style="text-align: center"

Sabtu, 26 Mac 2016

PAU

 Assalam buat semua..
Sekarang ni kalau buat Pau saya akan gunakan resepi ni.
jumlah pau banyak juga,boleh di simpan dalam freezer untuk di makan lain kali.
ataupun ketika ada tetamu yang datang boleh hidang pau yang masih panas-panas.
berbaloi membuatnyanya
Intinya terpulanglah pada citarasa masing-masing
saya buat dua jenis inti-inti kacang merah dan inti kelapa muda
sebab tu ada penanda dot-dot.
inti kacang merah saya beli yang readymade
manakala inti kelapa muda di buat sendiri
Resepi dari blog Azlitamasammanis.Thanks.
Let's try buat.

Bahan-bahan
1 kg tepung pau atau tepung gandum
1 sudu teh baking powder
kedua-dua bahan di ayak bersama.

1 sudu teh garam
1/2 cawan minyak masak atau minyak jagung
2 1/4 cawan air
11 gm yis
1 sudu makan gula
2 sudu makan susus pekat manis
1 biji telur

Cara membuatnya
Satukan bahan di atas dan kacau hingga gula larut
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar
Tuangkan adunan cecair sedikit demi sedikit sambil di uli hingga jadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
Tutup doh dengan kain dan biarkan selama 5 minit.

Ambil sedikit doh dan bulatkan sebesar bola ping-pong( anggaran berat 35 gm)
Kemudian leperkan
Masukkan inti pilihan.Tutup dan kemaskan.
Letak doh di atas lapik kertas minyak yang di potong empat segi atau letak di atas paper cup yang di leperkan sedikit.

Susun dalam kukusan dan jarakkan sedikit antara satu sama lain.
Biarkan doh naik satu kali ganda(jangan terlalu naik sebab ia akan mengecut bila di kukus dan permukaan jadi mengerutu dan keras.)
Pastikan kukusan telah di panaskan terlebih dahulu sampai air betul-betul mendidih.
Balut penutup kukusan dengan kain supaya air tidak menitis dan permukaan pau jadi berkawah
Kukus selama 7-10 minit.

Bila masak,angkat kukusan bersama penutupnya sekali
Jangan buka lagi penutupnya.Biarkan sebentar baru buka penutup kukusan untuk elak pau terencat dan mengecut
Sejukkan di atas redai.
Tip untuk frozen

  • Setelah pau sejuk,masukkan kedalam bekas kedap udara atau beg plastik.
  • Simpan dalam freezer.
  • Bila nak makan,keluarkan dan kukus selama 5 minit.

Jumaat, 25 Mac 2016

COKLAT VANILLA VIENNESE COOKIES

 Assalam buat semua..
Hari ini terajin buat biskut.
tapi adunan sikit sangat,lain kali kena doublekan adunan 
Boleh lah buat kudapan untuk hujung minggu ni.
rangup sahaja dan rasanya tidaklah manis sangat.
Kongsi resepi dari Resepi Sedap/FB-Che Nom.
Let's try baking 

Bahan-bahan
175 gm unsalted butter
40 gm gula aising
1/2 sudu kecil esen vanila
175 gm tepung gandum
40 gm tepung jagung
1 sudu besar serbuk koko

Cara membuatnya

  • Griskan dulang pembakar dengan mentega atau lapik dengan kertas minyak .
  • Pukul butter dan gula aising hingga kembang.
  • Masukkan esen vanilla dan pukul seketika.
  • Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan masukkan ke dalam adunan mentega.
  • Putar hingga sekata dan lembut.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian.Adunan satu lagi di campurkan dengan serbuk koko.
  • Gunakan piping bag dengan nozzle bintang.Masukkan doh coklat di sebelah dan sebelah lagi doh vanila.
  • Lurutkan ke bawah supaya doh rapat dan paipkan ke dalam dulang pembakar.
  • Bakar di dalam oven dengan suhu 150 'c selama 15-20 minit atau sehingga perang.
  • Angkat dan sejukkan di atas redai.Simpan di dalam bekas kedap udara.
*piping bag tiada-saya bulatkan doh dan tekan dengan garfu.
Kemudian tabur coklat rice di atasnya.

