Selasa, 30 September 2014

CUCUR JAGUNG KRIM DAN BILIS

As-Salam buat semua..
Kalau sekarang ni semua orang tengah buat Potato fritters,saya pun buat cucur juga tapi nama lain.Nantilah Potato fritters tu saya nak cuba buat juga sebab semua orang dok tulis ia sedap,mesti nak cuba buat kan!.Cucur ni sedap di makan dengan sos cili masa panas-panas lagi,rangup sahaja.Tak nak buat ikut sukatan pun tak apa,jadi juga.Let's try masak.

CUCUR JAGUNG KRIM DAN BILIS
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
3/4 cawan jagung krim(dalam tin)
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan ikan bilis kecil
1/2 labu bawang besar-potong nipis
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 kiub pati ikan bilis
1/2 cawan daun ketumbar hiris
1 sudu besar marjerin
air secukupnya.
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
  • Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan tambahkan air sedikit demi sedikit hingga bergaul sebati.
  • Biarkan sebentar.
  • Panaskan minyak dan goreng cucur hingga habis.
  • Hidangkan panas-panas dengan sos pilihan.

Ahad, 28 September 2014

PUDING KASIH

As-Salam buat semua..
Dalam cuaca panas sekarang ni sesuailah buat puding.Letak dalam peti sejuk,potong siap-siap sekejap sahaja laku.Manis dan sejuk sahaja rasanya.Saya buat warna-warni supaya nampak lebih menarik lagi.Jom tengok resepinya.

PUDING KASIH
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 paket serbuk agar-agar(10 gm jenama Nona)
600 ml air
1 tin susu cair
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
gula secukup rasa
sedikit garam
pewarna pilihan-merah,kuning,hijau,ungu

Cara membuatnya
  • Masak serbuk agar-agar,air dan gula(ikut manis yang di sukai) hingga larut.
  • Kacau telur dengan susu cair dan tambahkan ke dalam larutan agar-agar.Kacau sebati.
  • Masukkan esen vanila dan sedikit garam.
  • Bila mendidih,padamkan api.
  • Ambil 3 cawan larutan agar-agar,letak beberapa pewarna pilihan secara berasingan dan bekukan di dalam acuan kecil-kecil bentuk hati.Letak sebentar di dalam peti sejuk.
  • Adunan selebihnya,biarkan di atas dapur supaya sentiasa suam.
  • Bila agar-agar hati sudah beku,susun di dasar bekas lain secara selang-seli dengan warna yang berlainan.
  • Letak sedikit adunan tidak berwarna supaya ia lekat di dasar bekas.
  • Bila hampir beku,tambahkan adunan tidak berwarna sampai separuh bekas.Sejukkan.
  • Bila beku,goreskan permukaan agar-agar dan susun bentuk hati kecil di dinding bekas sahaja.
  • Curahkan adunan tidak bewarna sedikit untuk melekatkan agar-agar kecil.
  • Bila dah lekat,curahkan adunan selebihnya sampai habis secara perlahan-lahan
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan di dalam peti sejuk.

Khamis, 25 September 2014

KUIH KELADI

 As-Salam buat semua..
Ada sebekas ubi keladi dalam freezer yang telah saya siap-siap potong dan rebus tetapi tak tau nak buat apa.Bila cari resepi, terjumpa pula dengan resepi kuih keladi ni tetapi ia tidak menggunakan keladi rebus,tapi nak cuba buat juga.Satu lagi,saya tak makan udang kering yang di beli di sini,kalau udang kering dari Sabah yang fresh tu saya makan pula.Mana nak cari udang kering dari Sabah,stok pun dah habis,so saya tukar dengan serunding daging sahaja.Jadi lah juga kuih keladi ni ikut citarasa saya.
Ia juga di kenali sebagai Yam cake dan O-kuih dan ia adalah kuih orang Hokkien.Kalau ikut selera orang melayu,ia perlu di perisakan dengan baik kerana rasa keladi agak tawar.Sedap di makan dengan sos cili.Saya pula...letak bahan taburan banyak-banyak di atasnya,barulah best....
KUIH KELADI
Resepi:skybluemelleymey.blogspot /My resepi.thanks,Diana

Loyang 9 inc .

