style="text-align: center"

Rabu, 29 Januari 2014

KEK MINYAK

 As-Salam buat semua...
Dah ramai yang cuba buat Kek minyak,kita pun try buat juga.Coraknya boleh di buat seperti kek marble atau di letak dua warna yang di sukai.Kek ini mudah di buat dan sedap pula rasanya.Kepada kawan-kawan yang suka makan kek kosong tanpa aising bolehlah cuba buat kek yang lembut dan gebu ini.Sesuai di buat hidangan semasa minum petang.Kat rumah saya,buat makan malam dan minum pagi pun jadi,siang malam makan kek!..yang tu susah nak slim tu..he..hee.

KEK MINYAK
Sumber:Marsha mohamed@My resepi.com.tq

Bahan-bahan

5 biji telur
1 cawan minyak     saya guna minyak canola
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sb ovalette
1 sudu teh esen vanila
Pewarna pilihan

Cara membuatnya


  • Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
  • Pukul telur, gula, ovalette sampai gebu.
  • Masukkan susu pekat dan esen vanila.Masukkan minyak dan pukul lagi.
  • Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sampai sebati.
  • Bahagikan adunan mengikut warna pilihan. Selang- selikan adunan dalam loyang sampai habis.
  • Bakar selama 45 minit pada suhu 160'C hingga masak.

Selasa, 28 Januari 2014

POPIA NESTUM


As-Salam buat semua..
Petang-petang ni buat kudapan kunyah depan Tv sambil menonton Ariana rose tak sedar dah habis separuh bekas.Nak makan dan perabih sekejap sahaja ,time nak membuatnya sakit habis belakang.Tu pun dah siap kerah orang lain tolong pisahkan sehelai-sehelai sampai habis.Saya pula jenis tak boleh buat kerja-kerja jenis tak bergerak ni,naik lenguh satu badan.Lagipun kita ni dah terbiasa marathon sana -sini,tu yang tak tahan !apapun sebab nak makan,siap juga....

POPIA NESTUM
Sumber:Ilhamdapur.blogspot.tq.

Bahan-bahan
1 paket kulit popia-lembutkan sekejap
nestum kelurga secukupnya
susu tepung secukupnya
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
  • Kisar halus nestum keluarga dan masukkan dalam bekas besar.Kemudian campurkan dengan gula halus(ikut kemanisan yang kita suka),susu tepung dan sedikit garam.Ketepikan.
  • Gaul sebati dan rasa agak cukup manis dan lemak.Boleh tambah bahan-bahan ikut citarasa.
  • Potong memanjang kulit popia dalam anggaran satu inci,kemudian gunting kepada saiz kecil-kecil seperti dalam gambar atau ikut citarasa.
  • Kemudian leraikan/buka satu-satu dan masukkan ke dalam bekas.
  • Panaskan minyak dalam kuali,kemudian masukkan satu hingga dua genggam kulit popia yang telah siap di lerai tadi sambil di kacau -balik selalu agar masak sekata dan tidak melekat.
  • Goreng sehingga kekuningan dan sedikit perang dengan api sederhana.Angkat dan toskan.
  • Masukkan ke dalam nestum yang telah siap di gaul tadi.
  • Dengan menggunakan sudu,kacau balikkan agar kulit popia sebati dan bersalut dengan nestum.
  • Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan bolehlah di makan.


Isnin, 27 Januari 2014

KETAM SAMBAL TELUR MASIN

As-Salam buat semua..
Saya masak ketam ni semalam atas permintaan Amzar yang suka makan ketam.Kali ini saya cuba buat ketam sambal bersama telur masin pula.Sedap juga di makan dengan nasi putih dan Sayur kacang goreng.

KETAM GORENG TELUR MASIN
Olahan:daridapursuzana
 
Bahan-bahan
3 ekor ketam-di cuci
1 labu bawang besar-potong kiub
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 cm halia-cincang halus
5 sudu besar cili kering kisar
1 suud besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
1 biji telur masin-di pukul

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam kuali,goreng ketam sekejap dan ketepikan.kemudian  tumis bawang besar,halia dan bawang putih hingga naik baunya. 
  • Masukkan cili kering kisar,masak dengan api sederhana.bila dah pecah minyak,tambahkan sos cili,sos tomato dan sos tiram.
  • Masukkan ketam yang telah di goreng tadi dan gaul rata.Masukkan telur masin dan gaul biar telur bersalut rata dengan ketam.Tambahkan sedikit air.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.



