Sabtu, 30 November 2013

SANDWICH DAGING CINCANG



As-Salam buat semua...
Tengah musim hujan sekarang  kat sini.Dah 2-3 hari awan mendung, petang dan malam pula hujan.Perut pun asyik lapar saja(diet tahun depan la pulak ye!).Anak-anak lagi lah,asyik nak makan sahaja.Buat apa-apa pun kejap saja sudah habis.Petang tadi buat pula sandwich.Saya menggunakan roti perang untuk membuat sandwich ini,buat pula bertinket-tinket!...

SANDWICH DAGING CINCANG
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
roti sandwich
daging cincang
beberapa helai daun salad 
1/2 labu bawang besar-potong kiub
1sudu besar sos tomato
2 udu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 biji lobak merah-potong kiub
1 biji tomato-potong nipis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam jika perlu
minyak canola

Cara membuatnya
  • Sapu planta pada kedua-dua belah roti dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak canola dan tumiskan bawang besar sampai layu sedikit dan masukkan daging cincang.Gaul rata.
  • Masukkan sos tomato,sos cili dan kicap manis.Gaul rata.
  • Tambahkan serbuk lada hitam dan jika agak kering masukkan sedikit air.
  • Bila daging hampir masak,masukkan tomato kiub.Sesuaikan rasanya dan bial agak kering sedikit,padamkan api.
  • Letak daun salad atas roti,daging cincang,tomato hiris dan tutup atas sekali dengan sekeping lagi roti .
  • Sedia untuk di hidangkan.


Jumaat, 29 November 2013

KULAT SISIR GORENG

As-Salam buat semua..
Teringat nostalgia dulu-dulu semasa di kampung,saya selalu kutip kulat sisir kat batang pokok getah tumbang.Masa tu boleh makan kulat sisir yang masih fresh lagi.Semasa di kutip ia agak liat juga tapi apabila di rendam dan di ramas dalam air garam ia berubah menjadi lembut.Sedapnya apabila di makan dengan nasi putih dan ikan goreng.Sekarang ni kutip kulat sisir kat pasar sahaja!tu pun jarang-jarang jumpa...

KULAT SISIR GORENG
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
4 cawan kulat sisir
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar-potong halus
1 biji cili merah-potong bulat
1 biji cili hijau
1 biji telur
1 sudu teh serbuk cukup rasa
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
serbuk kunyit
garam secukup rasa jika perlu

Cara membuatnya
  • Rendam kulat sisir dalam air yang bercampur garam seketika. Ramas-ramas kulat sisir supaya ia jadi lembut dan semua kotoran keluar.Toskan
  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih.Gaulkan dengan kulat sisir,serbuk kunyit.Biarkan seketika.
  • Panaskan kuali,masukkan kulat sisir dan tambah air(sama rata dengan kulat).Renehkan dengan api sederhana hingga kulat empuk dan lembut dan airnya kering.
  • Kemudian tambahkan minyak secukupnya dan gaul rata.
  • Pukul telur dan masukkan ke dalam kuali dan kacau-kacaukan supaya telur bergaul rata dengan kulat.
  • Tambahkan serbuk lada hitam,serbuk cukup rasa,garam secukupnya, bawang besar dan cili merah/hijau.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.

Selasa, 26 November 2013

BLUEBERRY CHEESE MUFFIN

 As-Salam buat semua..
Tuan tanah dan balik dari bercuti semalam dan hari ini ada baki cuti satu hari lagi sebelum mula bertugas esok.Ada pula tetamu nak datang ,dari pagi lagi masuk dapur dah tengahari baru siap semua.Rehat kejap sambil post satu entri.Kek kecil ni saya buat sebelum bercuti lagi tapi tak sempat nak post.Resepi asalnya adalah Strawberry Cheese Muffin,tapi dah saya gunakan blueberry jadi namanya pun saya suka-suka tukar sendiri...acuan kek pun tak guna acuan muffin!.

