style="text-align: center"

Ahad, 30 September 2012

POKET TAUHU



Salam bahagia buat semua...
Entri resepi pada hari ini ialah Poket Tauhu.Resepinya adalah dari blog Puan Ros-Sinaran menu.Rupanya adalah lebih kurang sama dengan Tauhu sumbat.Cuma ia di tambah dengan udang geragau.Saya tak makan udang geragau jadi saya gantikan dengan udang kecil segar.

POKET TAUHU
Sumber:sinaranmenu.blogspot.com/Puan Ros.thanks.
Bahan-bahan
  • 6 keping tauhu  
  • 1/2 biji karot yang di parut
  • 1 mangkuk kecil parutan sengkuang
  • 1/2 biji timun yang dibuang biji dan di potong halus
  • 2 ke 3 genggam udang geragau
  • Daun salad secukupnya(basuh bersih dan keringkan airnya) 
  • sedikit taugeh  saya tambah 
 Cara membuatnya
  • Sapukan sedikit serbuk kunyit dan garam pada tauhu.Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing.
  • Dalam minyak yang sama goreng udang geragau yang telah dibasuh bersih dan ditoskan airnya.Angkat dan keringkan minyak atas kitchen roll.Saya guna udang kecil segar.
  • Dalam mangkuk campurkan karot,sengkuang dan timun.Gaul rata.Tabur udang dan gaul lagi hingga semuanya bercampur mesra.
  • Tauhu yang telah digoreng di potong 2.Belah tengahnya dan keluarkan sedikit isinya.(untuk menyenangkan memasukkan sayur-sayuran).
  • Ambil sekeping tauhu dan masukkan sehelai daun salad.Letakkan pula campuran sayur-sayuran tadi.Buat sampai semua tauhu habis.
  • Siap untuk dihidang bersama sos pilihan masing-masing.
*Saya menggunakan sos cili Thai yang di campur sedikit air.
Resepi sos manis berbijan
  • Masukkan 3 sudu besar sos Hoisin kedalam mangkuk.Campurkan bersama air panas(jumlah air bergantung pada kepekatan yang dikehendaki).Kacau hingga sebati dan taburkan bijan yang telah di goreng tanpa minyak.

Sabtu, 29 September 2012

PUDING KIWI SUNQUICK

Salam bahagia buat semua...
Dah lama tak buat puding.Terbayang-bayang rasa puding yang manis dan sedap di makan sejuk.Puding kali ini adalah olahan dari resepi Puding Sunquick Pic oleh Joanna.Ia di makan bersama kuah susu yang jika di sejukkan akan lebih sedap.


PUDING KIWI SUNQUICK
Sumber:Joanna Joe
Olahan :daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 paket agar-agar serbuk(10 gm)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • air-1200 ml 
  • sunquick secukupnya
  • 2-3 sudu besar tepung jagung
  • buah kiwi -di potong kiub
 Cara  membuatnya
  • Campurkan serbuk agar-agar dengan 1200 ml air,setengah tin susu cair,setengah tin susu pekat,telur(di pukul sedikit) dan secubit garam.
  • Kacau di atas api sedehana sehingga mendidih.Tambah sedikit esen vanila dan angkat.
  • Masukkan ke dalam acuan pilihan dan masukkan buah kiwi
  • Cara saya:letakkan potongan buah kiwi di tepi acuan puding dan masukkan sedikit adunan puding supaya buah melekat di dasar.Bila ia hampir beku barulah di curahkan adunan puding sehingga penuh dan di tambah lagi dengan buah kiwi yang di potong kiub.
  • Dengan menggunakan sudu letakkan  sunquick di tepi sekeliling bekas acuan puding.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk
Kuah puding
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat manis-baki dari penggunaan untuk puding tadi
  • 1000 m. air
  • 1 sudu besar sunquick
  • sedikit garam
Cara membuatnya
  • Campurkan air bersama susu cair,susu pekat manis dantepung jagung.
  • Kacau di atas api sedehana sehingga agak sedikit pekat dan mendidih.
  • Masukkan satu besar sunquick dan sedikit garam.
  • Angkat dan sejukkan.
  • Keluarkan puding dari acuan,curahkan kuah susu yang sejuk ke atasnya.
  • Sedia untuk di makan.


