style="text-align: center"

Ahad, 29 November 2015

MUFFIN PISANG COKLAT CIP

As-Salam buat semua...
Semasa catatan ini di tulis,hujan sedang turun di Kota Bharu,dah hampir seminggu..
Hari-hari hujan turun..
Perasaan pun jadi sayu dan rindu...rindu nak tidur puas-puas!
Time masak kena masuk dapur juga..
Hujan-hujan ni makan muffin panas-panas best juga..
2-3 biji makan bersama secawan nescafe panas ,sambil duduk di beranda tengok hujan turun.
Let's try baking.
Resepi dari Hanieliza's cooking.Thanks

Bahan-bahan
140 gm mentega atau marjerin
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 cawan pisang-yg telah di lenyek.
2 sudu besar sebuk koko
1/2 cawan coklat cip
sedikit badam cincang-utk.hiasan

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 180'c.
  • Sediakan cawan kertas dan susunkan dalam loyang muffin.Ketepikan.
  • Ayak tepung gandum bersama baking powder.
  • Gaulkan mentega dan gula hingga sebati.
  • Masukkan telur satu persatu dan esen vanila.Kacau sebati.
  • Masukkan tepung yang telah di ayak.
  • Masukkan pisang dan serbuk koko.Kacau rata.
  • Masukkan coklat cip dan kacau lagi.
  • Masukkan adunan ke dalam cawan muffin.
  • Taburkan coklat cip dan sedikit badam cincang di atasnya(saya guna gajus cincang).
  • Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan di atas redai dan sedia untuk di hidangkan.

Sabtu, 28 November 2015

MEATBALL CHEEZY CARBONARA


As-Salam buat semua..
Hari ini masak menu untuk Azim lagi ...suka sangat makan meatball..
Buat yang versi Pizza hut pula,letak cheese banyak-banyak..
Kalau order kat Pizza hut tu dia sorang je yang makan..
Mama dia tertoleh-toleh,terliur sama.
Let's try baking
Resepi dari perkongsian di FB.

MEATBALL CHEEZY CARBONARA

Bahan-bahan
Bebola daging/ayam
1 tin sos carbonara mushroom
1/2 cawan susu segar
1 biji bawang Holland-potong dadu
1 biji capsicum hijau/merah-potong dadu
sedikit lada hitam-tumbuk kasar
Mozarella cheese/cheese slice

Cara membuatnya
  • Goreng bebola guna sedikit olive oil/minyak sayur.
  • Bila bebola sudah masak,masukkan bawang dan capsicum.
  • Dalam periuk lain masukkan sos carbonara mushroom dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan 1/2 cawan susu segar dan serbuk lada hitam.Tutup api.
  • Masukkan bebola ke dalam bekas aluminium dan tuangkan sos carbonara di atasnya.
  • Akhir sekali bakar selama 10-15 minit dengan suhu 170'c hingga cheese cair(saya suka cheese yang hangus sedikit).
  • Sedia untuk di hidangkan.
 

Ahad, 22 November 2015

PINDANG PISANG

As-Salam buat semua...
Biasanya saya buat Pindang Tapai..
Tapi kali ini saya tukar guna pisang pula,boleh lah buat dessert selepas makan nasi..
Makan manis-manis lagi!...hari-hari makan manis.
Let's try masak..

PINDANG PISANG

Bahan-bahan
5 biji pisang-belah dua
1 kotak kecil santan
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
gula perang secukup manis
sedikit garam
2 helai daun pandan

Cara membuatnya
  • Campurkan santan,telur,gula perang,garam dan esen vanila di dalam mangkuk dan kacau sebati.
  • Siatkan daun pandan dan susun di dasar non stick pan.
  • Susun pisang dan curahkan adunan santan di atasnya.
  • Masak dengan api perlahan hingga pekat.Matikan api dan sejukkan.
  • Letakkan di dalam peti sejuk.Ia sedap di makan sejuk.

Jumaat, 20 November 2015

AISKRIM

As-Salam buat semua..
Lama dah tak buat aiskrim....
Hari ini,Jumaat- terajin banyak...buat Tiramisu(my bodyguard),Ketupat sotong(abg.Amzar) dan aiskrim ini(Azim punya). 
Semuanya manis belaka.
Tapi buat aiskrim simple sahaja...
Resepi ini belum pernah di cuba lagi..
Alhamdulillah, boleh Azim makan dalam cuti sekolah ni,letak atas roti.
Sukatan di bawah terlalu manis,jadi macam biasa saja adjust sendiri.
Just fine for me!..
Resepi:Sheila Rusly.Thanks

AISKRIM
1 tin susu pekat/ikut manis sendiri
2 tin air (sukat pakai tin susu)
1 sudu besar ovalette 
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
pewarna dan perisa/optional

Cara membuatnya
  • Susu pekat dengan air di satukan dalam periuk,letak tepung jagung dan kacau sebati.
  • Masak atas api tak perlu lama sangat dan sejukkan.
  • Masukkan ovalette dan esen vanila,guna mixer putar hingga gebu dan kembang.
  • Selepas itu boleh di masukkan perisa dan pewarna yang di sukai,bekukan.

