style="text-align: center"

Sabtu, 31 Ogos 2013

IKAN MASAK TIGA RASA

As-Salam buat semua...
Hari ini saya bercuti dan saya mengambil kesempatan ini untuk postkan satu lagi resepi masakan ikan yang biasa saya buat di dapur.Biasanya nenas di gunakan untuk memasak ikan ini tetapi saya gantikan dengan buah anggur merah dan ikan yang di gunakan ialah Ikan Gerut yang besar,siap potong dua lagi kerana tak muat pinggan..

IKAN MASAK 3 RASA
daridapursuzana

Bahan-bahan
1 ekor ikan besar-pilihan sendiri
1 sudu teh serbuk lada sulah
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng ikan
*Lumurkan ikan dengan bahan-bahan di atas dan biarkan sebentar.
Goreng dalam minyak yang panas.Ketepikan.

Untuk sos
1 biji bawang besar - potong bulat/dadu
3 biji bawang putih -cincang halus
1 inci halia - dihiris halus
beberapa biji anggur merah- belah dua
1/2 cawan sayur campur
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan/secukup rasa
1 sudu besar sos plum
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 kiub pati ayam
hirisan daun bawang/sup
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam kuali.Tumiskan bawang putih,bawang besar dan halia hingga naik baunya.
  • Di dalam satu mangkuk,campurkan sos cili,sos tomato,sos tiram dan sos plum dengan 1 cawan air dan kacau sebati.Masukkan ke dalam kuali dan kacau rata.
  • Masukkan sayur campur serta serbuk pati ayam dan tambahkan sedikit air lagi untuk sosnya. 
  • Tambahkan sos ikan secukup rasa, gula dan serbuk lada hitam
  • Biarkan kuah mereneh seketika dengan api yang perlahan .
  • Setelah kuah agak pekat, taburkan hirisan daun bawang/sup dan buah anggur,angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi
  • Siap untuk di hidangkan.

Khamis, 29 Ogos 2013

KEK COKLAT PUDING KARAMEL

 As-Salam buat semua...
Setelah beberapa kali makan Kek coklat puding karamel yang di beli,akhirnya saya cuba buat kek ini sendiri.Syukurlah kerana ia menjadi walaupun tidak berapa kemas dan bahagian atas puding pula berkedut-kedut ..he..hee.Lupa pula nak catat si empunya resepi.Izinkan saya kongsi resepi di blog ini pula.Tq!

KEK COKLAT PUDING KARAMEL

Bahan karamel
2 sudu besar gula-dijadikan karamel
*Panaskan gula dalam kuali non-stick dan bila gula cair serta berwarna perang ,ratakan di dalam loyang kek.Ketepikan.

Bahan puding(lapisan atas)
1 cawan susu pekat  
1 cawan susu cair
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh tepung jagung    saya tambah
*semua bahan di atas di pukul lembut

Bahan kek
Bahan A
1 cawan gula   saya letak 3/4 cawan
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat  saya letak 3/4 cawan
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
*Semua bahan di atas di masak sebentar di atas api

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
*Semua bahan di atas di ayak

Bahan C
3 biji telur-di blend

Cara membuatnya
  • Masukkan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A.Ketepikan.
  • Masukkan bahan puding di dalam karamel.Kukus 20 minit dengan api sederhana.
  • Masukkan kesemua bahan kek ke atas puding tadi.
  • Kukus 1 jam atau sehingga masak.
  • Bila sudah masak, sejukkan dahulu baru di keluarkan dari loyang.Bahagian bawah puding karamel akan jadi bahagian atas.

Rabu, 28 Ogos 2013

PISANG BAKAR BERKEJU

As-Salam buat semua..
Dessert yang saya buat untuk berbuka puasa petang semalam dan ia adalah salah satu dari dessert kesukaan saya.Jika ada banyak pisang kat dapur pasti saya akan membuatnya.Nama glamernya Baked Cheese Banana.Kalau bosan makan pisang begitu sahaja,cubalah buat Pisang bakar berkeju ini.Rasanya sedap sangat..

