Rabu, 30 November 2011

DAGING GORENG REMPAH

Salam semuaaa..dah seminggu tidak bersiaran di alam maya.Sebenarnya saya sibuk sangat di alam nyata pergi bercuti kat Pahang dan K-el.Hari ini baru balik bercuti,sambil-sambil dok mendobi kain yang bertimbun tu ,saya masukkan entri tertangguh ni iaitu Daging goreng ketumbar/rempah.Resipinya di ajar oleh arwah ibu saya.Semasa hayatnya dulu(nostalgia lagi!)arwah sangat suka makan Daging goreng rempah ni.Tapi masa tu daging ini di potong halus-halus dan kecil supaya rempah lagi terasa.
Mari kita tengok resipinya pula,
DAGING GORENG REMPAH
Bahan-bahan
  • 250 gm.daging
  • 2 sdb.biji ketumbar/rempah
  • 2 helai daun limau purut-di potong halus
  • 1 labu bawang besar/bombay -di potong bulat
  • garam/gula secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 sdb.sos tiram 
  • 1sdb.cili kering kisar
Cara membuatnya.
  • Potong daging nipis-nipis,basuh bersih dan toskan.
  • Sementara itu,tumbuk biji ketumbar dan gaulkan bersama daging,serbuk kunyit,cili kering kisar dan sedikit gula.
  • Biarkan dan perap selama lebih kurang 1/2-1 jam.
  • Panaskan kuali dan masukkan daging yang di perap tadi dan goreng dengan api sederhana hingga airnya hampir kering.
  • Kemudian masukkan sedikit minyak dan goreng hingga daging masak dan sedikit garing.
  • tambahkan sos tiram, bawang besar dan garam secukup rasa serta taburkan daun limau purut yang telah di potong halus tadi.
  • Bolehlah di angkat untuk di hidangkan.

Jumaat, 25 November 2011

KENALI PASTRI

Seimbas pandang, roti dan pastri tidak banyak bezanya.Malah ramai yang menilai kedua-duanya sebagai hidangan yang sama lantaran masing-masing perlu di bakar sebelum di hidangkan .
Pastri merupakan nama bagi bermacam-macam jenis doh yang di perbuat daripada kombinasi pelbagai jenis bahan.Ini termasuk tepung,mentega ,garam dan air.Hasil gabungan bahan-bahan ini kemudiannya akan di canai nipis untuk di jadikan asas kepada pastri.Lazimnya pastri yang baik bersifat lembut dan rapuh.Ia juga mudah berderai sewaktu di jamah.Bahagian tepinya pula berwarna perang keemasan.Manakala tengahnya nampak perang dan pucat.Antara pastri yang acapkali menjadi pilihan ialah pai dan tat.

Proses menghasilkan pastri perlu di lakukan dengan teliti dan berhati-hati agar tiada gelembung udara padanya.Jika ada gelembung ini ,ia akan kian membesar sewaktu pastri di 
bakar.Keadaan ini bakal merosakkan teksturnya.Selain itu ia tidak sesuai di uli lama kerana rangkaian gluten akan menjadi panjang.Setiap bahan perlu di adun dengan sebati bagi memperolehi lapisan yang nipis.

Ketika menghasilkan pastri, air ais di perlukan bagi menyatukan adunan doh selain menghasilkan sedikit gluten.Jika mengunakan air panas, gluten yang banyak akan di hasilkan yang akan menjejaskan proses pencanaian dan pastri boleh mengecut ketika di bakar.
Selain dari itu juga pastri tidak tahan lama.
Pastri yang baik bersifat sangat ringan.Walaupun begitu ia cukup kukuh untuk  menyokong berat isinya.Pastri perlu  di bakar sebelum boleh di jamah.Namun isi pai padanya tidak semestinya perlu di bakar.


