style="text-align: center"

Selasa, 29 September 2015

SOTONG GORENG NESTUM

As-Salam buat semua...
Sotong ni dibuat hidangan makan tengahari untuk Abang Amzar yang suka sangat makan sotong.Biasanya kalau saya masak sotong hanya dia sorang saja yang makan.Kali ini dia request nak makan sotong yang di goreng rangup.Cari-cari resepi jumpa pula dengan Sotong goreng nestum ni.Sedap juga.Let's try masak

SOTONG GORENG NESTUM

Bahan-bahan
250 gm sotong-di potong panjang
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk kari
*gaulkan bersama sotong

50 gm mentega
1 tangkai daun kari
1 kiub pati ayam
1 sudu besar gula perang 
3 biji cili padi/cili merah-potong nipis
1/2 cawan nestum

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan goreng sotong yang telah di salut tepung tadi.
  • Angkat dan toskan.Ketepikan.
  • Cairkan mentega dan goreng pula daun kari biar sedikit garing,masukkan nestum,kiub pati ayam dan daun kari .
  • Masukkan cili merah dan gula perang.
  • Akhir sekali masukkan sotong goreng tadi dan gaul rata.
  • Angkat dan hidangkan.

Ahad, 27 September 2015

CONGO BAR CHOCOLATE

As-Salam buat semua..
Saya cuba buat Congo Bar coklat ini buat pertama kalinya padahal Congo Bar yang biasa pun saya masih belum cuba buat.Buat versi coklat terus sebab anak-anak sukakan coklat.Tekstur Congo Bar biasanya tak lembut sangat seperti kek dan tak keras rangup seperti cookies tapi ia duduk di tengah-tengah.
Resepi yang saya tengok di Google semuanya manis yang amat jadi untuk versi sendiri saya kurangkan sukatan gulanya itu.Bagi yang belum pernah buat Congo Bar,adunannya agak keras dan berat untuk di adun/gaul tapi jangan risau ia akan menjadi Congo Bar yang sedap!.Let's try baking..

CONGO BAR CHOCOLATE
Sumber:norlieharumaini.blogspot thanks

Bahan-bahan
280 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
250 gm mentega-di cairkan/1 cawan minyak
300 gm gula kastor-  saya kurangkan ikut sukatan sendiri
3 biji telur B
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan coklat cip-jika suka
1 cawan kekacang pilihan-walnut cincang,almond nibs

Untuk taburan atas
coklat cip
kepingan badam

Cara membuatnya
  • Pukul telur dengan gula kastor hingga sebati  sahaja.Masukkan esen vanila.
  • Masukkan tepung gandum yang telah di campurkan dengan serbuk koko dan baking powder dengan cara kaup-balik adunan dengan spatula.
  • Masukkan mentega cair/minyak dan gaul sebati.
  • Masukkan coklat cip jika suka dan kekacang pilihan.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  • Taburkan coklat cip dan kepingan badam(saya guna almond nibs)
  • Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit atau mengikut jenis oven masing-masing.

PHOTO OF THE WEEK

Memori pertemuan ini...8 mac 2015.
Lokasi:Pantai Teluk Sisek,Kuantan

Sabtu, 26 September 2015

MEE BERKUAH STEAMBOAT


As-Salam buat semua..
Sambut Aidil Adha kat Kuantan-Kuala Lumpur tahun ni di rumah kakak dan abang dan jumpa Kakak Afiqah yang tak pulang bercuti.Nampaknya tahun ni beraya kat atas kereta sahajalah.Walaupun penat sedikit(macamlah saya yang memandu!) tapi bahagia juga dapat jumpa orang-orang yang masih dekat di hati kita!..dan yang penting ..saya dapat tengok awan dan hutan menghijau!. 

Saya postkan satu lagi resepi kesukaan saya iaitu Mee Hoon berkuah steamboat.Bahan-bahan untuk steamboat boleh di gunakan pelbagai jenis seafood yang dalam paket siap di jual di pasaraya.
Let's try masak..