PISANG BAKAR BERKEJU
Daridapursuzana

Bahan-bahan
5 biji pisang berangan atau apa-apa pisang pun boleh
coklat ganache atau sos coklat Hershey's
keju parut
sedikit serbuk kayu manis
sedikit gula perang/brown sugar
sedikit mentega


Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit mentega di dalam kuali non-stick dan masukkan pisang.taburkan sedikit gula perang dan serbuk kayu manis di atas pisang.
  • Balikkan pisang di sebelah lagi dan taburkan juga sedikit gula perang dan serbuk kayu manis.Saya cuma gunakan secubit sahaja gula perang kerana pisang sudah manis.
  • Bila kedua-dua belah pisang berwarna perang,angkat dan letakkan di dalam pinggan sesuai.
  • Picitkan coklat ganache ataupun gunakan sahaja sos coklat Hershey's ke atas pisang dan seterusnya taburkan keju parut.
  • Sejukkan sebentar dan sedia untuk di hidangkan.

Selasa, 27 Ogos 2013

AYAM GORENG KUNYIT

 As-Salam buat semua..
Setiap kali buat Ayam goreng kunyit ini,ia sentiasa sahaja mendapat sambutan di rumah ini.Saya abadikan gambar dan resepinya di sini sebagai salah satu dari makanan kegemaran anak-anak saya walaupun mereka hanya makan ayam sahaja dan saya yang tukang habiskan sayurnya!..

AYAM GORENG KUNYIT
Daridapursuzana

Bahan-bahan
2 keping dada ayam -potong dadu
6 tangkai kacang panjang-potong 1 inci
1 labu bawang besar-potong bulat
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
1 kiub pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
garam/gula secukup rasa
serbuk kunyit
minyak Canola atau minyak masak

Cara membuatnya
  • Gaulkan kepingan kecil dada ayam dengan serbuk lada sulah, serbuk kunyit dan sedikit garam dan gula.Biarkan sebentar.
  • Panaskan  minyak Canola dan masukkan ayam tadi dan gaul rata.Goreng di atas api sederhana.
  • Tambahkan kiub pati ayam dan serbuk lada hitam.Gaul rata dan goreng sebentar lagi.
  • Bila ayam hampir masak,masukkan kacang panjang dan lada merah dan lada hijau hiris dan bawang besar.
  • Bila semuanya sudah masak,bolehlah di hidang bersama nasi putih.

Isnin, 26 Ogos 2013

BISKUT BUNGA CINA

 As-Salam buat semua...
Tak habis-habis lagi dengan resepi biskut yang tak sempat nak saya postkan sebelum ini.Lagi pun masih ramai lagi yang sedang buat jamuan raya di tempat kerja.Tak berenti lagi saya makan kuih-muih raya.badan pun dah bam-bam!...


BISKUT BUNGA CINA
Resepi olahan daripada resepi : BISKUT BUNGA DAHLIA
By : Kak Wan

Bahan-bahan
250 gm. mentega
120 gm. gula aising
1 sudu teh esen vanila atau esen rose
1 biji telur 

Bahan Di ayak
230 gm tepung Red Rose
200 gm tepung jagung
50 gm tepung ubi

Ceri merah/hijau - dipotong kecil sebagai hiasan
sedikit pewarna pink - jika suka
sedikit putih telur

Cara membuatnya
  • Pukulkan mentega dan gula aising dengan speed sederhana hingga sebati 
  • Masukkan telur dan esen vanilla dan terus pukul.
  • Kemudian perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tak melekat di jari.
  • Ambil sedikit doh dan warnakan dengan warna pink - jika suka.
  • Sediakan loyang pembakar dan leserkan dengan sedikit mentega.
  • Panaskan oven pada suhu 140' C .
  • Dengan menggunakan acuan Dahlia atau acuan bunga Cina, masukkan sedikit campuran doh pink dan putih.
  • Tekan adunan di atas dulang pembakar.Buat sehingga habis adunan.
  • Oleskan sedikit putih telur di tengah bunga Cina- ini supaya ceri tidak tertanggal.Letakkan ceri/hijau merah di atasnya.
  • Bakar didalam oven dengan suhu 140'C selama 20 minit atau sehingga biskut dimasak sempurna.

