style="text-align: center"

Ahad, 31 Mei 2015

COKLAT BROWNIES CHEESE CAKE

As-Salam buat semua...
Semalam saya buat Coklat brownies cheese cake ni sempena hari jadi saya yang jatuh pada hari ini.Usia yang semakin meningkat makin menginsafkan saya..merenung kembali masa yang telah di tinggalkan makin membuat saya lebih bersyukur.Tahun ini banyak doa-doa saya yang telah di makbulkan oleh Allah..dan saya bersyukur di atas segala pemberianNYA.
Kebetulannya saya bercuti sehari nak gi jemputan kenduri kahwin masa cuti sekolah ni.Di Kota Bharu,musim cuti sekolah jalanraya pun boleh sesak dengan kenderaan akibat kenduri sana-sini.Menu seminggu ni asyik makan kenduri sajalah...Let's try baking.

COKLAT BROWNIES CHEESE CAKE.
Sumber:Aneka resepi kek/FB..Thanks

Bahan-bahan
250 gm butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula kastor saya letak 1 1/4 cawan
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 175'c.Alas loyang dengan baking paper.Lebihkan kertas di tepi loyang supaya mudah di keluarkan nanti.
  • Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder.
  • Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau.
  • Kacau gula dan telur dengan whisk,masukkan ke dalam adunan butter dan koko dan kacau sebati.
  • Masukkan susu cair dan kacau lagi.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil di kacau sebati.
  • Akhir sekali masukkan esen vanila dan kacau sebati.
  • Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan,tinggalkan sedikit adunan coklat untuk membuat corak marble di atas lapisan cheese nanti.
  • Bakar selama 25 minit dengan api bawah.Masa membakar bergantung pada oven masing-masing.

Bahan lapisan cheese
250 gm cream cheese
1 cawan gula kastor   saya guna 3/4 cawan
1 biji telur

Cara membuatnya
  • Selepas 25 minit,keluarkan brownies dari oven.Pastikan bahagian atas sudah keras sedikit.
  • Tekan sedikit supaya brownies rata.Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
  • Paipkan lebihan adunan coklat tadi ke atas lapisan cheese dan buat corak ikut kreativiti masing-masing.
  • Masukkan semula ke dalam oven dan bakar selama 15 minit lagi atau sehingga cheese  masak bergantung pada oven masing-masing.
  • Biarkan kek sejuk dahulu sebelum di potong
                      

Khamis, 28 Mei 2015

AYAM KUNG PAO

As-Salam buat semua..
Ayam Kung Pao selalu saja saya buat kerana Azim amat sukakannya.Biasanya saya buat pada hujung minggu kerana dia akan makan nasi berulang-ulang kali.Macam mana nak kurus,dok bam-bam lagi sampai sekarang,asyik makan sedap saja..Let's try masak.

AYAM KUNG PAO
Sumber:dapur ibundo thanks

Bahan-bahan
3 ketul dada ayam
3 sudu besar roasted peanut  saya guna badam
8 biji cili kering-di potong
3 sudu besar minyak masak
5 keping hirisan halia
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun bawang

Untuk perapan
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar kicap
1 sudu kecil minyak bijan

Untuk sos
1 1/2 sudu kecil kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil gula

1/4 sudu kecil  cuka
2 sudu besar air
1 sudu kecil tepung jagung



Cara membuatnya
  • Hiris ayam potongan kiub atau memanjang.Cuci dan toskan kering.
  • Perap dengan bahan perapan selam 30 minit.
  • Campurkan bahan sos dalam mangkuk dan ketepikan.
  • Panaskan kuali dan panaskan minyak(saya guna canola).Goreng ayam 70 peratus  masak.Angkat dan ketepikan.
  • Gunakan kuali lain,panaskan 2 sudu besar minyak.Masukkan halia dan bawang putih kemudian cili kering.
  • Masak hingga beraroma wangi.Masukkan ayam.
  • Masukkan kacang panggang.Kacau rata dan bahan sos.
  • Akhir sekali masukkan daun bawang.

Rabu, 27 Mei 2015

GOLDEN SPONGE CAKE

As-Salam buat semua..
Baru saja selesai memasak untuk hidangan tengahari kerana hari ini saya masuk bertugas pada jam 1400,jadi kena masak awal pagi.Boleh rehat sikit sebelum masuk waktu bertugas,kat mana lagi kalau bukan menulis blog..Aku masih di sini...kuat berangan! banyak sangat baca novel.Kek yang saya buat di atas teksturnya gebu sahaja.Let's try baking.

