style="text-align: center"

Selasa, 29 April 2014

BISKUT BIJAN RANGUP

 As-Salam buat semua..
Biskut yang di buat dalam minggu ini untuk kudapan anak-anak selepas balik dari sekolah.Dulu-dulu selalu juga beli biskut bijan yang dijual dan rupanya sama macam yang di buat ini.Yang menanbahkan lagi kerangupan biskut ini adalah bijan dalam adunannya dan bijan yang di salut kat luar.Saya rasa biskut ini sesuai untuk di makan hari-hari tapi bukan untuk hari raya..
BISKUT BIJAN RANGUP
Resepi:www.sitidelima.net/dari dapur CT.Thanks

Bahan-bahan
1/3 cawan bijan putih
1/8 cawan bijan hitam    saya guna bijan putih kesemuanya
100 gm mentega
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1 bii telur gred B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung      saya letak 2 sudu besar
1/4 sudu teh serbuk kayu manis-pilihan

Cara membuatnya
  • Bijan di panggang sebentar di dalam oven dalam 3-4 minit.Ketepikan.
  • Alas dulang loyang dengan kertas minyak dan ketepikan.
  • Putar mentega dengan gula kastor dan gula perang hingga berkrim.Tambah telur dan pukul sebentar.
  • Ayak tepung gandum,tepung jagung,baking power dan serbuk kayu manis dalam mangkuk berasingan.
  • Kemudian beransur-ansur menambah tepung ke dalam  adunan mentega.
  • Masukkan setengah dari bijan yang di panggang tadi ke dalam adunan dan gaul denagn spatula hingga rata.
  • Bungkus doh dengan plastik bersih dan masukkan ke dalam peti sejuk selama satu jam.
  • Keluarkan doh dari peti sejuk,ambil anggaran 20 gm setiap satu adunan dan bentukkan bulat.
  • Gulingkan pada bijan hingga rata.
  • Letak di atas kertas minyak dan tekan adunan dengan tapak tangan hingga sedikit leper.
  • Jarakkan adunan 2 inc. setiap satu.
  • Bakar pada suhu 190'c selama 15 minit atau hingga perang keemasan.
  • Biarkan 2 minit di atas dulang dan pindahkan ke atas rak dawai biar sejuk sepenuhnya.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.

Isnin, 28 April 2014

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

As-Salam buat semua..
Satu lagi resepi penyejuk tekak di kala musim panas ni iaitu Puding karamel tanpa telur.Best di makan sejuk-sejuk dan walaupun tidak menggunakan telur,rasanya lebih kurang sama sahaja dengan puding yang menggunakan telur.Jom tengok resepinya..

PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Sumber:Teratak mutiara kasih/Lina pg.Thanks.

Bahan gula hangus
4 sudu besar gula pasir    saya letak 2 sdb.

Bahan puding
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
  • Buat gula hangus dahulu,taburkan gula pasir ke dalam loyang.
  • Dengan menggunakan api kecil,panaskan gula hingga menjadi cair dan perang kemudian ratakan pada keseluruhan loyang.
  • Ketepikan biar ia sejuk dan mengeras di dalam loyang.
  • Satukan kesemua bahan puding.Kacaukan di atas api kecil.
  • Adunan hendaklah di kacau selalu agar tepung kastard tidak bergentel.
  • Apabila mendidih dan adunan kelihatan sedikit pekat,tutup api.
  • Tapiskan adunan dan  tuang ke dalam loyang berisi gula hangus tadi.
  • Sejukkan sebentar sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.
  • Terbalikkan puding ke dalam pinggan dan boleh di hidangkan.

Ahad, 27 April 2014

PULUT ROLL


 As-Salam buat semua..
Pulut roll ini di buat untuk sarapan pagi.Kat Kota Bharu ni macam-macam pulut ada seperti Pulut ayam,Pulut panggang,Pulut manis,Pulut kacang-sekadar menulis beberapa nama.Sebenarnya saya nak buat Pulut panggang kesukaan saya tapi daun pisang pula tak ada,saya gasak je macam Iza(Singgahsana kitchen) jadikan pulut roll....pulut juga.Saya tak buat Serunding kelapa tetapi menggantikan dengan Serunding ikan yang di beli di Pasar Besar Siti Khadijah.

PULUT ROLL
Resepi:Singahsana kitchen.thanks

Bahan-bahan
600 gm pulut-rendam 8 jam
daun pandan
200 ml santan
50 ml air
1 sudu teh gula
garam
Inti serunding kan secukupnya

Cara membuatnya
  • Kukus pulut yang telah di rendam dengan daun pandan selama 15 minit.Angkat pulut.
  • Satukan santan,air dan gula serta garam dan gaul dengan pulut.
  • Kukus semula selama 15 minit.
  • Sementara pulut masak,sediakan aluminium foil dengan saiz yangbersesuaian.
  • Setelah pulut masak,ratakan di atas aluminium foil dan ratakan inti serunding ikan di atas pulut.
  • Gulung serta mampatkan dengan kemas.
  • Biarkan seketika sebelum di potong.
  • Proses menggulung hendaklah di lakukan ketika pulut masih panas supaya gulungan melekat dengan baik.
  • Semasa menghidang,saya taburkan lagi lebihan serunding ikan di atas pulut.