Ahad, 25 Ogos 2013

ROTI CANAI GORENG

As-Salam buat semua..
Time lepas raya ni banyak barang stok dalam peti ais yang tak sempat nak di habiskan dalam bulan puasa lepas dan salah satunya adalah roti canai segera ini.Tengah-tengah round dapur orang jumpa pula dengan resepi Roti canai goreng minyak sapi.Nampak macam sedap je.Tetapi saya tidak menggunakan minyak sapi seperti di dalam resepi asalnya sebaliknya saya gantikan dengan minyak Canola.Roti canai goreng ini amat rangup sekali.

ROTI CANAI GORENG
Resepi:Intai-intai dapur FHA

Bahan A
2 keping roti canai.
sedikit minyak sapi Ghee blend (anggaran 1/3 sudu besar)

*saya gantikan dengan minyak Canola
sedikit garam   tak letak

*1 sudu besar bijan goreng
*1 sudu teh gula
Nota:*kedua-dua bahan ini saya tambah sendiri


Bahan B
1 ulas bawang besar (dihiris sederhana tebal)
2 biji cili padi (dihiris kecil)
1/2 sudu teh perencah  Maggi Cukup Rasa

Cara membuatnya

  • Setiap keping roti canai, di buka lapisannya menjadi kepingan nipis.
  • Ratakan minyak sapi/minyak Canola pada roti canai .Gaul sedikit-sedikit saja.
  • Masukkan ke dalam kuali dan masak dengan api yang paling kecil, alih-alihkan supaya roti garing dengan sekata.
  • Sebelum angkat, masukkan bahan B dan sedikit gula serta bijan goreng.Goreng sehingga nampak garing dan rangup dan boleh lah diangkat.

Jumaat, 23 Ogos 2013

SMOOTHIE PISANG LAZAT

 As-Salam buat semua..

SMOOTHIE PISANG LAZAT
Resepi:Nestle-good food,good life

Bahan-bahan
6 biji pisang emas sedang masak
1 cawan** susu Nestle
2 ceduk ais krim vanila Nestle
1 cawan jus oren Nestle sejuk
2 sudu besar madu
1 sudu besar jus lemon
** susu Nestle-Susu penuh krim UHT,Susu rendah lemak UHT,Susu UHT Nestle OMEGA Plus.

Cara membuatnya
  • Campur kesemua bahan ke dalam pengisar.Kisar hingga sebati dan rata.
  • Tuang ke dalam gelas tinggi dan hidangkan segera

Khamis, 22 Ogos 2013

NASI KERABU

 As-Salam buat semua..
Saya buat Nasi kerabu untuk makan tengahari ,buat yang ringkas sahaja sebab malas nak fikir nak masak lauk apa.Kalau Nasi kerabu dah tau lauk apa yang nak di gandingkan.Nasi kerabu putih ini di gandingkan dengan Ayam percik dan Daging bakar serta Kuah tumis.Dalam banyak-banyak jenis nasi kat Kelantan ni,Nasi kerabu pilihan nombor satu di hati saya.
Selain dari Nasi kerabu putih, di sini ada Nasi kerabu warna purple(guna bunga telang) dan Nasi kerabu warna kuning(pewarna kuning) dan lauk serta ulamannya boleh di pelbagaikan ikut citarasa sendiri.Saya tidak menyediakan Sambal kelapa kerana anak-anak tidak makan.Biasanya orang Kelantan makan nasi kerabu sebagai sarapan pagi.Kat Kota Bharu ni,Nasi kerabu juga di jual pada waktu malam.