Ahad, 20 Mac 2016

BROWNIES KEDUT


Assalam buat semua...
Cuaca yang betul-betul panas sekarang banyak mempengaruhi suasana..
cepat letih,cepat dahaga dan kadang-kadang fikian entah ke mana..
petang tadi masa memandu pulang dari bertugas pun boleh pulak saya belayar ke lain..
hingga hampir terlanggar kereta di depan.brekkkk..
tu lah pandu laju sangat time mood tengah ke laut..
macam mana ye saya boleh teringat..bulan Mac tahun lepas!
jom..jom tengok resepi,malas layan kenangan.
Kejadian kedut kerana penggunaan coklat yang banyak.
dalam banyak-banyak Brownies yag pernah saya buat,Brownies ni 
penuh dengan rasa coklat..memang laku la.
tapi..tak lah nampak sangat kedutannya.Tak apa boleh try buat lagi.
resepi dari  www.azlitamasammanis.com .Thanks.

BROWNIES KEDUT

Bahan-bahan
400 gm coklat masakan/coklat compound-dark chocolate
150 gm mentega tanpa garam
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
4 biji telur gred A

Cara membuatnya

  • Coklat masakan di potong kecil.
  • Satukan dengan mentega dan kacau hingga larut menggunakan kaedah double boiler.
  • Dalam bekas yang lain pula,satukan telur,gula perang ,gula kastor dan esen vanila.Kacau dengan whisk sahaja.
  • Satukan tepung naik sendiri dengan serbuk koko dan ayak.
  • Campurkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakan.Ratakan.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di kacau rata.
  • Masukkan ke dalam loyang 10x10 yang telah di lapik baking sheet dan di sapu mentega.
  • Bakar di dalam oven dengan suhu 160'c selama 30 minit bergantung pada oven masing-masing.
  • Bila sudah masak,renggangkan sedikit pintu oven dan biarkan brownies di dalam oven selama 15 minit.
  • Bila sudah sejuk bolehlah di potong.


Khamis, 17 Mac 2016

PAI EPAL GORENG

Assalam buat semua..
Minggu cuti sekolah ni betul-betul sibuk..
sibuk makan kenduri setiap hari.
waktu lunch saya keluar sekejap untuk menghadiri jemputan kenduri.
Beruniform la gi kenduri..
nak pakai baju kurung pun tak sempat.
macam ni lah selalunya...serba-serbi nak cepat.
cuaca pula panas melampau di tambah dengan kesesakan lalu-lintas.Betul-betul meletihkan..
Waktu malam..release la sikit.
Let's try buat Pai epal goreng pula.
Resepi dari resepibonda
thanks

PAI EPAL GORENG

Bahan inti
3 biji epal merah-potong dadu kecil
1/3 cawan gula
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu besar perahan jus lemon
1 sudu kecil tepung jagung campur 1 sudu besar air.
kismis-optional

Bahan kulit
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1/2 cawan mentega-beku
1/2 cawan susu segar sejuk

minyak untuk menggoreng

Cara membuat inti
  • Dalam periuk,campurkan epal,gula dan serbuk kayu manis.Gaul sebati di atas api kecil.
  • Masukkan pula bancuhan tepung jagung.
  • Apabila sudah masak,inti nampak pekat,tutup api dan ketepikan.
Buat kulit pai
  • Ayak tepung gandum dan garam.
  • Masukkan mentega dan gaul dengan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan susu sedikit demi sedikit.
  • Adunan seharusnya lembut tetapi sedikit liat.
  • Canai doh dan terap mengikut saiz yang di kehendaki.
  • Masukkan inti di permukaaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut.(saya menggunakan acuan karipap).
  • Tekan keseluruhan kepingan pastri dengan garfu(jika tidak guna acuan).
  • Goreng menggunakan api sederhana sehingga garing dan keperangan.
  • Toskan dan bolehlah di hidangkan.

Sabtu, 12 Mac 2016

TEMPE GORENG

Assalam buat semua..
Saya suka makan tempe yang di goreng ringkas seperti ini
rasanya seperti isi ayam goreng.
beli satu paket yang berharga Rm 1,cukuplah untuk saya seorang yang makan.Orang lain kat rumah ni semuanya tak makan tempe.
Let's try masak.