Bahan-bahan
1 paket meehoon/mee kuning/kuay teow -celur dan toskan
pelbagai jenis seafood -crabstick,bebola ikan,bebola sotong etc.
1 cawan isi ayam
1 cawan udang
6 tangkai cendawan tiram -di siat kecil

Bahan tumis
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
*kisar bersama

4 sudu besar cili kering kisar 
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 kiub pati ayam 
2 biji telur
sayur kubis
minyak canola untuk menumis
garam/gula secukup rasa 

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang kisar hingga naik baunya.
  • Masukkan cili kering kisar dan masak lagi hingga cili masak.
  • Kemudian masukkan sos cili,sos tomato dan sos tiram
  • Tambahkan air secukupnya untuk kuah.
  • Masukkan isi ayam dan telur yang telah di pukul, sedikit.Tambahkan kiub pati ayam.
  • Bila kuah mendidih,masukkan udang,cendawan,pelbagai jenis seafood pilihan.Biarkan sehejap.
  • Tambahkan sayur kubis dan biarkan kuah mendidih.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
  • Hidangkan bersama mee pilihan.

Rabu, 23 September 2015

TART NENAS GEBU

As-Salam buat semua..
Sehari sebelum Aidil Adha esok....hari ini saya tidak bertugas, bersambung dengan cuti kelepasan am sehingga Ahad ini.Tahun ini kami menyambut Aidil Adha di Kuantan tanpa kakak Afiqah.Lagipun..di kelantan,empat  orang yang paling istimewa dalam hidup sudah tiada lagi ..yang tinggal hanyalah kenangan mengusik jiwa..
Tart Nenas gebu di atas sungguh padan dengan namanya ..ia gebu dan cair saja dalam mulut!.siapa yang minat makan tart nenas jenis gebu boleh cuba buat resepi ini.Let's try baking. 

TART NENAS GEBU
Sumber:Dari dapur Ummu.thanks

Bahan-bahan
250 gm mentega
2 sudu besar gula kastor
2 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3  1/4 cawan tepung gandum

jem nenas secukupnya-di gentel bulat kecil

Hiasan
1 biji kuning telur
1 titik pewarna kuing
1 sudu air
*bancuh ketiga-tiga bahan ini hingga sebati 

Cara membuatnya
  • Ayak ketiga-tiga tepung bersama.
  • Pukul mentega dan gula hingga putih/creamy.
  • Masukkan minyak sapi,kuning telur dan garam.Pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga jadi doh.
  • Perap sebentar supaya doh mesra dalam 15-20 minit.
  • Gunakan acuan tart nenas/semperit untuk buat tart gulung,letak inti jem nenas dan gulung kemas.Buat hingga habis doh.
  • Susun di atas tray pembakar dan sapu kuning telur
  • Bakar pada suhu 175'c -180'c selama 25 minit bergantung pada jenis oven masing-masing.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Sabtu, 19 September 2015

PUDING KIWI KOKTEL

As-Salam buat semua..
Pagi-pagi dah tulis blog sebab hari ini banyak aktiviti nak buat.Jadi kalau tak mulakan hari dengan blog ini maknanya tak sentuh key board lah sampai ke malam.Biasalah tu kan kalau hari tak bertugas, sekejap lagi nak masuk dapur(Azim dah request Ikan Siakap kukus),petang nanti nak attend kenduri kahwin,lepas tu kawan ajak gi Festival Hijab dan malam nanti pulak nak pergi menziarah anak saudara dapat baby baru.Padat  betul aturcara hari ini.
Ok lah sekarang saya nak postkan resepi puding kesukaan saya,selalu saja di buat bila ada majlis makan-makan.Let's try masak.

PUDING KIWI KOKTEL
Olahan:daridapur suzana

Bahan-bahan
1 paket serbuk agar-agar Nona(8 gm)
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis/ikut manis sendiri
1 tin buah koktel-toskan jusnya
1 biji kiwi zespri gold-hijau  
1 biji kiwi zespri gold-kuning
1 biji telur
1 sudu besar jus oren sunquick
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh esen vanila 
700 ml air
sedikit garam
gula jika perlu

