style="text-align: center"

Jumaat, 28 Jun 2013

CHOCOLATE BUTTER CAKE



As-Salam buat semua...
Dalam beberapa hari ini saya tidak menulis resepi di sini kerana ada beberapa masalah yang menggangu fikiran dan membuatkan saya jadi  tiada mood untuk menulis..Di tambah pula dengan badan yang tidak beberapa sihat.Anak-anak pula buat permintaan nak makan kek.Buatlah juga kek yang simple ini tanpa di letakkan topping coklat seperti biasa cuma di letak taburan badam keping sahaja.Tukang buat kek hatinya tengah kering!tak berhias cantik kek coklat kali ini...

CHOCOLATE BUTTER CAKE
Sumber:Fabulous Cake Book

Bahan-bahan
150 gm.mentega tanpa garam
4/4 cawan gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan susu

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 180'C .Lengserkan loyang dengan mentega dan alas dengan baking sheet.
  • Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk sehingga ringan dan berkrim.
  • Tambahkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan memukul.Tambahkan esen vanila dan pukul sebati.
  • Kaup-balikkan tepung naik sendiri dan serbuk koko ke dalam adunan berselang seli dengan susu.
  • Bakar selama 45 minit sehingga masak.Sejukkan di atas redai kek dan sedia untuk di hidangkan.

Sabtu, 22 Jun 2013

BUN KAYA

 As-Salam buat semua...
Lama tak buat execise lengan.Hari ini mood rajin nak menguli roti tiba-tiba datang pula.Saya kalau buat roti main pakai uli dengan tangan sahaja sebab saya tak ada bread maker.Orang lain buat roti smooth aje permukaannya,saya punya roti berkerutu pula!,buat sebiji-sebiji bakar dalam acuan kecil supaya senang nak ngaappp...bubuh inti kaya banyak-banyak sampai melimpah keluar...sedap!


Bahan-bahannya:
Resepi:periuktanah.blogspot.com (Roti Naik daripada Resepi.Net)

400 gm tepung roti
100 gm tepung gandum
250 ml air
50 gm susu pekat
180 gm gula perang
100 gm mentega
11 gm yis segera (1 paket)
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali mentega dan uli hingga menjadi doh. (10-15 minit). Masukkan mentega dan uli lagi hingga menjadi doh yang licin dan kenyal.
(petua pakar buat roti-masukkan doh ke dalam plastik bersih dan uli dengan menggunakan plastik selama 10-15 minit.).Keluarkan dan sedia untuk proses seterusnya.
  • Cara lain: masukkan semua bahan ke dalam bread-maker, tekan setting doh dan tunggu hingga siap.
  • Tak perlu diperap, tetapi terus bahagikan doh kepada 16-20 bahagian (ikut saiz pilihan). Bulat-bulatkan, kemudian leperkan di tapak tangan.
  • Isikan inti kaya pandan dan cantumkan hujung doh menggunakan hujung jari.Pintal kemas seperti membuat pau agar inti tidak terkeluar ketika membakar. (lebih mudah jika kaya dalam keadaan sejuk dan agar pekat)
  • Susun dalam loyang yang telah dilengser dengan jarak 2 sm antara satu sama lain dan perap 45- 60 minit sebelum dibakar. Boleh ditutup dengan tuala dapur atau cling wrap. Tetapi jangan terkena permukaan roti pula.
  • Panaskan oven pada suhu 190'C dan masukkan loyang roti di bahagian tengah oven.Bakar selama 15-20 minit atau hingga permukaan roti keperangan.Sapukan marjerin pada permukaan roti sebaik roti dikeluarkan.
  • Sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas bertutup. Roti tahan hingga 4 hari jika disimpan ditempat kering dan sejuk.
* saya sapukan roti dengan susu pekat manis dan di tabur bijan sebelum di bakar.

Jumaat, 21 Jun 2013

KEK PISANG MILO MOCHA DAN CHOCOLATE RISE

 As-Salam buat semua...
Saya baru sahaja rasa nak letak jawatan dari buat kek kerana kerap buat kek membuatkan saya asyik makan kek sahaja,paras gula dalam darah pun dah naik(ia agak membimbangkan saya).Tiba-tiba sahaja Azim pulang dari sekolah dan memberitahu,mama..cikgu nak adik bawa kek besok untuk makan-makan lepas kelas.Nampaknya tak jadi lah saya letak jawatan,tapi masih selamat kerana kek ini di bawa ke sekolah dan bukannya untuk hidangan di rumah.Pulang dari sekolah,mama.. cikgu kata kek ni sedap sangat!hilang penat saya dah dapat pujian..he..he.Kek ni berwarna coklat gelap kerana di letakkan milo.Tak adalah versi potong-potong kerana nak di bawa ke sekolah.