Bahan-bahan untuk bancuhan

 

170g tepung beras
40g tepung ubi (tapioca)
500 ml air
1 sudu kecil garam
1/2 sk serbuk lada putih
1/4 sudu kecil serbuk 5-spices (boleh lebih sikit jika suka)
1/2 sudu kecil serbuk stok ayam

Bahan-bahan lain


300 gm Keladi- dibuang kulit dan dipotong dadu
50 gm udang kering- direndam dalam air dan toskan
5 biji bawang kecil- dimayang
2 sudu besar minyak masak
1 biji cili merah (optional)
Daun sup / ketumbar (optional)

Cara-cara


  • Masukkan semua bahan-bahan untuk bancuhan ke dalam mangkuk besar.Kacau sehingga rata dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, goreng keladi sehingga permukaan menjadi keras.Keluarkan dan diketepikan.
  • Masukkan bawang kecil ke dalam kuali yang sama, jika perlu, tambah sedikit minyak.Goreng bawang kecil sehingga garing.
  • Keluarkan bawang bersama separuh minyak dan tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Bawang tadi di letak dalam mangkuk kecil berasingan.
  • Masukkan udang kering ke dalam kuali, goreng sehingga perang. Masukkan bancuhan tepung sambil di kacau.
  • Masukkan keladi tadi ke dalam kuali, kacau sehingga rata dan bancuhan tadi menjadi pekat.
  • Keluarkan adunan pekat dari kuali dan masukkan ke dalam acuan dan rata-ratakan permukaan.Kukus selama 30-40 min.
  • Biar sejuk sedikit sebelum dihidangkan dengan cili, bawang dan daun sup.
Nota
Saya menggoreng 1 labu bawang besar untuk di tabur di atas kuih  keladi kemudian letakkan serunding daging,bawang goreng readymade dan hirisan daun ketumbar serta cili merah
Kemudian di makan pula dengan sos cili dan mayonis. 

Ahad, 21 September 2014

MINI TIRAMISU


As-Salam buat semua..
Buat tiramisu dalam bekas kecil,konon-konon supaya senang nak ceduk dan tak mau makan banyak,tapi tak jadi juga, sekali makan maunya sampai dua bekas!sedap kan tiramisu ni...

MINI TIRAMISU
Olahan :daridapursuzana

Bahan-bahan
2 swiss roll coklat
250 gm cream cheese
1/4 cawan gula halus
150 gm whipping cream
1 bekas kecil yogurt asli
1 sudu teh serbuk nescafe-bancuh dengan 1/2 cawan air suam

Hiasan
serbuk milo/serbuk koko dan coklat cips

Cara membuatnya
  • Putar whipping cream hingga kental dan ketepikan.
  • Putar cream cheese dan gula halus hingga kembang(jika ingin lebih manis boleh di tambah gula halus).
  • Campurkan yogurt,cream cheese dan whipping cream dan  gaul rata.Ketepikan.
  • Potong swiss roll dan letakkan dalam dessert cup.Lembapkan kek dengan sedikit air nescafe.
  • Paipkan adunan cream cheese ke atas kek.(boleh juga di buat 2 lapis).Sejukkan di dalam peti ais.
  • Taburkan serbuk milo/serbuk koko dan coklat cips sebelum di hidangkan.

Sabtu, 20 September 2014

NASI LEMAK HALBA

As-Salam buat semua...
Sarapan pagi yang berat-berat saja semenjak cuti sekolah ni.Buka saja mata ,lepas mandi dan bersiap terus saja azim nak makan.Saya masak lebih awal kalau time cuti sekolah kerana biasanya anak-anak makan nasi pada waktu pagi.Buat saja nasi lemak kerana ia ringkas sahaja lagipun bahan-bahan lain boleh di sediakan lebih awal.Wangi nasi ni,sebab ada aroma biji halba..

NASI LEMAK HALBA
Sumber:jintanmanis.com/nasi  .Thanks

Bahan-bahan
2 cawan beras
1 cawan santan + 1 cawan air
1 sudu kecil halba
1 helai daun pandan
sedikit hirisan halia
sedikit garam 

Pelengkap nasi lemak(pilihan sendiri)
telur rebus
sambal goreng
ikan bilis goreng
ayam  goreng rempah
timun/salad

Cara membuatnya
  • Basuh beras dan masak nasi seperti biasa.
  • Masukkan semua bahan-bahan untuk nasi lemak dan sukatan santan untuk masak nasi lemak boleh ikut sukatan  masing-masing bergantung kepada jenis beras yang di gunakan.

Khamis, 18 September 2014

Raikan cinta...Siti Nursyahida dan Jamil (part 3)

 As-Salam buat semua..
Masih lagi gambar-gambar kahwin hari ke-3,mallis bertandang ke rumah pengantin lelaki di Rantau Panjang, Kelantan pada hari Selasa,16 September 2014.