Cara membuatnya
  • Masukkan serbuk agar-agar,susu cair(200 ml),air,susu pekat manis 1/2 tin(atau ikut manis sendiri),telur yang di pukul sedikit,1 sudu besar tepung jagung  dan sedikit garam.Jumlah larutan adalah 900ml utk 8 gm serbuk agar-agar.
  • Kacau di atas api sederhana sehingga semua bahan larut.
  • Bila mendidih,padamkan api.Masukkan 1 sudu teh esen vanila dan sejukkan sebentar.
  • Potong kiwi warna hijau bentuk kiub dan ambil separuh,letakkan di dasar acuan pilihan.
  • Masukkan adunan agar-agar ke dalam acuan dan sejukkan .
Buat kuah puding
  • Masukkan baki susu cair,baki susu pekat manis(boleh tambah susu pekat atau gula mengikut manis yang di inginkan),air secukupnya dan 1 sudu besar tepung jagung atau ikut kepekatan kuah yang kita inginkan.
  • Tambahkan sedikit garam dan kacau di atas api sederhana hingga mendidih sebentar.Masukkan1 sudu besar jus oren sunquick dan 1 sudu teh esen vanila.Padamkan api.
  • Masukkan buah koktel dan kacau rata.Sejukkan.
Bila puding telah mengeras,keluarkan dari acuan.
Potong kiub kiwi zespri kuning dan ambil sebahagian lagi kiwi zespri hijau dan masukkan ke dalam bekas puding.
Curahkan kuah koktel di atas puding.
Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

Jumaat, 18 September 2015

SZECHUAN CHICKEN

As-Salam buat semua...
Sekarang ni masa untuk menulis blog dah berkurangan kerana saya telah bertukar masa bertugas yang membuatkan seharian saya berada di hospital.Kalau dalam seminggu tu mungkin dalam 2-3 kali sahaja dapat menulis di sini.Apapun saya happy jugak sebab saya masih berada di sini dan tidak tinggalkan lansung ruangan ini.Meet my perfect time and perfect moment here..
Masakan ayam ini adalah salah satu lauk kesukaan Azim.Kalau hari tidak bertugas siap order macam -macam menu sedap.Sekarang ni dia kena tunggu hujung minggu baru saya dapat masak menu sedapnya...Let's try masak.

SZECHUAN CHICKEN
Sumber:Joha Hassan.thanks

Bahan-bahan
2 keping paha ayam tanpa tulang-di potong ketul-ketul
3 sudu besar tepung beras
1 inci halia - hiris nipis
2 ulas bawang putih -hiris nipis
1 biji bawang besar-potong dadu kecil
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa
1 biji capsicum-potong dadu
2 kuntum bunga lawang 
7 biji cili kering-potong kasar
minyak masak untuk menumis
3 sudu besar kacang gajus-goreng
daun bawang hiris-hiasan
bawang merah goreng

Cara membuatnya
Gaulkan ayam dengan garam,lada hitam dan serbuk jintan putih bersama tepung.
Perap selama 1/2 jam.

  • Panaskan minyak dalam kuali,letakkan bawang besar,halia,bawang putih dan cili kering.
  • Tumis hingga ia lembut dan bangkit baunya.
  • Letakkan bunga lawang,kemudian masukkan ayam yang sudah di perap.
  • Goreng kesemua bahan-bahan supaya sebati. 
  • Letakkan sos tiram,sos tomato dan kicap serta garam dan gula secukup rasa.
  • Letakkan capsicum dan gajus sedikit dan gaulkan lagi.
  • Sajikan panas-panas bersama taburan daun bawang dan gajus goreng bawang merah goreng.

Isnin, 14 September 2015

MAKARONI BAKAR BEREMPAH

As-Salam buat semua..
Hari ini saya kongsikan di sini Makaroni Bakar Berempah yang selalu di buat dan menjadi kesukaan di rumah ini.Azim yang pemilih makanan tu pun sanggup makan berkeping-keping.Kalau buat sendiri tu overlah sikit letak bahan-bahan biar rasanya melekat di hati!..Let's try baking..

MAKARONI BAKAR BEREMPAH
Olahan:daridapur suzana

Bahan-bahan
250 gm makaroni
2 labu bawang besar-potong dadu
1 labu bawang putih-cincang
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar rempah kurma
4 sudu besar cili kering kisar
1/4 cawan sos cili
1/4 cawan sos tomato
1/4 cawan sos tiram
1 paket daging kisar
1 kiub pati daging
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
7 biji telur ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 cawan bawang goreng
1 cawan hirisan daun ketumbar dan daun bawang
3 biji cili merah -potong halus
1/2 cawan minyak canola
garam/gula secukup rasa

Hiasan
hirisan daun bawang
bawang goreng di tumbuk hancur
sos cili
mayonis
hirisan lada merah
 
