style="text-align: center"

Isnin, 28 November 2016

DINNER 2 ZAMRUD @ KENG SOM

 Assalam buat semua..
Selepas buat family day tempoh hari kawan-kawan jemput makan malam penghujung tahun pula.
Kalau dinner lain yang biasa kami hadiri kena sopan-santun bagai sebab ada tetamu VIP tapi dinner yang kami buat sendiri ni,bantai jer gelak sakan time makan.
Tak ada tema apapun,semuanya santai sahaja.
Gelak-gelak,makan-makan dan gelak lagi.
 Makan malam ini di adakan di Restoran Thai,Keng Som.Best juga menu yang di sediakan.
Sekali-sekala keluar makan bersama merapatkan silaturrahim di antara kami.
Biasa la bila bertugas tu,sibuk memanjang saja.
Bila dapat keluar bersama macam ni,release stress sikit.

Restoran Thai,Keng Som terletak di Jalan Kebun Sultan,bandar Kota Bharu,Kelantan.Semasa kami sampai waktu itu tidak crowded sangat dengan pelanggan kerana ia hampir di tutup jam 2200.
Sebelum makanan sampai ada appetiser kacang tanah.tuu..saja.
Menunya terdiri dari Ikan Siakap Keng Som,Butter Prawn,Udang celup tepung dengan sos Mae Phranom,Kerabu mangga,Ayam kerabu mangga,Telur dadar,Tom yam merah campur,Sotong celup tepung,Air sirap selasih  dan ada beberapa lagi yang saya tak ingat.Not bad..food really taste good!.
Restoran tutup pukul 2200,pukul 2145 baru start makan.Campur dengan ber-hu-ha-hu-ha lagi,mujur tokey  tak minta kami keluar.Restoran dah tutup separuh pun kami masih dok wefie lagi.
Semoga tahun depan dapat lagi kami bertemu dan makan beramai macam ni lagi.Bukan mudah untuk berkumpul ramai-ramai dek kerana tugas yang berlainan syif.Tu pun ada bebrapa orang yang tak boleh join kerana bertugas malam.
Kali ini semua gambar-gambar adalah ehsan dari Emee Suhaile.tuu...yang tengah senyum manis, yang merakam semua detik kerana kamera saya habis bateri..
**hidup ini indah jika tahu menghargainya**
❤❤❤❤❤❤

Ahad, 27 November 2016

PISANG GORENG RANGUP DENGAN SAMBAL KICAP MADU

Assalam buat semua..
Biasanya di Kelantan pisang goreng di makan begitu sahaja.
Saya suka makan Pisang goreng yang rasanya manis sedikit.
Biasa la di sini,kalau tak rasa manis tu serba tak kena jadinya.
Macam tu lah citarasa yang berlainan di setiap negeri.
Sebab tu saya suka cuba buat atau makan masakan negeri lain.
Nak cuba makan Pisang goreng cicah Sambal kicap macam orang Johor lah pulak.
Rupa-rupanya sedap walau baru pertama kali makan.
Kan dah kata..kena cuba dulu,baru tau sedap!
Let's try buat.

PISANG GORENG RANGUP

Bahan-bahan
2 biji pisang tanduk- potong menyerong dan belah dua
100 gm tepung beras
50 gm tepung ubi
1 sudu besar marjerin atau butter-di cairkan.
1/2 cawan santan
1 biji telur
1 sudu teh air kapur makan-ambil air jernih yang telah di mendapkan
sedikit pewarna kuning
secubit garam dan gula 

Cara membuatnya

  • Satukan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
  • Tambahkan marjerin/butter cair.Kacau rata.
  • Panaskan minyak untuk menggoreng.
  • Celupkan dan salut pisang ke dalam adunan tepung dan goreng hingga garing.
  • Angkat dan toskan.
Sambal kicap madu

Bahan-bahan
20 tangkai cili padi-biarkan dengan tangkai untuk elak pedas
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar madu
gula secukupnya
8 biji limau kasturi-ambil jusnya

Cara membuatnya

  • Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kecuali limau kasturi.
  • Kisar hingga halus.
  • Masukkan ke dalam bekas dan perahkan limau kasturi.
  • Kacau rata dan sedia di cicah denagn pisang goreng.