Terdapat beberapa jenis pastri.Antaranya seperti danish,puff dan filo.Setiap pastri mempunyai campuran bahan  dan teknik penyediaan  yang berbeza.Walaubagaimanapun penggunaan bahan asas masih sama.
Berasal dari Denmark,pastri danish cukup popular di merata tempat.Ia di hasilkan dari gabungan tepung,susu ,telur dan mentega.Setelah di canai ,doh tersebut di sapukan pula dengan mentega sebelum di buat beberapa lapisan.Doh ini boleh di sejukkan sekiranya perlu.Pastri ini lazimnya berasa manis.

TIP MENGHASILKAN PASTRI
  • Pastikan sukatan setiap bahan betul dan mencukupi.Kesilapan dalam sukatan boleh menjejaskan hasil pastri.
  • Ayak tepung sekurang-kurangnya 3 kali.Cara ini bukan sahaja untuk menyingkirkan gumpalan,tetapi ia perlu bagi menyamaratakan kandungan gluten agar pastri tidak mengecut  semasa di bakar.
  • Tambahkan sedikit jus lemon untuk menggalakkan pengenduran dan pemendekan rangkaian gluten
  • Lakukan setiap proses pada tahap sederhana  dan tidak keterlaluan.

  • Pembuatan pastri berlangsung langkah demi langkah.Setelah satu langkah selesai ,biarkan ia seketika sekurang-kurangnya 1 jam.Contohya selepas doh selesai di canai.Cara ini membolehkan rangkaian gluten memendek dan mengendur.
  • Sejukkan bahan seperti air dan telur di dalam peti sejuk terlebih dahulu.
  • Pastri memerlukan kepanasan ketuhar yang bersesuaian. Suhu yang terlampau rendah boleh menyebabkan pastri nampak pudar,keras dan hambar.
Sumber:Majalah Keluarga Feb.2005.
Gambar :Cik Google

Isnin, 21 November 2011

STUFFED TOFU


Salam bahagia ...hujan lebat kat luar rumah tu.Dah dua hari saya tak menulis bila kemalasan melanda.Tapi hari ini kena menulis juga sebab dok teringat-ingat kat kawan kita yang bernama 'blog' ini.
Hari ini saya nak tulis pasal Stuffed tofu yang sedap dan lembut gebu ini.Kita kongsi resipi kat sini pula .Saya tengok resipi ini dari Blog Dayangjack.

STUFFED TOFU 
Sumber:dayangjack.blogspot.com/Dapurku sayang.thanks

Bahan-bahan

  • 3-4 keping tauhu (digaul bersama sedikit garam)
  • 2-3 ekor udang basah (direbus dan dicincang)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • sedikit lobak merah (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 sdt serbuk lada hitam
  • 1/2 biji cili merah (dibuang biji dan dihiris dadu)
  • 2 helai daun bawang (dihiris)
  • 1 sdt. lada sulah                                        
  • garam secukupnya
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)


Cara membuatnya


  • Goreng tauhu sehingga keperangan tetapi jgn sampai masak. Kemudian dibelah 2 dan keluarkan isinya.Hancurkan isi tauhu tersebut.
  • Gaulkan isi tauhu bersama semua bahan di atas kecuali telur dan sumbatkan semula ke dalam tauhu tadi.
  • Celupkan tauhu ke dalam telur dan gorengkan sehingga masak.
  • Hidangkan bersama sos cili dan mayonis.

Sabtu, 19 November 2011

KEK COKLAT TIRAMISU

Salam semua..hari ini buat kek lagi .Biasalah cuti sekolah dah bermula.Budak-budak 3 orang tu asyik nak makan saja .Tukang masak ni tak keluar -keluar dapur kalau hari tak kerja.Hari  ni dia orang minta nak makan  kek coklat .Saya buat lagi kek coklat tanpa telur tapi kali ini di lapisi oleh Krim tiramisu. 
KEK COKLAT TIRAMISU
Sumber:Dayangjack.blogspot