Cara membuatnya
  • Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.Masukkan garam dan kemudian celur makaroni hingga lembut.Toskan.Simpan sedikit air rebusan.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar serta bawang putih hingga naik baunya.
  • Bancuhkan serbuk kari daging dan serbuk kurma dengan sedikit air dan gaul bersama di jadikan pes.
  • Kemudian masukkan cili keing kisar dan tumis hingga cili masak.
  • Masukkan pes kari dan kurma dan masak lagi hingga naik minyak.
  • Masukkan daging  kisar dan gaul sebati.Tambahkan sedikit air rebusan makaroni.
  • Bila daging sudah masak,masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram dan kiub pati daging dan gaul rata.
  • Masukkan makaroni dan gaul rata.
  • Kemudian masukkan bawang goreng,hirisan daun ketumbar dan daun bawang,cili merah dan serbuk lada hitam serta garam dan gula secukup rasa.
  • Kacaukan 5 biji telur di dalam mangkuk,tambahkan serbuk lada sulah.
  • Padamkan api dan curahkan telur kedalam adunan makaroni tadi dan gaul rata.
  • Panaskan oven pada suhu 180'c dan masukkan adunan makaroni ke dalam loyang dan ratakan.
  • Bakar di dalam oven selama 15 minit dan jika menggunakan loyang kaca tahan panas,bakar secara bain marie.
  • Selepas 15 minit keluarkan makaroni tadi dan kacaukan  2 biji telur lagi dan siram rata-rata di atas makaroni.
  • Bakar semula hinga masak-permukaan atas makaroni kelihatan perang.
  • Sejukkan makaroni sebentar kemudian bolehlah di taburkan bahan hisan dan paipkan sos cili dan mayonis di atasnya.
  • Sejukkan sepenuhnya agar tidak berderai semasa di potong.

Rabu, 9 September 2015

PUDING TRIFFLE


As-Salam buat semua..
Hari ni makan Triffle pulak kita ..yang sempat saya buat semalam.Oleh kerana dah lewat petang baru siap,saya biarkan dulu dalam peti sejuk.Sedap di makan time sejuk-sejuk,kurang stress dek kepanasan cuaca.Let's try buat..

PUDING TRIFFLE
Sumber:linapg.blogspot.com Thanks

Bahan A(lapisan kek)
swiss roll secukupnya
air dari jus koktel

Cara
  • Swiss roll di potong setebal 1 cm.Susunkan di dasar bekas sesuai.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar bekas.Tekan sikit supaya padat.
  • Siram/renjiskan dengan jus koktel ke atas kek supaya lapisan kek menjadi moist.Ketepikan.
Bahan B
1 cawan rata tepung kastard
1/2 cawan gula   saya guna 1/4 cawan
1 tin susu cair
1 tin air(sukat guna tin susu cair)
1 tin buahan koktel(asingkan jusnya)

Cara
  • Satukan kesemua bahan,kacau hingga kastard sebati dan gula hancur.
  • Kemudian masak di atas api yang kecil hingga pekat dan kastard akan meletup-letup kecil.Tutup api.
  • Curahkan adunan kastard ke atas lapisan kek.
  • Susun buah koktel di atas adunan kastard sambil di tekan sedikit supaya buah tidak terapung.
  • Sejukkan sebentar.
Bahan C
1 paket kristal jelly/perisa pilihan

Cara
  • Tuangkan serbuk kristal jelly ke dalam periuk kecil.
  • Masukkan air ikut arahan di kotak.Kacau hingga larut.
  • Curahkan ke atas lapisan kastard.Tuang dengan perlahan-lahan supaya lapisan kastard dan jelly tidak bercampur.
  • Sejukkan sebentar sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk. 
*saya letakkan sedikit lagi buah koktel di atas permukaan jelly.

Selasa, 8 September 2015

CUCUR SAYUR RANGUP

As-Salam buat semua..
Cucur yang garing di luar dan lembut di dalamnya yang penuh dengan sayur.Makan petang -petang dengan secawan Nescafe sambil menonton TV,tak sedar sekejap dah habis.Kalau nak makan sayur begitu sahaja susah sikit la tetamu dapur saya ni tapi kalau di olah buat cucur makan pula..Let's try masak.