GOLDEN SPONGE CAKE
Sumber:Dapur Tanpa Sempadan...Thanks

Bahan A
50 gm mentega
50 gm tepung kek
3 kuning telur
55 gm  susu segar
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan B
3 putih telur
50 gm gula kastor
6 gm tepung jagung

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 170'c.Sediakan loyang 6.3 atau 7 inci yang bahagian bawahnya boleh di tanggalkan(loose pan).Tidak perlu di sapu dengan mentega.(saya guna loyang biasa)
  • Dalam periuk kecil,cairkan mentega hingga mendidih.Matikan api,kemudian masukkan tepung kek.Kacau pantas hingga sebati.
  • Tuang susu dan kacau dengan whisk hingga sebati.
  • Masukkan kuning telur dan esen vanila.Kacau sebati dan ketepikan.
  • Gaul tepung jagung dan gula kastor hinga rata.Putar putih telur hingga berbuih.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung dan gula kastor sedikit demi sedikit hingga habis.
  • Putar putih telur hingga kental.Ketepikan.
  • Ceduk 1/3 bahagian putih telur dengan spatula dan gaulkan dengan adunan kuning telur,gunakan kaedah kaup-balik hingga sebati.
  • Tuangkan ke dalam loyang.Bakar selama 25 minit pada suhu 140'c,kemudian naikkan suhu pada 170'c dan bakar lagi selama 25 minit atau hingga masak.
  • Kemudian keluarkan kek,dan terbalikkan atas redai,biar kek sejuk sepenuhnya dalam keadaan terbalik sebelum anda keluarkan dari tin.Potong dan boleh hidangkan..

Isnin, 25 Mei 2015

CUCUR MAGGI

As-Salam buat semua..
Selalu saja masak maggi macam -macam cara.The most popular tentulah maggi goreng yang paling saya suka makan semasa waktu senggang ketika bertugas malam.Kali ini saya try buat cucur pula.Rangup juga cucur maggi ni di cicah pula dengan sos cili. Resepi pula dah terlupa ambil kat mana.Habis di makan oleh budak-budak tiga orang tu..Let's try masak..

CUCUR MAGGI
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 bungkus maggi
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
parutan karot
daging cincang 
daun ketumbar-hiris halus
bawang besar-potong kiub
perencah maggi pilihan
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
  • Didihkan air dan celur maggi kemudian toskan.
  • Potong maggi biar pendek sedikit.
  • Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali air.
  • Kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit .
  • Panaskan minyak untuk menggoreng terendam.
  • Ambil sesudu adunan dan goreng sehingga perang.Buat hingga habis.Toskan minyak.
  • Hidang bersama sos cili pilihan.

Sabtu, 23 Mei 2015

KERABU TELUR MASIN

As-Salam buat semua..
Kali pertama cuba buat Kerabu telur ni terus saja rasanya memikat selera.Best la makan dengan nasi.Lagipun telur masin ni saya buat sendiri jadi rasanya tidaklah masin sangat seperti telur masin yang di beli.Jom tengok resepi.

Bahan-bahan
2-3 biji telur masin-di rebus
1 biji bawang merah besar
3 biji cili padi-potong halus/ikut kepedasan
2 batang serai-hiris halus
1 batang bunga kantan-hiris halus
3 biji limau kasturi-ambil jus
1 tangkai daun ketumbar
gula

saya tambah
1 biji tomato hijau
1 biji tomato merah
1 biji lada hijau besar
sos ikan

Cara membuatnya
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar.
  • Tambahkan jus limau kasturi,gula dan sos ikan.Gaul sebati.
  • Telur masin di belah empat dan campurkan ke dalam bahan kerabu tadi.(saya tidak melenyek telur seperti dalam resepi)
  • Gaul rata bersama bahan-bahan lain.
  • Akhir sekali taburkan daun ketumbar/daun pudina.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Jumaat, 22 Mei 2015

Selasa, 19 Mei 2015

ORANGE CHOCOLATE CHIP CUPCAKE
























As-Salam buat semua..
Sekarang ni masa nak hilangkan stress,tulis resepi dan tengok gambar kek boleh juga tenangkan jiwa!..selalu saja sekarang ni saya pulang lewat selepas habis masa bertugas kerana menunggu anak-anak pulang dari sekolah,rasa stress jugak sebab panas dan letih..kalau pulang ke rumah dulu malas pula nak keluar lagi akhirnya saya duduk saja di hospital.
Satu lagi kalau nak hilangkan stress tu,masa balik saya pandu kereta laju-laju tapi bukan macam dalam movie fast'n'furios tu!.why jadi begini,entahlah!.
Kek di atas telah di olah menjadi Kek cawan.Resepi sebenarnya adalah Orange chocolate chip pound cake.Mudah sikit nak makan.Anak-anak lebih suka kek cawan berbanding dengan kek yang di potong.Let's try baking...