Bahan-bahan-Kek coklat moist tanpa telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 2 sdk.serbuk penaik
  • 1 sdk.soda bikarbonat
  • 1/2 sdk.garam halus
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 3/4 cawan minyak masak/minyak jagung
  • 1 1/2 cawan air kopi /nescafe panas
  • 3/4 cawan susu perisa coklat
  • 1 sdk.esen vanila
  • 2 sdk.cuka
Cara membuatnya
  • Sediakan loyang kek.Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung/alas dengan baking sheet.
  • Panaskan oven pada suhu 170-180'c.
  • Di dalam mangkuk adunan ayakkan tepung gandum,serbuk koko,serbuk penaik dan soda bikarbonat.Masukkan garam dan ratakan .
  • Satukan gula,air kopi/nescafe panas,susu segar dan esen vanila ke dalam satu bekas dan bancuh hingga gula larut.
  • Kemudian satukan dengan tepung tadi dan masukkan minyak serta di kacau sebati.
  • Tapiskan adunan dan masukkan cuka dan terus di kacau serta -merta selama 20 saat(guna spatula/senduk kayu).
  • Tuang cepat-cepat adunan kedalam loyang dan bakarlah selama 30-40 min. atau sehingga masak.Suhu bergantung kepada jenis oven masing-masing.Setelah masak ,sejukkan kek terlebih dahulu.
Bahan -bahan Tiramisu
  • 500gm.cream cheese
  • 400gm. whipping cream
  • 100-150 gm.gula aising
  • air nescafe secukupnya
  • serbuk koko
** Saya buat separuh dari bahan-bahan ini.

Cara membuatnya:Pukul cream cheese bersama gula aising hingga sebati.Kemudian masukkan whipping cream.Putar lagi hingga kembang dan gebu.

Cara-cara melapis
  • Potong kek coklat menjadi 2 lapis.
  • Susunkan lapisan pertama ke dalam ke dalam loyang atau bekas bersesuaian.
  • Kemudian siramkan dengan air nescafe di atasnya.Lapiskan dengan adunan tiramisu.
  • Ulangi proses hingga habis dan di akhiri dengan lapisan tiramisu di permukaannya.
  • Sejukkan selama 3-4 jam.
  • Kemudian ayakkan serbuk koko pada permukaan kek dan hiaslah mengikut kesukaan masing-masing.

POKOK BEBAWANG

POKOK BEBAWANG
HIPPEASTRUM MRS.GARFIELD
Pokok bebawang atau 'bulb' dalam Bahasa Inggeris adalah sejenis tanaman hiasan kegemaran peminat seni taman sejak dulu lagi.Mungkin ada di antara anda pernah melihatnya semasa kecil dulu.Pokok hiasan ini berbunga cantik terutama jika di tanam dalam skala yang besar.Apa kata kita hidupkan semula nostalgia ini dengan menanamnya di depan rumah kita.
Ia sesuai di tanam dalam medium tanaman yang kaya dengan bahan organik di mana air siraman senang  air mengalir keluar.

Penjagaan
  • Siram sehingga air mengalir keluar dari bawah pasu dua kali sehari pada musim panas.
  • Apabila pokok telah mula tumbuh bolehlah di beri pembajaan yang seteusnya sama ada menggunakan baja kandang ,baja kimia dan sebagainya.
  • Berikan baja yang berwarna hijau untuk pertumbuhan pokok yang sihat.Seterusya berikan baja yang berwarna merah untuk menggalakkannya berbunga.
  • Dedahkan kepada cahaya matahari yang banyak untuk mengalakknya ia berbunga.Setiap pokok dewasa yang subur hanya akan mengeluarkan setangkai bunga yang besar dengan beberapa kudup bunga ,biasanya 3 kuntum yang tidak akan kembang sekaligus tetapi secara berperingkat-peringkat.Bunganya boleh bertahan untuk selama beberapa hari...sungguh cantik!
Sumber:Majalah Midi

    Jumaat, 18 November 2011

    BIHUN SUP TULANG

    As- salam!
    Bulan ni kerap sungguh entri pasal daging.Ye la daging korban hari tu masih banyak lagi ni tengah sejuk membeku.Sekali masak sikit-sikit, bila la nak habis.Dah macam -macam masakan yang telah di buat dan salah satunya Bihun sup tulang ni.Resipinya saya tengok Blog jom masak-Azila Azmi.Kita juga boleh menggunakan mee.