NASI KERABU KELANTAN
Resepi:Azie Kitchen.Tq..


Nasi
Masak beras seperti biasa.Masukkan bunga telang dan kacau- kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru dan pewarna kuning jika inginkan Nasi kerabu warna kuning.Jika suka boleh juga masukkan satu batang serai ketuk dan daun limau purut yang di hiris halus.
Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 ulas bawang putih
3 biji bawang besar  
15 tangkai cili kering
1 cm halia
1 batang serai - ketuk  
1 asam keping
2 sudu besar gula  
Sedikit gula melaka
2 sudu besar budu
Garam (kena rasa masin dulu)
Cara membuatnya 
Kisar semua bahan di atas kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.Masak sehingga pecah minyak. 

Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal Kelapa
1ekor ikan kembung-rebus dan ambil isinya
1/2 biji kelapa parut
4 biji bawang merah
1 batang serai
garam
gula

Cara membuatnya
  • Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit
  • Tumbuk semua bahan dan di gaul dengan kelapa goreng
  • Tumbuk sekali lagi atau boleh saja di gaul rata.Masukkan garam dan gula secukup rasa.


Ulam ulaman

Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh
Hiris halus kesemua ulam ulaman. 
Nota:Pilihan ulaman bergantung kepada kesukaan masing-masing

Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula
Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis.

Lauk pauk
Telur masin 
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
Daging goreng atau ayam goreng
Keropok
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa apa yang disukai

Cara Menghidang
  • Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.
  • Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis,dan sambal.
  • Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dan lain-lain.
  • Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dan lain-lain.

Selasa, 20 Ogos 2013

BISKUT SAMPERIT PELANGI

 As-Salam buat semua..
Ada beberapa jenis biskut lagi yang saya buat pada Ramadan lepas dan salah satu darinya adalah Biskut samperit pelangi.Saya sukakan sesuatu yang nampak ceria dan menarik sebab itulah biskut ini di buat dalam tiga warna gabungan iaitu purple,merah dan hijau seperti dalam resepinya yang sebenar.Pada kebiasaannya Biskut samperit dulu-dulu hanya di buat dalam warna asal doh iaitu warna kuning tidak seperti Biskut samperit moden seperti ini .

BISKUT SAMPERIT PELANGI
Resepi:www.azlitamasammanis.com/

Bahan-bahan 
250 gm. mentega
150 gm.gula aising
1 biji kuning telur
250 gm.tepung red rose
150 gm.tepung kastard
30 gm .tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna

Cara membuatnya
  • Ayakkan tepung red rose,tepung kastard dan tepung jagung.Ketepikan.
  • Pukul mentega dan gula hingga sebati.Masukkan kuning telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna.
  • Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit -sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
  • Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna jika suka.
  • Panaskan oven pada suhu 170'C.
  • Sediakan loyang pembakar dan sapukan sedikit mentega.
  • Masukkan doh ke dalam acuan samperit dan tekan di atas loyang.Jika nak buat yang pelangi,masukkan doh yang berwarna untuk sekali tekan,jika guna acuan samperit yang tekan guna jari.
  • Buat dalam 2.5 cm. panjang hingga habis.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170'C selama 15 minit.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Isnin, 19 Ogos 2013

PUDING LAICI KASTARD

As-Salam buat semua..
Puding untuk berbuka puasa di bulan Syawal ini.Saya buat puding yang ringkas sahaja dengan separuh adunan seperti biasa kerana anak-anak tidak makan puding.Buat cukup-cukup untuk saya habiskan dalam sehari dua ni.Dalam resepi ini saya guna agar-agar serbuk warna merah kerana hanya itu stok yang ada sebab tu lah puding ini berwarna demikian.