 Kek hantaran dari Syahida,.homemade dari saya.
 Hantaran dari Jamil untuk Syahida
 Hantaran dari Syahida untuk Jamil

Selasa, 16 September 2014

Raikan cinta..Siti Nursyahida dan Jamil(part 2)

 As-Salam buat semua..
Gambar-gambar di hari perkahwinan Siti Nursyahida dan Jamil Ashraf pada Isnin,15 september 2014 bertempat di Gual periok,Rantau Panjang,Kelantan.
Hidangan pengantin-Butter Prawn,Mongolian Beef,Puyuh hitam manis ,Seabass lemon sos dan Puding pic and sunquick.

Kek Pengantin
Makan beradap
*********************************
Rasulullah SAW bersabda,
Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai 
SELAMAT PENGANTIN BARU

PUYUH HITAM MANIS

 As-Salam buat  semua..
Semalam saya menyiapkan hidangan  lauk pengantin untuk anak saudara my body guard yang majlis persandingan di adakan pada 15 September 2014.Masakan burung puyuh ini adalah salah satu dari
hidangan untuk lauk pengantin semalam.Resepinya di ambil dari sebuah majalah yang saya dah lupa namanya sekitar tahun 2008.Resepi sebenarnya adalah Daging hitam manis yang saya tukarkan ke burung puyuh atas permintaan pengantin-Kak ngah Syahida.Rujukan resepi asal di bawah adalah untuk 1 kg daging.Saya telah menggunakan 6 ekor burung puyuh yang di belah dua dan jumlah bahan-bahan mengikut keperluan.

PUYUH HITAM MANIS
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 kg daging batang pinang)
minyak masak secukupnya
1/2 botol kecil kicap manis  
garam/gula
1 tangkai daun kari

Bahan perap
5 sudu besar sos tiram
2 kiub pati ayam-di hancurkan   
1/2 cawan tepung jagung
1 biji telur

gula dan garam

Bahan -kisar
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 batang serai
8 tangkai cili merah
5 tangkai cili kering
7 biji buah keras
*1 sudu kecil biji ketumbar
*1 sudu besar jintan manis
*1 sudu besar jintan putih
Kesemua bahan bertanda* di goreng dahulu dan kemudian di kisar dengan kicap.
tomato ceri  saya tambah

Cara membuatnya
  • Daging di hiris nipis(atau puyuh di belah dua) dan perap selama sejam dengan bahan perapan.Goreng sebentar.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga masak.Tambah sedikit air.Masukkan daging/puyuh dan gaul rata.
  • Masukkan kicap dan renehkan dengan api perlahan hingga kuah pekat.
  • Bila kuah nampak pekat,masukkan tomato ceri.Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

Isnin, 15 September 2014

Raikan cinta..Siti Nursyahida dan Jamil(part 1)

 As-Salam buat semua..
Siti Nursyahida binti Mohd Ziham- anak saudara my bodyguard .gambar-gambar pada majlis pernikahan yang berlangsung pada 14 september 2014.Biar gambar yang bercerita....


Raikan cinta... SITI NURSYAHIDA DAN MOHD JAMIL ASYHRAF

Sabtu, 13 September 2014

KEK GULA HANGUS

 As-Salam buat semua...
Dengan gumbiranya saya telah berjaya membuat kek ini pada cubaan kali ke-enam.Dulu pernah sekali saya membuatnya..sekali tu sahajalah ia berjaya,lepas tu tak jadi-jadi.Oleh kerana ia adalah kek kesukaan saya dan my bodyguard sejak dulu lagi,maka tak jemu-jemu saya mencubanya(dia makan juga walaupun kek saya tak ada sarang!)Saya tak pernah salahkan resepi kalau setiap cubaan tidak berjaya kerana resepinya menggunakan bahan yang sama sahaja cuma sukatan yang berbeza.Rupa-rupanya selama ini saya tersalah teknik membuatnya..kan dah kata!.
Kebanyakkan resepi ditulis....pukul telur sampai kembang,pukul punya pukul kek menjadi jugak,gebu jugak tapi tak dapat tekstur kenyal dan berlubang-lubang.