KEK PISANG MILO MOCHA DAN CHOCOLATE RISE
Resepi:Dapur tanpa sempadan

Bahan-bahan
4 biji pisang berangan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula halus   saya letak 1 cawan
3 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette
1/2 cawan+2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh garam
1 sachet milo3-in-1 mocha
coklat rise secukupnya

Cara membuatnya
  • Kisar pisang dan minyak dalam mixer hingga hancur.Masukkan kesemua bahan lain ke dalam mangkuk berisi pisang tadi dan pukul dengan high speed hingga adunan menjadi putih dan gebu.
  • Masukkan coklat rise secara kaedah kaup-balik.
  • Masukkan ke dalam loyang yang telah di sapu minyak dan di alas dengan baking sheet.
  • Masukkan separuh loyang sahaja kerana kek ini akan naik sekali ganda.
  • Taburkan baki coklat rise di atas adunan kek.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 180'C selama 40 minit bergantung pada oven masing-masing.

Selasa, 18 Jun 2013

AGAR-AGAR SANTAN ROS

As-Salam buat semua...
Cuaca yang panas pada waktu siang hari  sesuai untuk makan sesuatu yang sejuk-sejuk bila pulang dari kerja.Selalunya saya buat agar-agar separuh adunan sahaja kerana anak-anak tak makan agar-agar.Cukuplah untuk makan berdua sahaja.

AGAR-AGAR SANTAN ROS
Resepi: Sinar Kehidupanku /yatiememories.blogspot.com
thanks

Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula
1100 ml. air
1 paket santan serbuk
170 ml.air campur dengan santan serbuk
1 biji telur-pukul dengan santan
secubit garam
1 helai daun pandan
perisa ros/sirap ros
*jumlah sukatan air boleh di olah ikut kekerasan agar-agar yang di inginkan.

Cara membuatnya
  • Masak air dengan gula dan daun pandan hingga larut.Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
  • Kecilkan api dan tuangkan campuran santan dengan telur,garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil-bintil.
  • Tuangkan ke dalam loyang atau acuan pilihan.Sejukkan di dalam peti sejuk.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Isnin, 17 Jun 2013

ACAR SALAD ROMAINE


As-Salam buat semua..
Saya suka makan acar yang tidak berapa masam rasanya kerana saya tidak begitu menggemari rasa masam dalam masakan kecuali rasa puding yang masam-masam manis serta beberapa jus buah yang tidak berapa masam.Teksturnya rangup dan segar.Resepi copy paste dari Food Network by Rachael Ray.Campur aduk bahasa Melayu dan Inggeris macam salad ni juga!..

ACAR SALAD ROMAINE
Resepi:Rachael Ray-Food Network

Ingredients

2 hearts romaine- chopped
1/4 cup whole leaves of fresh herbs, in any combination: parsley, basil, sage -- whatever you have on hand   tak letak
1/4 pint grape tomatoes, halved
1 tablespoon balsamic vinegar, a couple of splashes   saya guna cuka biasa
3 tablespoons extra-virgin olive oil, eyeball it
Salt and pepper 
1 biji lada merah-potong halus    saya tambah

Directions

Combine chopped lettuce with torn leaves of mixed fresh herbs. Add some halved grape tomatoes to your salad for color and toss with vinegar and oil, salt and pepper, to your taste.


Ahad, 16 Jun 2013

BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE

As-Salam buat semua...
Butter Cheddar Cheesecake yang sangat mudah untuk di sediakan.Rasa Cheddar cheese yang lemak-lemak masin membuatkan kek ini amat sedap sekali.Kek keju kosong gebu dan lembut  sesuai sekali di hidangkan buat anak-anak dan hidangan pada waktu minum petang.Resepinya dari si cantik manis Evelyn Gemina yang selalu saja buat kek keju tu.Minta izin dari Evelyn untuk di kongsikan di dapur saya pula.
BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE
Resepi:mybakingworkshop.blogspot.com/Evelyn Gemina.thanks