ORANGE CHOCOLATE CHIP CUPCAKE
Sumber:Noor Abdul Rahim/Buku resepi.com.thanks

Bahan-bahan
3/4 cawan butter(185 gm)
1 cawan gula halus    saya guna 1/2 cawan
3 biji telur saiz besar
1 1/2 cawan tepung gandum-di ayak
3/4 cawan dairy whipping cream-suhu bilik 
1 1/2 sudu kecil orange paste
3/4 cawan chocolate chip

Cara membuatnya
  • Pukul butter hinga berkrim kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil di pukul hingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil adunan di pukul .
  • Masukkan 1/2 cawan tepung gandum dahulu sambil di gaul cara kaup-balik.
  • Masukkan setengah krim ,gaul rata.
  • Masukkan 1/2 cawan tepung gandum lagi dan di gaul rata  kemudian baki cream,di gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan orange paste dan coklat chip.Gaul rata.
  • Tuang adunan ke dalam acuan kertas kek cawan.Saya taburkan coklat urai di aatsnya sebagai hiasan.
  • Bakar di dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 170'c sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.

Isnin, 18 Mei 2015

SPAGHETTI SOS CENDAWAN

As-Salam buat semua..
Makanan ruji selain dari nasi,saya suka makan pasta.One of my favourite dishes.Pelbagai resepi pasta dah saya cuba dan semuanya sedap-sedap belaka.Sebab tu susah nak slim,asyik makan saja!Tambahan pula umur makan antik ni,Basal Metabolic Rate(BMR)pun  semakin rendah.Alasan kan..cakapla suka makan...

SPAGHETTI SOS CENDAWAN
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 bungkus  spaghetti
250 gm daging cincang
1/2 tin sos cendawan prego
2 sudu besar sos tomato
1 tin cendawan butang -potong nipis
2 biji tomato-buang isi dan potong dadu
2 biji bawang besar-potong dadu
2 ulas bawang putih-cincang
1 kiub pati daging
beberapa tangkai daun ketumbar-hiris halus 
serbuk lada hitam
minyakcanola
garam/gula secukup rasa

Cara membuatnya
  • Didihkan air di dalam periuk.Masukkan garam dan sedikit minyak canola.
  • Bila air mendidih,masukkan spaghetti dan rebus hingga masak.Toskan airnya dan ketepikan.Simpan air rebusan.
  • Panaskan minyak  canola dan tumis bawang besar ,bawang putih.Tambahkan tomato dadu sedikit garam dan serbuk lada hitam semasa menumis.
  • Masukkan daging cincang dan masak hingga daging berubah warnanya.
  • Masukkan sos cendawan prego,sos tomato.kacau sebentar dan tambah air rebusan spaghetti secukupnya untuk kuah.
  • Masukkan kiub pati daging dan cendawan hiris.Kacau sebati.
  • Masak hingga kuah kelihatan sedikit pekat dan akhir sekali masukkan daun ketumbar.
  • Tambah garam dan gula secukup rasa.
  • Curahkan sos di atas spaghetti dan hidangkan.

BEST BANANA MUFFIN

As-Salam buat semua...
Esok pagi sekolah anak-anak buat majlis sambutan hari guru.Sibuklah Azim tu minta saya buatkan kek coklat kecil nak bawa ke sekolah.Projek baking mula jam 2200 tak siap-siap lagi.  Macam tahun lepas sibuk nak beli hadiah.Dah naik sekolah menengah ni tak mahu bawa hadiah lagi nak bagi kat cikgu,tapi dia nak bagi kek pula.Sementara tunggu kek masak ,saya rehatkan minda depan PC kejap post resepi yang dah lama ada dalam draf.Let's try baking...