Sabtu, 26 April 2014

AISKRIM SIMPLE

As-Salam buat semua...
Aiskrim terbaru yang saya buat walaupun resepinya dah lama terperap dalam draf.Buat untuk simpanan dalam peti sejuk kerana petang-petang Azim suka makan aiskrim ni sandwich dengan roti.Bukan azim saja makan,saya pun tumpang sekaki..

AISKRIM SIMPLE(versi coffeemate)
Resepi:May Agumo/Story of my life.Thanks

Bahan-bahan
2 cawan susu UHT-sebarang perisa
2 cawan coffeemate
1-2 sudu gula -optional    tak letak

Cara membuatnya
  • Blend semua bahan di atas hingga berbuih.boleh juga menggunakan mixer.Putar sehingga ia menjadi gebu dan pekat.
  • Kemudian simpan dalam bekas dan masukkan ke dalam freezer.
  • Setelah agak beku,keluarkan semula dan blend/putar sekali lagi.
  • Kemudian bekukan semula di dalam freezer.
  • Simpan semalaman di dalam peti sejuk dan sedia untuk di makan.

Khamis, 24 April 2014

ABSOLUTE CHOCOLATE CAKE

As-Salam buat semua..
Entri hari ini masih lagi berkaitan dengan kek harijadi Azim.Saya mengambil masa dua hari untuk menyiapkan kek ini kerana kedua-dua hari itu saya bertugas di sebelah petang.Hari pertama, membuat kek dan di simpan semalaman dalam peti sejuk,dengan pesanan....balik sekolah jangan potong kek, mama belum make-up lagi tu!.
Hari kedua barulah saya tambah make-up pada kek ini...lapisannya comot sikit dan hiasannya hanyalah figurine plastik dari kek lama,tapi puas hati sebab di buat sendiri dan bila pulang dari sekolah kek Azim dah pun siap dan saya pula pergi  bertugas dan pulang pada waktu malam.Pesan pada my bodyguard minta ambil gambar Azim potong kek,mujurlah hanya sekeping sahaja yang menjadi kerana kamera saya ,hanya saya sorang sahaja yang pandai guna!
Sebenarnya saya dah terlupa tarikh harijadi Azim(selalu macam tu!..he..hee)sebab tu lah huru-hara kat dapur nak menyiapkan kek,Nasi beriani dan Ayam kerutuk(lagi!) seperti yang dia minta. Lepas tu pula masa nak double-boiler telur kuning dan gula untuk di buat mousse coklat,mangkuk yang di guna tiba-tiba pecah dua..habis adunan telur kuning saya..waaa nak menangis rasanya, dah la takut lambat gi bertugas,terpaksa ulang balik buat adunan telur yang baru.Wah!panjang pula cerita di belakang tabir...
ABSOLUTE CHOCOLATE CAKE  
Resepi:Azlita Masam Manis.Thanks.

KEK COKLAT MOUSSE

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan.Kemudian ayak.Ketepikan

Bahan B
3 biji telur saiz A
400 gm gula kastor     saya letak 300 gm
1 sudu teh esen vanila


Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis


Bahan D
250 ml air panas
 

Cara membuatnya
Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup-balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 in. yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170'c.
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 atau 4 kepingan


**kek ini boleh dikukus juga,masa mengukus juga antara 1 jam hingga 1/2 jam.

CHOCOLATE MOUSSE

Bahan-bahan
3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan gelap
8 gm gelatin
30 ml air
250 gm Krim bukan tenusu(non diary whipping cream)
1 sudu teh esen vanila
50 gm coklat masakan gelap -di cincang kasar


Cairkan gelatin,
Cairkan coklat masakan kaedah double-boiler
Masak telur kuning dengan kaedah double-boiler sambil sentiasa dikacau hingga berkrim.
Tuangkan gelatin dalam kuning telur dan gaul rata
Tuangkan pula coklat cair dan kacau rata,ketepikan


Dalam bekas lain putar krim bukan tenusu hingga kental.
Tuangkan 1/3 adunan,dalam adunan coklat dan kaup-balik rata
Tuangkan baki adunan dan esen vanila dan kaup-balik sempurna


GANACHE CHOCOLATE CREAM
Bahan-bahan
125 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos
200 gm coklat masakan gelap
15 gm mentega

Panaskan krim dan sirap glukos hingga berbuih kecil tepi periuk
Tuangkan dalam coklat yang di cincang terlebih dahulu
Kacau rata
Tambahkan mentega dan gaul sempurna
Sejukkan
Kemudian pukul hingga berkrim