BLUEBERRY CHEESE MUFFIN
Sumber:Tiffin biru.blogspot(CMG)

Bahan-bahan
150 gm cream cheese
150 gm unsalted butter
110 gm gula kastor     saya letak 100 gm sahaja
3 biji telur gred A
50 gm kismis
30 gm kacang pecan-cincang kasar(boleh guna apa-apa kacang)
160 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
sedikit blueberry/strawberry filling

Cara membuatnya
  • Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  • Panaskan oven pada suhu 180'c ,alas acuan muffin dengan paper cup.Ketepikan.
  • Putar mentega dan cream cheese hingga bersatu,masukkan gula terus memutar hingga putih.
  • Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  • Perlahankan speed,masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis da gaul rata.
  • Masukkan kismis dan kacang pilihan,kacau rata.
  • Sudukan kedalam acuan muffin 3/4 penuh.Letak blueberry filling di atas adunan muffin.
  • Bakar hingga masak,bergantung pada jenis oven masing-masing.
  • Sejukkan dahulu sebelum di hidangkan.

Jumaat, 22 November 2013

SERAWA DURIAN

As-Salam buat semua..
Entri terakhir dalam minggu ini kerana saya mula bercuti dari tugasan sehingga Selasa depan kerana menghantar anak yang telah habis bercuti semester pulang semula ke Kuala Pilah.Sambil tu saya akan singgah di Kuantan dan Kuala lumpur seperti selalu.Tentang makanan di atas,saya suka makan Serawa durian yang di cicah dengan roti ataupun pulut yang di tanak lembut.Kebetulan pula jumpa buah durian yang telah siap di pack kat pasaraya,inilah saja resepi paling mudah dan ringkas supaya durian tu cepat habis.

SERAWA DURIAN
Sumber:Yati memorries

Bahan-bahan
1 biji durian,keluarkan isinya 
700 ml santan kelapa segar
500 ml air atau secukupnya
1 ketul gula melaka-potong kecil
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan -di simpul
1 sudu besar tepung gandum      tak letak
3 sudu besar air
secubit garam

Cara membuatnya
  • Satukan air,gula merah,santan,isi durian dan daun pandan ke dalam periuk.
  • Masak hingga mendidih sambil di kacau perlahan.Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula ikut keperluan masing-masing.
  • Kacau rata dan masak hingga pekat dan bila sudah masak,bolehlah di hidangkan bersama roti atau pulut.
Untuk serawa pulut durian
Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas yang sesuai.Tuang kuah serawa dan hidangkan.Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi.

Khamis, 21 November 2013

KEK COKLAT BERKEJU

As-Salam buat semua..
Memandangkan cuti sekolah baru bermula, aktiviti memasak dan membuat kuih atau kek agak kerap juga dalam minggu ini.Semalam saya buat sebiji lagi kek coklat yang di taburi oleh keju parut di atasnya.Tapi anak-anak tak berapa suka keju parut tersebut,habis dibuangnya sebelum kek di makan.Bakinya tinggal lah buat saya untuk di habiskan.Tekstur kek ini lembut dan moist di gabungkan dengan rasa lemak-lemak masin keju.

KEK COKLAT BERKEJU
Sumber:Hana memorries.blogspot
Loyang:8 inci

Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair tambah 3 sudu besar lagi
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanila
Topping:Coklat ganache dan keju cheddar parut secukupnya

Cara membuatnya
  • Ayak tepung gandum bersama serbuk koko,soda bikarbonat dan baking powder.Ketepikan.
  • Panaskan kukusan.
  • Pukul telur dan gula hingga kembang dan berkrim
  • Masukkan tepung yang di ayak dan pukul sebati.
  • Masukkan susu cair,susu pekat manis dan esen vanila.Kacau sebati.Akhir sekali masukkan minyak masak dan sebatikan.
  • Sapu loyang 8 inci dengan mentega dan tuang adunan.
  • Kukus selama 40 minit atau hingga masak.Kemudian sejukkan dan tuangkan topping coklat dan taburkan keju cheddar parut.Potong dan hidangkan.
Resepi Coklat ganache
Resepi 1
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu besar butter
Kacau sebati semua bahan secara double boiler sehingga pekat dan tuang di atas kek.Jika adunan ganache pekat sangat,boleh di tambah sedikit lagi susu pekat manis. 

Resepi 2
  • 150 gm coklat masakan
  • 120 gm krim putar
  • 1 sudu besar butter
Panaskan krim putar(tidak perlu mendidih).Angkat dari api dan masukkan coklat masakan yang telah di potong kecil.
Kacau sehingga cair dan masukkan butter dan kacau sebati,kemudian tuang ke atas kek .

##di dalam resepi di atas saya menggunakan resepi 1 untuk toppingnya.