Bahan A
250 gm mentega
230 gm gula kastor   saya guna 200 gm

Bahan B
4 biji telur

Bahan C
80 gm cheddar cheese-di parut

Bahan D
100 ml susu segar
280 gm tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
*kedua-dua bahan ini di ayak bersama 

Cara membuatnya

  • Pukul bahan-bahan A hingga lembut dan berkrim. 
  • Masukkan bahan B satu persatu, pukul hingga sebati dan lembut.
  • Kemudian, masukkan bahan C, gaul rata.
  • Masukkan pula, bahan-bahan D. Pukul hingga sebati. 
  • Tuang adunan dalam loyang segiempat / loaf pan yang telah digris dan dialaskan dengan kertas minyak.Bakar selama 45 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas wire rack sepenuhnya baru dipotong.

Sabtu, 15 Jun 2013

GULAI LEMAK IKAN KERING

 As-Salam buat semua...
Entri ini sepatutnya di buat semalam tapi tak sempat mengadap komputer kerana saya membawa anak-anak mandi kat La Hot Spring dalam daerah Jerteh, Trengganu.Komen Azim,mama kulit saya dah jadi putih dan licin lepas mandi kat kolam air panas!walhal saya tengok macam tu juga kulitnya....kesian azim teringin nak berkulit cerah macam abang dan kakaknya!.
Ok .. sambung cerita Gulai ikan kering.Kat sini ia selalu di buat untuk nasi berlauk pada waktu pagi.Saya menambahkan ikan segar di dalam gulai ikan kering ini.

GULAI LEMAK IKAN KERING 
Olahan:daridapursuzana


Bahan-bahan 
  • beberapa keping ikan talang kering
  • 2 ekor ikan kembung- apa-apa jenis ikan pun tak apa
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 2 keping asam gelugur
  • 4 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji timun
  • 3 biji lada hijau 
  • 1cm lengkuas 
  • 1 cm kunyit hidup
  • santan secukupnya
  • sedikit garam dan gula/perasa- jika perlu
 Cara membuatnya

  • Bersihkan ikan segar dan ikan kering.Ketepikan.
  • Kisar lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga halus
  • Masukkan santan ke dalam periuk,tambahkan bahan kisar, cili kering kisar dan asam gelugor.Masak sehingga santan mendidih.
  • Kemudian masukkan ikan.Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
  • Masukkan pula timun yang di belah dua dan di potong menyerong serta lada hijau(tidak perlu di belah)
  • Masakkan sekejap lagi dan sesuaikan rasanya .Padamkan api dan bolehlah di hidangkan.

Khamis, 13 Jun 2013

STRAWBERRY SORBET

As-Salam buat semua..
Hari ini nak tayang Strawberry sorbet yang di buat semalam.Dah hari ini saya berpuasa,cadangnya nak buat dessert untuk berbuka nanti.Buka puasa dengan strawberry la kita!

STRAWBERRY SORBET BERKRIM
Resepi:Dapur tanpa sempadan
Dicuba oleh:suzanazamri.blogspot

Bahan-bahan 
  • Strawberry lecek tadi dicampur ke dalam air gula pekat. Kacau rata dan masukkan dalam bekas, tutup bekas dan bekukan dalam freezer selama 5 - 6 jam.
  • Keluarkan dari freezer dan keluarkan adunan tadi dari bekas. Masukkan ke dalam alat pengisar bersama-sama whipping cream tadi. Kisar hingga hancur dan sebati. Tuang kembali dalam bekas dan  tutup .Bekukan sekali lagi untuk 5 - 6 jam.
  • Cedok dan hidangkan, hias dengan straberry jika suka.Sedap di makan sejuk.

Rabu, 12 Jun 2013

ROTI BAKAR TUNA BERKEJU

 As-Salam buat semua..
Sudah lama saya tidak menyediakan makanan kudapan ringkas. Sekali buat Roti bakar tuna berkeju ni,sekejap sahaja dah licin di sapu bersih oleh dua orang budak tu.Roti bakar yang rangup dengan inti tuna pasti sedap di makan semasa menonton rancangan kesukaan.Tengok-tengok dah tinggal pinggan....alahai tukang masak sempat makan satu saja!