BEST BANANA MUFFIN
Sumber:INTAI DAPUR  thanks

Bahan-bahan
3/4 biji pisang saiz besar
1/2 cawan gula halus
1 biji telur-di pukul sedikit
1/3 cawan mentega/marjerin cair/minyak masak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
1/2 suud teh garam

Cara membuatnya
  • Satukan pisang yang telah di lecek bersama gula,mentega cair dan telur.Ketepikan.
  • Dalam bekas yang lain satukan tepung gandum,soda bikarbonat,baking powder dan garam.
  • Ayakkan bahan ini bersama.
  • Kemudian satukan bahan basah tadi ke dalam bahan kering.
  • Masukkan ke dalam loyang muffin(saya guna acuan cupcake) dan bakar pada suhu 175 'c selama 20 minit bergantung pada oven masing-masing.

Rabu, 13 Mei 2015

TERUNG GORENG CILI

As-Salam buat semua..
Let's try masak sayur terung pula.Selalunya saya suka makan terung yang di celur sahaja,rasanya manis di ratah begitu sahaja.Bab makan sayur terung,saya bukan tipikal Kelantan,cicah terung celur dengan budu.Kali ini try masak terung cara goreng pula.Best juga makan dengan Ikan goreng dan Nasi putih buat hidangan tengahari.

TERUNG GORENG CILI
Olahn:daridapursuzana

Bahan-bahan
2 batang terung
1 biji bawang besar-belah dua

bahan kisar
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih

1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil jus limau nipis
garam dan gula perang secukup rasa

Cara membuatnya
  • Terung di potong dan di goreng sekejap.Toskan.
  • Tumis bawang besar hingga layu.Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing.
  • Masukkan sos tiram,jus limau nipis,garam dan gula perang secukup rasa.
  • Tuang bahan tumis di atas terung goreng tadi.
  • Sedia di hidangkan.

Selasa, 12 Mei 2015

SPICY ONION RING WITH SOS AIOLI





















As-Salam buat semua..
Bawang besar yang di jadikan kudapan goreng ini manis rasanya dan juga rangup.Di cicah pula dengan sos lagi bertambah sedap.Kebanyakkan orang tak suka makan bawang tapi saya suka ia dibuat sebagai hidangan sampingan.Bawang besar atau Bawang Bombay di antaranya berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan jantung,mempercepatkan edaran darah,mencegah osteoporesis,kanser dan asthma,mengawal gula dalam darah dan lain-lain lagi..
Mari baca resepi Spicy Onion Ring yang best ini...

SPICY ONION RING WITH SOS AIOLI
Sumber:Chef Kamarul/Majalah Saji April 2015.

Bahan-bahan
2 labu bawang besar
1 cawan susu UHT
6 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kcil serbuk cili
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
garam secukup rasa
minyak masak

Cara membuatnya
  • Rendamkan bawang besar yang di potong ring bersama susu UHT selama 5-10 minit.
  • Kemudain keluarkan bawang dan asingkan susu tersebut.
  • Campurkan bahan-bahan kering iaitu tepung gandum,tepung beras,tepung jagung,serbuk cili ,lada putih, dan garam di dalam mangkuk.Gaul rata.
  • Tuangkan susu tadi dan kacau perlahan-lahan sehingga menjadi adunan yang lembut.
  • Jangan terlalu pekat dan tidak semestinya habiskan susu tersebut.
  • Panaskan minyak,celupkan bawang ke dalam adunan dan goreng hingga kuning keemasan.
  • Kemudian angkat bawang yang telah di goreng dan tuskan minyaknya.

Bahan Sos Aioli

3 ulas bawang putih
4 susu besar mayonis
1 sudu kecil sos mustard   tak letak
1/2 sudu kecil lada hitam
garam dan lada putih secukup rasa

Satukan bawang putih,mayonis,sos mustard,lada hitam,lada putih,dan garam di dalam bekas.
Gaul rata dan hidangkan bersama bawang yang di goreng tadi.

Isnin, 11 Mei 2015

HADIAH HARIJADI AZIM..

As-Salam buat semua..
Tahun ini Azim tak nak apa-apa barang pun untuk hadiah harijadinya cuma dia minta nak gi I-City Selangor sahaja.Dah kebetulan ada di Kuala Lumpur minggu lepas ,kami pun membawanya ke I-City  yang terletak di kawasan Lembah Kelang,Selangor.Dari Sri Gombak tempat kami tinggal ia mengambil masa lebih kurang 1 jam melalui Lebuh Raya Persekutuan.

