga naik baunya.
    • Setelah naik bau tambahkan campuran  rempah kari ikan dan serbuk kunyit serta di tumis lagi hingga pecah minyak.
    • Tambahkan santan dan air jika perlu. Setelah kuah mendidih masukkan ikan cencaru.
    • Tambahkan jagung muda,air asam jawa, kiub pati ikan bilis dan garam/gula.
    • Sesuaikan rasanya dan tutup api. Siap di hidang.
     

    Isnin, 16 Januari 2012

    AYAM GORENG BEREMPAH


    AYAM GORENG BEREMPAH
    Sumber:dari dapur
    Bahan-bahan
    • ayam secukupnya
    • 1 inci halia*
    • 4 ulas bawang merah*
    • 3 ulas bawang putih*
    • 2 batang serai*
    semua bahan-bahan bertanda *ini di kisar.
    • 1 sdk.serbuk ketumbar
    • 1 sdk.serbuk jintan manis
    • 1 sk.serbuk jintan putih
    • 1 sdb.serbuk kari.
    • 1 sdb.serbuk kunyit
    • garam dan gula secukupnya.
    • sedikit air perahan limau nipis
    • minyak secukupnya untuk menggoreng ayam.
    Cara membuatnya
    • Bersihkan ayam dan toskan kemudian masukkan ke dalam bekas sesuai.
    • Masukkan bahan kisar dan semua bahan-bahan lain serta di gaul rata.Tambahkan air limau nipis.
    • Perapkan selama sejam(lebih lama lebih sedap)di dalam peti sejuk.
    • Panaskan minyak dan goreng ayam dengan api yang sederhana(kena kawal api kerana ayam mudah hangus ).
    • Hidangkan panas-panas bersama nasi putih.