TEMPE GORENG

Bahan-bahan
1 paket tempe
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk cukup rasa Maggi
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh gula perang
1 biji lada hijau
1/2 biji bawang besar
minyak sayur untuk menggoreng

Cara membuatnya

  • Tempe di potong dua dan kemudian hiris memanjang
  • Gaulkan dengan semua bahan di atas   kecuali lada hijau dan bawang.
  • Letak sedikit air supaya bergaul rata dan biarkan sebentar.
  • Panaskan minyak sayur dan goreng tempe hingga garing.
  • Bila sudah kekuningan dan garing,masukkan lada hijau dan bawang besar.
  • Biarkan sebentar dan bolehlah di angkat.

Jumaat, 11 Mac 2016

PETROSAINS,The Discovery Centre

Assalam buat semua.
Cerita dua minggu lepas,untuk kenangan anak-anak..
sambil hantar kakak balik universiti habis cuti sem.,kami sampai Kuala Lumpur 2 hari lebih awal.
Bawa  Azim dan Amzar dan anak saudara buat 'lawatan sambil belajar' di Petrosains KLCC.Dua-dua minat sains,elok juga menambah pengetahuan
Dibina di aras 4 dan 5 KLCC,Petrosains adalah pusat sains berkonsepkan industri minyak dan gas yang di bina oleh syarikat Petroleum negara,Peronas berhad.
Pintu masuk ke Petrosains adalah di aras 4 pusat beli-belah Suria KLCC.

Pengembaraan di dalam gelap di kenali sebagai perjalanan sekilas masa akan membawa pengunjung ke alam sepi dan tenang,
Meredah hutan hujan Malaysia,meredah ke puncak gunung dan meluncur ke dalam laut.
Anda akan di bawa masuk ke dalam ruang pameran yang besar melalui satu pintu masuk kecil dengan menaiki kenderaan gondola berbentuk titik minyak hitam yang boleh berpusing.Amazing sangat!
Elak dari pergi masa cuti sekolah..,jenuh beratur nak naik gondola yang sekali muat hanya 4 orang sahaja.
Pengunjung akan di bawa menghayati proses perubahan demi perubahan bagaimana negara yang kaya dengan sumber ini mengubah dirinya kepada negara yang lebih maju pada alaf akan datang.
Konsep serta bentuk Petrosains adalah dari konsep muzium kontemporari moden yang membenarkan kita menyentuh,merasa dan mencuba bahan pameran.
Banyak model interaktif dan permainan dan skrin 3 D di pamerkan.Objek boleh pegang tapi tak tersentuh dek tangan.

Azim ,Amzar ,si kembar Damia dan Darwish serta Adib main bermacam butang dan tuil,Dari tempat kendalian pelantar minyak di mana tugas mengerudi di lakukan hinggalah kepada simulator kokpit kereta lumba F1,Azim main sampai 3 kali .Rasa seperti lumba kereta sebenar katanya.
Di sudut dunia molekul nano, di pamerkan tangga molekul dan barang pameran tentang kimia.
Terdapat banyak  info menarik tentang asal-usul kejadian endapan,minyak,fosil,kejadian gempa bumi berjuta tahun lampau
Sudut pameran paling istimewa adalah diorama geomasa yang di lengkapi model realistik haiwan dan tumbuhan prasejarah dan gunung berapi.Ada juga replika dinosaurr T-Rex.
Betul lah seperti Albert Einstein kata,anda boleh kenal dunia melalui sains dan di Petrosains anda bukan hanya kenal sains dan petroleum tetapi juga yang berkaitan dengannya.
Tak sedar menghabiskan masa selama 4 jam di sini,Bila keluar semula,pening kepala sebab banyak memerah otak kat dalam campur dengan perut yang lapar.Lain kali kalau masuk kat sini pastikan anak-anak sudah kenyang secukupnya.Sekian sahaja catatan untuk anak-anak baca bila mereka sudah dewasa kelak jika diizinkanNYA.Sampai jumpa lagi.

Rabu, 9 Mac 2016

TEPUNG BOKO UBI KAYU

 Assalam buat semua...
Kuih dulu-dulu yang masih melekat di hati!
taklah susah sangat untuk membuatnya,
tapi time nak parut ubi kayu tu... malas la sikit,takut naik bicep kat lengan pula.
Ubi kayu beli kat Pasar Siti Khadijah,murah-murah saja.
best jer makan petang-petang kat pangkin kayu tepi rumah..
Resepi dari Kak Jie-Jie.thanks
Let's try buat.

