style="text-align: center"

Sabtu, 31 Mei 2014

KUIH BELIMBING

As-Salam buat semua...
Kuih belimbing adalah kuih dulu-dulu yang berasal dari Terengganu. Biasanya ia disalut dengan air gula kalau ikut resepi dulu-dulu tapi sekarang ni di buat dengan menyalutnya dengan gula kastor.Saya pula,buat plain sahaja kerana adunannya sedang elok manis  untuk lidah saya.Orang lain buat bentuknya elok sahaja,saya punya bengkang-bengkok...he..hee.

KUIH BELIMBING
Sumber:Hana memorries.Thanks

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu makan marjerin/mentega
1 sudu makan gula
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
  • Didihkan air,gula marjerin dan tambahkan esen vanila.Tutupkan api.
  • Masukkan tepung gandum dan kacau cepat-cepat dengan senduk kayu.
  • Pukul telur sebentar dan masukkan ke dalam adunan tepung dan kacau sebati.
  • Panaskan minyak seukupnya dan masukkan adunan tadi ke dalam piping bag dengan nozzle bintang.
  • Picitkan aduan ke dalam minyak dan potong setiap 5 cm.
  • Goreng hingga kekuningan dan angkat
  • toskan minyak dan taburkan gula kastor.Sedia untuk di hidangkan.

Jumaat, 30 Mei 2014

CHOCO MOUSSE BROWNIES

 As-Salam buat semua...
Brownies yang baru pertama kali saya cuba membuatnya dan rasanya tidak menghampakan kerana  ia amat sedap dan menjadi kesukaan anak-anak.Biasanya mousse di buat dari kuning telur,tetapi mousse dalam brownies ini menggunakan telur putih.Sekali lagi saya terjebak..menggunakan telur mentah(yang saya tidak suka dan cuba elakkan)tapi terkena juga oleh kerana tidak perasan resepinya ada menggunakan telur mentah.Dah buat ...makan saja lah!.bukankah coklat mousse rasanya macam aiskrim...

CHOCO MOUSSE BROWNIES
Resepi :www.myresipi.com/top/user/Yani@My resepi.thanks

Bahan untuk brownies(lapisan bawah)
45 gm mentega
65 gm gula halus   letak 50 gm 
1 biji telur gred A
50 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 suud besa serbuk koko

Bahan untuk coklat mousse
140 gm coklat masakan
1 sudu besar gelatin 
100 ml air
2 biji putih telur
200 gm whipping cream
40 gm gula halus

serbuk koko secukupnya untuk taburan
** saya ganti dengan serbuk bijirin milo yang di kisar halus

Cara membuat brownies
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur,pukul lagi hingga kembang dalam 3-4 minit.
  • Ayak tepung,baking powder dan serbuk koko dan masukkan ke dalam adunan telur.Kacau rata.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang loose pan.Bakar pada suhu 190'c selama 12-15 minit atau hingga masak.
Cara membuat mousse
  • Masukkan gelatin ke dalam air.Biarkan selama 5 minit dan kacau hingga larut.Jangan masukkan gelatin dulu kemudian air,ini akan menyebabkan gelatin berketul-ketul dan tak larut.
  • Cairkan coklat dengan kaedah doubler- boiler.
  • Bila coklat mencair,padamkan api dan keluarkan periuk coklat tadi.
  • Masukkan campuran gelatin ke dalam coklat cair dan kacau hingga sebati.Ketepikan hingga sejuk.
  • Sementara itu,didalam mixer,pukul putih telur pada high speed hingga kembang sambil di masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga bertanduk(jika di terbalikkan mangkuk,putih telur tidak jatuh).
  • Dalam mangkuk lain,pukul whipping cream hingga kental.
  • Satukan dengan adunan coklat tadi dan campurkan dengan adunan putih telur.
  • Kacau perlahan denagn senduk kayu hingga semuanya bercampur rata.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang ada brownies tadi,sejukkan ke dalam peti sejuk hingga ia mengeras.
  • Sebelum menghidang, taburkan dengan serbuk koko di atasnya.

Rabu, 28 Mei 2014

AGAR-AGAR PANDAN KRISTAL

As-Salam buat semua...
Sentiasa sahaja rasa nak makan puding walaupun sentiasa sahaja nak kurangkan makanan manis...ayat baru yang di cipta sendiri..he..he.Kebiasaannya saya akan gunakan sukatan gula ikut citarasa sendiri kerana suka makan puding yang tidak berapa manis.Tambahan pula kalau puding tu di gabungkan dengan bahan-bahan manis yang lain...