Khamis, 19 November 2015

KOKO CRUNCH BERSALUT COKLAT

As-Salam buat semua..
Buat kudapan untuk anak-anak pada hujung minggu ini dan cuti sekolah yang bermula esok.Biasanya kalau dalam musim cuti yang lepas-lepas mereka berdua akan sentiasa makan.Dah tak ada kerja lain asyik ulang-ulang masuk dapur saja.Biasanya kalau ada masa terluang saya akan sediakan pelbagai kudapan untuk jangka masa beberapa hari...dan kalau mood rajin!.Resepinya simple sahaja.Let's try buat.

KOKO CRUNCH BERSALUT COKLAT

Bahan-bahan
200 gm bijirin koko crunch
coklat masakan 
almond nibs-di bakar sebentar- utk taburan
cawan kertas

Cara membuatnya
  • Cairkan coklat secara double boiler.
  • Masukkan koko crunch ke dalam mangkuk dan curahkan coklat cair ke dalamnya.Gaul rata .
  • Isikan ke dalam cawan kertas dan taburkan almond nibs.
  • Bila coklat sudah mengeras bolehlah di simpan dalam bekas.

PHOTO OF THE WEEK

I have already waited for few years...
So another few years will be fine!.

Isnin, 16 November 2015

JELLY KELAPA

As-Salam buat semua..
Saya tak berapa makan jelly kelapa yang sedia di jual kerana ia amat manis buat saya.Jadi dah terajin buat sendiri,saya telah mengurangkan sedikit rasa manis itu.Yang penting isi kelapa muda kena letak banyak-banyak sebab buah kelapa muda ada di belakang rumah dan buat banyak-banyak simpan dalam peti ais ready to makan...best,sejuk tekak .

JELLY KELAPA

Bahan-bahan
1 paket agar-agar serbuk(10 gm)
2.6 liter air kelapa
isi kelapa muda secukupnya
11 sudu besar gula-ikut sukatan sendiri
3 helai daun pandan

Cara membuatnya
  • Masukkan air kelapa muda,serbuk agar-agar,gula dan daun pandan ke dalam periuk.
  • Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.Padamkan api.
  • Biarkan sejuk sedikit dan bolehlah di masukkan ke dalam bekas yang di sukai.
  • Sejukkan di dalam peti ais.
*sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi,bolehlah di tambah dengan air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

Sabtu, 14 November 2015

IKAN KERISI MASAK TEMPOYAK

 As-Salam buat semua..
Masak Ikan kerisi masak tempoyak versi di rumah saya untuk hidangan tengahari.Biasanya ikan kerisi di goreng kunyit sahaja tapi kali ini rasa nak makan yang berkuah pula.Penggunaan daun pucuk  kandis dalam resepi ini memberikan rasa kelainan pada kuahnya
Let's try masak.

IKAN KERISI MASAK TEMPOYAK
 
Bahan-bahan
4 ekor ikan kerisi
2 keping asam gelugur
daun kesum
2 batang bunga kantan
beberapa helai pucuk asam kandis
garam secukup rasa
1 sudu besar serbuk cukup rasa maggi
air secukupnya
 

Bahan kisar
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 biji bawang bombay
1 ulas bawang putih
2 sudu besar tempoyak
5 biji cili kering

Cara membuatnya 
  • Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan bahan-bahan kisar.
  • Masukkan asam keping
  • Biarkan hingga mendidih dan kacau sekali-sekala.
  • Apabila kuah mendidih masukkan ikan kerisi.Tunggu sebentar.
  • Apabila kuah mendidih sekali lagi,masukkan daun kesum dan pucuk asam kandis.
  • Kemudian tambahkan serbuk cukup rasa dan garam jika perlu.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat

Khamis, 12 November 2015

PUDING STRAWBERRY YOGURT

As-Salam buat semua...
Time tak ada stok strawberi macam-macam nak buat resepi yang menggunakan buah ini.Time ada strawberi saya pula yang tak ada masa.Hinggakan sampai dua minggu buah strawberi ini tersimpan dalam peti ais.Dah hampir masak betul kesemuanya barulah ada masa nak memprosesnya.Puding ini tidak perlu di masak,just bekukan saja.Time makan kena cedok sebab ia lembut macam aiskrim.Let's try buat..

