style="text-align: center"

Isnin, 30 Januari 2017

RINDU..





















Rindu yang ku sembunyikan dalam lukisan..
adakah kau telah ketemukan?..
Lokasi :Jalan Tok Bali -Kuala Besut

Sabtu, 28 Januari 2017

KEK PANDAN KUKUS

Assalam buat semua..
Apakata hari ini kita belajar buat kek yang mudah dan ringkas sahaja..
Kek Pandan kukus ni senang saja nak membuatnya ...blender saja.
Teksturnya gebu dan lembut.
Kalau rasa muak makan kek aising atau seumpamanya,bolehlah cuba buat kek ini.
Resepi dari perkongsian di FB.Thanks.
Let's try baking

KEK PANDAN KUKUS

Bahan-bahan
1/2 cawan gula halus
3 biji telur
1/4 cawan susu cair
1/4 cawan minyak
1 sudu besar ovalette
1 suud kecil esen pandan
1 sudu kecil pewarna hijau

Blendkan semua bahan di atas sampai kembang selama 3-5 minit.

Bahan ayak
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder

Cara membuatnya

  • Panaskan pengukus
  • Tuang adunan yang di kisar ke dalam mangkuk. 
  • Masukkan tepung yang di ayak sedikit demi sedikit sambil di kacau guna whisk.
  • Sapukan loyang dengan minyak.
  • Tuangkan adunan kek ke dalam loyang.Tutup atasnya dengan aluminium foil atau balut tutup pengukus dengan kain.
  • Ini untuk elak air dari menitik di atas kek.
  • Bila air mendidih,kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

Selasa, 24 Januari 2017

UBI KAYU KUKUS

 Assalam buat semua..
Ubi kayu kukus ni biasa di buat oleh orang dulu-dulu.
Kiranya resepi nostalgia zaman muda la ni☺.
Resepi dulu-dulu.,sukatan bahan-bahan  main pakai agak jer.
Makan dengan kelapa muda parut bersama secawan nescafe panas sambil tengok hujan turun.What a feeling!..
Masa hujan minggu lepas dapat ubi kayu ni dari  kawan lama saya, Noriana.
Saya parut dan simpan dalam freezer.
Tunggu hujung minggu baru boleh main masak-masak.
Let's try buat

UBI KAYU KUKUS

Bahan-bahan
ubi kayu-di parut
gula merah hancur(dalam pek) atau gula melaka-di parut
kelapa muda parut
garam /gula secukup rasa

Cara membuatnya

  • Panaskan pengukus sampai air mendidih
  • Gaulkan ubi kayu parut bersama sedikit garam dan gula merah hancur.
  • Kalau inginkan lebih atau kurang manis letak gula merah ikut citarasa masing-masing.Yang saya buat seperti dalam gambar di atas tidak berapa manis.
  • Kukus sehingga masak-ubi kayu parut bertukar warna jernih.
  • Sementara itu gaulkan kelapa muda parut bersama sedikit garam dan gula.
  • Bila masak makan ubi kayu kukus bersama kelapa muda.


Ahad, 22 Januari 2017

PIZZA GUNTING

Assalam buat semua..
Tengah-tengah banjir kat Kota Bharu,Kelate ni,,semua orang pun pakat lapar.
Masak la itu-ini dari tengahari sampai ke senja.
Semuanya di sapu licin.Post Pizza Gunting dulu la..
Kapsyen tuan punya resepi pizza ni,-Puan Ummul Alifah Salim.
"Teringin nak makan pizza tapi malas betul nak menguli doh.Kalau tak mahir,silap-silap keras pula.Macam mana cara buat pizza yang paling mudah tapi sedap ya?"
Thanks..saya kongsi di ruangan ini pula.
Teruja saya nak membuatnya kerana baru kali pertama jumpa resepi sebegini.Nampak mudah saja.
Cuma guna roti yang di gunting sahaja sebab tu agaknya di namakan Pizza Gunting.Saya guna loyang pie saja..
Let's try baking