KACANG PANJANG GORENG TELUR
Oleh:Rohah.tq.
Olahan:daridapursuzana
 
Bahan-bahan
10 tangkai kacang panjang-potong pendek
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar  -potong nipis
1-2 tangkai cili besar merah-potong kecil
10 gm udang kering     saya ganti dengan serbuk cukup rasa
1 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam    saya tambah
sedikit air
gula dan garam secukup rasa
sedikit minyak

Cara membuatnya
  • Tumbuk bawang merah,bawang putih.Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang di tumbuk dan bawang besar hingga naik baunya.
  • Masukkan  kacang panjang dan sedikit air.
  • Goreng dengan api sederhana hingga kacang layu sedikit kemudian pecahkan telur ke dalam kuali.Gaul rata supaya telur bersalut dengan kacang.
  • Tambahkan cili merah dan serbuk cukup rasa maggi dan serbuk lada hitam.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

Sabtu, 25 Januari 2014

PISANG PANGGANG RATU

As-Salam buat semua..
Dalam bulan ni banyak juga resepi dari pisang yang saya cuba buat hanya kerana ingin menghabiskan pisang yang masih banyak di dalam peti sejuk.Salah satunya adalah Pisang panggang ini yang enak di buat dessert.Makan sejuk-sejuk dalam cuaca yang tengah sejuk ni,nasib baiklah matahari memancar terang!.

PISANG PANGGANG RATU
Sumber: ilhamdapur.blogaspot.tq..

Bahan-bahan
6 biji pisang berangan yang sederhana masak
susu cair secukupnya         saya guna low fat milk
kepingan badam secukupnya-di panggang sekejap
sedikit mentega
sedikit madu
sedikit serbuk kayu manis
sedikit buahan-jika suka

Cara membuatnya
  • Panaskan kuali non-stick,masukkan 1-2 sudu besar mentega.
  • Bila mentega dah cair masukkan pisang dan masak sehingga perang.
  • Balik-balikkan agar pisang dipanggang sepenuhnya.
  • Dalam pinggan atau bekas yang sesuai,susun pisang,kemudian sapukan pisang tadi dengan sedikit madu.Tuang susu cair secukupnya dan taburkan sedikit kayu manis.
  • Akhir sekali letak kepingan badam secukupnya,sedikit buahan jika suka dan boleh hias ikut citarasa sendiri.
  • Sedia untuk di hidangkan.Lagi sedap jika susu cair itu di sejukkan terlebih dahulu

Jumaat, 24 Januari 2014

BISKUT COKLAT CHIP SAPI

 As-Salam buat semua...

Dah lama rasanya tak buat biskut,last sekali buat biskut untuk raya dalam bulan pusa tahun lepas.Saya buat biskut ini atas permintaan Amzar pula.Dia kata nak buat kudapan untuk hujung minggu ni sambil-sambil buat kerja sekolahnya yang bertimbun tu.Best juga biskut ni sebab ia rangup dan ada kekacang di dalamnya.Dalam penat-penat lepas balik dari bertugas sempat juga saya habiskan sepetang di dapur menyudahkan 2 jenis biskut(nanti nak post next entry).Anak nak makan...badan penat pun jadi kuat!

BISKUT COKLAT CHIP SAPI
By:Izah.Tq.

Bahan-bahan
175 gm mentega
50 gm minyak sapi
150 gm gula perang   saya letak 90 gm
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan coklat chip
2 cawn almond flakes/nibs
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya
  • Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat.Ketepikan.
  • Satukan mentega,minyak sapi dan gula perang ke dalam mangkuk.Kacau menggunakan handwisk sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
  • Masukkan pula tepung gandum ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
  • Kemudian masukkan pula coklat chip dan almond flakes.
  • Bentukan mengikut saiz yang di sukai.Jarakkan biskut sedikit kerana ia jenis yang mengembang bila di bakar.
  • Bakar pada suhu 170'c selama 20-25 minit bergantung pada oven mAsing-masing.
** biskut ini akan meleper dan mengembang sedikit.Jadi bila  di bentukkan bulat-bulat akan menghasilkan biskut seperti dalam gambar.

