style="text-align: center"

Selasa, 30 April 2013

MEATBALL SPAGHETTI BOLOGNAISE



As-Salam buat semua..

Hari ini tak makan nasi,kita buat pasta sahaja kerana semua bahan-bahan yang di perlukan sudah ada dalam peti Doraemon kat dapur.Pembetulan ...tak makan nasi!(tak mungkin).... pada waktu pagi sahaja,waktu petang dah habis sepinggan nasi! hee.he .Resepi asalnya bertajuk Meatball Pasta.

MEATBALL SPAGHETTI BOLOGNAISE
Sumber: Sugar House of Gift,facebook/Buku resepi

Bahan-bahan
300 gm spaghetti
500 gm daging cincang
200 gm tomato puree   saya guna sos spaghetti bolognaise
6 biji tomato ceri   saya guna tomato besar
2 biji cili merah/capsicum
1 labu bawang besar-potong dadu
2 biji bawang putih-cincang halus
2 helai Bay leaf
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
minyak zaitun untuk menumis
garam dan lada hitam kisar secukup rasa
Cara membuatnya
  • Masukkan sedikit minyak zaitun ke dalam bekas dan gaul bersama daging kisar.Bentukkan daging kisar menjadi bebola daging.Saya tambahkan sedikit serbuk lada hitam dan garam.
  • Panggang dalam ketuhar untuk 5 minit(saya panggang dalam pemanggang ajaib sahaja) .
  • Jika ada air daging terkumpul semasa memanggang jangan buang air ini,campur bersama kuah pasta nanti. 
  • Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.Masukkan Bay leaf.Tuang tomato puree/sos spaghetti bolognaise,sos tomato,sos cili,tomato ceri dan cili merah serta bebola daging.masak debgan api sederhana hingga naik minyak.Tambahkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.Jika suka boleh di tambah sedikit gula.
  • Sementara kuah sedang masak,rebus air hingga mendidih.Masukkan sedikit garam sebelum memasukkan pasta.Bila air mendidih, masukkan pasta dan rebus hingga masak(lebik kurang 15-20 minit)toskan pasta dan sedia untuk di hidang bersama kuahnya. Taburkan sedikit daun bawang jika suka.

Isnin, 29 April 2013

IKAN MASAK TEMPOYAK

As-Salam buat semua..

Ikan masak tempoyak boleh di gunakan pelbagai jenis ikan yang sesuai dan yang paling popularnya tentu sekali adalah Ikan Patin.Tetapi oleh kerana saya tidak makan Ikan Patin,saya cuma gunakan Ikan Kembung yang besar sahaja.kadang-kadang ada juga saya gunakan Ikan Kerisi

IKAN MASAK TEMPOYAK
Sumber:resepiraidah.blogspot.com/thanks
Bahan-bahan
2 ekor ikan kembung- bersihkan
15 biji lebih atau kurang cili api - tumbuk
1 batang serai - ketuk
2 sudu besar atau lebih tempoyak
1 tangkai daun kesum    boleh letak lebih jika suka

1 helai daun kunyit-jika suka
Serbuk kunyit secukupnya/ 1 inci kunyit hidup

 Garam dan sedikit gula.
Air - ikut pekat kuah yg diingini

Cara membuatnya

  • Masukkan cili api yg telah ditumbuk, tempoyak, serai, kunyit dan air ke dalam periuk. Kacau rata supaya tempoyak hancur dan tidak berketul. Masakkan bahan-bahan sehingga mendidih.
  • Kemudian masukkan ikan, daun kesum dan biarkan ikan sehingga masak.Tambahkan garam dan sedikit gula.Kalau kuah tidak masam, bolehlah ditambahkan tempoyak lagi(biasanya rasa masam ikan hanya dari tempoyak sahaja.Tapi kalau tidak suka kuah yg agak pekat, bolehlah ditambah asam keping untuk menambah masam).
  • Bila ikan sudah masak,bolehlah diangkat.

Ahad, 28 April 2013

KEK COKLAT SACHER

 As-Salam buat semua..

Saya ada membeli beberapa biji buku masakan baru-baru ini kat pameran buku di KB Mall dan salah satunya adalah Buku kompilasi hidangan kek.Resepi kek coklat ini adalah dari buku tersebut oleh Noraini Zakaria.Kek cokat lembab di hias dengan ganache coklat dan pastinya membuat anak-anak saya makan seperti biasa..