Selasa, 22 November 2016

PHOTO OF THE WEEK.

Photo face off by Sea,sand and wind by Nikon.
Penghujung November 2016
Blew away my soul..
Lokasi:Pantai Irama,Bachok Kelantan

Jumaat, 18 November 2016

BAGUATTE CHEESE PEPPERONI

Assalam buat semua..
Hujung minggu yang sibuk,main masak-masak sampai tengahari.
time ni la nak cuba resepi-resepi baru...
yang dah beratus dok dalam waiting list untuk di buat.
Kadang tu sampai 4 hingga lima jenis resepi baru yang di cuba.
tu pun jenis yang ringkas-ringkas sahaja. 
Macam yang saya kongsikan hari ini.
Roti baguatte yang di gunakan jenis whole meal bread
Nak guna baguatte biasa pun boleh
Makan cicah dengan baked bean atau mushroom sup
Let's try buat

BAGUATTE CHEESE PEPPERONI

Bahan-bahan
1 batang roti baguatte
2 keping cheesdale-potong kecil
pepperoni secukupnya-celur sebentar
nenas kiub-potong nipis
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
sedikit cili flakes
parsli-cincang
2 sudu besar butter
1 biji bawang putih-cincang halus

Cara membuatnya

  • Roti baguatte di potong melintang jangan sampai putus jarak anggaran 1 cm.
  • Selitkan pepperoni,nenas dan cheese di antaranya.
  • Campurkan butter dan bawang putih cincang
  • Panaskan dalam microwave hingga butter cair.
  • Sapukan dengan mentega bawang putih  .
  • Taburkan serbuk lada hitam dan lada sulah dan cili flakes di atasnya
  • Akhir sekali,taburkan dengan parsli cincang.
  • Letakkan dalam loyang dan bakar hingga garing.
  • Sedap di makan panas-panas dengan mushrom soup atau bake bean. 

Rabu, 16 November 2016

BANG BANG SHRIMP PASTA

Assalam buat semua..
Makan pasta lagi..
kali ini resepinya amat mudah dan rasa pastanya yang lemak berkrim.
Best la rasanya bagi saya yang suka makan pasta ni.
Macam penulis blog ni cakap,
Giving you a kick of heat and refreshing tangy goodness!
Patut pun bang-bang!
Resepi dari Damn Delicious.Thanks
Let's try buat

BANG BANG SHRIMP PASTA

Bahan-bahan
120 gm spaghetti
120 gm medium shrimp-buang kulit
1 sudu besar olive oil
3 biji bawang putih-cincang
1 sudu teh paprika atau secukupnya
serbuk lada hitam
garam secukupnya
2 sudu besar parsli cincang

Untuk sos pasta
1/2 cawan mayonis
1/4 cawan Thai sweet cili sos
1/2 biji lemon-jus
2 biji bawang putih-cincang
1 sudu teh Sriracha -optional
 crush Red pepper flakes
*campukan kesemua bahan dan gaul rata.Ketepikan.

Cara membuatnya

  • Didihkan air,masukkan sedikit garam dan rebus pasta hingga lembut.Toskan.
  • Panaskan oven pada suhu 200'c
  • Alas tray pembakar dengan baking sheet.
  • Sapukan olive oil pada baking sheet.
  • Gaulkan shrimp dengan bawang putih,paprika,olive oil,garam, dan serbuk lada hitam.
  • Bakar dalam oven hingga shrimp  nampak pink dan lembut lebih kurang 6-8 minit.Ketepikan.
  • Dalam mangkuk besar,campurkan bersama pasta,shrimph dan sos mayonis.
  • Gaul rata dan hidangkan segera.
  • Tabur dengan parsli cincang di atasnya.