Rabu, 22 Januari 2014

KUIH KETAYAP

As-Salam buat semua...
Kuih ketayap yang menjadi kesukaan Azim.Dalam banyak-banyak kuih ,makan pulak dia kuih dulu-dulu ni,kalau buat puding tu sedikit pun dia tak makan !Kalau time jumpa kelapa muda,saya akan cuba buat kuih ni.Puas hati dapat makan,intinya pulak kita letak banyak sikit!.

KUIH KETAYAP
sumber:Hana memorries.tq

Bahan untuk kulit
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 cawan air
1 sudu besar air pandan
sedikit pewarna hijau
minyak untuk mendadar


Cara membuatnya

Blend semua bahan di atas kecuali minyak.
Lengserkan minyak atas kuali.dadar adunan tadi hingga masak.
Angkat.Masukkan inti dan gulung.
Siap dihidang.


Bahan untuk inti
Sumber:Izahdaut.Tq

1 biji kelapa parut
setengah ketul gula merah

3 sudu gula pasir
setengah cawan air
2 helai daun pandan

Cara membuatnya

 Masak air bersama kedua dua gula dan daun pandan sehingga hancur. Kemudian masukkan kelapa. Gaul sehingga kelapa sedikit kering dan berminyak.Angkat dan sejukkan.

Selasa, 21 Januari 2014

KEK GULUNG CHEESE

 As-Salam buta semua...
Semalam buat Kek gulung yang menjadi kesukaan anak-anak tapi kali ini saya buat versi yang ada cheese pula supaya ada sedikit kelainan.Selalunya saya buat Kek gulung warna-warni dan di letak topping krim tapi kali ini saya cuba letak topping cream cheese pula.Menggunakan resepi Kek gulung yang dah biasa saya buat dari Dayang Jack dan resepi di bawah telah di olah dengan menambahkan cheese.

KEK GULUNG CHEESE
Resepi asal :DapurKu SaYang/ dayangjack.blogspot  .Tq.

Bahan-bahan
  • 70 g tepung gandum -diayak
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • sedikit pewarna oren     saya tambah
bahan lain
parutan cheddar cheese secukupnya      saya tambah

Cara membuatnya
  • Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll.Alaskan dengan baking paper.Sapukan dengan sedikit mentega. 
  • Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak)di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  • Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 
  • Tuangkan adunan di dalam loyang pembakar dan ratakan
  • Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit.Separuh dari masa membakar,taburkan keju parut di atas permukaan kek.Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  • Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. 
  • Kemudian sapukan dengan topping cream cheese tadi.Taburkan keju parut selebihnya di atas krim.
  • Gulung kek dengan kemas. 
  • Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Bahan untuk topping cream cheese
Resepi:Dapur Tanpa Sempadan.../Tiffin biru.blogspot.thanks

180 gram cream cheese
50 gram mentega
1/2 camca teh lemon jus
Sedikit parutan kulit lemon    saya ganti dengan parutan cheese
Gula aising secukup rasa, diayak (anggaran 1 - 2 sudu besar)


Cara membuatnya
  • Satukan semua bahan untuk krim cheese dalam mangkuk adunan, putar hingga sebati dan putar lagi hingga kembang dan keputihan, boleh digunakan untuk menggulung kek tadi. 

Isnin, 20 Januari 2014

NASI LEMAK HARUM SERAI

As-Salam buat semua...
Saya buat Nasi lemak atas permintaan Azim yang sudah lama tidak makan Nasi lemak buatan sendiri.Dia tidak makan Nasi lemak yang di jual di kedai.Azim makan nasi lemak ni seperti sudah setahun dia tak jumpa!berbaloi juga penat membuatnya kerana dia telah menghabiskan dua pinggan nasi dan 3 biji telur serta sambal tumis..a big portion!he..hee.Lauk yang ada di tepi Nasi lemak tu.
semuanya dia tak makan.
Selain dari Telur rebus,Nasi lemak ini di gandingkan dengan Sambal tumis cili kering,Udang,Ikan bilis bersama Kacang tanah goreng yang terhangit sikit serta sayur wajib saya kalau makan Nasi lemak iaitu Sayur kangkung celur.