Jumaat, 28 September 2012

Kenangan di KUALA LUMPUR


Salam bahagia buat semua..
Entri kali ini nak ceritakan kenangan semasa pergi seminar di Hilton Kuala Lumpur pada 2 minggu yang lepas.
Seminar yang di hadiri oleh para doktor pakar dari Jepun,Filipina,Indonesia.Korea Selatan,Hong kong,Pakistan,India,Singapura(sekadar menyebut beberapa negara).
Seminar ini bertajuk Asia Pacific Muskuloskeletal Tumour(berkaitan dengan kanser tulang).

Hari pertama(7 september 2012)
Posing sana-sini kat hotel yang kami menginap selama 3 hari 3 malam di Kuala Lumpur International Hotel.
Seminar hari pertama-Jumaat, 7 September 2012 di Hilton Kuala lumpur.
 Asalkan nampak model je terus nak bergambar!tak kiralah manusia ke atau yang...tinggal tulang sahaja!.
Acara makan-makan sampai tak dengar doktor dok bagi talk kat depan...makanannya boleh tahan juga.Hai..jual mahal nampak..makanan kat Hilton boleh cakap macam tu!.Yang ni untuk lunch saja,yang untuk tea time tu saya boleh ulang ambik sampai dua kali(bukan Naja tapi saya...ya saya!!).
Pada malamnya kami makan untuk Gala dinner di Menara Kuala Lumpur.Acara makan-makan lagi!dan persembahan nyanyian dan semua negara yang terlibat.Para doktor pun boleh kena tempias K-pop !!Oppa Gangnam style lagi..
Waa..hari Ahad 9 September 2012 masa nak bertolak balik 'mercedes'kami rosak. Cer tengok muka saya tu! tengah sweet and sour..rungsiiing sangaaatttttt...........
Lastly happy ending jugak,'mercedes' kami dapat di pulihkan dari
'sakit kepalanya'.Dengan izin Allah ,kami selamat sampai dari Kuala Lumpur pada pukul 3.30 pagi.Syukur....

Khamis, 27 September 2012

SANDWICH UBI KENTANG dan AYAM


Salam bahagia buat semua..

Hari ini saya bercuti lagi selama 3 hari,dapatlah update blog lagi.Sepanjang 3 hari ini saya ada banyak rancangan nak buat terutama sekali nak baking and cooking.Bila dah start masuk dapur semula,tagline saya..redah saja nak masak apa terutama nak mencuba resepi baru.Resepi sandwich hari ini juga merupakan resepi baru saya ,kalau sebelum ni selalu juga buat sandwich tapi kali ini di tambah ubi kentang pula.Sedap dan mengenyangkan.


























SANDWICH UBI KENTANG DAN AYAM
Sumber:Majalah Keluarga Mac 2010
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 4 keping roti sandwich
  • 1 biji ubi kentang
  • 2 kepingan isi ayam panggang/goreng
  • daun salad
  • sedikit garam dan lada sulah
  • sedikit perahan lemon
  • mayones
  • sos cili

Cara membuatnya
  • Ubi kentang di potong bulat dan nipis kemudian di gaulkan dengan sedikit garam dan lada sulah.
  • Goreng sehingga keperang-perangan.
  • Sapukan roti dengan mentega,letakkan daun salad,kepingan ayam diikuti dengan ubi kentang goreng tadi.
  • Paipkan mayones dan sos cili di atasnya dan perahkan sedikit lemon.
  • Tutup dengan sekeping roti yang telah di sapu mentega di atasnya dan potong tepi-tepi roti.
  • Potong roti menyerong.Sedia untuk di hidangkan.
Cara saya
** Selepas ayam di  goreng,carikkan isi ayam sehingga halus.Gaulkan dengan mayones,sedikit garam dan lada sulah dan sedikit perahan lemon.Barulah di letakkan di atas roti.