ROTI BAKAR TUNA BERKEJU
Resepi:daridapurkakyah

Bahan-bahan
roti keping-buang tepi
tuna
sosej- rebus dan potong nipis
cili merah-hiris nipis
telur-di pukul 
serbuk lada hitam
keju mozarella parut
tomato ceri belah 4   saya tambah

Cara membuatnya
  • Nipiskan roti dengan menggunakan penggelek/torak.
  • Masukkan ke dalam petitin atau acuan yang sesuai.Saya guna acuan tart.
  • Tekan sedikit dan biar beralun membentuk seperti bunga.Bakar selama 15 minit dengan suhu 170'C (Saya bakar selama 7 minit).Keluarkan dari oven.
  • Masukkan inti tuna sosej,cili ,telur,lada hitam dan akhir sekali taburkan parutan keju mozarella di atasnya.Hiaskan dengan potongan tomato ceri.
  • Bakar semula di dalam oven selama 20 minit atau sehingga telur kelihatan masak.
  • Keluarkan dari acuan dan hidangkan.

Selasa, 11 Jun 2013

IKAN CENCARU SUMBAT

As-Salam buat semua..
Lauk untuk hidangan tengahari hari ini.Resipi Ikan cencaru sumbat ni sebenarnya macam-macam bahan yang boleh di sumbat terpulang pada kesukaan masing-masing.
Ada yang suka letak cili yang ditumbuk bersama bawang,ada yang suka letak inti lada dan kelapa dan ada juga yang letak hirisan daun kunyit bersama lada.

IKAN CENCARU SUMBAT
Resepi:daridapursuzana

Bahan-bahan
2 ekor ikan cencaru-disiang dan dibelah dibahagian belakangnya.
3 sudu besar cili kering mesin
4 ulas bawang merah-potong nipis
5 ulas bawang putih-tumbuk halus
2 batang serai-hiris nipis
6 helai daun limau purut-hiris halus 
3 biji tomato ceri-belah 4
1/2 sudu teh pati asam jawa
sedikit gula dan garam
kunyit serbuk
Sedikit air
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
  • Gaulkan ikan yang telah disiang dan dibelah belakang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit 
  • Cili kering mesin ,bawang merah, bawang putih,serai,daun limau purut,pati asam jawa,tomato ceri,garam dan gula di gaul bersama.
  • Sumbatkan ke dalam badan ikan dan biarkan selama 10-15 minit supaya semua bahan-bahan sebati.Boleh juga di biarkan semalaman di dalam peti sejuk.
  • Akhir sekali goreng ikan sehingga  garing

Isnin, 10 Jun 2013

CHOC CHIPS COOKIES

 As-Salam buat semua...
Hampir sebulan lagi kita akan menyambuat Ramadhan dan hari ini 1 Syaaban bersua lagi di tahun ini.Hajat di hati ingin mencuba beberapa resepi biskut supaya nanti boleh di buat pula bila hari raya menjelang.Biskut Coklat cip ini di buat setelah di minta oleh abang yang tengah.Dia sorang lah yang begitu suka sekali makan biskut kat rumah ni.Resepinya saya ubah-suai sedikit ikut citarasa.Biskut yang amat mudah untuk membuatnya.Adunan biskut jenis lembik dan ia merebak,jadi semasa membakar jarakkan jauh sedikit supaya tidak bercantum.
CHOC CHIPS COOKIES
Resepi:www.myresipi.com  Syari.thanks
di cuba oleh:suzanazamri.blogspot

Bahan-bahan
1 cawan gula kastor   saya guna 1/2 cawan
1 cawan mentega
1 cawan minyak
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam   saya tak letak
1/2 cawan walnut cincang
2 cawan semi sweet coklat cips
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya
  • Pukul gula,mentega,minyak ,telur,susu dan esen vanila hingga sebati.Masukkan bahan -bahan kering,walnut dan coklat cips.
  • Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang tidak bergris(adunan ini sedikit lembik).
  • Bakar pada suhu 170'C selama 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing.
Nota
*biskut agak rapuh,jika suka keras sedikit,lebihkan tepung ikut keperluan.
*walnut boleh di ganti dengan kacang jenis lain.
* utk biskut yang bentuknya cantik - selepas siap mengadun masukkan dalam peti sejuk 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga di antara masa membakar simpan adunan dalam peti sejuk supaya ia tidak bertambah lembik.


Ahad, 9 Jun 2013

BUBUR OAT DAN LOBAK MERAH

 As-Salam buat semua..

Hidangan petang ni adalah Bubur oat yang di campur nasi,sungguh mengenyangkan dan sedap di makan ketika suam.Oat akan kembang bila bubur sejuk.Boleh di tambah air panas apabila sudah sejuk.