TEPUNG BOKO UBI KAYU

Bahan-bahan
1 ketul ubi kayu besar-dalam 3 cawan ubi kayu parut
1 cawan gula pasir/ikut sukatan sendiri
10 helai daun pandan-kisar dgn.2 cawan air dan ambil patinya
sedikit pewarna hijau-jika perlu
secubit garam

Cara membuatnya

  • Ubi kayu di kopek kulitnya,jangan di potong.
  • Basuh bersih dan belah dua untuk buang urat tengahnya.
  • Parut ubi sehingga habis.boleh juga di kisar guna blender.
  • Perahkan/toskan ubi kayu parut tadi.Tidak perlu terlalu kering.
  • Kalau kisar campur air,pastikan perah guna kain maslin sebab ubi kayu jadi terlalu halus.
  • Panaskan periuk pengukus.
  • Campurkan parutan ubi kayu,gula pasir,air daun pandan,garam dan sedikit pewarna hijau dan kacau rata.
  • Masukkan adunan ubi kayu ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
  • Hidangkan bersama kuah/sos santan.

SOS SANTAN
Bahan-bahan

1 kotak santan/200 ml.
500 ml air-jika ingin lebih lemak,lebihkan santan dan kurangkan air/guna santan segar.
4-5 sudu besar tepung beras
2 sudu kecil garam/secukup rasa
2 sudu kecil gula ~saya tambah
sehelai daun pandan-di simpul

Cara membuatnya

  • Bancuh tepung beras dengan sedikit air sehingga rata.Ambil air dari 500 ml tadi.Tapiskan.
  • Campurkan santan,air,air bancuhan tepung beras,garam,gula dan daun pandan dalam periuk.
  • Masak di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan masak.Sesuaikan rasanya.
  • Sedia untuk di hidangkan bersama kuih ubi yang telah siap dikukus tadi.

Isnin, 7 Mac 2016

BAKED BEANS TOAST with CHEESE

Assalam buat semua..
Sekarang ni banyak betul masalah..
masalah makan sedap-sedap  hingga penimbang dah teralih penunjuk jarumnya!.
masalah tak tau nak cuba resepi mana sebab ada banyak resepi sedap-sedap.
masalah tak ada masa dan cukup tenaga nak membuatnya
selalu saja keletihan bila habis waktu bertugas.
entah sampai bila..
Hari ini ada satu lagi resepi ringkas yang saya telah cuba
Parsley tiada,saya ganti dengan kubis cincang
Azim tak perasan,habis di makan roti tu dengan kubis-kubisnya sekali.Kalau tahu..takkan di makannya.
Resepi dari Ayam Brand-world of recipes
Let's try buat

BAKED BEANS TOAST with CHEESE

Bahan-bahan
2 keping roti
keju mozarella parut
parsley   saya ganti dengan kubis
baked beans
mentega

Cara membuatnya

  • Sapu roti dengan mentega
  • Letakkan parsley(kubis cincang),baked beans.
  • Taburkan keju mozarella parut.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150'c sehingga keju cair.
  • Angkat dan hidangkan.

Jumaat, 4 Mac 2016

SAMBAL TELUR ITIK

Assalam buat semua..
Menu untuk hari ini,sambal telur itik kesukaan abang Amzar
boleh saja nak buat versi,samada telur yang di rebus dahulu,telur rebus dan kemudian di goreng pula atau pun telur di masukkan terus ke dalam sambal.
semuanya pun sedap!
mudah saja sambal telur saya ni
Let's try masak.

SAMBAL TELUR ITIK

Bahan-bahan
4 biji telur itik-rebus belah dua

Bahan sambal
6 sudu besar cili kering kisar
1/4 cawan sos cili thai/Mae Phranom
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar bawang putih kisar
3 sudu besar bawang merah kisar
1 sudu teh halia kisar
3 helai daun limau purut
serbuk cukup rasa Maggi
minyak sayur utk. menumis

Cara membuatnya

  • Panaskan minyak sayur dan masukkan bawang kisar serta halia
  • Tumis hingga naik bau dan masukkan cili kering kisar.
  • Tumis hingga cili masak.
  • Masukkan sos cili thai,sos tiram dan kicap manis dan daun limau purut.
  • Masukkan sedikit air dan masak sebentar lagi.Masukkan serbuk cukup rasa Maggi
  • Sesuaikan rasanya dan barulah di masukkan telur rebus tadi.
  • Ratakan sambal dengan telur rebus dan biarkan sebentar.
  • Bolehlah di angkat.