KEK COKLAT SACHER
Sumber:buku kompilasi hidangan kek-Noraini Zakaria

Bahan A
200 gm.mentega
200 gm. tepung kek
180 gm.coklat masakan
100 gm gula kastor     saya letak 80 gm
7 biji kuning telur gred A

Bahan B
7 biji putih telur gred A
100 gm.gula kastor    saya letak 80 gm

Bahan ganache coklat
250 gm.coklat masakan
100 gm susu sejat

cara membuatnya
  • Bahan A:Cairkan coklat masakan secara double boiler.Ketepikan
  • Pukul mentega dan gula kastor hingga berkrim.Masukkan kuning telur dan putar lagi hingga sebati.
  • Kemudian masukkan coklat cair yang masih suam itu dan putar lagi hingga sebati.
  • Bahan B-dalam bekas berasingan,pukul putih telur dan gula kastor hingga gebu dan kental.
  • Tuangkan adunan putih telur ke dalam  adunan coklat tadi.Kemudian masukkan tepung kek sedikit-sedikit sambil di kaup -balik hingga rata.
  • Griskan acuan bulat berukuran 8 inci(saya guna acuan empat segi)dan lapik dengan baking sheet.Tuangkan aduan dan ratakan permukaannya.
  • Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam.
  • Setelah sejuk,tuangkan ganache coklat ke atasnya dan hiaskan mengikut kreativiti sendiri.
Ganache coklat
Panaskan susu hingga mendidih dan tuangkan ke dalam mangkuk berisi coklat.Gaulkan hingga coklat cair.Biar ia pekat sedikit baru tuang atas kek.

Hiasan yang saya guna pada kek di atas:
Sapu kek dengan coklat filling dan hias dengan buah strawberry dan taburkan Biskut oreo yang di patahkan kecil-kecil di atas kek.

Sabtu, 27 April 2013

CREAM PUFF


 As-Salam buat semua..

Akhirnya...selepas beberapa kali mencuba buat Cream Puff dengan 3 kali masuk dustbin saya berjaya makan Cream Puff ini dengan muka yang tersenyum!Practise make perfect kononnya!he..he.
Dengan semangat yang tinggi untuk menghasilkan Cream Puff sendiri dari dapur saya, dengan tidak jemu-jemu saya cuba membuatnya beberapa kali termasuk tengok tutorial kat YouTube Kalau bukan kerana kuih ini menjadi kesukaan,dah lama saya mengalah!.Selalunya kalau nak makan tu saya tempah atau beli saja kat kedai kek.Selepas ini tidak lagi...tu pun kalau rajin!.
Buat sendiri,dapat letak filling banyak sikit.Baru puas makan.

CREAM PUFF
Resepi: Zaliana@myresepi
Sumber:Tun Telani


Bahan-bahan

  • 125 gm self raising flour
  • 100 gm mentega
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur 
Cara membuatnya
  • Panaskan air,gula dan mentega dalam periuk sampai mendidih menggunakan api perlahan.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan. 
  • Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer.
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag.Paip menggunakan nozzle bentuk bintang.
  • Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. 
**Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220'C.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit.Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. 


Custard Filling.
Resepi: Kak Ida@1001resepi
Sumber: Tun Telani-Life is a constant battle


Bahan-bahan

  • 2 sudu besar tepung kastard 
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar 
  • 30 gram mentega (lebih kurang 2 sudu teh)
  • 2 sudu teh esen vanilla
Cara membuatnya

  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk.Ketepikan. 
  • Belah sedikit cream puff.
  • Masukkan custard filling ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam Cream Puff.Ia sedap di makan sejuk.

Jumaat, 26 April 2013

DAGING GORENG BIJAN

 As-Salam buat semua..

Resepi asalnya menggunakan ayam tetapi dalam peti ais cuma ada daging,rajin sangat nak buat saya tukar bahan utamanya kepada daging tetapi masih menggunakan resepi yang sama.Sedap di makan dengan nasi panas.