......hingga akhirnya dalam blog Azlita di tulis... Telur jangan di pukul... kacau hingga cair sahaja..haa ini dia key wordsnya.Langkah demi langkah seperti dalam blog Ita saya ikuti betul-betul,barulah kejadiannya seperti dalam gambar.Terimakasih Ita!.Biasanya saya membuat kek dengan 'ganas' sahaja tapi kali ini penuh dengan kesopanan..he...hee.Walaupun tak cantik seperti orang lain ia cukup memuaskan hati saya..Alhamdulillah.Resepinya dari bonda Kak Nor Secubit Garam..ia lembut,kenyal dan manisnya elok sahaja.Let's try baking.Saya ikut cara Azlita.


KEK GULA HANGUS

Resepi Oleh : Bonda Kak Nor/www.secubitgaramnor67.com.thanks
Rujukan :www.azlitamasammanis.com  Thanks.

Bahan-bahan
1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125 gm butter
4 biji telur gred A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
  • Mula-mula kita cairkan gula dahulu dalam kuali leper untuk membuat gula hangus.
  • Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan.Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul.Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
  • Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas.Jika guna air panas ia kurang merecik berbanding air sejuk.
  • Bila dah cair, sejukkan sehingga mencapai suhu bilik.
  • Dalam bekas periuk kecil yang lain,cairkan mentega kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik.
  • Bila mentega da gula hangus dah sejuk,barulah di sediakan bahan yang lain.
...............................*********************..........................
  • Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata,jangan pukul ,cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata.
  • Kemudian masukkan susu pekat.Susu juga di biarkan pada suhu bilik(bukan sejuk dari peti ais).
  • Kemudian kacau rata dengan perlahan sahaja.Bila dah rata,masukkan mentega cair dan kacau perlahan juga.
  • Tambahkan esen vanila.Kemudian ayakkan tepung dan soda.Kacau rata perlahan juga.
  • Akhir sekali,tuangkan gula hangus dan kacau rata.
  • Tuangkan ke dalam loyang 7x7 inci yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter.
  • Kemudian perap adunan ni selama 3-4 jam.Lagi lama di perap lagi cantik lubang-lubangnya.Saya seperti Azlita perap selama 5 jam.
  • Bila dah 5 jam di perap barulah di masukkan ke dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170'c dengan hanya api bawah sahaja di buka.
  • bakar selama 45 minit.5 minit terakhir buka api atas dan bawah.
  • 45 minit tu kek memang dah masak,kalau tak masak lagi panaskan semula.
  • Bila kek dah masak,keluarkan dari oven dan letakkan di atas redai.
  • Tunggu kek sejuk sebelum di potong.

Rabu, 10 September 2014

GULAI TELUR IKAN

As-Salam buat semua..
Gulai telur ikan yang menjadi salah satu menu masakan nostalgia saya.Tapi susah juga nak dapatkan telur ikan duri ni.Time jumpa tu, kalau tak nak masak lagi saya akan bekukan dulu dalam freezer.

GULAI TELUR IKAN
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
telur ikan duri
santan secukupnya 
3 sudu besar cili kering kisar
daun kesum
1 batang serai-di ketuk
pucuk asam kandis
serbuk cukup rasa
garam

Bahan kisar
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil beras

Cara membuatnya
  • Bersihkan telur ikan dan toskan.
  • Masukkan santan secukupnya ke dalam periuk bersama dengan bahan-bahan kisar dan serai.
  • Masak hingga mendidih sambil di kacau sekali-sekala.
  • Bila kuah mendiidh ,masukkan telur ikan dan biarkan sehingga separuh masak.Telur ikan ini tidak boleh masak betul kerana ia akan jadi keras.
  • Akhir sekali masukkan daun kesum,pucuk asam kandis,garam serbuk cukup rasa.Sesuaikan rasanya.
  • Bolehlah di hidangkan.

AISKRIM MALAYSIA

 As-Salam buat semua...
Lama tak buat aiskrim...baru dua hari lepas saya buat aiskrim yang colourful ni.Biasanya kalau nama Aiskrim Malaysia yang dulu-dulu tu letak dalam plastik aiskrim.Tapi Aiskrim Malaysia yang ni duk dalam gelas pula.Apapun yang pasti Azim dah makan semuanya..

AISKRIM MALAYSIA
Sumber:Majalah Saji Februari 2014.thanks

Bahan-bahan
1 cawan susu cair
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil perisa durian   ganti dengan esen vanila
pewarna ungu,merah jambu dan hijau epal 
**saya gandakan adunan ini dan sukatan susu pekat mengikut kesesuaian sendiri.