NASI LEMAK HARUM SERAI
Resepi:Joha Hassan

Bahan-bahan
500 gm beras basmathi  saya guna beras biasa
santan segar secukupnya 
2 helai daun pandan
2 batang serai-di titik
garam secukup rasa
daun pisang-jika ada utk. di alas dalam periuk nasi

Cara membuatnya
  • Masak santan di di dalam periuk bersama daun pandan dan 1 batang serai yang di titik hingga mendidih.Letakkan garam secukup rasa .Ketepikan.
  • Beras di rendam dalam 15 minit dan di toskan.
  • Letakkan daun pisang jika ada di dalam periuk nasi dan tuangkan beras ke dalamnya.Letakkan daun pandan dan 1 batang serai,masak hingga nasi masak. 
  • Hidangkan Nasi lemak bersama lauk kesukaan.

Sabtu, 18 Januari 2014

PUDING PEACH


As-Salam buat semua...
Saya buat Puding Peach ini untuk di bawa ke rumah sepupu sempena kenduri Maulidur Rasul.Nak buat kenduri sendiri sentiasa saja tak kesampaian,bawa kuih-muih sajalah tumpang ambil berkat.Kalau nak buat untuk makan sendiri ni rasanya tak habis makan sorang-sorang, tambahan pula peminat puding kat rumah ni tak berapa ramai.
PUDING PEACH
Sumber:Anjung Nory.tq

Bahan-bahan
1 paket agar-agar serbuk/10 gm
600 ml air
250 gm gula atau ikut kesesuaian manis sendiri
1 tin susu cair
1 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
pewarna merah
1 tin kecil buah peach

Cara membuatnya
  • Masak agar-agar bersama 600 ml air.
  • Bila mendidih ,masukkan gula dan kacau hingga larut.
  • Kemudian perlahankan api dan masukkan susu cair.
  • Untuk lapisan kedua,asingkan 3 cawan agar-agar dan letak dalam periuk yang lain dan di tambah dengan pewarna merah.
  • Pukul telur,masukkan tepung kastard yang telah di bancuh dengan sedikit air,masukkan ke dalam agar-agar yang selebihnya dan kacau sebati.
  • Susun buah peach dalam bekas yang sesuai ,tuangkan adunan pertama.Tunggu hingga beku.
  • Apabila lapisan pertama sudah beku,tuangkan adunan kedua iaitu adunan yang berwarna merah.
  • Sejukkan dahulu sebelum di bekukan di dalam peti sejuk.

Khamis, 16 Januari 2014

CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARES


As-Salam buat semua..
Macam -macam resepi dah saya buat dengan pisang,tak habis-habis lagi stok dalam peti sejuk tu.Daripada kek besar, kek cawan,puding dan kuih-muih semuanya dah try buat,masih berbaki satu bekas besar lagi.Pisang masak banyak-banyak biasanya saya akan buang kesemua kulitnya dan simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk dan ia tahan lebih lama tanpa rosak. 
Hari ini saya nak postkan satu lagi resepi versi dari pisang iaitu Chocolate bottom banana squares.

CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARES

Bahan-bahan
1/2 cawan butter/113 gm-di lembutkan
1 cawan gula       letak 3/4 cawan
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
3 biji pisang -di lecek
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 suud kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
1/4 cawan serbuk koko/1 sudu kecil coklat emulco
1 cawan coklat chips   letak 1/2 cawan

Cara membuatnya
  • Pukul butter dan gula sampai ringan dan kembang.
  • Masukkan telur,esen vanila dan pisang yang telah di lecek dan pukul lagi.
  • Ayak tepung,baking powder dan baking soda,masukkan ke dalam adunan dan masukkan garam serta di gaul rata .
  • Bahagikan adunan kepada dua.Masukkan serbuk koko/coklat emulco dalam separuh adunan dan gaul rata.
  • Ratakan adunan coklat dalam loyang.Kemudian ratakan pula adunan yang lagi separuh atas adunan coklat tadi.
  • Taburkan coklat chips dia atas.Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit atau hingga adunan tidak melekat bila di cucuk.Jangan overbake kerana adunan akan jadi kering.
  • Tunggu sejuk baru di potong bentuk square.