DAGING GORENG BIJAN
Sumber:mamakitchen-makcikmanggis .blogspot

  • 3 keping dada/peha ayam boneless atau1/2 ekor ayam potong kecil    
  • *1 sudu makan kicap cair 
  • *1 sudu makan cuka
  • *1/2 sudu makan minyak bijan
  • *1 sudu kecil gula
  • *garam dan lada sulah
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung beras/tepung jagung
untuk sos
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2-3 sudu makan madu - terpulang manis masing-masing
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair
1/4 cawan air
bijan sangai - utk tabur
capsicum merah,kuning hijau    saya tambah

Cara membuatnya
  • Gaul ayam/daging dengan bahan bertanda *. Perap paling kurang sejam.
  • Panaskan minyak. Masukkan tepung gandum dan juga tepung jagung/tepung beras ke dalam perapan ayam. Gaul.
  • Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
  • Utk membuat sos - Satukan semua bahan. Masak di atas kuali sehingga agak pekat.
  • Masukkan ayam dan capsicum serta di gaul rata. Taburkan bijan dan sedia dihidang dengan nasik putih panas.


Khamis, 25 April 2013

TAUHU SUMBAT IKAN

 As-Salam buat semua..

Saya jumpa resepi tauhu ni semasa blog walking kat blog Ieyda lesung batu.Selepas cuba membuatnya,rasanya boleh tahan juga.Sedap juga kalau di makan dengan sos cili atau sos pencicah.
Thanks Ieyda,saya kongsikan resepinya di dapur ini pula.

TAUHU SUMBAT IKAN
Sumber:lesungbatuieyda.blogspot.com/.thanks.

Bahan-bahan
4 keping tauhu putih empat segi
3 ekor ikan kembung
sedikit bawang besar-hiris nipis
1 biji bawang merah
1 tangkai daun bawang dan daun sup-hiris halus
1 bii lada merah-buang biji dan potong halus
1/2 biji limau kasturi
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa    saya guna sos ikan

Cara membuatnya
  • Rebus/kukus ikan dengan asam keping dan buang tulangnya dan ambil isinya sahaja.Lenyek dengan garfu-ketepikan.
  • Goreng tauhu hingga menjadi perang,angkat dan toskan minyaknya.
  • Belah dua tauhu ,korek isi dalam seperti dalam gambar di atas dan tinggalkan kulitnya sebagai sarung untuk mengisi isi ikan nanti.
  • Hancurkan sedikit isi tauhu(tidak perlu guna semuanya),campurkan dengan isi ikan tadi,bawang merah,bawang besar,daun sup,daun bawang dan cili merah.
  • Tambahkan garam/sos ikan dan serbuk lada hitam secukup rasa.Perahkan air limau kasturi(saya guna limau nipis)dan gaul rata.
  • Sumbatkan bahan yang telah disediakan ke dalam sarung tauhu tadi.Buat sehingga habis.Sedia untuk di hidangkan.

Rabu, 24 April 2013

TRIFFLE


As-Salam buat semua...

Triffle yang dah berkali-kali saya buat dek kerana kesedapannya dan sentiasa sahaja tak sempat nak ambil gambar sebab tak sabar-sabar ingin menceduknya!.Salah satu dessert yang menjadi nombor satu di tekak saya!.Triffle mendapat namanya dari 3 lapisannya.Tapi saya tambah satu lagi lapisan krim putar di atasnya.Lagi lah sedap jadi empat lapisan kesemuanya.
Kesemua resepi yang di siarkan menggunakan bahan-bahan yang sama dan cara membuat yang lebih kurang sama sahaja.Saya menggunakan susu segar dalam resepi kali ini.Resepinya adalah dari rujukan di blog-blog dan saya olah ikut kesesuaian sendiri.























PUDING TRIFFLE
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1  gulung kek swiss roll-saya guna perisa coklat mocha
400 ml.susu segar /1 tin susu cair
1  sudu besar gula/sukatan manis sendiri
4 sudu besar tepung kastad