AGAR-AGAR PANDAN KRISTAL
Sumber:Sue Joshua.Thanks.

Bahan-bahan
1 paket agar-agar tali
4 cawan air/1 cawan sama dengan 200 ml 
1/2 cawan susu cair
1 cawan air daun pandan
1/2 cawan gula pasir/ikut sukatan sendiri
10 biji sumi jelly/secukupnya
sedikit pewarna hijau  saya tambah 

Cara membuatnya
  • Masak agar-agar bersama air hingga agar-agar larut.Tambahkan gula secukup rasa dan kacau rata.
  • Masukkan air daun pandan dan pewarna hijau dan susu cair.Kacau hingga sebati.
  • Di dalam bekas yang sesuai ,susunkan sumi jelly mengikut citarasa.
  • Kemudian tuangkan agar-agar pandan secara perlahan-lahan ke bekas tersebut.Tuangkan sedikit dahulu,kemudian apabila ia hampir mengeras,tuangkan baki seterusnya.
  • Biarkan hingga agar-agar hampir sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk.
  • Apabila agar-agar mengeras,potong ikut citarasa.

Isnin, 26 Mei 2014

KETAM MASAK CILI PADI

As-Salam buat semua ....
Dah lama tak masak ketam,kalau masak pun cuma dua ekor sahaja kerana hanya dua orang saja yang makan.Dan kalau masak,mesti pilih emak ketam ....besar dan banyak isi!

KETAM MASAK LEMAK CILI PADI.
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
2 ekor ketam besar
3 batang serai - dititik
1 keping asam gelugor
santan pekat dan air secukupnya untuk kuah

cili padi-ikut kepedasan yang di inginkan
2 sudu besar cili kering kisar
2 helai daun limau purut
1/2 sudu besar serbuk cukup rasa Maggi
garam dan gula secukup rasa

bahan kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

Cara membuatnya
  • Ketam di potong dua dan di basuh dengan gandum untuk menghilangkan baunya.Toskan.
  • Masukkan santan dan bahan-bahan kisar ke dalam periuk serta cili kering kisar,serai,daun limau purut,asam gelugor,cili padi yang telah di ketuk.
  • Masak kuah dengan api sederhana sambil di kacau hingga mendidih.
  • Bila mendidih,masukkan ketam,serbuk cukup rasa,garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan ia mendidih sekali lagi.Bila rasanya sudah sesuai bolehlah di angkat dan hidangkan.

Ahad, 25 Mei 2014

KEK KETAM

As-Salam buat semua...
Saya cuba buat kudapan yag menggunakan  crab stick setelah terjumpa resepinya dalam Majalah Rasa.Kalau di biarkan begitu sahaja tak ada sesiapa pun yang makan crab stick tu kecuali di olah untuk di jadikan  sesuatu barulah ianya habis..Taktik lagi!...

KEK KETAM
Resepi:Izzahan Muqri Suaid/Majalah Rasa Mac 2014

Bahan-bahan
200 gm jejari ketam
20 gm daun ketumbar
10 gm cili merah
10 gm cili hijau
*semua bahan di atas di cincang halus

200 gm tepung gandum
200 gm serbuk roti
2 biji telur
5 ml sos cili
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
  • Masukkan jejari ketam dan daun ketumbar yang di cincang halus ke dalam mangkuk adunan.
  • Kemudian masukkan cili merah,cili hijau dan tepung gandum.
  • Seterusnya masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  • Setelah itu,masukkan sedikit telur yang telah di pukul kembang.Gaul sebati sehingga doh menjadi lembut.
  • Bentukkan doh mengikut citarasa.
  • Selepas itu celup kek ketam tadi ke dalam adunan telur.
  • Akhir sekali salut dengan serbuk roti dan goreng sehingga garing.Angkat dan toskan.
  • Hidangkan bersama dengan sos cili.

Rabu, 21 Mei 2014

TIRAMISU.

As-Salam buat semua...catatan yang ke 888.
Resepi tiramisu ini mudah dan ringkas sahaja....dessert kesukaan my bodyguard.Boleh di buat dengan menggunakan kek span,kek gulung span(swiss roll) atau biskut lady fingers yang boleh didapati di kedai bakeri.Saya membuatnya dengan menggunakan dua jenis kek span vanila dan coklat.Makan pun sedap dan sejuk saja tekak.Tak kira dah berapa banyak kalori yang di makan,pejam mata dan nikmati sahaja!...