Sabtu, 12 November 2016

KEK KARAMEL PELANGI

 Assalam buat semua..
Pernah sekali membuat kek ini beberapa tahun lepas.
Lepas tu jadi malas nak buat sebab yang pertama kali tu tak berapa cantik kejadiannya.
Karamelnya banyak sampai  habis kek jadi basah.
Semalam terjumpa satu tip,dia tulis kalau tak mahu kek ni basah dengan karamel,buat gula hangus satu atau dua sudu besar sahaja.
Kita pun cuba..
ok lah kejadiannya kali ini..untuk puaskan hati saya.
tidaklah basah sangat lagi.
kek ni sungguh lembut dan gebu.
cuma..lapisan atas tidak berapa tebal sebab guna loyang besar.
 Kek ni sedap di makan sejuk-sejuk
dari nak makan sekeping sampai berkeping-keping saya makan.
bila la nak pencen dari makan kek..
selalu saja tak-sedar-diri bila nampak kek!
Resepi dari FB
Let's try baking

KEK KARAMEL PELANGI

Untuk karamel
2 sudu besar gula pasir
masak menggunakan api sederhana hingga hangus.
Ratakan dalam loyang dan ketepikan .
biarkan sejuk.

Lapisan atas
Bahan A
1/2 tin susu cair
70 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
3 biji kuning telur
kacau sebati hingga gula hancur
tapis bahan A ke dalam loyang karamel yang telah di sejukkan tadi.
ketepikan.

Bahan B
140 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
135 ml air
45 ml minyak  jagung
3 biji kuning telur
70 gm gula kastor
pukul semua bahan di atas menggunakan mixer hingga gebu.

Bahan C
6 biji putih telur
1 sudu teh cream of tartar
70 gm gula kastor

  • Pukul bahan C menggunakan mixer hingga ringan dan menjadi meringue(bila bekas di terbalikkan ia tidak tumpah).
  • Campurkan adunan meringue tadi ke dalam bahan B.
  • Kaup balik menggunakan spatula hingga sebati.
  • Bahagikan adunan kepada empat bahagian.
  • Tuangkan adunan berseling-seli sebanyak 3 sudu besar setiap warna ke dalam loyang berisi karamel.
  • Bila siap lapiskan semua adunan kek,lorekkan guna lidi dari bahagian tepi loyang ke arah tengah hingga menjadi corak seperti gambar di atas.
  • Bakar secara bain marie/water bake(letak loyang dalam dulang berisi air).
  • Bakar dengan suhu 160'c selama lebih kurang satu jam dengan api bawah sahaja bergantung pada oven masing-masing.
  • Bila masak,sejukkan sebentar dan lorekkan dengan pisau keliling kek dan keluarkan kek dengan berhati-hati.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk.

Jumaat, 11 November 2016

POPIA PENKEK RANGUP

Assalam buat semua..
Tulis pemilik resepi ni..cuba la baru tau.
dah cuba..memang rangup.
Lepas siap gi letak depan anak-anak,sekejap dah habis.
Macam makan keropok pula.
cara buat pun ringkas sahaja
Resepi dari Anita Daniel's Kitchen.Thanks.
Let's try buat.

PENKEK POPIA RANGUP

Bahan-bahan
1/2 udang/ayam-cincang halus
1 sudu kecil garlic powder
1/2 cawan daun bawang-potong halus
4 sudu besar tepung jagung
secubit garam dan gula
1 sudu kecil lada putih
1 biji telur
mozarella cheese-optional
tepung jagung

 Cara membuatnya
  • Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
  • Ambil sehelai kulit popia dan bentangkan.
  • Letakkan intinya dan lapis dengan sekeping kulit popia lagi.
  • Untuk lebih rangup jangan letak inti terlalu banyak.
  • Tekankan/cucuk  dengan garfu supaya udara keluar. 
  • Angkat perlahan dan goreng dalam kuali leper non stick dengan 3 sudu besar minyak atau secukupnya.
  • Balik-balikkan supaya masak serata.
  • Angkat dan toskan.
  • Boleh potong sesuka hati.
  • Hidangkan dengan sos pencicah

MEMBURU RINDU..