1 sudu besar jus pekat oren sunquick
1 sudu teh esen vanila 

1 tin buah-buahan koktel
1 tin buah laici
1 paket kristal jeli -perisa pilihan

krim putar secukupnya

Cara membuatnya:
Lapisan pertama
  • Toskan kesemua buah-buahan koktel dari sirap gulanya.
  • Ambil bekas yang sesuai dan potong kek kepada potongan sederhana nipis dan susun dalam bekas. 
  • Basahkan kek yang telah disusun dengan sedikit air daripada  buah-buahan koktel.Taburkan sedikit dari buah-buahan koktel dan laici tadi.Ketepikan.
Lapisan kedua
  • Tuangkan susu segar ke dalam periuk , tepung kastad, gula ,jus pekat oren sunquick dan esen vanila. 
  • Kacau di atas api sederhana tanpa henti hingga sedikit pekat. Kemudian tuangkan ke atas kek tadi.Selepas itu susunkan buah-buahan koktel di atas lapisan kastad tadi.Sejukkan sebentar.
Lapisan ketiga
  • Masak kristal jeli mengikut arahan yang tertera pada kotak , campurkan serbuk jeli dengan 2 cawan air (400ml).Kacau sebentar hingga larut. Biar sejuk sedikit baru dituang ke atas lapisan kastad dan koktel tadi secara perlahan-lahan .Masukkan ke dalam peti sejuk sebentar supaya jeli beku.
Lapisan keempat(atas sekali)
  • Putar krim putar sehingga kaku dan dengan menggunakan piping bag,paipkan krim putar di atas lapisan jeli dan taburkan buah-buahan selebihnya.Sejukkan semula di dalam peti sejuk.
  • Sedap di makan bila ia betul-betul sejuk.


Isnin, 22 April 2013

KANGKUNG GORENG BELACAN

 As-Salam buat semua...

Resepi sayur untuk minggu ini ialah Kangkung goreng belacan.Rasanya semua orang pun tahu cara membuatnya,tapi nak letak juga resepinya kat sini sebagai kenang-kenangan.Ye lah bukan selalu saya dapat goreng kangkung bersama belacan,muka ni dah la port jerawat batu,lagi lah bertambah-tambah pula bilangannya.!

KANGKUNG GORENG BELACAN
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan

1 ikat sayur kangkung -potong 1 inci 
1/2 labu bawang besar-potong nipis
4 ulas bawang putih -di ketuk
2 sudu besar sambal belacan
2 sudu besar sos tiram

sedikit gula/pilihan
minyak untuk menumis


Cara membuatnya
  • panaskan kuali dan tumiskan bawang putih serta bawang besar hingga  berbau harum. 
  • Masukkan sos tiram dan sambal belacan bersama sedikit air.
  • masukkan sayur kangkung dan sedikit gula jika suka.
  • Bila sayur telah layu, sesuaikan rasanya dan  bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Ahad, 21 April 2013

KEK BELANG COMEL

 As-Salam buat semua..

Kek belang comel ini resepinya adalah dari Azlita masam manis yang tersiar di dalam Majalah Rasa Mac 2013.Tertarik dengan warnanya saya cuba untuk membuatnya.Saya tidak memotong kek ini untuk menjadi bentuk bulat seperti dalam resepi tetapi membakarnya terus di dalam acuan bulat kecil dan memotongnya di tengah menjadi dua lapis.

KEK BELANG COMEL
Sumber:Azlita masam manis

Bahan-bahan
100 gm.tepung kek
70 gm .gula kastor
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
80 ml.susu segar
60 ml.minyak jagung
1/2sudu teh baking powder
1/2 sudu teh cream of tartar
1/2 sudu teh esen vanila

*utk.warna-warna pada kek: pewarna hijau
pes pandan 
coklat emulco
pewarna oren 
 * anda boleh menggantikan warna untuk adunan mengikut warna kegemaran.

bahan hiasan
125 ml non diary whipping cream
buah ceri kecil /strawberry secukupnya 

 Cara membuatnya
  • Ayak bersama tepung kek dan baking powder.Kemudian masukkan minyak jagung,kuning telur dan susu segar.
  • Gaul dengan pemukul telur hingga rata dan sebati.Ketepikan.
  • Di dalam bekas berlainan,putar putih telur sehingga kembang.Kemudian masukkan gula kastor dan cream of tartar.Putar sehingga menjadi kental dan kaku.
  • Tuangkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan kek tadi.Kaup balik rata.
  • Seterusnya tuangkan bakinya dan kaup balik sempurna.Masukkan esen vanila dan di kacau sebati.
  • bahagikan adunan kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama di letak pewarna hijau dan pes pandan(*atau mengikut warna pilihan).
  • Bahagian kedua di letak coklat emulco dan bahagian ketiga di letak pewarna oren.Gaul rata adunan dan di letak ke dalam piping bag. 
  • Sediakan loyang berukuran 10 inci dan lapikkan dengan kertas kek lalu di sapukan dengan sedikit mentega.
  • Paipkan adunan dengan satu jaluran memanjang secara berselang- seli di dalam loyang.
  • Bakar di dalam oven bersuhu 170'C selama 20 minit.Sejukkan seketika dan potong kek menjadi bentuk bulat.
  • Putarkan krim putar sehingga kental dan paipkan di atas satu lapisan kek.Tutup dengan selapis kek lagi.
  • Akhir sekali hias dengan buah ceri kecil/strawberry.   