Kaedah penyediaan

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Basahkan permukaan kek dengan sedikit air nescafe ( sedikit sahaja untuk melembabkan kek)
Kemudian ratakan Coklat Mousse atas lapisan kek
Taburkan pula dengan coklat masakan yang dah di cincang kasar
lapikkan pula dengan sekeping lagi kek coklat
Ulang proses yang sama hingga habis
Akhir salutkan keseluruhan kek dengan mousse coklat
Simpan sebentar dalam peti ais paling kurang 4 jam

Salutkan pula kek dengan Ganache Coklat Krim
Deko kek anda mengikut kreativiti
Simpan dalam peti ais hingga ganache mengeras
Ayak serbuk koko atas kek sebelum dihidangkan jika suka



** Saya tidak menggunakan Ganache coklat krim seperti resepi di atas untuk salutan luar kek,sebaliknya menggunakan resepi di bawah,

CHOCOLATE GANACHE
Resepi:Puan Badariah ibrahim@Resepi@net.Thanks.

130 ml susu cair/whipping cream
200 gm coklat masakan
1 sudu teh mentega

Cara membuatnya
  • Double- boiler coklat dan susu cair/whipping cream sehingga coklat hampir-hampir mencair.
  • Tutup api dan kacau sehingga coklat betul-betul cair,masukkan mentega dab sebatikan.
  • Sejukkan sebentar dan sapu rata di atas kek.Hiaskan..

Rabu, 23 April 2014

HEPI BIRTHDAY...AZIM


Selamat harijadi yang ke-12 buat anakku Che Azim Ashmawi pada 22 April 2014,semoga sentiasa beroleh kejayaan dan keberkatan dunia dan akhirat.Amin.
Jom tengok gambar Azim masa'muda-muda' dulu.Pada setiap harijadinya nanti saya akan sentiasa postkan gambar-gambarnya semasa dia masih kecil sebagai kenangan apabila dia melihat blog ini suatu masa kelak..
Kandungan ketiga ini pun sama juga dengan yang pertama dan kedua..morning sickness selama 4 bulan non- stop,makin teruk pada waktu malam.Seperti kakak dan abangnya, saya kena admit wad juga.Cubaaan....

                                                   
                                                 
                                                   Azim bersama 'teamnya'
Kek yang saya buatkan untuknya- Absolute Chocolate Cake.Julung-julungnya tahun ini dia request nak makan kek yang saya buat.Selalunya kek harijadi di beli setiap tahun..Resepinya next entri.

Isnin, 21 April 2014

KRIM KENTANG DAN AYAM

As-Salam buat semua...
Pagi-pagi ni nak buat entri pasal sarapan pagi pula.Sekali-sekala tukar menu baru best juga,hari-hari saya asyik makan oat sahaja.Sup ini sesuai di makan begitu sahaja ataupun di makan  dengan sebiji bun.Jom tengok resepi pula..

KRIM KENTANG DENGAN AYAM
Resepi:Chef Afifi Bakri,Majalah Saji April 2014

Bahan-bahan
1 biji kentang besar-potong dadu
2 ketul paha ayam
1 labu bawang besar-potong dadu
2 keping daun bay
1 liter air
1/2 cawan krim
garam dan lada putih secukup rasa
sedikit serbuk lada hitam    saya tambah

Cara membuatnya
  • Tumis bawang dengan sedikit mentega,masukkan kentang dan air.Biarkan mendidih.
  • Kemudian masukkan ayam.Reneh sehingga kentang dan ayam masak.
  • Asingkan ayam,kemudian kisar kesemua bahan sup.
  • Carikkan isi ayam dan masukkan semula ke dalam sup dan renehkan selama 5 minit
  • Jika sup terlalu pekat,boleh tambahkan air,jika sup sedikit cair renehkan lagi sehingga agak pekat.
  • Akhir sekali masukkan krim dan perasakan dengan garam,lada putih dan sedikit serbuk lada hitam.

Ahad, 20 April 2014

KERUTUK AYAM


As-Salam buat semua..
Azim request nak makan Kerutuk  ayam bersama Nasi beriani.Patut lah pagi-pagi lagi sudah bertanya adakah hari ini saya bertugas,rupa-rupanya nak makan special sikit.Suka dia...kalau nampak saya tak bertugas mesti ada request sesuatu yang dia suka makan.Biasanya masak kerutuk di buat menggunakan daging tapi dah ada orang minta nak makan ayam..buat saja!.

KERUTUK AYAM
Resepi:aziejaya.blogspot.com.Thanks(resepi asal kerutuk daging)

Bahan-bahan
ayam-potong kecil
3 sudu besar rempah kerutuk
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar kerisik
gula melaka 
asam keping
garam
santan
minyak
rempah penumis
*kuantiti bahan-bahan boleh di sesuaikan sendiri.