Rabu, 9 November 2016

CHICKEN POPCORN

Assalam buat semua..
Bertemu kembali dengan resepi lama tapi baru di buat.
Dada ayam....kalau goreng macam biasa tak berapa laku.
tapi kalau buat macam ni sekejap saja dah hilang !
Makan pula waktu panas-panas,rangup saja.
dengan saya sekali...tengah dok goreng lepas satu-satu masuk mulut.
Let's try buat

CHICKEN POPCORN
Bahan-bahan
2 keping dada ayam-potong kecil
1 biji telur-pukul sedikit
1/2 cawan tepung potato atau tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung goreng ayam 
2 sudu kecil serbuk kari
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu besar bread crumbs
lada sulah 
serbuk lada hitam
sedikit garam
daun parsli cincang

Cara membuatnya

  • Perapkan ayam dengan lada sulah dan serbuk lada hitam.
  • Campurkan semua bahan kecuali telur.
  • Masukkan ayam perap ke dalam telur dan gaul rata.
  • Gaulkan ayam bersalut telur denagn bahan tepung.
  • Panaskan minyak untuk menggoreng.
  • Ambil ayam satu-satu dan masukkan ke dalam minyak.
  • Goreng hingga perang dan rangup.Toskan.
  • Taburkan daun parsli cincang di atas ayam.
  • Hidangkan dengan sos cili Thai.

Sabtu, 5 November 2016

CORNFLAKES MADU

 Assalam buat semua..
Cerita hari ini..
Terjumpa cornfakes yang saya beli entah bila,mungkin masa nak raya hari tu agaknya.
Beli barang stok masakan banyak kadang-kadang boleh lupa.
Abang Amzar suka makan Cornflake madu.
boleh buat kudapan masa buat homework. 
Let's try buat.

Bahan-bahan
125 gm butter
1/2 cawan gula perang
1 cawan madu
1 kotak/500 gm cornflake Nestle 
1 cawan kismis
1 cawan almond nibs/gajus panggang

cawan kertas kecil
ceri merah dan hijau

Cara membuatnya
  • Panaskan butter dan gula hingga cair.
  • Kemudian gaulkan rata dengan kismis,almond nibs dan cornflakes.
  • Sudukan ke dalam cawan kertas kecil.
  • Hiaskan dengan ceri merah dan hijau.
  • Bakar dalam oven pada suhu 170'c selama 8-10 minit.
  • Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Jumaat, 4 November 2016

PUDING SEDUT

Assalam buat semua...
Puding sedut ni pernah trending dari tahun lepas lagi.
Dah beberapa kali buat tapi selalu saja tak sempat nak post.
Best juga di makan sejuk-sejuk walaupun sekarang musim hujan.
Let's try buat.

PUDING SEDUT

Bahan-bahan
1 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula
1 cawan susu segar/susu cair
1 cawan coffemate atau krimer/susu tepung
1 sudu teh esen vanila
pewarna
perisa makanan-pisang ,strawberry,pandan

Cara membuatnya

  • Satukan serbuk agar-agar bersama air,gula,susu segar,krimer dan esen vanila.
  • Masak hingga mendidih.
  • Bahagikan kepada beberapa warna dan perisa pilihan.
  • Sediakan gelas atau botol yang sesuai.
  • Jika buat satu warna tuangkan ke dalam gelas dan sejukkan.
  • Jika menggunakan beberapa warna,tuang satu lapis warna dulu dan sejukkan.
  • Bila mula mengeras sedikit tuangkan warna yang lain pula.
  • Buat sehingga habis.
  • Sejukkan dalam peti sejuk dan hidangkan dengan straw.