Rabu, 26 September 2012

ROTI JALA


Salam bahagia buat semua....terimakasih kerana sudi masuk ke dapur maya ini
Cuti sehari saya di habiskan dengan tutorial membuat Roti jala.Semua barang-barang untuk membuat roti jala seperti kuali leper dan sudipnya sekali telah di beli dalam 4 tahun lepas. Selepas beberapa kali mencuba dan tidak pernah berjaya ,akhirnya tersimpan dalam kabinet dapur begitu sahaja.Saya dah hampir putus asa sebenarnya(tak boleh nak tiru macam Kolonel Sanders yang mencuba lebih dari 2000 kali untuk mendapatkan resepi ayam KFC seperti yang kita makan hari ini!!.





















....dan hari ini saya kembali bersemangat untuk mencuba lagi demi anak-anak yang begitu sukakan roti jala(laa.. merajuk sampai 4 tahun!).Setiap kali tempah untuk makan mesti tak cukup.Setelah beberapa kali buat dan buang masuk tong sampah,rupa-rupanya bukan resepi yang silap tetapi teknik menjala tidak betul.Komen dari my bodyguard..lepas ni tak payah lagi susah-susah dia pergi menempah roti jala dengan Cik Nah.Dia tak tahu pinggang saya sampai nak bunyi kraak!!..duk berdiri menjala roti!.
Baru sekarang saya rasa puas hati ,walaupun tak secantik yang di tempah,cepat kenyang sebab tebal sedikit.Masih lembut walaupun di simpan semalaman dalam peti ais.Makan bersama kari ayam..best Mr.Azim kata!...hilang terus rasa penat.
ROTI JALA
Sumber:kak zu semanis gula.blogspot


Bahan-bahan
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 5 cawan air/susu segar
  • 2 biji telur
  • 1sudu besar mentega-di cairkan
  • 1sudu kecil garam
  • Pewarna kuning
Cara membuatnya
  • Campurkan semua bahan-bahan dan kisar hingga sebati
  • Sukatan air boleh di adjust ikut kesesuaian adunan.
  • Panaskan kuali leper non-stick dan mulalah menjala(teknik sendiri).
**Kari ayam-resepi sendiri ye!sebab yang saya punya versi kanak-kanak.
 

Selasa, 25 September 2012

OREO CUP CAKE

Salam bahagia buat semua..
Sudah hampir sebulan lebih saya tidak membakar kek.Memandangkan semua bahan-bahan masih ada lagi baki untuk hari raya pada bulan lepas,saya bercadang untuk membuat kek cawan.Ia comel berhias cantik dan mudah memikat selera.Anak-anak pun dah minta saya buatkan kek sebab dah lama mereka tak nampak kek kat atas meja.Saya buat kek cawan sebab ia cepat dan mudah(malas melanda tapi kena buat juga!).
OREO CUP CAKE
Sumber:Azlita Masam Manis.Blogspot

Bahan-bahan
  • 250 gm .mentega
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 8-10 keping biskut oreo-kisar halus
Cara membuatnya
  • Panaskan oven dan ayak tepung naik sendiri bersama baking powder.
  • Campurkan mentega,gula ,tepung,telur dan esen vanila dan pukul selama 2 minit.Jangan terlebih pukul ye!.
  • Tuangkan adunan ke dalam paper cup dan susun di atas tray.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170'C selama 10-15 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan sebentar dan bolehlah di hias mengikut kesukaan masing-masing.
Buttercream
  • 80 gm.mentega
  • 200 gm.krimwell
  • 350 gm.golden syrup
Cara membuatnya
  • Pukul mentega dan krimwell hinga kembang.
  • Masukkan golden syrup perlahan-lahan dan pukul lagi hingga rata.
  • Bolehlah diletakkan pewarna mengikut pilihan sendiri 
**Saya menambahkan sedikit coklat emulco ke dalam adunan kek. 
Tip untuk kek cawan
Sumber:Chef Norzailina Nordin
  1. Jangan isikan adunan sehingga 3/4 penuh kerana kek akan menjadi sama rata dengan tepi keliling bila sudah masak.
  2. Ini merugikan kerana anda perlu membuang bahagian atasnya untuk menyapu aising kek.
  3. Sebaik-baiknya timbang setiap adunan supaya sama banyak.Jika tidak, kek anda ada yang penuh dan ada yang kurang.Jika kurang anda akan menggunakan lebih banyak aising.
  4. Untuk acuan sederhana besar 44 gm.sudah memadai.