    BIHUN SUP TULANG
    Sumber:Jom Masak- Azila Azmi.


    Bahan-bahan: 
    • 1 bungkus bihun (dicelur dalam air panas dan masukkan sedikit kunyit)
    • 1 bungkus mee - (dicelur dalam air panas)
    Bahan Sup Tulang
    • 1 ½ kg tulang lembu (dicuci bersih)
    • ½ kg daging lembu (dicuci dipotong sebesar tapak tangan)
    • 2 peket Sup Tulang Adabi (bunjut, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
    • 2 sudu besar Serbuk Perencah Sup
    • 1 sudu teh biji lada hitam (ditumbuk halus)
    • Garam/gula secukup rasa
    • 4 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • Daun sup
    • Daun Bawang
    • Minyak masak
    Bahan A (dikisar bersama)
    • 6 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • Sedikit air
    Bahan Sambal Cili Merah (resipi orang utara)

    • 4 biji bawang merah
    • 15 sudu besar cili kisar (kena banyak sebab nak masak sampai pekat)
    • 400ml air
    • Minyak masak
    • Gula dan garam secukup rasa
    Bahan Sambal Cili Hitam (resipi orang selatan)
    • 2 ulas bawang putih
    • 10 biji cili api (kalau nak pedas,  lebihkan)
    • Kicap
    • 1 biji limau nipis (ambil air perahan)
    • Gula dan garam secukup rasa
    • Minyak masak
    Bahan-bahan lain
    • Tauhu (Goreng dan potong halus)
    • Daun sup
    • Daun bawang
    • Telur ayam (direbus dan dipotong)
    • Lobak masin
    • Bawang goreng

    Cara membuat sup tulang

    • Tulang dan daging direbus bersama sehingga separuh empuk
    • Masukkan bahan A, perencah sup, set sup tulang Adabi, lada hitam dan garam.
    • Masak atas api yang sederhana sehingga daging menjadi lembut.
    • Panaskan kuali lain dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing.
    • Apabila sup hampir siap, masukkan bawang yang telah ditumis ke dalam periuk.
    • Taburkan sedikit daun bawang dan daun sup. Sup tulang dah siap...

    Cara membuat sambal cili merah

    • Tumiskan bawang merah atas api yang sederhana.
    • Apabila bawang telah kekuningan, masukkan cili kisar.
    • Apabila cili hampir kering, masukkan air
    • Masukkan gula dan garam. Gula letak banyak supaya tidak terlalu pedas.
    • Masak atas api yang perlahan sehingga cili kisar menjadi pekat dan berwarna gelap.
    • Sambal cili merah dah siap.
    Cara membuat sambal cili hitam (sambal kicap)
    • Kupas bawang putih dan bersihkan (tak perlu potong)
    • Goreng bawang dalam minyak yang sedikit.
    • Tumbuk cili api dan bawang putih bersama (kalau nak senang, blend)
    • Masukkan gula, garam,kicap dan air perahan asam limau
    • Gaul rata. Sambal cili hitam siap..
    Untuk hidangan (1 mangkuk):
    • Potong kecil-kecil daging yang telah direbus.
    • Masukkan bihun/mee.
    • Masukkan bahan untuk hiasan dan sambal cili merah/hitam.
    • Masukkan sup tulang dan daging
    • Siap untuk dimakan.... yummmmyy!
    ** Saya telah menaburkan sedikit kacang tanah goreng di atas bihun sup.