TIRAMISU

Bahan-bahan
1 gulung kek span vanila
1 gulung kek span coklat
250 ml krim putar
250 gm cream cheese
2 sudu besar  gula kastor
1 sudu teh esen vanila 

serbuk koko-untuk taburan di atas.
serbuk nescafe-bancuh dengan 1/2 cawan air
**adunan boleh di doublekan ikut keperluan

Cara membuatnya
  • Masukkan krim putar ke dalam mangkuk adunan dan putar hingga kaku.Ketepikan.
  • Putar cream cheese dengan gula hingga kembang .Tambahkan esen vanila.
  • Masukkan krim putar ke dalam adunan cheese dan gaul sebati
**Satu lagi cara yang boleh di buat ialah dengan mencampurkan kesemuan bahan-bahan dan putar sebati.
  • Sediakan satu bekas yang sesuai.Potong kek span kepada kepingan dan susun di dalam bekas.
  • Basahkan dengan air nescafe untuk melembapkannya.
  • Sapukan adunan krim-cheese tadi dan ratakan.
  • Buat setiap lapisan hingga bahan-bahan habis.
  • Di atas sekali letakkan lebihan adunan krim-cheese dan ratakan.Simpan di dalam peti sejuk.
  • sebelum menghidang,taburkan serbuk koko dengan menggunakan penapis di atas permukaan tiramisu. 
  • Sedia untuk di makan.Best....

Selasa, 20 Mei 2014

KERABU KAKI AYAM

As-Salam buat semua...
Semasa singgah membeli ayam untuk budak berdua tu,selalunya beli dua ekor untuk stok beberapa hari,penjual ayam bertanya, nak kaki ayam free tak?laju aje menganguk.Nak kasi cepat habis buat la kerabu kaki ayam,boleh makan dengan nasi atau ratah begitu saja.Tak payah beli kolagen yang macam-macam brand tu,makan je kolagen asli ni,best juga!...he..hee


KERABU KAKI AYAM
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 kilo kaki ayam
1 labu bawang besar
1 biji lada hijau
1 biji lada merah
1 biji tomato
daun ketumbar siam dan daun bawang atau daun saderi
sos ikan secukupnya
jus limau nipis dan gula secukupnya
4 sudu besar kerisik
1 sudu teh serbuk lada hitam

Cara membuatnya
  • Bersihkan kaki ayam,rebus sampai empuk dan toskan.Buang tulangnya.Ketepikan.
  • Sementara itu hiris nipis bawang besar,lada hijau dan merah(kalau inginkan pedas boleh guna cili padi) dan tomato(buang biji).
  • Potong pendek daun saderi sekali dengan batangnya.
  • Dalam satu mangkuk,campurkan kesemua sekali bahan-bahan yang telah di hiris dan kaki ayam tadi.
  • Tambahkan sos ikan,jus limau nipis dan gula secukup rasa.Gaul sebati.
  • Akhir sekali masukkan kerisik dan serbuk lada hitam,gaul rata.Siap untuk di hidangkan.


Isnin, 19 Mei 2014

SAYUR GORENG DI HUANG MIOU


As-Salam buat semua...
Mungkin tak ramai yang pernah makan sayur ni.Pada kali pertama melihatnya saya ingatkan sayur ini pahit dan berdaun tua kerana nampak kasar dan keras tapi apabila di masak,rupanya ia rangup dan lembut sahaja.Di tag harga tertulis Di Huang Miou.Bila di cari dalam Google ia juga di kenali sebagai Pucuk kekacang atau Kangkung cina.
Let's try masak.....

SAYUR DI HUANG MIOU GORENG
Olahan:dari dapur suzana

Bahan-bahan
sayur Di Huang Miou
4 ulas bawang putih-di ketuk
1/2 labu bawang besar
1/2 kiub pati ikan bilis
1 sudu besar sos tiram
1 biji lada merah-hiris nipis
1 biji lada hijau-hiris nipis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
 minyak canola

Cara membuattya
  • Sayur Di Huang Miou di bersihkan dan potong pendek,ambil batang yang lembut sahaja.
  • Panaskan sedikit minyak canola dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan sos tiram dan sayur Di Huang Miou serta kiub pati ikan bilis.
  • Goreng sebentar dan masukkan sedikit air dan goreng hingga sayur layu.
  • Tambahkan cili merah dan serbuk lada hitam.Gaul rata.
  • Bolehlah di angkat dan hidangkan.
*Boleh juga di tambah udang,sotong ataupun fish ball bersama sayur goreng ini jika suka.