Cara membuatnya
  • Kisar bawang besar,bawang putih dan juga halia.
  • Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis serta bahan kisar.Boleh juga sedikit bawang dihiris bagi menjadikan kuahnya bertekstur campuran bawang tumis.
  • Masukkan rempah kerutuk yang di bancuh dengan sedikit air.
  • Tumis sehingga garing sebelum di masukkan ayam.Masak dengan api sederhana hingga ayam lembut dan keluar minyak.
  • Masukkan santan dan masak sehingga mendidih sebelum di masukkan kerisik,gula melaka,garam dan asam.Sesuaikan rasanya.
  • Setelah keluar minyak bolehlah di angkat.
** kerutuk mestilah berasa sedikit manis dan berwarna sedikit gelap.

Sabtu, 19 April 2014

KEK PISANG EPAL

As-Salam buat semua..
Kali ini saya buat kek pisang yang ada epal di dalamnya.Sepadan juga gabungan pisang dan epal ini.Tekstur kek ini lembut dan moist.Lupa pula ambil resepi kat mana.Apapun terimakasih untuk pemilik resepi kek yang sedap ini.

KEK PISANG EPAL

Bahan-bahan
2 biji pisang awak/pisang emas-saiz sederhana,di lecek
2 biji epal merah-kupas dan potong dadu
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan gula kastor   saya letak 1/2 cawan
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
2-3 titik esen pisang

Cara membuatnya
  • Masukkan telur,gula dan minyak ke dalam blender.Kisar adunan selama 3 minit hingga campuran kembang(warna kuning cair).
  • Masukkan adunan ke dalam mangkuk.Masukkan tepung dan gaul menggunakan whisk hingga sebati.
  • Masukkan pisang lecek dan epal dadu serta esen pisang.Gaul sebati.
  • Sementara itu panaskan oven ke suhu 180'c.
  • Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di lengser dengan mentega dan di lapik dengan baking sheet.
  • Bakar dalam oven menggunakan api atas dan bawah selama 40 minit atau hingga kek masak.
  • Cucuk dengan lidi dan jika keluar bersih maka kek telah masak sempurna.
  • Sejukkan sebentar sebelum di potong.

Khamis, 17 April 2014

PUDING SIRAP BANDUNG LAICI

As-Salam buat semua..
Cubalah buat puding yang simple ni kemudian letak dalam peti sejuk,tak ke berseri-seri peti sejuk bila saja pintunya di buka terus nampak puding yang berwarna pink ini.Terliur kan...Dalam musim panas sekarang ni kerap kali juga saya buat puding tapi guna acuan yang sama sahaja kerana hanya satu ini yang ada,tu pun barang klasik dulu-dulu...

PUDING SIRAP BANDUNG LAICI
Sumber:dari dapur Zalinah@Rempah ratus.thanks

Bahan-bahan
25 gm agar-agar tali
1 liter air
1 tin susu cair
1 tin laici-ambil 6-7 biji laici di cincang halus
air laici
1 cawan gula    saya ikut manis sendiri
2 sudu besar esen laici
2 sudu besar esen rose merah

Cara membuatnya
  • Masak agar-agar dengan air hingga larut.
  • Masukkan gula,susu cair,buah laici cincang(saya kisar kasar separuh dari buah laici bersama susu cair) dan air laici.Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
  • Tuang ke dalam acuan pilihan dan sejukkan.
  • Seterusnya sejukkan di dalam peti sejuk dan hiaskan dengan buah laici.

Selasa, 15 April 2014

KARIPAP

 As-Salam buat semua..
Setelah sekian lama makan Karipap yang di beli,akhirnya saya mencuba juga buat Karipap sendiri.Walaupun bentuknya senget sana-sini tapi laku juga bila di makan panas-panas,rangup sahaja.Bukan saja senget tapi kelim tepi juga sangat kasar kelihatan.Tapi saya puas hati kerana hasil tangan yang keras dan kekok ini,akhirnya jadi juga karipap yang boleh di makan..he..hee.

KARIPAP
Sumber:ilhamdapur.blogspot.thanks.

Kulit karipap
1 1/4 cawan tepung serbaguna atau tepung gandum
100 ml air
3 sudu besar minyak masak-panaskan(betul-betul panas)
sedikit garam

Inti karipap
Sumber:Hazila.blogspot.thanks

Bahan-bahan
200 gm isi ayam -dadu kecil
2 biji kentang-dadu kecil
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu makan serbuk kari daging 
1 tangkai daun kari
garam dan gula secukupnya
air secukupnya

Cara membuatnya
  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat.Bancuh serbuk kari dengan sedikit air.
  • Panaskan minyak,tumis bahan yang di tumbuk ,bersama-sama dengan bancuhan serbuk kari hingga pecah minyak.
  • Masukkan isi ayam,kentang,daun kari dan air secukupnya.
  • Masak hingga kentang empuk dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan hingga agak kering dan ketepikan.
Cara membuatnya
  • Dalam mangkuk satukan tepung dan garam.Masukkan  minyak yang telah di panaskan dan kacau cepat-cepat dengan senduk kayu.Kemudian masukkan air dan kacau sebati.
  • Uli guna tangan sehingga doh lembut(dalam 3-4 minit).Kalau lembik,boleh di tabur sedikit tepung .
  • Rehatkan doh seketika(dalam 5-7 minit) dan bolehlah di canai.
  • Canai nipis sahaja,masukkan sedikit inti dan tutup kemas dan kelim tepinya.Buat sehingga habis.
  • Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang tidak terlalu panas,sambil di balikkan sehigga masak.
  • Angkat dan toskan.Sedia untuk di hidangkan.
*Inti yang tidak habis,boleh di simpan di dalam freezer dan di gunakan semula.
*jika tidak mahu menghidang kesemua karipap,bolehlah di goreng sekejap ,sejukkan dan simpan di dalam freezer.Goreng semula hingga garing bila di perlukan.