Isnin, 24 September 2012

IKAN BILIS CILI HIJAU

Salam bahagia buat semua...
Hari ini saya bercuti,dapatlah masuk ke dapur setelah sekian lama tidak memasak.Periksa peti sejuk ada beberapa bahan yang masih ada untuk di buat lauk.Masakan ikan bilis ini  resepinya dari Majalah Saji dan ia adalah makanan dari Sarawak.Ia di makan semasa majlis merewang(kenduri). Keistimewaan Ikan bilis ini adalah ia rangup dan pedas.Resepi yang amat senang di buat dan cepat.Saya suka makan Ikan bilis cili hijau ini bersama bubur nasi(nasi air).

IKAN BILIS CILI HIJAU
Sumber:Majalah Saji

Bahan-bahan(4 orang makan)
  • 500 gm ikan bilis-buang perutnya
  • 500 gm.cili hijau
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • garam dan serbuk perasa secukupnya  tak letak
Cara membuatnya
  • Hiris nipis bawang bawang putih ,cili hijau dan bawang besar.Bawang merah di mayang halus.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan
  • Kemudian pula tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
  • Masukkan Ikan bilis goreng tadi dan kacau sebati.Bubuh perasa secukupnya.Kacau sebati.
  • Akhir sekali masukkan cili hijau dan bawang besar.
  • Kacau sebati dan bolehlah di angkat dan hidangkan.

Ahad, 23 September 2012

APPLE TURN OVER




Salam bahagia dan selamat petang buat semua....(kalau terbaca waktu pagi atau malam ke minta maap la ye!)
Entri resepi pada hari ini ialah Apple Turn Over.Tadi tak dapat nak menulis blog sekejap dek kerana hujan rahmat yang turun dengan lebatnya.Pada setiap titik hujan ada seorang Malaikat yang turun bersama titisan air hujan itu.Bayangkan betapa banyaknya kerahmatan yang kita dapat.Oleh itu bersyukurlah kita sentiasa..

Apple Turn Over ini seperti Apple Pie juga.Ia menggunakan pastri puff sebagai kulit luarnya.Sesuai untuk di buat hidangan minum petang.Saya tak kira ..makan waktu pagi,petang dan malam!!

APPLE TURN OVER
Sumber:tiffinbiru.blogspot

Bahan-bahan
  • 8 keping pastri puff(4 cm x 4 cm)
  • 3 biji epal hijau-potong kecil
  • 4 sudu gula perang
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1/2 kecil garam  tak letak
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur ayam-pukul sedikit
Cara membuatnya
  • Dalam mangkuk gaulkan semua bahan hingga rata(pastikan campuran epal terus di guna selepas di gaulkan untuk mengelakkan ianya dari berair) .
  • Ambil satu sudu campuran epal tadi dan letakkan di atas pastri puff.
  • Sapu sekeliling dengan telur dan dan lipat dua.
  • Tekan  sekeliling pastri mengunakan garfu.Sapu telur di atas pastri.Saya menaburkan sedikit bijan di atasnya sebagai hiasan.
  • Bakar pada suhu 200'C sehingga kuning keemasan selama 25 minit bergantung pada oven masing-masing.