Kali terakhir kami pergi ke I-City kira-kira 4 tahun lepas(2011).Banyak perubahan yang telah di buat di kawasan-kawasan tertentu dan ada banyak permainan yang baru.Pokok-pokok Alphine sintetik yang berwarna -warni semakin banyak dan amat cantik sekali pada waktu malam.Ada juga air pancut berirama,Dancing Water namanya yang boleh bertukar warna dan ketinggian pancutan mengikut rentak muzik  rancak.
Tak sempat nak round tempat-tempat lain di kawasan Fun World seperti Fun Drive di mana anak-anak boleh memandu sendiri kereta,Itsy Bitsy sebuah taman ajaib berkonsepkan semut.Jungle Adventure,taman tema yang ada Bumper car dan ilustrasi binatang.Kat sini orang dewasa pun boleh main Bumper car.Boleh main langgar -langgar orang.
Kami hanya sempat round City of Digital lights sahaja(kawasan pokok-pokok berlampu)dan saya pun dah hilang mood kerana terlampau letih.Snow world pun tak sempat masuk.Layan lah juga Azim naik keretapi yang kat atas tu,main Rocking Chaise Car dan mainan pusing kat bawah ni.Saya phobia la dengan benda-benda macam ni!
Hujan yang turun tiba-tiba membawa kami lari keluar ke kereta.Apapun dah tak boleh main dan tengok apa-apa lagi.Nanti lain  kalau ada kesempatan,saya nak gi Trick Art Museum,Wax Museum,Giant Ferris wheel dan banyak lagi.Kena tebalkan poket dulu sebab semuanya berbayar..


                                Bye-bye sampai jumpa lagi...

Khamis, 7 Mei 2015

CEKODOK PISANG GEBU

As-Salam buat semua..
Saya try buat cekodok atau di Kelantan di panggil Jemput-jemput pisang dengan menggunakan ibu jemput-jemput resepi dari  Kak Noor.Memang gebu cekodok ni dan ia tidak berminyak sangat.

CEKODOK PISANG GEBU
Sumber:Bicara Kak Noor Thanks.

Bahan ibu jemput-jemput
beberapa biji pisang ranum
3/4 cawan brown sugar
1 sudu teh ground cinnamon
secubit garam
*sukatan ni untuk 2 cawan ibu jemput-jemput.

Cara membuatnya
  • Lecek pisang hingga hancur dan campurkan dengan bahan-bahan lain.
  • Simpan beberapa jam dalam peti sejuk supaya gula benar-benar cair.
Cara membuat cekodok
2 cawan ibu jemput-jemput
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar soda bikarbonat

  • Ayakkan soda bikarbonat ke dalam tepung gandum dan gaul rata.
  • Kemudian masukkan ibu jemput-jemput dan gaul sampai sebati.Adunan agak pekat dan kental.
  • Panaskan minyak dan goreng  cekodok dalam minyak yang sederhana panas sambil di balik-balikkan supaya ia masak rata.
  • Toskan minyaknya dan bolehlah di hidangkan.

Rabu, 6 Mei 2015

UDANG GORENG TOM YAM

 As-Salam buat semua..
Today...hari masuk dapur sebab dah lama tak masak.Sebelah pagi saya habiskan masa dengan buat Brownies untuk kakak,Kek gula hangus untuk my bodyguard dan masak udang untuk abang Amzar.
Here is the recipe..

UDANG GORENG TOM YAM
Sumber:Majalah Saji April 2015

Bahan-bahan
400 gm udang -dibersihkan
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar tepung beras

2 ulas bawang putih-cincang
5 tangkai cili padi-ketuk
1 tangkai cili merah-hiris
1 batang serai-hiris
3 cm lengkuas-ketuk
1/2 labu bawang besar-potong kasar
2 sudu besar pes tom yam
4 sudu besar sos cili thai
1/2 sudu kecil sos ikan
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk pati ayam
5 sudu besar air
1 sudu besar jus limau nipis
4 tangkai daun ketumbar-potong 2 cm.
 Cara membuatnya
  • Gaul udang dengan garam dan tepung beras.
  • Goreng garing selama 4 minit.Ketepikan
  • Panaskan minyak,tumis bawang putih,bawang besar,cili padi,cili merah,serai dan lengkuas.Kacau sebentar.
  • Masukkan sos,pes tom yam dan air.Didihkan sebentar hingga agak kering.
  • Masukkan udang,kacau hingga bergaul rata.
  • Masukkan jus limau,sos ikan,serbuk pati ayam dan gula.Gaul sebati.
  • Akhir sekali,masukkan daun ketumbar.Angkat dan hidangkan.