PUDING STRAWBERRY YOGURT

Bahan-bahan
300 gm strawberi segar
5 biji strawberi cincang
500 ml susu segar
3 sudu makan yogurt
1 sudu makan serbuk gelatine
100 ml air panas

saya tambah
susu pekat manis
pewarna pink

Cara membuatnya
  • Kisar buah strawberi,yogurt,susu segar dan susu pekat manis serta pewarna pink hingga bergaul sebati.
  • Larutkan serbuk gelatine dengan air panas .
  • Campurkan gelatine cair kemudian kisar lagi hingga adunan puding bergaul rata.
  • Tambahkan strawberi cincang ke dalam puding kemudian tuangkan ke dalam bekas sesuai.
  • Simpan di dalam peti ais dan hidangkan sejuk.

Ahad, 8 November 2015

KEK BATIK

As-Salam buat semua..
Kek batik antara kek popular di rumah saya,rasanya sebab ia bercoklat!.Ketiga-tiga A suka makan kek ini.Ada beberapa resepi Kek batik yang telah saya cuba.Walaupun menggunakan bahan yang sama tetapi dengan sukatan yang berbeza.Kali ini saya menggunakan resepi  yang menjadikan kek batik agak padat dan rangup sedikit.

KEK BATIK

Bahan-bahan
2 cawan milo
2 sudu besar serbuk koko-optional
1/2 tin susu pekat manis atau ikut tahap kemanisan sendiri
250 gm mentega
1 paket biskut marie plain
1 sudu kecil esen vanila-optional

Cara membuatnya
  • Cairkan mentega di dalam periuk.
  • Masukkan susu pekat dan gaul sebati di atas api sederhana.
  • Masukkan milo dan serbuk koko ke dalam periuk,gaul hingga sebati.Pastikan tiada milo yang berketul-ketul.
  • Masukkan esen vanila dan gaul sebati.Padamkam api.
  • Masukkan biskut yang telah di patahkan ke dalam periuk dan gaul rata.
  • Masukkan dalam bekas/loyang yang telah di alas dengan plastik(utk.memudahkan proses nak mengeluarkan dari bekas nanti).
  • Boleh juga di tekan terus ke dalam bekas kaca. 
  • Padatkan adunan kek batik ke dalam bekas dengan cara menekan.
  • Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam. 


Nota
-jika inginkan kek batik yang rangup,lebih baik jangan campur biskut marie ke dalam campuran milo yang dah masak.
-ikut kaedah susun biskut lapis coklat.
-kalau suka kek batik yang lembut,semasa sediakan campuran coklat ,patahkan biskut dulu bagi lemau sikit,baru di tekan ke dalam bekas.

Sabtu, 7 November 2015

KETAM MASAK CILI

As-Salam buat semua..
Setiap kali masak ketam,hanya dua ekor sahaja yang saya masak kerana hanya Abang Amzar seorang sahaja peminatnya di rumah ini.Kalau buat banyak-banyak pun tak ada siapa yang akan menghabiskannya.Resepinya dari azlitamasammanis Thanks.Let's try masak

KETAM MASAK CILI

Bahan-bahan
 4 ekor ketam - cuci bersih,buang bahagian yang tidak perlu dan toskan
1 batang serai di titik
3 sudu besar sos cili
garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun ketumbar- dihiris

Bahan kisar
15 tangkai cili kering - rendam dan kisar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit belacan - jika suka



Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga harum dan pecah minyak.
  • Tambahkan air jika terlalu kering.
  • Masukkan serai dan sos cili.
  • Masak hingga kuah pekat.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan ketam dan biarkan ketam masak dan empuk.
  • Taburkan hirisan daun ketumbar.
  • Tutup api dan hidangkan.