 PIZZA GUNTING

Bahan-bahan
resepi ini untuk satu loyang 10" x 10"
9 keping roti sandwich
3 batang sosej -potong kecil
100 gm isi ayam/daging cincang-saya guna pepperoni
5 biji telur gred A
1/2 biji lada benggala-potong dadu
bawang besar dan bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
mayonis dan cheddar cheese secukupnya

Tambah
Keju kraft
daun bawang

Cara membuatnya

  • Tumis bahan
Mula-mula,potong kiub kecil bawang besar dan cincang bawang putih.
Tumiskan bawang sampai naik bau dan masukkan serbuk kari beserta ayam atau daging/pepperoni.
Apabila masak,masukkan sosej dan akhir sekali lada benggala dan daun bawang.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Gunting roti
Kemudian kita akan membuat base pizza menggunakan roti.Caranya,gunting roti kecil-kecil seperti dalam gambar di bawah ini.
  • Pukul telur
Dalam sebuah bekas lain,pecahkan telur.Jika telur kecil,boleh tambah sebiji lagi supaya pizza lebih moist.
  • Campurkan dengan bahan tumisan.
Langkah seterusya,campurkan telur yang di pukul tadi dengan bahan tumisan.
  • Gaulkan dengan roti
Tuangkan campuran telur ke atas roti gunting.
Pastikan anda menggaulnya sehingga sebati.
  • Bakar dalam oven
Setelah sebati,ratakan campuran yang telah di gaul ke dalam dulang.
Sebelum itu jangan lupa sapu marjerin dahulu untuk mengelakkan daripada melekat.
Bakar pada suhu 170'c selama 20 minit.
  • Hias dan tambah topping
Keluarkan dari oven.
Sapukan sos kegemaran anda.
Potong kiub keju kraft dan letakkan rata-rata di atas pizza(versi saya ).
Taburkan cheddar cheese yang telah di parut.Kalau nak guna Mozarella pun sedap juga.
Paipkan mayonis ikut selera masing-masing.


  • Bakar sekali lagi
Bakar sekali lagi selama lebih kurang 10-15 minit atau sehingga mayonis tidak melekat di tangan
  • Siap
Inilah pizza Gunting yang telah siap.
Saya paipkan juga sedikit sos cili di atasnya.

Rabu, 18 Januari 2017

KERABU PUCUK PAKU

Assalam buat semua..
Kerabu pucuk paku atau kerabu lain-lain lagi boleh di buat dalam dua versi.
Dengan menggunakan santan atau guna kerisik sahaja.
dua-dua pun sedap
Tiada sukatan pun kalau nak buat kerabu.Sesedap dan secukup rasa sahaja.
Pucuk paku pun murah saja RM 2 untuk seikat.
cukup lah untuk sekali makan.
Let's try buat.

KERABU PUCUK PAKU

Bahan-bahan
1 ikat pucuk paku
2 ulas bawang merah-hiris nipis
1 cawan isi kerang
1/2 cawan kerisik
beberapa biji cili padi-potong kecil
jus limau nipis
sos ikan
sedikit gula

Bahan tumbuk
4 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam biji

Cara membuatnya

  • Didihkan air dan celur sebentar pucuk paku.Toskan.
  • Kemudian celur isi kerang.
  • Tumbuk lada hitam kemudian masukkan bawang merah.Tumbuk sampai hancur.
  • Gaulkan semua bahan dalam mangkuk.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

Ahad, 15 Januari 2017

SPAGHETTI

 Assalam buat semua..
Boleh saja saya makan pasta hari-hari,untuk ganti nasi.Kalorinya boleh tahan juga untuk setiap 100 gm.
Tapi tu lah harapkan saya sorang saja makan 2-3 hari baru boleh habis.
Nak buat sikit-sikit tak berbaloi rasanya.
Ni pun saya buat masa tetamu datang,cepatlah habis.
Let's try masak.