PUDING LAICI KASTARD
Resepi:Kak Ruby

Bahan A
200 gm gula pasir atau kemanisan boleh ikut sukatan sendiri
20 gm agar-agar tali  
3 cawan air

Bahan B
2 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 tin buah laici
1 tin air laici
30 gm mentega  

Cara membuatnya
  • Masak agar-agar dengan air hingga larut,masukkan gula dan kacau rata.
  • Sementara itu kisar bahan B kecuali mentega,bila bahan B sudah sebati baru masukkan mentega dan kisar lagi hingga sebati.
  • Masukkan ke dalam agar-agar tadi,kacau hingga mendidih dan pekat,tutup api.
  • Tuangkan ke dalam acuan pilihan,biarkan sejuk sedikit baru bekukan ke dalam peti ais.

Ahad, 18 Ogos 2013

4 SYAWAL...


As-Salam buat semua..
Kenangan indah di sepanjang tahun ini!.Pulang dari menghantar kakak sulung kat Kuala Pilah ,saya singgah di rumah my SIL di Gombak,Selangor.Petangnya kami bawa anak-anak ke Tugu Negara, salah satu tempat dalam wishing list anak-anak.Sungguh teruja mereka kerana Tugu Negara sebelum ini hanya dapat di tatap di dalam buku sekolah sahaja dan sekarang ia berada di depan mata!.

Antara gambar-gambar yang akan menjadi kenangan suatu masa nanti...

Kami pun tak terlepas juga dari mengabadikan kenangan di sini.Tua-tua besok(sekarang pun dah hampir tua!..he..hee)boleh tengok semula...
Kat Dinasour Park,Taman Tasik Perdana.Azim tak pernah jumpa taman permainan kanak-kanak seperti ini di Kota Bahru.Lupa diri sekejap..he..hee.
Sapa lebih moncet,Azim ke.. dinasour cute tu!....

Sabtu, 17 Ogos 2013

IKAN SIAKAP BAKAR BERSAMBAL

 As-Salam buat semua...
Hari ini saya hidangkan Ikan Siakap Bakar Bersambal untuk di nikmati sewaktu makan tengahari nanti..

IKAN SIAKAP BAKAR BERSAMBAL
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap-saiz sederhana
3 sudu besar cili kering kisar
4 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih 
2 biji buah keras
1 batang serai
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
3 helai daun limau purut-hiris halus
air asam jawa -secukupnya
garam dan gula

Cara membuatnya
  • Bersihkan ikan dan buang sisiknya.Kelarkan sedikit di kedua-dua belah.Sapukan sedikit lada sulah dan garam.Ketepikan.
  • Kisar bawang merah,bawang besar serta bawang putih ,serai dan buah keras bersama sedikit air hingga halus.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar serta cili kering kisar sehingga naik baunya.Tambahkan serai dan daun limau purut.Kacau rata.
  • Tambahkan sos cili,sos tomato,sos tiram,air asam jawa ,gula dan garam secukup rasa.
  • Ambil sesenduk bahan tumisan letakkan di dalam pemanggang ajaib dan letakkan ikan di atasnya ,kemudian tambahkan bahan tumisan selebihnya di atas badan ikan sehingga rata.
  • Bakar sehingga masak di dalam pemanggang ajaib.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Jumaat, 16 Ogos 2013

APAM GEBU

 As-Salam buat semua...
Apam gebu ni sedap di makan buat sarapan pada waktu pagi,makan pula dengan kelapa muda yang di parut dan di campur dengan sedikit garam.Boleh juga di makan tanpa kelapa
Cara membuat dan resepinya pun ringkas sahaja.Dibuat pula berwarna-warni supaya nampak lebih menarik.... sebenarnya rasanya sama sahaja.