      CHIM- CHUM

        
      WIKIPEDIA:
      Chim chum (Thai script: จิ้มจุ่ม) is a Thai style hot pot where the ingredients (meats, vegetables, mushrooms, noodles) are cooked in a clear herb broth of lemongrass, galangal and kaffir lime leaves. Additionally, the broth can contain other herbs such as bai kraphao (Thai basil), spices such as chillies, or be a meat broth.

      Apa itu Chim Chum?
      Sebenarnya saya nak cerita pasal Chim Chum kepada sesiapa yang tak pernah dengar mengenainya.Haa.. kalau orang-orang di Kelantan sure dah tau kan.Chim chum ni agak tersohor di Kelantan.Siapa nak rasa bolehlah berkunjung di Food village Jalan Pengkalan Chepa laluan nak ke airport dan satu lagi kat Cabang Empat Guchil-Bayam dan beberapa
      cawangan baru yang dah di buka.

      Sesiapa yang pernah makan steamboat, mungkin  akan menganggap ini adalah makanan yang sama. Tapi menurut pemilik restoran ini ia sama dengan steamboat tapi tak serupa. Chim Chum ni merupakan menu dari Thailand. Konsepnya sama je dengan steamboat..kita hanya perlu masak sendiri diatas dapur yang disediakan.

      Cara memasak Chim Chum?
      Kita perlu memilih bahan-bahan (ala-ala Yong Tau Foo) yang ingin dimasak, sementara bekas berkuah khas disediakan. Pengunjung perlu meletak sendiri bahan-bahan tadi ke dalam tempat khas seolah-olah memanggang. Setelah masak, ia boleh di makan bersama sos pedas atau sos cili manis.Selain itu, hidangan lain seperti nasi goreng, ,som tam ,nasi air yang sedap ni,puding,laksa siam,mee goreng dan macam-macam lagilah...

      Dapurnya begitu klasik , kat bawah dapur tu ada bara api supaya ia boleh di bakar menggunakan arang. Bab-bab membakar ,memanggang dan meng'steam' ni adalah tugas kita sendiri..Maksudnya self service..Ambil lauk-  pauk,sayuran sendiri & bakar pun sendiri.Tengok tu sapa jadi chef tu!!.

      Tengok kat tengah-tengah tu kita  boleh letak ayam,daging, lepas tu bermacam sayur-sayuran,bebola ayam dan di rendam dalam kuah sup yang tengah panas mengelegak .
      Nasi airnya simple sahaja tapi sedap!



      Antara lauk-pauk & sayur-sayuran seperti cendawan tiram, cendawan shiitake,udang, sotong, ayam,daging black pepper dan bermacam-macam lagilah lauk yang ada.Harganya pula tidak terlalu mahal kalau tak silap tak sampai pun Rm20/seorang.Tambah lauk,sayur dan makanan lain banyak mana pun harga tetap nett!. Boleh tambah dan tambah lagi sampai kenyang.
      Jika sesiapa datang bercuti kat Kelantan, jangan lupa untuk singgah dan berhenti menjamu selera menikmati hidangan yang dipanggil "Chim Chum" yang sedap ini.

      Dah habis makan semua dah tak larat nak bangun!lokasi Restoran Food Village,Jalan Cabang Empat Guchil Bayam,Kota Bharu Kelantan.Berdiri dari kiri:B-Jane,Cik Nor ,kawan Emee dan ke kanan duduk-Mijie,Emee,Pija dan Cik Su.

      Khamis, 17 November 2011

      ROTI GORENG RANGUP

      As-Salam untuk semua..sekarang ni baru dapat mengadap PC gara-gara membaca buku lepas balik dari kerja tadi telah membuatkan saya mengalami severe headache.Selalunya lepas pulang dari kerja saya akan tidur sekejap tapi hari ini terlebih rajin pulak .Saya membaca sampai ke waktu asar dan lepas solat sambung baca lagi.Apalagi kepala pun pening dan menjadi semakin 'parah'.Pukul 9.30 malam baru berhenti.Haa..baru puas hati nak baca buku sangat time mata nak rehat!.
      Entri yang saya letakkan hari ini ialah Roti goreng rangup.Ia sungguh rangup di makan semasa masih panas-panas lagi.Saya juga telah meletakkan sedikit gula halus di atasnya .Kalau tak suka manis boleh di makan begitu saja.