Isnin, 4 Mei 2015

SLOPPY JOE'S

 As-Salam buat semua..
Hari ini nak share satu resepi mudah dan ringkas sahaja.Boleh makan pada waktu pagi dan juga petang.Saya buat untuk bawa bekal ke tempat bertugas.Kalau time bertugas saya suka makan yang ringkas-ringkas sahaja buat alas perut sekadarnya.Let's try masak..

SLOPPY JOE'S
Sumber:Majalah keluarga Feb.2013

Bahan-bahan
400 gm daging kisar
1 tangkai daun saleri-potong kecil
1 labu bawang besar-hiris nipis
200 gm sos tomato
50 gm tomato puri
50 gm sos barbeku
garam 
serbuk lada hitam
1 sudu besar gula perang
1 sudu teh pes cili
1 sudu besar cuka
sedikit mentega

Cara membuatnya
  • Panaskan mentega,masukkan daun saleri dikuti dengan bawang besar.Tumis hingga wangi.
  • Masukkan daging dan kacau hingga daging bertukar warna.
  • Masukkan semua sos dan pes cili,cuka ,garam,gula perang dan serbuk lada hitam.Gaul rata.
  • Kemudian tambahkan sedikit air jika perlu dan biar mendidih sepenuhnya.
  • Sedap di makan bersama roti.

Ahad, 3 Mei 2015

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2015

As-Salam buat semua..
Coretan kenangan...Pesta buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung sekarang dari 24 April hingga 3  Mei 2015 hari ini,di PWTC.Saya peminat setia buku begitu juga anak-anak jadi kebetulan dah singgah kat KL,kami tidak melepaskan peluang ini untuk pergi.
Bagi peminat buku macam saya memang best la berada kat sini lama-lama.Tak juga habis round sampai tingkat 4 sebab Azim dah penat.Nevertheless...puashati jugalah dapat round sampai tingkat tiga sahaja.

Banyak juga buku-buku yang kena 'culik' oleh kami seperti buku latihan sekolah PT3 untuk Azim dan buku-buku novel karya Ramlee Awang Murshid.Saya mula membaca karya Ramlee ketika saya masih belajar lagi dan sekarang satu-satunya anak perempuan saya juga meminati karya Ramlee(walaupun saya tak pernah beritahunya).Novel terbarunya-Bagaikan puteri di nobatkan sebagai pemenang anugerah sastera Negeri Sabah.Sambutan dari peminatnya menyebabkan beliau menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi-Bagaikan puteri,Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta,semuanya di borong oleh kakak Afiqah.Untungnya kerana saya juga boleh tumpang baca!.
Buku lain yang dibeli ialah,novel Sains fiksyen best selling karya Veronica Roth- Divergent,Insurgent,Allegiant and Four-A Divergent Collection.Yang ni nak tumpang baca bila free nanti.,buku cerita kanak-kanak dan buku-buku resepi masakan untuk saya.
Dan yang paling suka sekali bila terjumpa buku terlaris di PBKL 2014-Diagnosis karya para doktor pakar.Dah puas saya cari buku ni ni Kota Bharu tapi tak jumpa atau sememangnya tak ada.Kecewa juga bila buku Diagnosis 2 dah habis.Kalau tak kerana azim penat, saya memang nak cari sampai jumpa.Ada diskaun dan juga harga istimewa untuk buku-buku terpilih.

Buku yang best juga di beli pada hari itu ialah buku novel karya Hlovet,seorang yang tiada basic dalam penulisan tetapi boleh menulis cerita yang lebih kepada real kehidupan dan bukan jiwang-jiwang.Best kata-kata dari Hlovet ini...
"aku tak pandai melukis,jadi aku tak boleh draw n paint perasaan aku.
aku tak pandai menyanyi,jadi aku tak boleh lagukan hati aku,
aku tak ada art n skill,maka aku tak boleh nak shout out buat graffiti kat mana-mana dinding.
..dan sebenarnya aku tak pandai pun menulis,aku tau throw out n spill je".
Ni semua buku-buku yang telah sempat di beli(sebenarnya nak beli banyak lagi tapi kesian kat'bank bergerak'..)