APAM GEBU
Resepi:Sarina Seman-www.Facebook.com/Buku resepi

Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
1 paket mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air

Bahan lain
kelapa parut
sedikit garam

Cara membuatnya
  • Blend nasi dan air sampai betul-betul halus.Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain.Gaul sebati.
  • Tutup dengan kain bersih,biar sejam atau sampai adunan kembang.
  • Panaskan pengukus.Sapu acuan apam dengan sedikit minyak.
  • Masukkan adunan sebanyak 3/4 penuh dan kukus dengan api sederhana hingga masak.
  • Hidangkan dengan kelapa parut yang di campurkan dengan sedikit garam. 

Khamis, 15 Ogos 2013

RAYA 2013..

As-Salam buat semua..
Dah hampir seminggu baru dapat menulis di sini.Saya abadikan gambar kenangan keluarga di hari raya buat tatapan anak-anak suatu masa nanti.Dua hari sebelum raya keadaan menjadi amat sibuk sekali hingga tak sempat nak postkan apa-apa di sini.Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya buat semua kawan-kawan blogger semua.Maaf zahir dan batin jika ada coretan saya yang tidak berkenan di hati!...
Dua hari saja beraya di rumah,hari raya ke-3 beraya di rumah abang di Kuantan,Pahang,hari raya ke -empat menghantar kakak ke Kuala Pilah dan petangnya beraya di Kuala Lumpur rumah SIL.

Isnin, 5 Ogos 2013

COTTAGE PIE


As-Salam buat semua...
Saya buat Cottage Pie pula untuk berbuka,tukar selera ke western sikit..hari-hari makan kuih yang manis-manis kadang-kadang tu bosan juga.Dalam pada bosan tu makan habis juga!Cottage Pie ni sedap di makan ketika masih lagi panas.Rangup aje kulit luarnya.Dekat-dekat nak berbuka saya panaskan semula  dalam mikrowave sekejap.Gambar kat bawah tu adalah Cottage pie yang belum di bakar lagi.


COTTAGE PIE  
Resepi:Kak Nor-Secubit garam

Bahagian Atas:
500gm ubi kentang - lebih kurang 5 biji yang besar
air secukupnya
2 sudu besar butter
sedikit lada sulah - boleh juga kalau nak guna serbuk lada hitam
garam

Bahagian Bawah
400 gm daging cincang
1 biji bawang besar (bawang Holland)
1 batang karot
1 batang seleri-pilihan
3 sudu besar tomato puree - atau boleh guna 5 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk cili kasar- boleh gantikan dgn serbuk lada hitam
1 sudu teh rosemary kering
1/2 cawan air rebusan kentang
 garam secukup rasa
1/2 sudu kecil gula
1 sudu besar tepung gandum - utk memekatkan
3 sudu besar minyak sayur/bunga

Bahan Tabur
2 sudu besar butter sejuk yg dipotong kecil-kecil
parutan keju cheddar


Cara membuatnya
Bahagian Atas:
  • Masak air hingga mendidih dan masukkan ubi kentang yang telah dipotong dadu. 
  • Masak lagi hingga mendidih dan ubi kentang masak/lembut. 
  • Angkat dan toskan ubi kentang. 
  • Ambil 1/2 cawan air rebusan dan ketepikan. 
  • Lenyekkan bersama butter, sedikit lada sulah dan garam.Ketepikan.
Bahagian Bawah:
  • Bawang, carrot dan seleri dipotong dadu. 
  • Panaskan minyak sayur dan masukkan bahan-bahan yang dipotong dadu tadi. 
  • Masak dan kacau selama lebih kurang 15 minit.Selepas itu masukkan daging cincang. 
  • Kacau lagi supaya daging tidak berketul-ketul. 
  • Masak sehingga daging berubah warna dan condongkan kuali atau periuk. 
  • Buang lebihan minyak yang ada (biasanya daging cincang memang terkandung lemak dalamnya). 
  • Masukkan tomato puree/sos tomato, serbuk cili, serbuk cili kasar/serbuk lada hitam. 
  • Goreng hingga naik bau dan masukkan 1/2 cawan air rebusan kentang. 
  • Masak hingga hampir kering dan masukkan garam dan gula (jika suka). 
  • Masukkan pula tepung gandum dan kacau hingga sebati.Selepas itu masukkan dried rosemary. 
  • Masak lagi lebih kurang 2 minit dan bolehlah dipadamkan api.
 Seterusnya....
  • Tuangkan bahagian bawah (daging) ke dalam mangkuk tahan panas atau boleh juga digunakan ramekin.Ratakan. 
  • Letakkan bahagian atas (kentang) ke atas bahagian daging tadi. Ratakan supaya menutupi keseluruhan bekas. 
  • Dengan menggunakan sudu atau garfu, lorek-lorekkan bahagian atas supaya nampak fluffy, nanti bila kita bakar nanti, akan terasa crunchy sikit.(saya paipkan kentang dengan bentuk bunga) 
  • Tabur parutan keju dan potongan butter. 
  • Boleh juga kalau nak tabur sedikit serbuk cili kat atas ni . 
  • Bakar dalam oven yang dah panaskan dengan suhu 190'C selama 1/2 jam atau sehingga golden brown kat permukaan atas tu. 
  • Bolehlah dihidangkan panas-panas..