      ROTI GORENG RANGUP
      sumber:HASUE/Myresipi.tq
      Bahan-bahan
      • 8 keping roti
      • serikaya-secukupnya
      • 2 cawan tepung gandum
      • 2 1/2 cawan air
      • 2 sdb.marjerin
      • 1/2sdt.garam
      • 1sdt.gula
      • minyak secukupnya
      • sedikit  pewarna kuning(saya tak letak)

      Cara membuatnya
      • Di dalam bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula.Bancuh dengan air guna whisk letak warna kuning dan ketepikan.
      • Ambil 2 keping roti dan sapukan dengan serikaya dan potong ikut citarasa.Buat hingga kesemua roti habis.
      • Panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng.
      • Celupkan roti tadi kedalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan dan nampak garing.
      • Angkat dan toskan minyaknya.Bolehlah di hidangkan untuk si manja anda.
      ** Roti yang di potong kecil lebih menarik perhatian si manja anda.
      ** Saya tidak menyapu serikaya sebaliknya menggoreng roti selepas di potong empat serta di tabur gula halus.

      Rabu, 16 November 2011

      CHEESE LAYERED CREAM CRACKERS


      Resipi dessert ini di tujukan khas kepada sesiapa yang suka makan Tiramisu sebab rasanya lebih kurang sama dengan Tiramisu dan amat sedap
      sekali.Ia menggunakan Biskut Cream Crackers yang di celup dalam air susu tapi saya mencelupnya dalam air Nescafe.Sebenarnya setiap resipi itu cuma memberi asas dan garis panduan kepada rasanya yang sebenar.Terpulang kepada cara masing-masing untuk mengolahnya supaya mendapat hasil yang sedap dan yang penting ia boleh di makan.

      Saya mendapat resipi yang sedap ini dari Blog Mamazieza.Terimakasih kerana telah sudi berkongsi resipi ini yang di adaptasikan dari resipi asal Allahyarham Susan Jafri Tay(Al- Fatihah)-We share the same name with different spelling!..Kenangan yang telah di tinggalkan di blog beliau membuat saya terharu membacanya(Susanna.fotopages-2007).


      CHEESE LAYERED CREAM CRACKERS
      (Resipi asal dlm .Bahasa English)
      Bahan-bahan
      • 250 gm.cream cheese
      • 65 gm.mentega
      • 1/2 cawan gula
      • biskut Cream crackers
      • susu segar
      • jem strawberry
      Cara membuatnya
      • Pukul cream cheese,mentega dan gula sehingga bergaul rata dan kembang.
      • Sediakan bekas yang sesuai untuk kita atur/susun biskut.Boleh di letakkan alas di dasar bekas supaya senang untuk kita mengeluarkannya nanti-aluminium foil/kertas minyak.
      • Celupkan biskut di dalam susu segar(celup sekejap sahaja)..not too soggy.Letakkan di dalam bekas.
      • Lapiskan dengan adunan cream cheese(lapisan pertama).
      • Lapisan kedua biskut dan seterusnya di sapu dengan jam strawberry dulu sebelum di celup dalam susu segar.
      • Buat langkah yang sama sehingga kesemua adunan cream cheese habis.Letakkan di dalam peti sejuk.
      • Sedap di makan ketika sejuk.
      ***saya telah meletakkan serbuk koko di lapisan atas sekali dan menaburkan biskut yang di hancurkan-untuk hiasan  .

        Selasa, 15 November 2011

        REBUNG GORENG

        As-Salam .Siapa suka makan rebung?saya suka, 1'm a big fan of rebung.Orang putih panggil 'baby bamboo'.Rebung ni sedap di goreng.Sedap juga di gulai lemak putih campur udang dan sedap juga di buat kerabu.Saya ,kalau dapat rebung goreng ni tak makan nasi pun tak apa- makan rebung saja pun jadi.My bodyguard tak makan rebung takut kena 'alahan'.Tak apa la ye,kite tak makan sorang je!.