BUBUR OAT DAN LOBAK MERAH
Resepi:Tun Telani
Di cuba oleh:daridapursuzana


Bahan-bahan

1 mangkuk nasi
3 mangkuk air
½ cawan oat
1 batang lobak merah- sagat halus
½ kiub ayam
1 inci halia- hiris halus
Garam secukup rasa

Bahan tabur:

Ikan bilis goreng
Cili merah- hiris
Lada hitam
Bawang goreng

Cara membuatnya
  • Masak nasi bersama air, halia, lobak merah dan kiub ayam hingga jadi bubur.
  • Masukkan oat dan kacau sebentar.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa
  • Hidangkan dalam mangkuk dan tabur ikan bilis, cili merah, lada hitam dan bawang goreng.

Sabtu, 8 Jun 2013

PUDING LAPIS NESCAFE

 As-Salam buat semua..
Selamat berhujung minggu.Kalau kat sini,esok sekolah mula di buka. Anak-anak dah siap kemas beg sekolah dan siapkan semua kerja sekolah dalam cuti.Saya pula tentulah akan lebih sibuk sedikit macam biasa.Tapi entri blog tetap boleh mencelah juga!
Entri hari ini adalah Puding lapis nescafe dari buku resepi FB tapi saya dah tokok tambah sedikit dari resepi asalnya.Mohon kongsikan di sini ya..

PUDING LAPIS NESCAFE
Sumber:Umiey Umaira
www.facebook.com/Buku resepi.

Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar
1liter air (5 cawan)   saya guna 4 cawan
1 cawan gula 
1 cawan susu cair
1 sudu besar serbuk nescafe di bancuh dengan 1 sudu besar air panas
1 cawan santan pekat    saya tambah
sedikit garam     saya tambah

Cara membuatnya
  • Panaskan air,gula dan serbuk agar-agar  hingga mendidih .Saya tambah susu cair dan santan ke dalam adunan ini.
  • Tambahkan sedikit garam.Kemudian bahagikan kepada dua bahagian.
  • Satu bahagian di campurkan nescafe dan satu lagi di biarkan warna asal.
  • Tuangkan adunan susu ke dalam acuan pilihan dan biarkan ia mengeras sedikit..
  • Lapis pula dengan aduanan nescafe.Boleh juga di buat berlapis-lapis.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk.

Jumaat, 7 Jun 2013

CAMERON HIGHLANDS..

As-Salam buat semua..
Hari ini tak ada entri masakan,cuma entri bawa anak-anak bercuti kat Cameron Highlands(Mei 2013) seminggu sebelum sekolah cuti.
KEA FARM,CAMERON HIGHLANDS

TAMAN BUNGA,TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS.
 LADANG BOH,SUNGAI PALAS,CAMERON HIGHLANDS

KEDAI SOUVENIER TEH BOH-LADANG BOH SUNGAI PALAS,CAMERON HIGHLANDS

Rabu, 5 Jun 2013

KEK PISANG


As-Salam buat semua...

Saya dah cuba buat Kek pisang dengan resepi-resepi yang berlainan yang terdapat di dalam blog-blog masakan .Dan salah satunya adalah resepi Kek pisang hari ini.Tekstur kek yang gebu dan lembab amat sesuai sekali untuk di buat hidangan pada waktu petang.Cuti sekolah ni asyik masuk dapur saja.Apa yang di buat semuanya laku!

KEK PISANG
Sumber:Dapur tanpa sempadan

Bahan-bahan
200gm.tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
*di satukan dan di ayak bersama
150 gm pisang
150 gm gula perang
3 biji telur gred A
120 gm minyak jagung
1 sudu besar ovalette
beberapa titik esen pisang-pilihan
secubit garam-pilihan
beberapa hirisan pisang
sedikit badam cincang untuk taburan atas kek-saya guna biji gajus

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 170'C.Sediakan loyang kek-gris dengan mentega dan alas.
  • Lecek pisang,gula perang,garam dan ovalette(saya masukkan kesemuanya di dalam mixer)
  • masukkan telur dan kacau hingga rata.
  • Kemudian masukkan tepung,minyak, esen pisang(jika guna).Gaul hingga sebati.
  • Tuangkan ke dalam loyang,hiaskan dengan hirisan pisang dan taburkan badam cincang/gajus
  • Bakar selama 40 minit hingga masak.