Ahad, 4 Ogos 2013

BISKUT CHEDDAR

As-Salam buat semua..
Biskut raya seterusnya adalah Biskut Cheddar.Biskut ini di adunkan bersama keju cheddar parut.Rasanya lemak-lemak masin dan tidaklah manis sangat.Dah separuh bekas habis di makan anak-anak,sempat ke tidak buat beraya nanti!..

BISKUT CHEDDAR
Resepi:Norli Atan-Majalah Saji Ogos 2013

Bahan-bahan
300 gm. tepung gandum
100 gm. tepung jagung
250 gm. mentega
100 gm .gula aising
1 biji telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
100 gm. keju cheddar -parut

Bahan hiasan
parutan keju cheddar

Cara membuatnya
  • Satukan tepung gandum,soda bikarbonat dan tepung jagung di dalam mangkuk.Ketepikan.
  • Putar mentega dan gula aising hingga kembang.Masukkan telur dan pukul lagi seketika.
  • Masukkan campuran tepung dan keju cheddar.Uli sedikit dan sebatikan adunan biskut.
  • Canai doh dan terap mengikut acuan pilihan dan aturkan di dalam dulang pembakar.
  • Sapukan putih telur dan taburkan parutan keju cheddar.
  • Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150'C selama 30 minit.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan di dalam bekas sesuai.

Sabtu, 3 Ogos 2013

AYAM PERCIK PUTIH

As-Salam buat semua...
Saya sangat suka makan Ayam percik putih.Ia adalah Ayam Percik versi orang Kelantan.Sedap di makan bersama Nasi Kerabu dan juga nasi putih.Kalau tak suka makan putih sebegini boleh letakkan sedikit cili kering kisar ke dalam kuah pekatnya supaya ia berwarna sedikit kemerahan.

AYAM PERCIK PUTIH
Resepi:aziejaya.blogspot.com/.thanks

Bahan-bahan
1 ekor ayam-belah 4
6 ulas bawang merah
1/2 inci halia
1/2  asam keping
1 cawan santan pekat 
1 batang serai
garam dan gula secukup rasa
**jika inginkan kuah percik lebih boleh tambahkan santan dan bahan-bahannya.