Sabtu, 16 November 2013

KERUTUK AYAM PIRU

As-Salam buat semua...
Biasanya kalau saya buat kerutuk tentulah dengan daging atau ayam biasa tapi kali  ini 'teman serumah' saya nak makan Ayam piru pula.Di Kelantan ia di panggil Ayam belanda.Macam biasa la kalau yang eksotik ni saya tak makan tapi bolehlah masak kalau ada yang nak makan.Jumpa Ayam piru kat Maidin, saiznya besar sangat. Mujur juga ada yang di jual peha sahaja tapi walaupun paha saiznya dah besar lengan.Cukuplah untuk si dia sorang makan. Menggunakan resepi Kerutuk daging dari Azie kitchen, inilah hasil Kerutuk ayam piru saya.

KERUTUK AYAM PIRU
Sumber:aziejaya.blogspot.com/thanks.

Bahan-bahan
ayam piru/daging-potong kecil
3 sudu besar rempah kerutuk
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar kerisik
gula melaka
asam keping
garam
santan
minyak
rempah penumis

Cara membuatnya
  • Kisar semua bawang bersama halia.Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis serta bahan kisar.Boleh juga jika sedikit bawang di hiris bagi menjadikan kuahnya bertekstur campuran bawang tumis.
  • Masukkan rempah kerutuk yang di bancuh dengan sedikit air.Tumis sehingga garing sebelum di masukkan ayam piru/daging.Masak ayam piru sehingga empuk dengan api yang sederhana.
  • Masukkan santan dan masak sehingga mendidih sebelum di masukkan kerisik,gula melaka ,garam dan asam keping.
  • Setelah pecah minyak bolehlah di angkat.
**Kerutuk mesti berasa sedikit manis dan kuahnya adalah berwarna gelap.

Jumaat, 15 November 2013

DI SEPANJANG JALAN KENANGAN.....

As-Salam buat semua....
Kenangan bercuti minggu lepas saya abadikan di sini sebagai memori untuk anak-anak suatu masa nanti.
 Hari pertama di Kuala Terengganu...
Hari ketiga di Pantai Teluk Sisek, Kuantan..
Hari seterusya di Bukit Gambang Water Park..

Sampai jumpa lagi...

Isnin, 11 November 2013

SWISS ROLL PELANGI

As-Salam buat semua..
Sudah hampir dua minggu saya tidak menulis di sini.Sekembalinya dari bercuti minggu lepas,tak sempat -sempat nak singgah kat dapur ni kerana mula bertugas seperti biasa.Baru hari ini dapat menyambung kembali hobi yang satu ini setelah dapat cuti semula.Entri hari ini pasal kek gulung yang saya selalu ulang-ulang buat dan telah mencuba berbagai resepi kek gulung yang menarik dan sedap.Dan salah satunya adalah kek gulung pelangi ini.Ia amat gebu dan cair dalam mulut!.Macam biasalah saya ,kalau buat kek gulung selalu saja terbabas letak krim banyak-banyak.Lepas gulung mulalah bersepah sana -sini kerana krim tebal sangat!
SWISS ROLL PELANGI
Sumber:Watiey Abdullah-Buku Resepi

Bahan A

75 gm tepung gandum -di ayak
3 biji kuning telur
60 ml air
40 ml minyak jagung
1/2 sudu teh esen vanila

Pukul kuning telur,air,minyak dan esen vanila hingga sebati.Bila sudah kembang, masukkan tepung gandum dan gaul sebati.

Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar

  • Pukul putih telur sampai kental.Tambahkan cream of tartar.Pukul lagi hingga telur kaku(terbalikkan bekas ia tidak jatuh).
  • Campurkan bahan A dan bahan B.Gaul perlahan secara kaup-balik hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai.Alas loyang pembakar dan panaskan oven.
  • Letak adunan yang berlainan warna dalam piping beg dan aturkan warna-warna yang berlainan dalam loyang pembakar secara memanjang.
  • Bakar sehingga masak dengan suhu 170'C.Sejukkan sebentar sebelum di sapu krim dan di gulung.
**Saya mengunakan krim putar dan blueberry filling.

Cara menggulung kek
  • Ambil sehelai baking sheet dan taburkan sedikit tepung.Letakkan kek gulung di atas baking sheet dan sapukan krim rata-rata.
  • Seeloknya krim tidak di sapu tebal sangat seperti yang saya buat tu untuk memudahkan proses menggulung nanti.
  • Gulung perlahan-lahan dengan kertas dan simpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu supaya gulungannya kemas sebelum di potong.