Isnin, 14 April 2014

EAST COAST SPINE CIRCLE MEETING.

 As-Salam buat semua..
Saya abadikan gambar-gambar semasa menghadiri seminar di Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ),Kuala Terengganu(11-12 April)dua hari lepas...untuk kenangan.Bukan selalu dapat pergi dan bukan selalu dapat peluang dalam majlis ilmu begini.Saya sebagai peserta yang tukang sibuk ambil gambar orang!.
Seminar ini di adakan setiap tahun dan menggabungkan peserta dari negeri Kelantan,Pahang dan Terengganu.Ia di sertai oleh pakar bedah spinal,pegawai perubatan,jururawat dan paramedik spinal di mana ia mendedahkan teknik-teknik pembedahan spinal terkini.
Tempat tidur..Seri Indah Resort,Pantai Batu Buruk. 
Dinner..barbeku di Benteng,Taman Tamadun Islam,Pulau Wan Man.
Pakar bedah spinal dari Hospital Sultanah Nur Zahirah-Mr Joehaimey Johari,dari Hospital Raja Perempuan Zainab(HRPZ) Kota Bharu-Mr Ahmad Sabri Omar dan dari Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM),Kubang Kerian ,Prof madya Dr.Abdul Halim Yusof dan Prof Madya Dr.Mohd Imran Yusoff.Diskusi mengenai Upper Cervical Spine Fracture(C1 dan C2).
Semasa bengkel-penerangan tentang teknik pembedahan spinal oleh Prof madya Dr.Mohd Imran Yusoff  .
 Teknik terbaru pembedahan spinal C2 oleh Mr Joehaimey Johari(Mr Joe)dan wakil dari Nova Medika.
Acara wajib sebelum pulang-Pasar besar Kedai Payang,cantik-cantik kain batik Terengganu.Tak sah kalau tak beli kain batik dan keropok padahal kat Kota Bharu pun macam -macam ada!.
Bergambar kenangan sebelum pulang,di barisan depan sekali ialah Dr.Atikah Amirah Suzanna bt Abdullah,Ketua jabatan Orthopedik HSNZ dan di sebelah kiri beliau ialah Dr Ahmad Tajuddin(Mr.Taj) Ketua Unit Spinal HSNZ....inilah sahaja kenangan....

Ahad, 13 April 2014

POPIA NESTUM ALMOND

As-Salam buat semua...
Saya cuba buat Popia nestum jenis yang bergulung pula.Hari tu saya telah buat jenis yang di gunting kecil dan di goreng sehelai-sehelai.Dua-dua pun rangup.Yang kat atas tu ,serbuknya saya tambahkan almond pula mengikut resepi dari Kak Nik Ja.Jom tengok resepi Popia Nestum Almond yang crunchy ini..

POPIA NESTUM ALMON
Sumber :  Kak Nik Ja.Thanks

 
Bahan-bahan
1 paket kulit popia besar 50 keping
1 biji telur di pukul sedikit
minyak untuk menggoreng secukupnya


Cara membuatnya

  • Leraikan kulit popia satu persatu.Letakkan dalam bekas bertutup untuk mengelak dari jadi kering.
  • Ambil satu helai kulit popia.sapukn telur pada penghujung kulit popia dan gulung kemas.Rupa seolah-olah corong.Buat sehingga habis.
  • Gunting kulit yang dah di gulung tadi sampai habis.
  • Goreng dalam minyak yang panas.Toskan.
Bahan serbuk
1 1/2 cawan nestum original flavour
1/2 cawan badam  yang dah di bakar
3 sudu besar susu tepung
4-5 sudu besar gula pasir  (ikut kemanisan masing-masing)


Cara membuatnya

  • Kisar semua bahan sampai halus.
  • Gaulkan dengan popia yang dah di goreng tadi.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.

Khamis, 10 April 2014

AYAM GORENG SERBUK CILI

As-Salam buat semua...
Hari ini  nak letak resepi ayam goreng pula.Makan panas-panas dengan nasi putih,rangup sahaja.Kalau makan nasi dengan lauk macam ni tak payah makan lauk lain pun tak apa kan...
Esok pula saya akan berangkat ke Kuala Terengganu untuk menghadiri seminar di Hospital Sultanah Zahirah.Kali pertama saya ke situ,semoga di permudahkan.Jadi dalam dua atau tiga hari ini saya tinggalkan dulu dapur maya ini tanpa resepi.Semoga bertemu kembali...