Sabtu, 20 April 2013

TAUHU BERDAGING


 As-Salam buat semua...

Saya masak tauhu lagi, tapi kali ini menggunakan tauhu lembut pula,lebih terasa kacang soyanya.Tambahan pula di makan bersama daging cincang  sedap aje bila masuk ke dalam mulut.Resepinya adalah dari Majalah Saji dan telah saya olah sedikit mengikut bahan-bahan yang ada di dapur.

TAUHU BERDAGING
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 buku tauhu lembut
125 gm daging cincang
2 ulas bawang merah-cincang halus
2 ulas bawang putih-cincang halus
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar taucu-cincang
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh gula
daun bawang-cincang
minyak zaitun-untuk menumis

Cara membuatnya
  • Panaskan pengukus terlebih dahulu.
  • Masukkan minyak zaitun dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga keperangan.
  • Masukkan cili kering kisar dan goreng sebentar lagi.Masukkan daging cincang dan gaul rata.
  • Masukkan sos cili,sos plum dan taucu.Gaul rata dan tambahkan sedikit air.
  • Tambahkan serbuk lada hitam dan gula.Sesuaikan rasanya.
  • Letakkan tauhu di dalam mangkuk tahan panas.Letakkan bahan campuran daging di atasnya.
  • Kukus selama 15-20 minit,angkat dan taburkan daun bawang di atasnya.Sedia untuk di hidangkan.

Jumaat, 19 April 2013

TELUR IKAN GORENG

 As-Salam buat semua..
Telur Ikan Tenggiri ini sedap di makan goreng dengan resepi yang mudah dan sedap juga di masak lemak kuning.Saya menggunakan minyak zaitun sahaja kerana telur ikan sesuai di goreng dengan minyak yang sedikit dan di goreng sebentar sahaja supaya tidak keras.

TELUR IKAN GORENG
Olahan:daridapursuzana


Bahan-bahan
250 gm telur ikan- bersihkan dan potong pendek,di belah tengah
garam secukup rasa
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
4 tangkai daun bawang dan daun sup-potong panjang
2 biji cili merah- dipotong serong
sedikit minyak zaitun-utk.menggoreng
sedikit air
 

Cara membuatnya
  • Gaul sebati telur ikan dengan  garam,serbuk lada hitam serbuk kunyit dan lada sulah.Ketepikan sebentar.
  • Panaskan sedikit minyak zaitun dan goreng telur ikan hingga masak dan garing.Tambahkan sedikit air.
  • Masukkan kesemua bahan-bahan seperti lada merah dan daun bawang serta juga bawang besar dan goreng sekejap lagi.
  • Angkat dan hidangkan dengan  nasi panas.

Rabu, 17 April 2013

PUDING KASTARD BUAH


As-Salam buat semua..

Resepi puding yang mudah ini saya dapat dari blog Chef Norzailina Nordin seorang penulis yang banyak menghasilkan buku-buku masakan dan novel.Beliau juga ada memberikan beberapa petua mebuat puding,antaranya ialah bila membuat puding,pastikan ia sejuk dahulu sebelum di letakkan di dalam peti sejuk.Jika tidak puding akan berair.Loyang juga perlu di basahkan dahulu sebelum menuang puding supaya senang bila hendak di keluarkan nanti.

PUDING KASTARD BUAH
Sumber:Norzailina Nordin

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula pasir(atau ikut suka manisnya)
3 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 tin kecil buah campuran/koktel-sejatkan

Cara membuatnya
  • Letakkan buah-buahan ke dalam loyang pilihan dan ketepikan.
  • Larutkan tepung kastard dengan sedikit air,tapiskan ke dalam periuk.Campurkan kesemua bahan lain.
  • Kacau atas api sederhana perlahan dengan menggunakan whisker hingga adunan pekat dan berkilat.
  • Angkat dan tuangkan ke atas buah dan biar sejuk sebelum di simpan di dalam peti sejuk.
*Jika tiada tepung kastard,boleh di ganti dengan tepung jagung tapi puding akan berwarna putih,tambah warna jika suka.
*Boleh guna sirap buah sebanyak 1 cawan dan campurkan dengan 2 cawan air biasa.