Sabtu, 17 Mei 2014

KEK KELADI

As-Salam buat semua...
Kek keladi menjadi kesukaan saya sejak dulu lagi.Baru dalam tahun ini saya berpeluang cuba membuatnya,walaupun resepinya dah lama tersimpan.Saya belajar membuatnya dalam satu sesi kelas membuat kek kira-kira 7 tahun lepas.Kek keladi ini tidak menggunakan santan seperti kebiasaan kek keladi yang biasa kita makan.Jadi risiko kek rasa basi (beli masa raya la tu!) tiada.Bezanya,cuma ia tidaklah rasa berlemak sangat adunan keladinya kerana tidak menggunakan santan.

KEK KELADI
Resepi:Puan Sharifah Munirah/Baking class Harmuni.Thanks.

Bahan kek
250 gm tepung sponge mix
50 gm air
50 gm mentega cair/minyak
4 biji telur
sedikit esen vanila

Cara membuatnya 
  • Putar tepung sponge mix,telur dan air sehingga gebu.
  • Masukkan esen vanila dan putar lagi.
  • Masukkan mentega cair dan kacau perlahan-lahan.
  • Masukkan ke dalam loyang yang telah berlapik dan bakar pada suhu 180'c sehingga masak.
  • Sejukkan kek sebelum di potong kepada lapisan. 

Bahan untuk adunan keladi

600 gm keladi pinang
sedikit garam
2 helai daun pandan
2 sudu besar mentega
1/2 paket /50 gm tepung Hong kwe putih
1 cawan air
susu pekat manis secukup rasa
sedikit pewarna ungu
sedikit esen vanila

Cara membuatnya
  • Rebus keladi bersama daun pandan dan sedikit garam sehingga empuk.Bila sudah masak,toskan.
  • Kisar keladi bersama susu pekat manis, mentega, pewarna ungu dan tepung hong kwe yang telah di bancuh dengan 1 cawan air.
  • Kacau di dalam periuk yang tidak melekat sehingga pekat dan berkilat dengan api sederhana sehingga betul-betul masak(adunan keladi meletup-letup kecil).
  • Akhir sekali tambahkan esen vanila.Kemanisan adunan keladi bergantung kepada sebanyak mana susu pekat manis yang kita gunakan.
Menyediakan kek
  • Potong kek kepada 2 atau 3 lapisan.
  • Lapiskan setiap lapisan kek dengan adunan keladi.
  • Sapukan adunan keladi pada keseluruhan kek.
  • Taburkan sedikit kelapa kering untuk hiasan.Saya paipkan sedikit adunan keladi yang lebih di atas kek.
  • Sejukkan kek di dalam peti sejuk,kemudian bolehlah di potong.
**boleh juga di gunakan krim putar sebagai hiasan.
**jika tiada warna ungu,campurkan saja warna biru dan merah jambu.
**Jika adunan keladi terlalu pekat,tambahkan sedikit air.

Jumaat, 16 Mei 2014

CUCUR NASI IKAN BILIS

 As-Salam buat semua...
Sudah hampir dua minggu saya tak postkan sebarang resepi disini kerana masalah talian internet.Sudah beberapa hari talian dah ok tapi mood menulis tak ada pula.Baru hari ini saya ada masa sedikit untuk duduk depan komputer.Dan untuk kawan-kawan blogger bergelar cikgu..Selamat hari guru di ucapkan.
Resepi hari ini ialah Cucur nasi ikan bilis yang di buat untuk makan-makan pada waktu petang.Cucur ini rangup di luar dan lembut sahaja di dalamnya.Sedap bila dicicah dengan sos cili.

CUCUR NASI IKAN BILIS
Sumber:Sinar kehidupanku/yati memorries.Thanks

Bahan-bahan
2 cawan nasi
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 cawan ikan bilis
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji lada besar-hiris nipis
daun sup/daun bawang-hiris halus
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
  • Kisar nasi bersama air,masukkan sekali ikan bilis,bawang putih dan bawang besar.Kisar sebati.
  • Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan bahan-bahan kisar tadi.Gaul sebati.
  • Campurkan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  • Panaskan minyak dan goreng cucur hingga masak.
  • Toskan minyak dan bolehlah di hidangkan dengan sos pilihan.

Ahad, 4 Mei 2014

BROWNIES ALMOND CHOCOLATE

As-Salam buat semua .....
Brownies ni rangup sahaja dan penuh dengan rasa coklat.Di dalam adunannya ada banyak coklat dan kekacang.Brownies adalah seperti kek bantat yang sedap.Kalau saya buat brownies mesti anak-anak akan tanya kenapa kek tak gebu tapi rasanya sedap.Itulah brownies...kek bantat yang tersohor di merata dunia..