Selasa, 14 Januari 2014

BINGKA UBI KAYU

 As-Salam buat semua..
Bingka ubi kayu-salah satu kuih kesukaan saya.Kalau jumpa ubi kayu mesti nak buat kuih bingka ni.Rasanya lemak-lemak manis,sesuai unuk di buat hidangan minum petang.Mula-mula nak makan sepotong saja,lepas tu 2-3 potong masuk mulut.Lastly saya kena tahan juga makan makanan manis,bawa ke tempat kerja barulah habis ,kalau tidak pantang nampak!...
Resepinya -lupa pula dah tengok kat mana.

BINGKA UBI KAYU
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
4 cawan parutan ubi kayu yang siap di perah airnya
1 cawan gula pasir    saya letak 3/4 cawan
2 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
4 biji telur
sedikit garam
3 sudu makan butter
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning
3 sudu besar tepung jagung    saya tambah

Cara membuatnya
  • Panaskan oven dan lengserkan acuan 8x8 dengan butter cair/minyak masak.
  • Pukul gula,butter dan telur sekadar sebati kesemuanya.
  • Masukkan parutan ubi kayu,baking powder,esen vanila,santan,susu cair,pewarna kuning,tepung jagung dan sedikit garam.Gaul sebati.
  • Tuangkan ke dalam acuan dan ratakan minyak yang timbul di permukaan .
  • Bakar selama 1 jam dengan api atas dan bawah sehingga minyak di permukaan bingka kering dan kelihatan garing di atasnya.
  • Sejukkan semalaman di dalam peti ais sebelum di potong.

Isnin, 13 Januari 2014

RENDANG KERANG

As-Salam buat semua...
Hari ini saya ambil cuti yang pertama dalam tahun ini.Azim request nak makan Nasi lemak dan minta saya buat Kek marble yang di sukainya.Pada mulanya kerang ni saya nak masak sambal untuk di makan dengan nasi lemak tapi saya dah buat sambal udang jadi saya olah kerang ni buat rendang pula.Menggunakan resepi rendang dari blog Kak Azie sebagai panduan,cuma bahan utama di gantikan dengan  kerang .

RENDANG KERANG
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
250 gm isi kerang
1 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit-di siat
2 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugor
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar 
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 sudu besar cili kering kisar
3 biji cilipadi   jika suka pedas

Cara memasak
  • Isi kerang di bersihkan dan di toskan.Masukkan kesemua bahan kecuali kerisik ,daun kunyit,garam dan gula ke dalam kuali .
  • Renehkan dengan api perlahan sehingga semua bahan masak.
  • Akhir sekali masukkan bahan-bahan lain.Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

Ahad, 12 Januari 2014

MANGO FLOAT

As-Salam buat semua...
Selalunya nama Mango float ni saya ingat hanya untuk minuman sahaja,rupanya ada juga dessert yuang bernama Mango float.Teruja untuk cuba membuatnya walaupun rasa-rasa... ni mesti dessert yang manis juga..tak pe la makan sikit sahaja ,boleh percaya ke?.he..hee.kalau dah nampak sedap begini,lebih dua keping agaknya.Resepi dari blog Kak Paty,minta izin kongsi  resepi ya. .
MANGO FLOAT
Sumber:Paty's kitchen.tq

Bahan-bahan
3 biji mangga di hiris
250 ml krim putar
1 tin susu pekat   saya guna 1/2 cawan 
200 gm biskut cream crackers
1 cawan serbuk biskut cream crackers

Cara membuatnya
  • Susun biskut cream crackers di dalam bekas kaca empat segi.
  • Pukul krim putar dan satukan dengan susu.Gaul sebati.
  • Potong buah mangga dan hiris panjang.
  • Lapiskan adunan krim tadi atas biskut dan susunkan hirisan mangga di atasnya.
  • Kemudian lapiskan lagi dengan biskut-krim -hirisan mangga-dan atas sekali krim.Buat sampai habis.
  • Akhir sekali,taburkan serbuk biskut cream crackers dan mangga yang di potong dadu kecil.
  • Bekukan di dalam freezer atau fridge sebaiknya semalaman.
  • Potong dan hidangkan sejuk.