ANNUAL DINNER 2015




As-Salam buat semua..
Annual Dinner untuk kita-kita saja ni berlangsung dua hari lepas -4 november 2015 bertempat di Grand Ballroom Hotel Grand Riverview,Kota Bharu.
Dinner kerana terpaksa aku turutkan ini berlangsung dengan meriah sekali.Bagi saya,tang meriahnya time makan saja lah..sampai semua ruang dah full.
Penari tetap HUSM..pandai pulak dia orang menari,ingatkan pandai jaga pesakit jer..saya?pandai makan ..
Antara hidangan Chinese food malam tu adalah-Grand Riverview hot and cold combination sebagai appetisernya,terdiri dari finger crab,Ayam pandan,Sushi.Deep fried boneless chicken with Thai sauce,deep fried Seabass with mango Thai style,Stir fried Treasure vegetables with cashewnut,fried rice,Seafood Shark's fin soup,Baked Prawn with oatmeal dan di akhiri dengan pemanis mulut chilled lychee and longan in syrup.Semuanya best..
                            
Tema untuk Annual dinner 2015 ini adalah merah dan putih-dari kiri Najahie Aman,Wan Roshafiza dan Syamimi Sobri.semuanya merah dari minuman dan alas meja sampai ke baju hingga ke kasut dan hand bag segala bagai!.
Dengan penari pun di ajak bergambar,kawan kita orang juga.Sampai jumpa lagi tahun depan.

Jumaat, 6 November 2015

SMOOTHIE PISANG KAKI


As-Salam buat semua..
Selama ini saya tak pernah try rasa makan buah Pisang kaki atau Persimon.Ia adalah sejenis buah dari keluarga beri.Ringan dan berwarna jingga kemerahan.Ia mempunyai rasa yang manis bila masak,rendah kalori tetapi tinggi kandungan fruktosa dan glukosa.Buat smoothie pun sedap juga.Resepi dari salamisimon1.blogspot.thanks Amie.

SMOOTHIE PISANG KAKI 

Bahna-bahan
2 biji pisang kaki/persimmon-belah dan potong kecil
75 ml yogurt asli
100 ml susu segar
1 1/2 sudu gula

Cara membuatnya
  • Sejuk bekukan pisang kaki selama 4-5 jam di dalam freezer
  • Kisar pisang kaki bersama yogurt,susu segar dan gula.
  • Tuang ke dalam gelas,sedia untuk di nikmati.

Selasa, 3 November 2015

JEJARI PUFF

As-Salam buat semua..
Projek baking hari ini.Saya buat Jejari puff ini dari lebihan pastri puff yang telah di potong tekap bulatan di bahagian tengahnya. Sayang nak buang,saya simpan saja dalam freezer.Akhirnya saya dapat idea untuk olah semula pastri puff ini.Let's try baking.

JEJARI PUFF

Bahan-bahan
pastri puff
bijan hitam
gula pasir kasar

untuk glis
telur kuning
susu pekat manis
pewarna kuning

Cara membuatnya
  • Pastri puff yang sudah berlubang di tengah,di pusing membentuk jejari.
  • Gliskan dulang pembakar dengan marjerin dan aturkan pastri puff.
  • Kacau telur kuning dengan susu pekat manis dan sedikit pewarna kuning.
  • Sapukan/glis dengan telur kuning .
  • Taburkan gula pasir kasar di atasnya dengan bijan hitam.
  • Bakar di dalan oven dengan suhu 160'c sehingga garing.

Isnin, 2 November 2015

SOTONG BAKAR KUAH PERCIK

As-Salam buat semua..
Ni dia Sotong bakar kesukaan abang Amzar,selalu di buat untuknya seorang kerana kakak dan adik tak makan sotong.Sedap di ratah begitu sahaja  ataupun di makan bersama nasi putih.Menyediakannya mungkin remeh sedikit kerana saya membakarnya guna dapur arang.Sotong yang di gunakan adalah jenis saiz besar dalam RM 13 seekor di Pasar Besar Siti Khadijah.Puas hati abang Amzar makan.Let's try masak.

SOTONG BAKAR KUAH PERCIK

Bahan-bahan
1 ekor sotong saiz besar
serbuk kunyit
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah

untuk kuah
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kering kisar 
serbuk cukup rasa maggi
gula secukup rasa
1 batang serai

Cara membuatnya
  • Sotong besar di belah tengah dan dibersihkan.Lumurkan dengan kunyit,serbuk lada hitam dan lada sulah.Ketepikan
  • Bakar sotong sederhana masak dan potong kecil-kecil.Jangan bakar lama-lama nanti sotong akan keras.
Untuk kuahnya
  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih hinga hancur.
  • Masukkan kedalam kuali bersama santan pekat,cili kering kisar,serai yang di titik dan air.
  • Sentiasa kacau di atas api sederhana hinga mendidih.
  • Masukkan serbuk cukup rasa dan sedikit gula.Kuah percik ini tidak terlalu masin dan rasa sedikit manis.
  • Hidangkan bersama sotong bakar tadi.