AYAM GORENG SERBUK CILI
Olahan:daridapursuzana

ayam-di potong sederhana kecil
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar serbuk cili merah Alagappas
1/2 sudu besar biji ketumbar-di tumbuk halus
1 sudu besar cili flakes
1/2 sudu besar serbuk cukup rasa Maggi
garam dan gula secukupnya
1 labu bawang besar-potong nipis
1 biji lada merah
1 biji lada hijau

Cara membuatnya
  • Ayam di bersihkan dan potong ikut saiz sedrhana kecil dan toskan.
  • Perap ayam dengan semua bahan di atas kecuali bawang besar dan cili selama 15 minit.
  • Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam dengan api sederhana sehinga masak.
  • Angkat dan toskan minyaknya .
  • Dengan menggunakan minyak yang sama goreng bawang besar dan cili merah serta cili hijau hingga sedikit layu.
  • Taburkan di atas ayam goreng tadi.Siap untuk di hidangkan.

Rabu, 9 April 2014

TUNA CANAPES

A-Salam buat semua...
Saya buat kudapan lagi untuk buat hidangan breakfast dan juga untuk makan-makan pada sebelah petang.
Best juga kudapan ringkas macam ni,nanti nak buat lagi guna biskut cream cracker pula.Boleh juga di gunakan roti biasa bagi yang tak suka makan roti whole meal ini.Lebihan roti yang di potong saya guna untuk buat puding roti pula.
TUNA CANAPES
Resepi:Majalah Wanita November 2010.

Bahan-bahan
Roti whole meal/roti sandwich biasa
tuna mayones
tomato ceri-belah dua
daun bawang/sup-potong halus
hirisan lada hijau      saya tambah
mentega                    saya ganti dengan garlic spread

Cara membuatnya
  • Sapu roti dengan mentega/garlic spread dan bakar dengan menggunakan pembakar roti.Boleh juga di bakar dahulu dan di sapu mentega kemudian.
  • Tekap acuan bulat di atas roti atau mengikut bentuk yang di sukai.
  • Kemudian letakkan Tuna mayones di atasnya dan hias dengan tomato ceri dan hirisan daun bawang/sup dan hirisan lada hijau yang tidak pedas.
  • Ia boleh di makan begitu sahaja tanpa perlu di bakar lagi.

Selasa, 8 April 2014

SIRAP LEMON SODA

As-Salam buat semua...
Musim panas ni nak tayang air sirap pula,minum segelas pun tak hilang dahaga sebab tu sekali buat satu jag!.tapi bukanlah saya sorang yang minum,tentulah untuk satu keluarga.Azim pula tak mahu minum katanya,kenapa mama letak biji-biji macam telur katak tu,gelilah nak minum...tapi akhirnya dia minum juga lepas biji-biji tu jatuh ke dasar gelas.Jom tengok resepi air yang menghilangkan dahaga ini.

SIRAP LEMON SODA
Resepi:Majalah Saji Mac 2014.

Bahan-bahan
200 ml air aiskrim soda
1 sudu besar sirap ros
1 sudu kecil biji selasih
1 sudu kecil jus lemon
ketulan ais

Cara membuatnya
  • Tuangkan air aiskrim soda ke dalam gelas.
  • Masukkan sirap ros,biji selasih dan jus lemon.
  • Akhir sekali masukkan ketulan ais.Sedia untuk di hidangkan.

Ahad, 6 April 2014

ROTI CHEEDAR

As-Salam buat semua....
Bila angin rajin datang maka dengan bertenaganya ..he..hee,saya berjaya menguli roti ini dengan tangan sampai naik lenguh(hard work sangat la!).Tapi tak apa ,walaupun prosesnya memakan sedikit masa tapi berbaloi untuk mendapatkan roti yang gebu ini.Dah lama sebenarnya saya tak buat roti sendiri sebab malas nak menguli roti,tetapi selepas jumpa resepi di blog Kak Yah nampak macam mudah saja,saya terus cuba membuatnya.My bodyguard makan cicah dengan Nescafe beng.Azim makan cicah dengan ais krim..

ROTI CHEEDAR
Sumber:dapurkakyah.blogspot.com/Thanks.