Khamis, 9 Januari 2014

BAKSO


As-Salam buat semua...
Bakso yang dah berkali-kali saya buat kerana ia adalah mee sup yang paling di sukai oleh Azim.Dulu saya tak pernah nak ambil tahu apa itu Bakso,tambahan pula ia bukannya berasal dari sini.  Sehingga lah  suatu hari kami merasa Bakso di rumah seorang saudara semasa di Penang bulan lepas.Walaupun ia hanya sup yang simple sahaja tetapi keenakkannya begitu terasa dengan adanya bebola daging.Puas saya cari resepi seperti yang di beritahu (sambil makan saya ada juga bertanya sikit-sikit pasal resepi Baksonya yang sedap itu) tetapi tiada yang menepati citarasa.
Nak makan Bakso mesti ada bebola daging,kalau malas nak buat sendiri(macam saya) beli saja yang di jual kat pasaraya.Tapi biasanya bebola daging yang di buat sendiri lebih menepati citarasa.

BAKSO
Resepi:Cik Na Penang
olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1/2 kg tulang rusuk
air secukupnya untuk merebus tulang
3 paket bebola daging

Bahan lain
8-10 biji buah keras
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
rempah penumis(rempah 4 sekawan)
1 sudu besar rempah sup
1 kiub pati daging
1 sudu besar serbuk cukup rasa
garam secukup rasa

bahan sampingan
daun sup/daun bawang-hiris halus
bawang goreng
potongan cili padi/sambal cili-jika perlu

Cara membuatnya
  • Masukkan air ke dalam stock pot dan rebus tulang dengan api perlahan hingga kelihatan dagingnya hampir tertanggal dari tulang.
  • Kisar bawang besar,buah keras dan bawang putih hingga halus.
  • Panasakn sedikit minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan dan masukkan bahan-bahan yang telah di kisar tadi.tumis hingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan tulang dan tambahkan bebola daging,kiub pati daging serta rempah sup.
  • Masak lagi hingga bebola daging masak dan tambahkan serbuk cukup rasa serta garam dan sesuaikan rasanya .
  • Kalau dah rasa sedap bolehlah di angkat.Hidangkan bersama kuay teow,mee hoon atau mee kuning.
  • Taburkan hirisan daun bawang/sup,bawang goreng dan hirisan cili padi/sambal cili jika suka pedas.


Rabu, 8 Januari 2014

CENDOL COCKTAIL

As-Salam buat semua..
Saya selalu buat Cendol koktel ini untuk di hidangkan jika ada tetamu yang datang.Makan sejuk-sejuk lepas  hidangan nasi sebagai pencuci mulut.Sekali buat banyak juga dalam mangkuk besar.Kita boleh mencampurkan bermacam-macam bahan yang kita suka, yang pastinya kena ada cendol kat dalamnya barulah jadi cendol koktel!.

CENDOL KOKTEL
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan(tiada sukatan )
cendol
santan /susu cair
air gula melaka
sedikit garam
hirisan buah nangka
sagu merah
fruit cocktail dalam tin
nata de coco
buah kabung

Cara membuatnya
  • Campurkan semua bahan bersama .Tambahkan air gula melaka ikut kesesuaian manis masing-masing.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk.Hidangkan di dalam mangkuk dessert.

Isnin, 6 Januari 2014

PAPRIK AYAM

As-Salam buat semua...
Hari ini tak mahu tulis panjang -panjang kerana begitu kepenatan menyiapkan dua biji kek coklat untuk jamuan di tempat kerja esok.Kalau macam ni tak dapat la nak ambil tempahan,baru dua biji kek dah tersadai....Ok resepi kita hari ini ialah Paprik ayam..sedap di makan bersama nasi putih.

PAPRIK AYAM
Olahan: daridapursuzana

Bahan-bahan
ayam-di potong kecil
beberapa tangkai bunga kubis
1/2 batang lobak merah-potong halus
beberapa helai daun limau purut
2 batang serai -di ketuk
1/2 cm halia-cincang
1 labu bawang besar-potong halus
4 ulas bawang putih- di ketuk
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 kiub pati ayam
garam jika perlu.