BROWNIES ALMOND CHOCOLATE
Sumber:idealrecipes.blogspot.com /Julia homemade.thanks.

Bahan-bahan
  • 100 gm marjerin
  • 200 gm dark cooking chocolate-potong kecil
  • 2 biji telur
  • 100 gm gula pasir       saya letak 50 gm
  • 40 gm tepung medium protein atau tepung gandum
  • 25 gm serbuk koko
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 50 gm kacang badam bakar-cincang kasar
  • 15 gm almond slice-untuk tabur/hiasan
Cara membuatnya
  • Ayak tepung,serbuk koko,baking powder.Ketepikan.
  • Cairkan marjerin di atas api sedang.Tutupkan api,tambahkan potongan dark cooking chocolate.
  • Kacau hingga adunan cair.Ketepikan dan biarkan pekat.
  • Pukul telur dan gula pasir selama 2 minit hingga rata dan pekat.Jangan terlebih pukul nanti jadi macam adunan kek.
  • Masukkan campuran marjerin sedikit-sedikit sambil di kacau rata sahaja menggunakan spatula.
  • Tambahkan campuran tepung yang di ayak tadi,dan kaup-balik sampai adunan rata.
  • Masukkan kacang almond.Kacau rata.
  • Tuang dalam loyang 30x10x4 atau loyang sesuai yang telah di sapu marjerin dan di lapik baking sheet.
  • Taburkan almond slice dan bakar dalam oven dengan suhu 180'c selama 30 minit sehingga permukaan brownies nampak berkilat dan sedikit retak.
  • Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Sabtu, 3 Mei 2014

ROTI GARLIC RANGUP

 As-Salam buat semua..
Kes terbaru....roti tak habis dah hari expired tak ada siapa pun nak makan.memang orang lain tak makan pun roti Gardenia Bran and wheat germ ni kerana ia tak sesedap Roti Butterscotch..hanya saya sorang yang makan...tu la tak habis-habis.Saya re-cycle buat roti kering cicah dengan kopi panas,eh..eh..habis pula!

ROTI GARLIC RANGUP
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
roti sandwich
garlic spread/mentega bawang putih
gula pasir

Cara membuatnya
  • Potong tepi-tepi roti dan potong memanjang.Panaskan oven pada suhu 150'c.
  • Sapukan garlic spread dan taburkan sedikit gula pasir.
  • Aturkan roti di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing.
  • Sejukkan sebentar dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Jumaat, 2 Mei 2014

KARI IKAN PARI

As-Salam buat semua...
Hari ini saya postkan satu lagi resepi ikan yang menjadi kesukaan my bodyguard iaitu Kari ikan pari.Ikan pari segar selalu saya beli kat pasaraya Maidin.Biasanya ia di jual dalam bentuk kepingan. Kalau nampak kepingan yang segar-segar tu memang terus saja tangkap!.saya biasanya beli untuk sekali masak sahaja kerana hanya kami berdua saja yang makan...

KARI IKANPARI
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1/2 kg Ikan pari
3 sudu besar rempah kari ikan Adabi
1 tangkai daun kari
1 sudu besar cili kering kisar
santan pekat atau susu cair secukupnya
4 biji bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih -hiris
1 inci halia-hiris
air asam jawa secukupnya
sedikit minyak canola untuk menumis
air secukupnya untuk kuah
garam dan gula untuk perasa

Cara membuatnya
  • Bersihkan Ikan pari,potong dan ketepikan.
  • Panaskan minyak canola dan tumiskan bawang merah,bawang putih ,daun kari dan halia hingga naik baunya.
  • Masukkan cili kering kisar dan goreng sebentar hingga cili masak.
  • Rempah kari ikan di campurkan dengan 1cawan air dan di jadikan pes.
  • Tambahkan rempah kari ikan dan tumiskan lagi hingga rempah naik baunya dan masak.Guna api sederhana.
  • Tambahkan santan pekat dan air secukupnya untuk di jadikan kuah kari.
  • Bila kuah mendidih,masukan kepingan ikan pari.
  • Biarkan ia mendidih sekali lagi dan tambahkan air asam jawa,gula serta garam secukupnya.
  • Bila kuah kelihatan sedikit pekat,bolehlah di angkat.
  • Kari Ikan pari ini boleh juga di tambah sayuran bendi ke dalamnya jika suka.