Jumaat, 21 September 2012

RENDANG UDANG GORENG

Salam bahagia buat semua yang sudi singgah di ruangan dapur maya saya ini...
Segala-gala yang ada disini adalah seperti sebuah catatan hati yang tak pernah habis,hari-hari ada sahaja perkara yang hendak di tulis.Tetapi apakan daya masa telah membataskan segala-galanya.
Lama sudah saya tak masuk ke dapur.Sehingga ke hari ini dah menghampiri sebulan saya tidak memasak hidangan ataupun membuat kek atau kuih-kuih lain.Selalu saja ada jemputan jamuan makan bulan syawal samada di kampung atau di tempat kerja.Entri hari ini adalah resepi udang yang telah lama tersimpan dalam draf.

Rendang Udang Goreng 
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 12 ekor udang sederhana 
  • sedikit serbuk kunyit
  • tepung goreng serbaguna secukupnya
  • 200 ml santan 
  • 1 helai daun kunyit (diracik)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1-2 sudu makan cili giling (boleh juga guna cili padi)
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula melaka/gula pasir secukupnya
Bahan-bahan dikisar bersama
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
Cara membuatnya
  • Udang dibersihkan. Kemudian gaul-gaulkan bersama kunyit,  tepung goreng serbaguna dan sedikit air. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Gorenglah udang sehingga keemasan. Angkat dan toskan. 
  • Kemudian tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili giling dan tumis lagi sampai pecah minyak. 
  • Masukkan santan dan bahan-bahan selebihnya. Kacau sebati. 
  • Apabila kuahnya kelihatan hampir kering, bolehlah ditutupkan api.
  • Kemudian tuangkan kuahnya ke atas udang goreng tadi. Boleh juga digaul-gaulkan bersama. 
  • Hidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak atau apa-apa sahaja jenis nasi. Sangat sedap!
Nota:*saya tidak menggunakan tepung untuk menggoreng udang ini.
*udang pula di belah belakangnya.

Khamis, 20 September 2012

MANA MAK?

Salam bahagia buat semua...
Malam Jumaat yang tenang..kembali merindui ibuku...


Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada  di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah  basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh  menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah  mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah  bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bongsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang  sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak 
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.
Semasa menerima bungkusan kuih koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kuih koci kamu ni."  
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kuih koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."
Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah  sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah  telefon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah  itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah  hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala  Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"   
Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
Cerita ini dikongsi dari laman FB.

Sumber gambar:Cik Google


Selasa, 18 September 2012

TELUR AYAM




Salam bahagia buat semua...
Nak tulis pasal telurlah pulak ,sebab ia adalah 95 peratus makanan utama di rumah saya !
 
Macam-macam yang kita boleh masak dengan menggunakan telur.Kita goreng,rebus dan ada yang makan telur ayam mentah(hati-hati ada Salmonella tu!).
Telur juga menjadi bahan utama dalam membuat kek,biskut dan lain-lain masakan dan jika tiada telur, kemungkinan kek dan biskut anda tidak menjadi(jadi juga sebenarnya-Kek Coklat tanpa telur dan ada juga biskut yang tidak di masukkan telur ke dalam adunannya)...versi menyampuk tulisan orang!.
Telur mengandungi hampir semua vitamin dan garam galian yang di perlukan oleh badan manusia.Ia merupakan sumber protein yang paling murah dan mudah di perolehi jika di bandingkan dengan ikan dan daging.Hampir 93 peratus protein daripada telur di terima oleh badan.