Cara membuatnya
  • Rebus ayam dengan air hingga empuk.Ketepikan
  • Tumis bawang besar,halia,serai dan bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan cili kering kisar dan goreng sampai cili masak.Masukkan sos tomato,sos tiram,sos cili dan gaul rata.
  • Seterusnya masukkan ayam yang di rebus tadi bersama airnya, bunga kubis,lobak merah dan daun limau purut serta pati ayam.
  • Masak dengan api yang perlahan hingga kuah jadi sedikit pekat.
  • Akhir sekali tambahkan kicap manis dan garam jika perlu.

Ahad, 5 Januari 2014

DADIH HOMEMADE

 As-Salam buat semua...
Akhirnya saya cuba membuat dadih sendiri setelah lama menyimpan resepinya.Kebetulan semasa mengemas kabinet makanan terjumpa dengan sepaket coffemate creamer yang dah lama saya beli.Bermulalah projek buat dadih ,dengan membuat beberapa warna dan di isi dalam dessert cup supaya senang makan.Kalau diisi dalam bekas besar,lepas kita mencedok, biasanya dadih akan berair.

DADIH HOMEMADE
Sumber:Yatimemorries.tq

Bahan-bahan
10 gm agar-agar serbuk
1 1/2 cawan gula pasir
3 liter air         saya letak 2.5 liter
200 gm coffemate creamer
1 tin susu cair
perisa jagung/warna kuning
perisa strawberi/warna pink
perisa pandan/warna hijau
perisa oren/warna oren
perasa keladi/warna purple

Cara membuatnya
  • Masak air,agar-agar serbuk dan gula dalam periuk sampai mendidih.Kacau rata.
  • Perlahankan api dan masukkan coffemate creamer dan kacau sampai creamer larut.
  • Tuangkan susu cair dan sedikit garam kacau sebati.Kacau hingga hampir mendidih dan padamkan api.
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut mengikut citarasa sendiri.
  • Saya bahagikan kepada 6 bahagian yang berlainan warna dan perasa.
  • Kacau sebati setiap warna dan perisa kemudian isikan ke dalam dessert cup atau bekas kecil yang sesuai.
  • Sejukkan dahulu sebelum di letakkan di dalam peti sejuk.Ia sedap di makan sejuk.

Sabtu, 4 Januari 2014

KEK PISANG LEMBAP

 As-Salam buat semua...
Kek pisang ini dah berulang-ulang kali saya buat.Dalam banyak-banyak versi resepi kek pisang,yang inilah paling menjadi pernah saya buat dan ia amat lembut dan gebu.Pada mulanya saya confuse semasa nak mengeja perkataan lembap/lembab,sebab tu lah kat gambar nama kek versi Inggeris!Resepinya dari blog Kak Azie,terimakasih buat Kak Azie kerana telah berkongsi resepi kek yang sedap ini,tidak muak walaupun di makan berkali-kali.

KEK PISANG LEMBAP
Sumber:Azie Kitchen.thanks

Bahan-bahan
4-5 biji pisang emas-di lecek
1 cawan gula kastor   saya letak 1/2 cawan
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred A


Bahan ayak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 suud kecil baking powder

Bahan lain
1 sudu besar jus limau nipis   tak letak
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada sushu 170'C.Lengser mentega pada loyang.ketepikan.
  • Putar gula dan minyak dalam anggaran 3-5 minit  atau sehingga kelihatan putih.Masukkan pisang dan kacau rata.
  • Masukkan pula tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit.Kacau sebati dengan spatula.
  • Masukkan esen vanila,jus limau dan gaul sebati.Tuang dalam loyang dan bakar selama 40-60 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong.

Jumaat, 3 Januari 2014

DORAYAKI


As-Salam buat semua...
Kuih Dorayaki ini di buat kerana ia ada kaitan dengan kartun Doraemon yang selalu di tonton oleh Azim.Suka lah dia dapat makan kuih yaag menjadi kesukaan Doraemon ini.Saya telah mengurangkan sedikit kemanisannya supaya sesuai di letak inti kacang merah yang juga manis. 