Bahan-bahan
500 gm tepung gandum
1 paket yis (11gm)
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat
250 gm air suam
2 sudu besar shortening
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar susu tepung
1/2 cawan gula pasir halus
1 sud teh baking powder
1 sudu teh bread improver
1 sudu besar water roux

Cara membuat water roux
50 gm tepung gandum
250 ml air
masak di atas api perlahan sehingga pekat dan sejukkan sebelum di gunakan.

sapuan
kuning telur-pukul dahulu

bahan tabur
parutan keju cheedar
bijan 

Cara membuatnya
  • Masukkan telur(pukul dahulu dengan garfu) ke dalam bekas sukatan.
  • Masukan susu pekat dan air suam biar sukatan menjadi 250 ml.
  • Kacau dan masukkan yis.Biarkan ia kembang seketika.
  • Dalam bekas lain,masukkan tepung,gula,susu tepung,garam,baking powder,bread improver,shortening dan water roux.
  • Gaul rata dan buat lubang di tengah-tengah.
  • Campuran yis yang sudah berbuih,masukkan esen vanila dan tuang ke dalam lubang yang di bentuk tadi.
  • Mula menguli secara memusing dari tengah dan bila semuanya sudah bercampur,mulakan menguli dan membentuk doh yang kasar.
  • Pastikan adunan tidak lembik dan tidak melekat di tangan,kalau lembik masukkan sedikit tepung.
  • Masukan dalam beg plastik dan mula menekan dan memicit adunan roti.Lakukan selama 5 minit.
  • Keluarkan dari plastik dan uli lagi selama 1 minit dan bulatkan.Letakkan ke dalam mangkuk besar.
  • Tutup dengan plastik pembalut makanan .
*Untuk mencepatkan proses pengembangan,saya ikut cara Kak Yah iaitu,
Panaskan ketuhar dengan suhu 180'c selama 25 minit dan letak bekas bertutup tadi DI ATAS ketuhar dan di alas dengan redai besi (jangan masuk dalam ketuhar nanti MASAK).Bila masa oven tamat(25 minit) biarkan lagi adunan roti di atas ketuhar selama 10 - 15 minit kerana ketuhar masih panas dan mengeluarkan haba.

  • Apabila doh sudah naik dua kali ganda,tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan bulatkan semula.Tutup doh semula dan biarkan ia naik sekali lagi selama 10 minit dan tumbuk semula.
  • Bulatkan adunan roti seberat 60 gm.
  • Masukkan ke dalam loyang/bekas yang telah di alas dengan baking sheet dan biarkan ia mengembang semula(letak dalam oven yang masih suam-suam)dalam keadaan off.
  • Akhir sekali sapu dengan telur kuning dan tabur parutan keju cheedar dan bijan.
  • Bakar selama 20 minit dengan suhu 160 'c atau sehingga masak.
  • Separuh masa membakar,kalau tak mahu keju hangus tutup dengan alumium foil(saya tak tutup).
  • Bila sudah masak,sejukkan dan simpan di dalam bekas bertutup untuk mengekalkan kelembapan roti.

Sabtu, 5 April 2014

PUDING PERMATA

As-Salam buat semua..
Puding ini sedap di makan sejuk-sejuk dan resepinya mudah dan ringkas sahaja.Pada mulanya saya ingin buat dalam acuan kecil-kecil supaya senang makan,tapi tiba-tiba saja  malas melanda terus saja buat dalam loyang besar dan di potong bentuk kiub.Permatanya boleh saja di buat macam-macam kaler kalau nak nampak kelainan.Sedap je puding ni makan dalam cuaca panas begini....

PUDING PERMATA
Resepi:Rossitamz@My Resepi.Thanks.

Bahan-bahan ( Loyang 7in x 7in )


 Bahan untuk agar-agar 
  • 300ml air
  • 200ml susu cair / susu segar
  • 125gm gula pasir
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar
  Bahan untuk kastard 
  • 500 ml air
  • 400 ml susu cair / susu segar
  • 250 gm gula pasir
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard - dibancuh dengan 3 sudu besar air

Cara membuatnya
Untuk agar-agar :
  • Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih.Masukkan serbuk koko dan kacau rata.Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
  • Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan.Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu.Ketepikan. 
Untuk kastad : 
  • Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat. 
  • Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.

Khamis, 3 April 2014

BANGKOK KAYA KEK

 As-Salam buat semua...
Saya pernah membuat kek ini beberapa kali dulu sebelum ada blog sendiri lagi.Mungkin dalam 7 atau 8 tahun lepas.Kali ini saya cuba semula membuatnya kerana kek ini yang sentiasa menjadi kesukaan saya,kerana ada aroma nescafe dan sentiasa kekal di ingatan.
Ia mempunyai 3 lapisan di mana lapisan bawah sekali adalah kek sponge,lapisan tengah di panggil lapisan kaya dan di atas sekali adalah lapisan agar-agar.Dari mana ia mendapat nama unik ni pun saya tak tau, pandai makan je!.ia sedap di makan sejuk-sejuk macam puding juga..
BANGKOK KAYA KEK
Sumber:Cooking class

Bahan untuk Sponge mix(lapisan bawah)
2 biji telur
125 gm sponge mix
25 gm air
25 gm mentega cair

Cara membuatnya
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali mentega cair dan pukul hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan mentega cair dan gaul rata.Tuangkan ke dalam loyang 10 x10 dan bakar pada suhu 180'c selama 15-25 minit.
Bahan untuk lapisan agar-agar
1 paket serbuk agar-agar(10 gm)
180 gm gula pasir
1000 ml air
1 sudu kecil serbuk Nescafe
1 tin buah-buahan koktel-sejatkan airnya
sedikit coffee oil/coffee paste /coklat emulco

Cara membuatnya
  • Agar-agar di masak dengan gula dan air hingga mendidih.
  • Masukkan Nescafe dan Coffee paste/Coklat emulco.
  • Tuang ke dalam loyang 10 x10.
  • Masukkan buah-buahan koktel dan biarkan sejuk seketika sebelum di bekukan di dalam peti sejuk.