CUCUR SAYUR RANGUP

Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk ikan bilis/optional
1 sudu besar minyak masak
1 biji telur ayam
*semua bahan di gaul rata

Bahan B
1 cawan sayur kubis hiris nipis
1 cawan karot hiris halus 
1 cawan daun sup/daun bawang yang di potong
1 biji cili hijau hiris halus
air secukupnya

Cara membuatnya
Masukkan bahan B ke dalam bahan A
Gaul rata supaya sebati
Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan cucur yang sesuai.
Rehatkan adunan selama 10-15 minit sebelum di goreng
Goreng cucur di dalam minyak,terpulang pada citarasa inginkan cucur yang bulat ataupun leper sahaja.
Sedap di makan bersama sos cili thai 
*boleh di tambah udang atau ikan bilis

Khamis, 3 September 2015

DURIAN CREAM LAYER CAKE

As-Salam buat semua.. 
Hari ni cuti dah habis!.hari  ke -7 saya bercuti dan bermula esok saya akan kembali bertugas seperti biasa.Sebelum tu saya entrikan kek ulang tahun yang saya buat sehari sebelum 31 Ogos lepas.Baki buah durian yang saya frozenkan masih banyak lagi.Kebetulan pula semasa BW terjumpa resepi kek ini di blog Evelyn.Try buat,best juga untuk yang minat makan durian tu.Dengan tanpa rasa bersalahnya saya telah makan beberapa keping kek ini.Bukan buat selalu pun,tahun ni saja!pujuk hati...Let's try baking.

DURIAN CREAM LAYER CAKE
Sumber: MY BAKING WORKSHOP thanks

Sponge asas
A
4 biji kuning telur
40 gm gula kastor

B
2 sudu besar susu segar
56 gm minyak jagung

C
1/2 sudu kecil esen vanila
80 gm tepung superfine-di ayak
1/2 sudu kecil baking powder

D
4 biji putih telur
80 gm gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 160'c.Sediakan loyang bersaiz 8",griskan dan alaskan dengan kertas minyak.Ketepikan.
  • Pukul bahan A hingga kembang selama 2 minit.
  • Panaskan bahan B lebih kurang 20 saat dan terus masukkan bahan A tadi,gaul guna hand whisk.
  • Kemudian masukkan bahan C,gaul lagi hingga sebati.Ketepikan.
  • Pukul bahan D hingga kembang dan pekat.
  • Ambil 1/2 adunan D,kaup-balik ke dalam adunan pertama tadi.
  • Masukan baki bahan D dan kaup-balik hingga rata dan sebati. 
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160'c selama 40-45 minit  atau hingga masak.
  • Sejukkan sepenuhnya di atas wire rack.
DURIAN CREAM FILLING
A
650 gm isi durian
1 sudu besar gula kastor 

B
1 sudu kecil gelatine
3 sudu besar air panas

C
200 ml whipping cream
1 sudu besar gula kastor

Cara membuat filling
  • Masak bahan A dalam periuk hingga mendidih sambil mengacau.Matikan api dan sejukkan.
  • Satukan bahan B,cairkan guna kaedah double boiler.Ketepikan
  • Pukul bahan C hingga kembang dan pekat.Masukkan bahan A dan pukul lagi.
  • Kemudian masukkan pula bahan B dan pukul sebati
  • Jika filling terlalu cair,sejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama 1-2 jam baru di gunakan.
Hiasan
250 gm fresh cream-di pukul hingga pekat
sedikit kepingan badam panggang

Cara menyusun kek
  • Potong sponge kek kepada 3 lapisan.
  • Letakkan cake ring atas cake board ikut saiz lebar sponge kek tadi.
  • Letakkan lapisan kek yang pertama dalam cake ring,sapukan 1/2 adunan filling durian di atasnya.
  • Letakkan pula lapisan kek yang ke-2,sapu lagi baki filling dan ratakan.
  • Letak lapisan kek yang terakhir di atasnya,bungkus atas cake ring tadi guna plastic wraper dan sejukkan selama 3 jam.
*saya menggunakan piping bag semasa meletak filling pada lapisan kek.
  • Tanggalkan cake ring dan sapu kemas fresh cream keseluruhan kek.
  • Akhir sekali,tabur kepingan badam pangang(saya guna badam nib)di sekeliling kek.
  • Sejukkan lagi selama 1 jam sebelum di potong.

Rabu, 2 September 2015

SEHATI..SEJIWA


As-Salam buat semua..
Entri yang sepatutnya dua hari lepas iaitu pada 31 Ogos 2015 tapi pada masa tu saya berada di Kuala lumpur.Sambut ulang tahun kahwin sentiasa saja patriotik kerana bersekali dengan sambutan  hari kemerdekaan negara.ke -58 tahun.
Cepatnya masa berlalu tanpa di sedari,meninggalkan segala kenangan yang abadi di hati.Agaknya dia tu....match made from Heaven untuk saya!.Sekian.