DORAYAKI
Sumber:facebook/buku resepi

Bahan-bahan
100 gm tepung kek atau tepung gandum
1/2 sudu teh baking soda
60 gm gula kastor               saya letak 40 gm
2 sudu besar madu             saya letak 1 sudu
2 biji telur
1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh esen vanila
sedikit marjerin/mentega/minyak masak

inti/filling
kacang merah yang manis/kaya

Cara membuatnya
  • Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang..
  • Masukkan madu,minyak dan esen vanila,kacau rata.
  • Ayak tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam campuran telur.Kacau adunan secara kaup -balik(boleh tambah sedikit susu cair/air jika aduanan terlalu pekat)
  • Panaskan marjerin/mentega/minyak masak atas kuali leper dengan api yang kecil.Tuang suku cawan adunan,buat bulatan berdiameter 10 cm.(saya buat besar sedikit).
  • Masakkan bahagian bawah sehingga berwarna perang,balikkan untuk masak sebelah atas pula sehingga kuih kelihatan perang juga.Ulang sampai habis.
  • Letak satu sudu besar kacang merah/kaya di tengah kuih dan tutup dengan sekeping kuih lagi.Tekan sedikit dengan tangan perlahan-lahan untuk meratakan inti kacang merah/kaya.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Khamis, 2 Januari 2014

SUP BEBOLA AYAM

 As-Salam buat semua...
Hari ini saya postkan satu lagi resepi kesukaan saya iaitu Sup bebola ayam.Makan begitu saja atau dengan Mee hoon pun sedap juga.sesuailah rasanya kalau yang tengah berdiet tu!.Tahun ini menjadi ke tak lagi plan nak mengurangkan makan makanan manis.Hobi pula suka makan kek dan puding,susah juga tu..

SUP BEBOLA AYAM
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
bebola ayam sejuk beku
3 biji bawang putih-cincang
3 helai daun kubis-potong kecil
1/2 biji bawang  besar-hiris
1 batang saderi-potong serong
1 biji tomato-belah enam
1 biji lada merah-potong kecil
bunga kubis-potong kecil/sayur pilihan
1 kiub pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar sos tiram
garam/gula secukup rasa
daun sup cincang dan bawang goreng-taburan
minyak canola utk.menumis

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak canola,tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.Masukkan sos tiram dan tambahkan air secukupnya untuk kuah sup.
  • Masukkan bebola ayam,batang saderi dan bunga kubis,kiub pati ayam dan didihkan sebentar.
  • Akhir sekali masukkan daun kubis,lada merah dan tomato serta serbuk lada hitam.Sesuaikan rasanya dengan garam dan gula(jika perlu).
  • Angkat dan taburkan daun sup dan bawang goreng.Sedia untuk hidangkan.

Rabu, 1 Januari 2014

BUTTER CHERRY LEMON CAKE

 As-Salam buat semua...
Pembuka tirai 1 Januari 2014 dengan resepi kek.Hari ini adalah hari pertama persekolahan di Kelantan.Semuanya berjalan lancar kerana yang bersekolah dua orang sahaja dan sudah pun besar-besar.Yang pangkat baby dah tak ada dalam keluarga saya,jadi keadaan tidaklah kalut sangat.Bermulah rutin saya seperti sebelumnya dengan rumah yang sunyi-sepi,apalagi selain duk depan PC ni menulis resepi!

BUTTER CHERRY LEMON CAKE
Sumber:Dapur Tanpa Sempadan.tq

Bahan-bahan
125 gm mentega
1/2 cawn gula kastor
2 biji telur gred A
1 biji lemon-parut kulit
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawn tepung naik sendiri -di ayak
1/2 cawan susu segar
7 biji ceri merah-belah dua
7 biji ceri hijau-belah dua
badam cincang untuk hiasan

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 175'C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak.Ketepikan.
  • Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang.Masukkan parutan kulit lemon dan esen vanilla.putar rata.Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar sebati.
  • Masukkan belahan ceri merah dan hijau (tinggalkan sedikit untuk hiasan),dan gaul rata dengan spatula.Tuang dalam tin yang telah disediakan.Hias dengan ceri dan tabur badam cincang(saya tiada badam cincang).
  • Bakar 35 - 40 minit atau hingga masak,bergantung pada oven masing-masing.
  • Biar sejuk sekejap dan keluarkan kek, sejukkan sepenuhnya atas jaringan.