Bahan untuk lapisan kaya(lapisan tengah)
1 paket serbuk agar-agar (10 gm)
1/2 sudu kecil garam
60 gm tepung jagung
180 gm gula pasir
800 gm santan
150 gm susu cair
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
  • Masak agar-agar dengan gula,garam dan santan hingga mendidih sambil di kacau.
  • Bancuh tepung jagung dengan susu cair dan masukkan ke dalam agar-agar.Kacau sebati sampai berkilat.Tambahkan esen vanila.
  • Tuang adunan kaya ke atas agar-agar(gores permukaan agar-agar dengan garfu).Sejukkan sekejap dan letakkan kek sponge.Tekan sedikit.
  • Simpan di dalam peti sejuk selama 8 jam,baru di keluarkan dari acuan.Bila di telangkupkan lapisan kek akan terletak di bawah sekali.
*Biasanya lapisan kek akan mengecut sedikit bila sudah sejuk.Ini menjadikan lapisan kek tidak sama besar dengan lapisan kaya dan agr-agar dengan ukuran loyang yang sama saiz.
*Semasa menghidang potong/trim tepi lapisan kaya dan agar-agar supaya lapisannya sama rata dengan kek sponge.


Rabu, 2 April 2014

IKAN MASAK KICAP MANIS PEDAS

As-Salam buat semua...
Hari ini tak buat karangan pendek,terus saja ke resepinya..

IKAN MASAK KICAP MANIS PEDAS
Resepi:resepinannie.blogspot.com/Nennie Khuzaifah.thanks

Bahan-bahan
1 ekor Ikan siakap saiz besar   saya guna Ikan bawal emas
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili kisar
5 biji cili padi-di titik
2 sm halia
2 sudu besar sos tiram
1 biji buah tomato ranum-di cincang
kicap manis secukup rasa
sos plum secukupnya
sedikit air-jika perlu
sedikit daun sup/bawang         tak letak
sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya
  • Bersihkan ikan dan gaul bersama sedikit garam dan kunyit,kemudian goreng ikan sehingga garing ,angkat dan toskan.
  • Bawang merah,bawang putih,halia di tumbuk lumat.Panaskan minyak dalam 5 sudu besar dan tumis bahan yang di tumbuk sampai naik bau.
  • Kacau bahan tumis sampai naik bau kemudian masukkan cili kisar serta cili padi dan terus kacau sebentar sehingga cili masak.
  • Masukkan bawang besar yang di potong nipis-nipis ,buah tomato cincang dan kacau semua bahan.
  • Masukkan daun bawang/sup yang di potong kecil dan sos tiram, kicap manis,sos plum secukupnya dan kacau semua bahan-bahan.Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedkit air.
  • Biarkan kuah mendidih dan kacau kemudian masukkan garam dan gula.Rasa sos ikut selera sendiri.
  • Bila kuah sudah mendidih boleh tutup api letakkan ikan ke dalam pinggan dan curahkan kuah.Boleh tabur daun bawang/sup atau bawang goreng sebagai hiasan ke atas ikan. Hidangkan.

Selasa, 1 April 2014

LOMPANG BERINTI DAGING

As-Salam buat semua...
Dah lama saya beli acuan Kuih lompang tapi tak pernah sekalipun saya cuba buat kuih lompang.Once upon a time...tergerak hati nak cuba buat kuih ni sementara bahan-bahan pun dah ada kat almari Doraemon.Bolehlah buat hidangan semasa minum petang nanti.

LOMPANG BERINTI DAGING
Resepi:Majalah Saji Ogos 2009

Bahan A
150 gm tepung beras
10 gm tepung jagung
600 ml santan
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
garam secukup rasa

Bahan tumbuk
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 hiris halia 

Bahan B(inti)
100 gm daging cincang
1/2 sudu besar rempah kari daging
minyak untuk menumis
garam seukup rasa

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  • Masukkan daging dan rempah kari daging.Masak hingga kering,tambah garam secukup rasa dan ketepikan.
  • Panaskan periuk pengukus hingga air mendidih.
  • Bancuh bahan A hingga sebati.Sapukan acuan kuih lompang dengan sedikit minyak.
  • Tuangkan adunan dan kukus selama 5 minit.Letakkan inti di atasnya dan kukus lagi selama 10 minit.
  • Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.Taburkan sedikit daun sup dan bawang goreng atau boleh saja hias dengan tomato dadu/lada merah yang dihiris ketika hendak di hidangkan.