SPAGHETTI

Bahan-bahan
1 paket spaghetti
1 tin sos Prego Tradisional
1 biji tomato,buang biji dan potong dadu
2 biji bawang Holland-potong dadu.
1 labu kecil bawang putih-cincang
1 paket daging kisar
1 tin cendawan butang-potong kecil
1 tin nenas kiub-potong kecil
serbuk cukup rasa Maggi
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya.

Cara membuatnya

  • Masak air sampai mendidih.Masukkan sedikit garam dan minyak sayur.
  • Rebus spaghetti sampai lembut.
  • Angkat dan toskan airnya.

Untuk kuah


  • Panaskan minyak sayur dan tumis bawang Holland dan bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan daging cincang dan cendawan butang.Biarkan sampai daging bertukar warna pucat.
  • Kemudian masukkan nenas dan tomato kiub.
  • Masukkan air secukupnya untuk mendapatkan konsisten yang di ingini.Kalau saya,suka yang berkuah sedikit.
  • Masukkan garam,gula dan serbuk cukup rasa.
  • Biarkan kuah mendidih ,sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
  • Hidangkan bersama spaghetti yang telah siap di rebus tadi.

Sabtu, 14 Januari 2017

TART NENAS

 Assalam buat semua..
Biskut yang menjadi kesukaan saya tak kira musim raya atau pun tidak.
Saya buat semalam untuk menghabiskan jem nenas yang masih tersimpan dalam peti sejuk semenjak bulan puasa lepas.
Nasib baik tarikh luputnya April 2017,
kalau tidak dah jadi hadiah untuk dustbin.
Ingat mulanya nak cuba buat Tart nenas kerang.
tapi acuan yang saya ada tak sesuai pula walau pun ia berbentuk kerang.
Akhirnya saya gentel,letak inti,cucuk dengan garfu,sapu kuning telur then bakar.
Tak begitu cantik la begini..
Guna resepi ni kita akan dapat tart nenas yang rangup dan tidak terlalu gebu.
Let's try baking.

TART NENAS

Bahan A
1 1/2 cawan butter
1/2 cawan marjerin
6 sudu besar susu pekat
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning

Bahan B
4 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung kastard
4 cawan tepung gandum-di ayak

Bahan sapuan
1 biji kuning telur
pewarna kuning
*di campur bersama

jem nenas secukupnya
Cara membuatnya
  • Gaul bahan A guna senduk sahaja hingga sebati
  • Masukkan esen vanila,tepung kastard dan tepung jagung.
  • Masukkan tepung gandum sebanyak 2 cawan dahulu.Gaul sebati.
  • Kemudian tambah tepung gandum selebihnya sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  • Ambil sedikit doh,masukkan inti nenas dan bentukkan ataupun masukkan ke dalam acuan kerang.
  • Susun di atas loyang dan buat sampai habis
  • Cucuk dengan garfu dan sapu kuning telur.
  • Bakar dalam oven denagn suhu 160'c selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing.

Jumaat, 13 Januari 2017

AYAM KRIUK-KRIUK

Assalam buat semua..
Inilah ayam goreng kesukaan Azim
Seminggu sekali dia akan makan ayam goreng ni
Tiap kali tiba hari Jumaat di mana saya tidak bertugas pada hari tersebut..
dia akan request ayam kriuk-kriuk ni.
Ayam goreng biasa jer tu..cuma dia suka gaulkan kriuk-kriuk crunchy tu dalam nasi.
Let's try buat

AYAM KRIUK-KRIUK

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam-di potong.
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk cukup rasa Maggi

Gaulkan bersama  ayam dan biarkan seketika.

Tepung goreng berempah Adabi
minyak secukupnya untuk goreng ayam

Bahan kriuk-kriuk
4 ulas bawang bombay
2 inci halia
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh serbuk cukup rasa
1 sudu teh gula
1 sudu besar tepung goreng berempah.