        REBUNG GORENG
        Sumber:dari dapur

        Bahan-bahan
        • rebung-di cincang dan rendam air.
        • 2 sdb.cili kering kisar
        • 2 sdb.bawang merah kisar
        • 1 sdb.bawang putih kisar
        • 1 sdb.udang kering kisar
        • 1 biji telur-di pukul sedikit
        • sos ikan/gula secukup rasa
        Cara membuatnya
        • Toskan rebung yang telah di rendam tadi.
        • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang kisar dan udang kering.
        • Bila naik bau ,masukkan cili kisar dan goreng hingga masak.
        • Masukkan rebung dan gaul rata dan tambahkan sos ikan dan gula secukup rasa.
        • Tambahkan telur dan gaul bersama rebung.
        • Masak hingga rebung garing sedikit dan bolehlah di angkat.
        • Semasa menghidang taburkan cili padi dan daun sup yang di hiris halus.

          Isnin, 14 November 2011

          KEK CAWAN

          Kek cawan merupakan adunan kek yang di bakar di dalam acuan yang berbentuk cawan.Dengan menggunakan ketuhar dan pemukul kek anda boleh menyediakan kek cawan yang enak.
          Bagi menyediakan kek cawan,anda memerlukan bekas acuan kertas yang keras.Sekiranya anda menggunakan kertas acuanyang lembut pastikan anda susun kertas cawan itu dalam bekas yang berlubang yang di perbuat daripada besi supaya bentuk kek cawan tidak senget apabila di bakar.
                                                                  
          Terdapat pelbagai jenis kek cawan yang boleh anda buat tetapi resipi yang biasa di gunakan  adalah adunan kek mentega.
          Sekiranya anda sukakan kelainan pada kek cawan,anda boleh menambahkan perisa dan ramuan tambahan seperti buah-buahan kering,perisa strawberry atau perisa oren.Ini akan membuatkan tekstur dan rasa kek cawan anda berbeza.
          Kebiasaannya kek cawan akan di hiaskan di atasnya dengan aising iaitu krim yag di sapu dan di hias di atas kek cawan  mengikut kreativiti masing-masing.

          Aising ini di perbuat dari krimwell.Namun anda boleh menggunakan aising lain mengikut kesukaan anda.
          Krimwell akan di pukul bersama gula aising dan sedikit mentega bagi memberikan rasa manis dan enak apabila anda  menyapukannya di atas kek cawan nanti.
          Sebelum menggunakan aising,bahagikan krimwell yang di pukul dan letakkanlah pewarna mengikut kesukaan anda supaya kek cawan yang anda aisingkan itu lebih kelihatan menyelerakan dengan pelbagai warna dan corak.
          Peralatan yang biasa di gunakan untuk kek cawan adalah nozzle dan beg paip.Dengan menggunakan peralatan ini anda boleh menghias atas kek daripada aising dengan pelbagai hiasan seperti bentuk bunga.

          Jika tiada peralatan ini anda boleh membeli bahan-bahan hiasan yang sesuai seperti fondant,gula manik atau bunga -bunga tiruan yang boleh di makan.
          Buatlah rujukan melalui buku,majalah atau laman sesawang untuk mendapatkan idea bagi mencantikkan  lagi hiasan kek cawan anda.Hasilnya nanti pasti akan kelihatan cantik.
          Masa membakar kek cawan adalah lebih singkat daripada kek biasa iaitu sekitar 20-25 min. dan apabila siap di bakar anda perlu membiarkannya sejuk dahulu sebelum menyapu aising kerana suhu yang panas boleh mencairkan aising krimwell anda.Selamat mencuba!

          Sumber:dari dapur Azli Razali
          Gambar:Cik Google