Bagaimana memilih telur yang baik dan berkualiti serta tahan lama untuk di simpan
  • Telur yang segar mempunyai kulit yang berkilat dan tidak hitam.Jika di rendam dalam air ia akan tengelam.
  • Kulit telur juga perlu bersih dari sebarang kekotoran seperti bulu ayam dan najis.
  • Telur perlu di simpan di dalam peti sejuk untuk memastikan ia tahan  di simpan lama.
  • Simpan telur di dalam bekasnya atau tempat khas untuk telur.Pastikan ia tidak bercampur dengan bahan-bahan yang berbau kerana bau akan di serap oleh telur melalui kulitnya.
  • Cara betul menyimpan telur ialah dengan bahagian hujung tirusnya ke bawah.
  • Untuk memudahkan kulit telur mudah di kupas selepas di rebus,campurkan sedikit garam ke dala air rebusannya.Telur rebus yang masak sepenuhnya apabila di putarkan akan terpusing dengan elok dan tetap.
Telur adalah antara sumber protein yang baik.Menurut kajian pengambilan telur ayam yang bermutu sekali sehari baik untuk kesihatan badan.Sebiji telur mengandungi 75  kalori dan 5gm. lemak.Kadang-kadang terdapat sedikit darah di dalam telur.Ia berpunca dari pembuluh darah yang pecah.Namun ia masih selamat untuk dimakan.
Jangka hayat telur jika di simpan dalam suhu bilik adalah selama 21 hari dan bertahan sehingga 3 kali ganda jika di dalam peti sejuk.
'Eggy lesson' for the day!...

"A paler yolk does not mean that the egg is bad or less tasty, it just means that the hen was fed a diet with paler ingredients. That is to say, bright chicken feed equals bright yellow egg yolk."
from..FB Yummy Banoffe and others delight.
 
Ever wonder why the eggs used by International Chefs on TV are white shelled? I've always loved to look at those white shelled eggs, they look so clean and 'pure'.

Well apparently, hens with white feathers and white ear lobes lay white eggs and hens with red feathers and red ear lobes lay brown eggs. There is absolutely no nutritional difference between white or brown eggs, neither one is better or healthier than the other. (info extracted from helpwithcooking.com).

Ahad, 16 September 2012

COLEK AYAM DAN TAUHU

Salam bahagia buat semua yang membaca..
Dalam beberapa hari ini saya tak berkesempatan untuk menulis di sini.Mood ke laut..nun jauh di tengah-tengah laut tak sampai lagi di tepian pantai!.Saya tengah depress dengan kamera lama saya yang telah rosak memori kadnya selepas balik dari seminar di KL pada minggu lepas.Sekarang ni tengah mengumpul dana nak beli kamera baru.Bila la nak cukup dana tu.Ada saja cross channel....























Sambung tulis....(8 jam dari catatan di atas)betul-betul di tengah laut ni,sampai satu catatan pun mengambil masa 2 kali tulis...hee..hee
Hari ini saya ingin kongsikan resepi Colek ayam dan tauhu yang menjadi makanan sampingan buat saya semasa di rumah.

COLEK AYAM DAN TAUHU
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 keping dada ayam-potong 4
  • 4 keping tauhu
  • ubi sengkuang dan
  • timun ,taugeh secukupnya
  • sos lada
Cara menyediakan ayam 
  • Dada ayam
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • sedikit garam dan gula
  1. Gaulkan kesemua bahan dengan ayam dan perap seketika.
  2. Goreng ayam sehingga garing dan toskan.
  3. Sejukkan sebentar dan cincang ayam kepada ketulan lebih kecil
Sediakan bahan lain
  • Ubi sengkuang dan timun di buang kulitnya dan di hiris nipis dalam bentuk memanjang.
  • Tauhu di goreng sehingga garing dan di potong dadu kecil.
Sos lada
  • 50 gm.cili kering
  • gula dan cuka secukup rasa
  • 5 ulas bawang putih
  • sedikit air
  • sos cili Thai
  1. Kisar cili kering bersama air,bawang putih sehingga halus.
  2. Panaskan sedikit minyak dan masak sos lada dengan api yang sederhana sehingga cili masak. 
  3. Tambahkan air dan tunggu sehingga ia sedikit pekat. 
  4. Tambahkan gula secukup manis yang diinginkan serta cuka dan sos cili thai.Sesuaikan rasa masam dan manisnya mengikut selera masing-masing..
Cara membuatnya
  • Campurkan bersama ayam goreng,tauhu dan semua sayur-sayuran.
  • Curahkan sos ke atasnya,sedia untuk di hidangkan.Besttt....sangat!!