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak untuk menggoreng ayam.
  • Goreng ayam setengah masak dengan api sederhana.
  • Toskan
  • Kemudian campurkan tepung goreng berempah dengan sedikit garam.
  • Tambahkan air untuk mendapatkan konsisten yang pekat untuk menyalut.
  • Salutkan kepingan ayam dan goreng sekali lagi dengan api sederhana hingga masak dan garing.
  • Toskan.
Untuk kriuk-kriuk
  • Potong dan cincang halus bawang bombay dan halia.
  • Letakkan dalam kitchen towel bersih dan perah airnya.
  • Kemudian gaulkan dengan sos ikan,serbuk cukup rasa dan tepung goreng berempah.
  • Panaskan minyak lebihan goreng ayam tadi dan goreng hingga garing.
  • Sentiasa mengacau supaya tidak hangit.
  • Akhir sekali masukkan gula,goreng sebentar lagi dan angkat.
  • Toskan kriuk-kriuk dalam penapis.
  • Kemudian letakkan  di atas kitchen paper/kertas serap minyak.
  • Taburkan di atas ayam yang telah siap di goreng tadi. 
Azim......Azim,ayam goreng dah siap ni!..
Dia tak makan ayam sejuk...

Selasa, 10 Januari 2017

CREAM PUFF


Assalam buat semua..
Jumpa resepi ni masa jalan-jalan kat FB. 
Ada beberapa resepi Cream puff yang telah saya cuba.
Resepinya pun  hampir sama saja.
Rasanya untuk mendapatkan Cream puff yang gebu ataupun cantik bergantung pada teknik kita membuatnya.
Penulis resepi ni bagitau cream puff ni gebu.
Tapi bila dah siap yang saya buat ni,ia jadi macam rangup pula kulit puffnya.
Tak apa lah bukan orang lain yang nak makan..saya juga yang habiskannya..

CREAM PUFF
Bahan-bahan
100 gm butter
250 ml air
1 sudu besar gula kastor
125 gm tepung superfine
3 biji telur

 Cara membuatnya

  • Didihkan air,butter dan gula.
  • Tutup api dan masukkan tepung dan kacau rata.
  • Gaul sampai tak lekat di kuali.Biarkan adunan jadi suam
  • Kemudian masukkan telur sambil di kacau rata hingga adunan sebati dan jadi lembut.
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang.
  • Alaskan loyang dengan baking sheet dan paipkan sampai habis.
  • Bakar dalam oven pada suhu 180'c selama 25-30 minit bergantung pada oven masing-masing.
Inti cream puff
250 ml susu segar/susu cair/susu full cream
50 gm gula kastor
30 gm tepug jagung
10 gm tepung kastard
sedikit pewarna kuning
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur

Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau dengan whisk di atas api sederhana sehingga pekat dan berkrim.
Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam piping bag.
Paipkan inti ke dalam cream puff yang telah siap di bakar.

Isnin, 9 Januari 2017

ZEBRA ROLL CAKE

Assalam buat semua..
Saya cuba lagi buat Animal printed cake by Tastemade
Sungguh gebu dan lembut sekali kek ni.
Resepi dan cara membuatnya pun mudah saja.
Anak-anak saya suka makan kek gulung.
Sebab tu saya sentiasa cuba buat kek gulung dengan pelbagai versi
Yang ni pun best juga,boleh buat lagi selepas ini.
Resepi saya adjust sikit untuk di sesuaikan denagn citarasa sendiri. 
Resepi di bawah dari Tastemade
Let's try baking. 

ZEBRA SWISS ROLL CAKE

Bahan-bahan
3 biji telur
35 gm air
30 gm minyak sayur
15 gm gula kastor untuk kuning telur
45 gm gula kastor untuk putih telur
65 gm tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya

  • Asingkan putih telur dan kuning telur.
  • Campurkan gula,air,minyak sayur,esen vanila dan kuning telur dalam satu bekas dan pukul sampai kembang.
  • Ayakkan tepung dan gaul rata ke dalam adunan.
  • Putar telur putih sambil di masukkan gula sedikit demi sedikit.
  • Putar sampai putih telur menjadi kaku/stiff peak.
  • Masukkan sedikit demi sedikit putih telur ke dalam adunan pertama tadi dan gaul rata dengan spatula.
  • Ambil satu senduk kecil adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan gaul rata.
  • Alaskan dulang pembakar dengan baking sheet.
  • Paipkan adunan koko membentuk corak zebra di atas baking sheet.
  • Bakar selama 1 minit dengan suhu oven 180'c.
  • Keluarkan dari oven dan tuangkan adunan selebih yang berwarna putih dan bakar lagi selama 12 minit dengan suhu 180'c atau sehingga masak.
  • Sejukkan kek sebelum di gulung dengan krim putar.
Untuk krim
200 ml krim putar
15 gm gula aising

Putar sehingga stiff peak dan sapukan pada kek.
Gulung dengan perlahan-lahan sambil di tekan sedikit.
Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum di potong.

Sabtu, 7 Januari 2017

PHOTO OF THE WEEK

Hujan yang turun bersama airmata
Bersama pedih,bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

By Sudirman

Jumaat, 6 Januari 2017

BISKUT FAMOUS AMER CHOCOLATE COOKIES

Assalam buat semua..
Saya buat biskut ni untuk Abang Amzar. 
Biasanya kalau weekend dia tak balik,kami akan datang melawatnya di sana.
Dia suka makan biskut coklat cip homemade.
Saya tambah kismis sikit,kalau harap dia nak makan begitu saja payah juga. 
Boleh lah buat kudapan time dok belajar tu..
Resepi dari Chef Amer.
Let's try baking

BISKUT FAMOUS AMER CHOCOLATE COOKIES

Bahan A
200 gm mentega
50 gm shortening
70 gm gula pasir
90 gm gula perang
1 sudu teh esen vanila.
1 biji telur +1 kuning telur+1 sudu besar susu cair

Bahan B (satukan)
330 gm tepung gandum
10 gm serbuk koko
30 gm susu tepung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
100 gm coklat cip
100 gm coklat susu -sagat
80 gm almond flakes/almond nibs-sangai dulu
60 gm cornflakes-ramas kasar
1/4 cawan kismis-saya tambah

Cara membuatnya
  • Pukul mentega,shortening dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan esen vanila,telur dan pukul lagi hingga sebati.
  • Ayak tepung,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.
  • Kemudian dengan semua bahan B yang lain di dalam mangkuk.
  • Masukkan adunan mentega dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
  • Ambil doh sebesar ibu jari dan susun di dalam dulang pembakar.Jarakkan sedikit.
  • Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 160'c selama 20-25 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Rabu, 4 Januari 2017

ROTI POKET

Assalam buat semua..
Roti poket ini sungguh crispy,makan pula dengan inti ayam.
Ringkasannya..best!.
Intinya boleh di letak apa sahaja yang kita sukai.
Saya memilih untuk meletakkan inti ayam dan salad sahaja.
Let's try buat

ROTI POKET

Bahan-bahan
10 keping roti sandwich
1 biji telur
bread crumbs
minyak untuk menggoreng

  • Canai atau gelek roti sampai nipis tanpa di buang tepi-tepinya. 
  • Susun bersama dua keping roti dan tekap dengan bekas bulat yang sepadan dengan saiz roti.
  • Pecahkan telur dan kacau sedikit.
  • Panaskan minyak dengan api sederhana.
  • Sapukan telur dengan berus pada keseluruhan roti dan salut dengan bread crumbs.
  • Goreng sampai kelihatan perang dan garing.Roti akan mengelembung ketika di goreng.
  • Angkat dan toskan minyak dengan kertas serap minyak.
Bahan inti
1 keping dada ayam-potong kiub kecil
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
serbuk cukup rasa
serbuk cili flakes
minyak sayur

daun salad


  • Gaulkan isi ayam dengan semua bahan dan perap seketika.
  • Panaskan sedikit minyak sayur dan goreng isi ayam hingga masak.
Roti tadi di potong dua dan masukkan daun salad.
Kemudian masukkan inti ayam dan picitkan sos cili,sos lada hitam dan mayonis.
Sedia untuk di hidangkan.