Cara menyediakannya
  • Putar semua bahan kecuali pewarna hingga pekat dan gebu.
  • Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan dengan warna ungu,merah jambu dan hijau.
  • Masukkan setiap satu warna ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam bekas pilihan mengikut kreativiti anda.
  • Kemudian sejukkan di dalam freezer hingga beku.
  • Bolehlah di hidangkan.

Ahad, 7 September 2014

KARI IKAN ALA MAMAK

 As-Salam buat semua...
Saya try buat Kari ikan tanpa santan ala mamak.Best juga rasanya walaupun tidak menggunakan santan.Kari ini sesuai untuk sesiapa yang tidak menggunakan  santan dalam masakan.
Resepi sebenar menggunakan Ikan jenahak tetapi saya tukar kepada kepingan Ikan pari yang menjadi kesukaan my bodyguard.

KARI IKAN ALA MAMAK(IKAN PARI)
Sumber:www.kakinakl.com/ttertunailah hasrat di hati.thanks

Bahan-bahan
1 ekor ikan jenahak-potong 4     guna ikan pari
4-5 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar cili kisar
5-8 kacang bendi     guna terung
2 biji cili merah        guna tomato

Bahan Kisar/Tumbuk
1 biji bawang besar
3 biji bawang kecil
4 biji bawang putih
1 inci halia

Bahan tumisan
1 sudu kecil halba
3 biji bawang kecil-hiris halus
3 biji bawang putih-hiris halus
1/2 biji bawang besar-hiris halus
2-3 tangkai daun kari
2-3  cawan air asam jawa (ikut nak pekat ataupun tidak)
garam dan minyak secukupnya
Beras yang di sangai-tumbuk kasar

Cara-caranya
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan hirisan dan halba. 
  •  Setelah naik bau, masukkan bawang kisar/tumbuk bersama daun kari dan masak sehingga layu.
  • Masukkan pula cili kisar, sedikit garam dan serbuk kari ikan, kacau sebati dan biarkan rempah masak dengan menggunakan api yang kecil sambil di kacau selalu.Masukkan sedikit air bila rempah nampak kering. 
  • Masukkan beras yang di sangai dan di tumbuk kasar selepas rempah masak atau hilang bau. 
  • Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih baru di masukkan ikan dan rasa cukup asam dan garamnya.
  • Bila ikan dah masak, kecilkan api dan masukkan pula terung dan tomato.Biarkan sebentar baru di tutup api.

Sabtu, 6 September 2014

BUTTER CHEDDAR CHEESE CAKE

As-Salam buat semua..
Kek ini sudah berulang-kali saya buat dan tak jemu memakannya.Kek yang simple sahaja dan tak perlu nak deko-deko.Mudah saja kan..jom tengok resepi.

BUTTER CHEEDAR CHEESE CAKE
Resepi: mybakingworkshop.blogspot.com. thanks Evelyn.


Bahan A
250 gm mentega
230 gm gula kastor   saya guna 180 gm

Bahan B 
4 biji telur

Bahan C
80 gm cheddar cheese-di parut

Bahan D
100 ml susu segar
280 gm tepung superfine/tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
*kedua-dua bahan ini di ayak bersama

Bahan E(hiasan)
100 gm cheddar cheese-parut
 
Cara membuatnya:
  • Panaskan oven pada suhu 180'c.Sediakan loyang bulat / segiempat bersaiz 9 inci. Griskan dan alaskan dengan baking paper.
  • Pukul bahan A hingga berkrim.Masukkan bahan B satu persatu. Pukul hingga sebati.
  • Masukkan bahan C,gaul sebati. 
  • Kemudian, masukkan pula bahan D,gaul lagi hingga sebati 
  • Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan.
  • Taburkan bahan E atasnya.Bakar selama 45 minit atau hingga kek masak.

Khamis, 4 September 2014

EGG AND TOMATOES LITTLE PIES

 As-Salam buat semua..
Kembali lagi dengan reseipi ringkas untuk breakfast pula.Pai ready made yang mudah dan ringkas sahaja.Adalah saya tokok- tambah sedikit mengikut selera sendiri.Amat menarik untuk di cuba.Resepi sebenar di dalam bahasa Inggeris.Let's try masak...

EGG AND TOMATOES LITTLE PIES
Sumber:herfrozenwings.blogspot.com/ breakfast.thanks. 