Selasa, 16 April 2013

SOTONG GORENG NESTUM


As-Salam buat semua..

Pertama sekali saya nak mengucapkan terimakasih kepada kawan-kawan alam maya (yang bernyawa sahaja)yang sudi membaca dan mengikuti blog ini yang amat terpencilnya dari sejumlah ribuan atau jutaan blog di alam maya.Sekali-sekala semasa blog walking saya dapat kawan baru.Nak jalan-jalan selalu masa amat terhad dek kesibukan tugasan lain.Terimakasih semua..
Entri pagi yang nyaman ini setelah semua tugasan kat power point sudah siap ialah Sotong goreng nestum.Bau harum nestum goreng dan rasanya yang rangup membuatkan sotong ini bertambah enak.Boleh juga digunakan udang.

SOTONG GORENG RANGUP
Olahan:daridapursuzana

Bahan A
4 ekor sotong besar-potong bulat
tepung berempah secukupnya
minyak secukupnya-untuk menggoreng sotong

Panaskan minyak dan salutkan sotong dengan tepung berempah(tidak perlu campur air).
Goreng sotong hingga garing.Toskan minyaknya.

Bahan B
1 1/2 cawan nestum(kalau suka banyak boleh tambah)
1/2 kiub pati ayam
1 sudu kecil gula 
2 tangkai daun kari
4 tangkai cili padi(jika suka pedas)-potong kecil
1 senduk kecil marjerin Planta

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan masukkan marjerin.Bila marjerin hampir cair masukkan nestum dan goreng sebentar dengan api sederhana.
  • Masukkan serbuk pati ayam,gula ,daun kari dan cili padi jika suka.Goreng sebentar lagi hingga semua bahan-bahan sebati dan nestum garing dan rangup.
  • Toskan minyak hingga kering.Ambil sotong tadi dan gaul rata dengan nestum.Sedia untuk di hidangkan.

Isnin, 15 April 2013

RAINBOW ICE CREAM



 As-Salam buat semua..

Pening kepala saya dok menyiapkan power point untuk presentation 2 minggu lagi.Dah hampir siap 90 peratus.Buat awal-awal supaya saya berkesempatan untuk buat perkara lain pula.Tak sempat nak habiskan saya tinggalkan power point dan beralih ke entri blog pula.Baru lega sikit kepala!...kalau bab-bab kerja ni mudah hilang tumpuan,kalau menulis blog tu lama sikit pun tak apa!
Entri hari ini adalah pasal ais krim yang menjadi kesukaan baby besar saya-Azim.Hari-hari punggah dari peti ais sampai habis baru tanya..ada lagi tak?.
Resepi asalnya dari Buku resepi yang di kongsikan di FB.Nama resepinya Ais krim home made oleh Jue Nida.Tapi oleh kerana saya telah membuatnya jadi colourful jadi namanya bertukar ke Rainbow ice cream..walaupun hanya ada 3 warna!..
                 
Mulanya Azim ingat saya beli ais krim ini sebab di letakkan di dalam bekas ais krim lama!..

RAINBOW ICE CREAM
Sumber:buku resepi FB/Jue Nida

Bahan-bahan
1 tin susu pekat manis       saya guna 3/4 tin
2 tin susu air masak
1 sudu besar ovalette
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanila 
2@3 sudu besar serbuk koko          tak letak
*saya gunakan 3 warna-purple,pink dan kuning  

Cara membuatnya
  • Tuangkan susu pekat di dalam periuk dan masukkan 2 tin air masak(sukat dengan tin susu tadi).
  • Masukkan tepung jagung dan kacau rata.Tepung jagung adalah supaya ais krim tidak cepat cair bila di keluarkan nanti.
  • Kacau atas api sebentar(tidak perlu mendidih).Angkat dan masukkan dalam bekas besar dan sejukkan.
  • Apabila sejuk,tambahkan ovalette dan esen vanila dan kacau rata.
  • Putar dengan menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi hingga adunan gebu,ringan dan adunan naik dua kali ganda(penuh bekas) 
Cara saya .
  • Bahagikan adunan kepada beberapa warna dan perisa ikut kesukaan masing-masing.  
  • Ambil bekas sesuai dan tompokkan adunan yang berlainan warna selapis demi selapis .
  • Ulang proses melapis hingga adunan habis.
  • Bekukan di dalam peti ais.Hias mengikut kreativiti sendiri.Sedia untuk di nikmati.