Selasa, 4 Jun 2013

BUBUR JAGUNG BERSAGU

BUBUR JAGUNG BERSAGU
Sumber:Rossitamz@my resepi.com

Bahan-bahan ( 5-6 orang )


  • 2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
  • 4 sudu besar sagu - yang halus atau kasar
  • Secubit garam
  • 100ml santan pekat (santan kotak atau tin atau santan segar)
  • 1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat
  • 3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warnanya lebih perang atau 3 keping gula melaka
  • 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
  • *Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan.
  • *Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan.


Cara membuatnya


  • Basuh sagu dan toskan.Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
  • Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  • Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  • Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir.Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  • Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.

*saya merebus dahulu jagung yang dihiris hingga empuk,barulah di campurkan dengan santan.


Isnin, 3 Jun 2013

DAGING GORENG REMPAH





As-salam buat semua..
DAGING GORENG REMPAH
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
300 gm daging -hiris nipis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar biji ketumbar-tumbuk kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam/gula secukupnya
1 tangkai daun limau purut 
1 labu bawang besar-hiris nipis
1 biji lada merah-dihiris
1 biji lada hijau-di hiris

Cara membuatnya
  • Perap daging bersama kunyit,serbuk lada hitam ,ketumbar dan gula.Biarkan sebentar.
  • Panaskan sedikit minyak dan goreng daging dengan api sederhana.
  • Bila daging hampir masak,masukkan daun limau purut ,bawang besar,lada merah dan hijau dan garam secukup rasa.Gaul rata.goreng sebentar lagi dan bolehlah di angkat.


Ahad, 2 Jun 2013

MEE GORENG KARI

 As-Salam buat semua..
Goreng mee ringkas sahaja hari ini dengan menggunakan apa-apa bahan yang masih ada di dapur.Lagipun mee basah yang di beli dah hampir seminggu dalam peti ais.Mujur juga ia tahan dan tidak rosak pun.Resepinya dari Dapur Ibundo tapi di olah mengikut apa yang ada.Rempah kari daging telah membuatkan mee ini rasa lain sedikit dari mee goreng yang biasa kita makan.Makin bertambah sedap!..

MEE GORENG KARI
Sumber:Dapur Ibundo

Bahan-bahan
1 bungkus mee kuning
1 sudu besar cili kering
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap cair
3 ulas bawang merah dihiris nipis
1 ulas bawang putih dihiris nipis
10 ekor udang-buang kulitnya
1 keping dada ayam dihiris kecil
5 biji fish ball- dibelah dua
1 keping fish cake- dihiris nipis
2 tangkai sawi -dipotong
3 helai kelopak kubis - dipotong
segenggam tauge

Bahan sampingan:
daun sup dan daun bawang untuk ditabur
1 biji tomato didadu kecil untuk ditabur
2 biji limau kasturi dibelah dua
bawang goreng


Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.Masukkan cili dan rempah kari. Tumis sehingga garing.
  • Masukkan ayam dan udang. Bila masak, masukkan pula sos tomato.Bubuh sedikit air kalau perlu.
  • Masukkan sayur dan mee.Goreng sekejap dan angkat. 
  • Taburkan  dengan bahan sampingan


Sabtu, 1 Jun 2013

PANCAKE PISANG



As-Salam buat semua...

Sudah lama saya cuba nak buat pancake/lempeng pisang tetapi sentiasa sahaja tak jadi sebab tak jumpa pisang yang betul-betul masak.Ada sekali tu banyak pisang yang dah saya buang kulitnya dan simpan di dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk.Ia jadi masak betul tetapi tidak rosak.Menjadi juga projek lempeng pisang kali ini .Ia tidak di letakkan sebarang agen penaik sebab itulah ia nampak leper sahaja.

PANCAKE PISANG
Sumber:Majalah Saji,April 2010

Bahan-bahan
5 biji pisang berangan
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan kelapa parut
2 sudu besar gula
sedikit garam

Cara membuatnya
  • Lenyek pisang sehingga halus.Ketepikan.
  • Satukan telur,tepung gandum,sedikit garam dan gula.Bancuh sebati.Kemudian masukkan kelapa parut dan pisang .Gaul sebati.
  • Panaskan kuali leper dan ambil sedikit adunan dan tuangkan di atas kuali.Ratakan.Masak sehingga garing di kedua-dua belah.
  • Angkat dan hidangkan panas-panas