Bahan-bahan
5 keping puff pastry KAWAN
1 biji telur besar
1 biji tomato-potong dadu
sedikit garam dan lada sulah    saya tambah
daun parsley cincang

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 180'c.
  • Potong puff pastry bentuk bulat dan letakkan ke dalam acuan muffin.
**saya potong dengan gunting dan lebihkan sedikit tepi-tepinya.Boleh juga tekap dengan permukaan gelas.
  • Kacaukan telur,tambahkan sedikit garam dan serbuk lada sulah serta sedikit parsley cincang.Ketepikan
  • Letakkan tomato dadu ke dalam puff pastry tadi dan curahkan adunan telur 3/4 penuh ke dalamnya.
  • Taburkan parsley cincang di atas dan bakar selama 20 minit atau sehingga telur masak.
  • Bila masak,keluarkan dari acuan muffin dan picitkan mayonis dan sos cili di atasnya dan taburkan sedikit lagi parsley cincang.
  • Sedia untuk di hidangkan. 


Selasa, 2 September 2014

CHOCOLATE BUTTERSCOTCH AND ALMOND CHEESE CAKE

 As-Salam buat semua...
Ni dia kek yang saya buat 2 hari lepas,saja suka-suka untuk ulang tahun perkahwinan ke 21...tak celebrate kat mana pun, dah kebetulan saya tidak bertugas pada 31 Ogos jadi buat-buat rajin masuk dapur.Kali pertama cuba buat kek ni,macam biasa sememeh sana-sini.Azim pula minta potong kek tak sampai 2 jam lepas masuk peti ais.Bab-bab mendeko ni memang out la.Lepas tu ada sedikit gangguan 'mental'semasa buat kek,dahhh.. hilang fokus.

 

CHOCOLATE BUTTERSCOTCH AND ALMOND CHEESE CAKE
Sumber:intaidapur.blogspot.com .Thanks

Bahan untuk kek span vanila
 (A)
160 gm gula       saya letak 100 gm
15 gm ovalette


(B)
5 biji telur
125 gm tepung
1 sudu teh baking powder


(C)
40 ml air


(D)
75 gram mentega, dicairkan

Cara membuatnya

  • Masukkan (A) ke dalam mangkuk pengadun dan pukul sehingga sebati.
  • Campurkan (B) dan pukul sehingga pekat.
  • Masukkan (C) dan pukul adunan tadi sehingga lembut dan gebu.
  • Masukkan (D) dan gaul adunan sehingga sebati. Tuang ke dalam acuan bulat berukuran 9".Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit.Setelah dibakar, keluarkan kek daripada acuan serta merta.
  • Bila kek dah sejuk bahagikan kek pada 3 lapisan.
Bahan untuk cream cheese filling dan topping
300 gm cream cheese
700 gm whipping krim


  • Pukul whipping krim hingga kental dan ketepikan.
  • Didalam bekas lain, pukul cream cheese hingga lembut dan campurkan dengan whipping krim tadi. 
  • Adunan dibahagi 3 bahagian.
Bahan coklat ganache

120 gm coklat masakan
80 gm whipping krim /susu cair


  • Cairkan coklat masakan secara double boiler, angkat dan masukkan whipping krim / susu cair dan gaul sebati.
  • Sejukkan sebelum digunakan.

Sos Butterscotch  
Resepi:www.myresipi.com/Zachoes.thanks

Bahan-bahan

  • 2/3 cawan susu sejat@evaporated milk
  • 3/4 cawan gula perang, dipadatkan
  • 2 sudu besar mentega   
  • 1sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
  • Masukkan semua bahan dalam periuk kecil (pastikan guna periuk tebal untuk elakkan butterscotch hangus).
  • Kacau atas api kecil selama 5 minit atau hingga bahan kelihatan sudah bercampur.
  • Kuatkan api dan biarkan ia mendidih sebentar, kemudian turunkan api kembali dan renehkan selama 5 minit, sambil kacau sekali sekala.
  • Tutup api, biarkan pada suhu bilik atau 2 jam dan boleh disimpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Bahan lain
Badam cincang secukupnya - panggang

Cara melapis kek

  • Ambil sekeping kek, sapu krim cheese hingga rata, lorekkan dengan chocolate ganache dan butterscotch,tabur badam cincang.
  • Ambil sekeping lagi kek dan ulang langkah di atas
  • Ambil pula lapisan kek terakhir dan sapu krim cheese di seluruh permukaan kek dan lorekkan dengan coklat dan butterscotch.Tabur badam di keliling atau di atas kek.
  • Hias ikut kreativiti masing-masing.
  • Simpan dalam peti ais lebih kurang 4 jam atau semalaman sebelum di potong.