Isnin, 2 Januari 2017

TART KENTANG CHEESE

Assalam buat semua..
Buat Tart kentang ini sebab nak menghabiskan kentang yang dah lama tersimpan.
Sampai dah tumbuh tunas-tunas kentang tu..
Tambahan pula sekarang ni musin hujan,sejuk-sejuk duk dapur sampai ia bertunas pula..
Sepatutnya ia di bakar dalam acuan muffin tanpa di alas dengan paper cup.
Saya pula..gatal tangan gi alas,susahlah sikit waktu nak makan
habis tart melekat pada cawan kertas !.
Mulanya saya ingat macam kek cawan,senang di tanggalkan dan tidak melekat..sebaliknya tidak.
Tu la sapa suruh pandai-pandai tak ikut arahan resepi.
Resepi asal dari Resepi Bonda.thanks
Let's try baking

TART TENTANG CHEESE

Bahan-bahan
5 biji kentang
1 biji karot
1 biji bawang besar
sedikit potongan daun bawang
2 batang crab stick sosej-potong kecil
1/4 cawan susu segar
3 biji telur
mozarella cheese parut
garam dan serbuk lada putih
2 sudu besar jagung
serbuk lada hitam

Cara membuatnya

  • Parut halus kentang dan karot.Bawang besar di cincang halus.
  • Perah keluar air bahan parut tadi dengan kitchen towel yang bersih.
  • Campurkan parutan kentang,karot dan bawang besar dalam satu bekas.
  • Pukul telur besama susu,serbuk lada hitam dan putih,garam dan tuangkan ke dalam campuran kentang tadi.Kacau rata.
  • Masukkan daun bawang,crab stick,tepung jagung dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati.
  • Sapukan butter atau minyak di sekeliling muffin pan.
  • Masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam acuan.
  • Letakkan cheese parut di atasnya.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 190'c selama 20 minit atau sampai cheese bertukar perang.
  • Sedap di makan bersama sos pilihan atau di makan begitu saja.

Ahad, 1 Januari 2017

KULAT SISIR GORENG IKAN MASIN

Asalam buat semua..
Resepi pertama pembuka tirai 2017..
Kulat sisir ni banyak di jual di pasar-pasar tani sekitar Kota Bharu dengan sukatan dulu-dulu..dalam tin susu dengan harga Rm 3.
Makan dengan nasi panas jadi appetiser la..
di Kelantan,biasanya kulat sisir di goreng sahaja ataupun di masak lemak putih.
Dulu-dulu masa saya masih bersekolah,selalu kutip kulat sisir di batang pokok getah tumbang.
Kenangan itu..semakin jauh berlalu tetapi masih kekal dalam ingatan.
Let's try masak

KULAT SISIR GORENG DENGAN IKAN MASIN

Bahan-bahan
1 1/2 tin kulat sisir
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji telur
1 keping ikan Tenggiri masin
1 sudu teh lada hitam biji
1 biji lada merah atau hijau atau cili padi
1 biji bawang besar-potong nipis
air secukupnya
minyak sayur

Cara membuatnya
Rendam kulat sisir dalam air bergaram seketika untuk membuang segala kekotoran.
Ramas-ramaskan kulat sisir dalam air bergaram tadi bertujuan untuk melembutkannya.
Kemudian toskan.
Tumbuk bawang merah,bawang putih dan lada hitam sampai hancur.
Gaulkan bersama kulat sisir.
Masukkan kulat sisir ke dalam kuali dan masukkan air.
Renehkan sampai air kering dengan api perlahan.
Bila kulat nampak lembut,angkat dan ketepikan
Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan masin sampai garing.
Masukkan bawang besar dan cili padi atau lada besar.
Masukkan kulat tadi dan pecahkan sebiji telur dan gaul bersama.
Goreng sampai kulat masak dan sentiasa kacau supaya tidak bergentel.
Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.