Cara membuatnya
  • Ayam di perap dengan sedikit garam,bawang merah dan halia yang telah di kisar.Kukus hingga masak atau boleh di rebus sahaja atau boleh di bakar terus.
  • Jika di kukus/di rebus-susun atas pemanggang dan bakar di atas dapur arang.
  • Bawang merah dan halia selebihnya di campur bersama santan.Masak di atas api perlahan hingga pekat sambil terus di kacau tanpa henti untuk elak dari santan berketul.
  • Masukkan garam,gula dan asam keping.Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
  • Kuah percik di lumur pada ayam yang dibakar.Bakar sebentar dan lumur lagi berulang-ulang sehingga kuah percik melekat pada ayam.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Jumaat, 2 Ogos 2013

CENDOL 3 LAYER

 As-Salam buat semua..
Pening kepala pagi-pagi lagi cari acuan semperit tak jumpa.Habis semua kabinet kena selongkar, akhirnya tak jumpa juga.Hai, pagi-pagi dah naik suhu akhirnya saya tinggalkan acara menjejak barang hilang, saya tulis blog pula supaya suhu badan turun sikit!he..hee.
Cendol 3 layer ini di buat untuk berbuka.Rasanya lemak-lemak manis dan di tambah pula dengan buah kiwi di dalamnya.

CENDOL 3 LAYER
Resepi:Chef Affzainizam Ali

Bahan-bahan
160 ml. santan
30 gm .cendol
40 ml gula merah
80 m.jus kiwi

Cara membuatnya
  • Di dalam sebuah bekas/gelas sesuai tuangkan gula merah. Kemudian tuangkan santan perlahan-lahan.
  • Akhir sekali tuangkan jus kiwi secara perlahan-lahan supaya tidak bercampur.
  • Kemudian barulah di letakkan cendol dan sejukkan terlebih dahulu.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Khamis, 1 Ogos 2013

BISKUT SUJI KRISTAL

As-Salam buat semua..
Nampaknya semua orang dok post gambar biskut raya.Saya pun post juga lah!.Mulanya ingat nak beli saja sebab malas nak buat. Akhirnya saya beli beberapa jenis dan buat juga beberapa jenis. Biskut suji kristal ni agak manis juga kerana di golek dalam gula kastor.Mulanya ingat nak letak gula sikit sahaja tapi tangan tu laju aje tabur gula banyak atas biskut.Sepatutnya tunggu biskut sejuk dulu baru letak gula,saya pula masa biskut panas-panas terus tabur gula.Macam tu la kalau tak fokus buat kerja(mood kat tengah laut!).Habis gula tu lekat banyak kat biskut!nampak comotnye...

BISKUT SUJI KRISTAL

Resepi : Chef Asma (Buku Festive Cookies, 2007)
sumber:ovenkecil.blogspot.com/  thanks.

Bahan-bahan
Bahan A (diayak bersama) 
  • 250 gm tepung gandum 
  • 1 sudu teh serbuk penaik 
  • 1 sudu teh baking soda 
Bahan B 
  • 125 gm gula aising 
  • 1/8 sudu teh garam 
  • 100 gm badam kisar (panggang terlebih dahulu) 
  • 1/2 sudu teh esen vanilla 
  • 200 gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)  saya guna 150 gm dan tidak di cairkan
Pewarna
Pewarna pink, hijau dan kuning 
Hiasan
Gula kaster 

Cara membuatnya
  •  Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna. Pukul perlahan sehingga menjadi doh 
  • Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan tiga jenis pewarna secukupnya. 
  •  Susunkan ketiga-tiga doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10gm setiap doh. 
  •  Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar. 
  •  Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit. 
  •  Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kastor.
**saya mengikut cara-cara  Naz seperti di bawah, 

  • Satukan semua bahan A dan bahan B kecuali minyak sapi. Gaul rata.Guna tangan sahaja.
  • Kemudian masukkan minyak sapi dan uli sebati.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan.
  • Cubit sedikit setiap bahagian doh yang bewarna, satukan dan bulut-bulatkan.Buat hingga habis dan susun di dalam loyang pembakar.Saya buat bebola-bebola menjadi sebesar duit syiling 10 sen sebab biskut ni mengembang.
  • Bakar pada suhu 150-160'C selama 15-20 minit.
  • Setelah sejuk, golek-golekkan bebola di dalam gula kastor. Masukkan ke dalam cawan kertas sekiranya suka.