Khamis, 31 Disember 2015

ENDING HOLIDAY IN 2015..

 As-Salam buat semua..
Entri penutup hari terakhir 2015...cuti-cuti Malaysia
Semoga tahun depan saya masih ada kesempatan lagi untuk menulis catatan di sini..
kadang sibuk,kadang tu tak ada mood
macam tu lah juga time nak tulis blog.time rajin,macam minggu terakhir ni.
hari-hari saya update blog.
sebenarnya menyahut cabaran diri sendiri yang sentiasa saja tak berkesempatan.

entri penutup ini..banyak kenangan bersama keluarga..
dapat peluang bercuti bersama,walaupun sehari.
dah lebih bermakna dari segalanya..
kali terakhir datang ke sini..13 tahun lepas.
Azim nak masuk Aquaria lagi
hampir 3 tahun juga tak datang sini

Selasa, 29 Disember 2015

HAWAIIAN CHICKEN PIZZA

As-Salam buat semua..
Buat pizza saiz besar gedabak empat segi ni..
Maka,makanlah Azim dan Amzar dengan  puashatinya sebab selalu saja tak cukup kalau makan yang di beli.
Dah gi beli saiz kecil memang lah tak cukup,
tambahan pula kalau saya yang makan sama!
Letak keju Mozarella bertimbun banyak.,sampai tak nampak rupa toppingnya.
Tapi saya skip bab capsicum tu.Azim tak makan.
puashati kan!
Langkah demi langkah pizza base boleh rujuk kat aziejaya.blogspot 
Thanks.
Let's try baking

HAWAIIAN CHICKEN PIZZA

Pizza base
1 1/2 cawan air suam
2 sudu kecil yis Mauripan
secubit  gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sudukecil garam
1/4 cawan olive oil
sedikit olive oil-lumur

Cara membuatnya
  • Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis.
  • Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa di kacau lagi.
  • Ayak tepung k dalam mangkuk.Masukkan garam.Buatkan lubang di tengah-tengah tepung.
  • Masukkan olive oil ke dalamnya,diikuti dengan air bercampur yis tadi.
  • Ambil pisau di lalukan seolah-olah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.
  • Dengan menggunakan kedua-dua tangan,uli dan gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.
  • Taburkan tepung gandum atas papan pencanai.
  • Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua-dua tepi doh,di lipat ke tengah dan di tolak ke depan dengan kedua -dua tangan.
  • Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang telah siap di uli ke dalamnya.
  • Sapu lagi olive oil di permukaan atas doh.
  • Akhir sekali tutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 30 minit.
  • Keluarkan doh yang dah naik berganda dan tumbuk,kalau nak buat 2 biji,bahagikan kepada dua bahagian.
  • Sapukan dulang dengan mentega dan leperkan doh pizza.
  • Cucukkan dengan garfu untuk lubang udara.
  • Sapukan dengan sos pizza dan bolehlah di letak topping kesukaan.
  • Letakkan potongan nenas dan taburkan keju mozarella.
Topping
isi ayam cincang
bawang besar-dadu
bawang putih-cincang
mix herbs
nenas kiub-potong kecil
sedikit garam
serbuk lada sulah
minyak canola
keju mozarella

Panaskan sedikit minyak canola dan tumiskan bawang besar dan bawang putih.
Masukkan ayam cincang dan mix herbs serta lada sulah.Gaul rata.
Biarkan ayam cukup masak dan perasaakn dengan sedikt garam.
Bolehlah di angkat.

Isnin, 28 Disember 2015

MINI APAM BALIK

As-Salam buat semua..
Apam balik kesukaan Azim..kena lah belajar buat.
Buat saiz mini begini senang nak makan.
Cuti sekolah pun dah sampai ke penghujung..
Kuranglah sikit nanti acara makan-makan kecuali hujung minggu.
Cuti sekolah sebulan lebih,
..sampai uniform sekolah tahun lepas sudah tak muat..
Let's try buat..

MINI APAM BALIK
Sumber:Alyasheed's Kitchen.thanks

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur

Bahan tabur
jagung krim
kacang tanah-tumbuk halus
gula pasir

Cara membuatnya
  • Blend gula dan telur sampai kembang.
  • Masukkan air dan blend lagi.
  • Masukkan tepung,baking powder dan soda bikarbonat.Blend sebati.
  • Panaskan kuali non-stick.Sapukan sedikit minyak /mentega pada kuali.
  • Ambil sesenduk adunan tadi.Layangkan dalam kuali.
  • Tabur kacang,gula dan jagung krim.
  • Masak hingga perang. 

Ahad, 27 Disember 2015

IKAN SIAKAP MASAK LAPRIK

As-Salam buat semua..
Sebelum ni tak pernah dengar..apalagi pernah merasa ikan dimasak cara ini.
Semasa annual dinner hari tu..
Salah satu hidangan adalah Ikan Siakap masak sos Thai
Best sangat dan lain dari resepi yang biasa kita buat.
Saya dah berkenan dengan rasanya.
Saya google dan dapatkan resepinya dan buat ikut citarasa sendiri
Betul la memang best..harus di cuba
Resepi dari yatiememories.blogspot
thanks.
Let's try masak.

IKAN SIAKAP MASAK LAPRIK

Bahan-bahan
1 ekor Ikan Siakap
sedikit serbuk kunyit
2 sudu besar cili kisar
10 tangkai cili padi-potong kecil
5 ulas bawang putih-cincang halus
5 sudu besar sos Thai
1 biji bawang besar-potong dadu
1 tangkai daun ketumbar
garam dan gula secukup rasa
1 cawan air
daun salad,tomato dan cili besar-hiasan
minyak masak secukupnya.

Cara memasaknya
  • Lumur ikan dengan garam dan kunyit.Goreng hingga garing,angkat dan letakkan dalam pinggan.Ketepikan.
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga masak.
  • Masukkan cili padi dan air.Kacau sebati.
  • Kemudian masukkan sos thai ,bawang besar dan daun ketumbar.
  • Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan mendidih sebentar.
  • Angkat dan curahkan ke atas ikan tadi.
  • Hiaskan dengan bahan hiasan.

Sabtu, 26 Disember 2015

PUDING ROTI PANDAN

As-Salam buat semua..
Resepi asal puding roti ini di kukus tapi saya membakarnya supaya nampak lebih garing.
Roti putih pula di tukar kepada roti pandan untuk nampak hijau..
Baru lah padan dengan namanya kan..
saja..suka-suka.
Resepi asal seperti di bawah dari Norsiah Hj. mahmud.thanks
Let's try baking.

PUDING ROTI PANDAN

Bahan-bahan
12 keping roti putih
15 helai daun pandan
200 ml santan kotak
2 1/2 cawan air
2 biji telur
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

Hiasan
kismis,ceri merah dan hijau 

Cara membuatnya
  • Panaskan periuk kukusan hingga mendidih.
  • Sapu loyang bulat 8" dengan sedikit minyak.Ketepikan .
  • Bersihkan daun pandan,kerat kecil-kecil dan kisar dengan air.Tapis untuk dapatkan jus pandan.
  • Dalam mangkuk besar,masukkan kesemua bahan kecuali roti.Kacau sebati.
  • Kemudian blend pula untuk menghancurkan gula.Tapiskan.
  • Rendam bebebapa keping roti dalam adunan dan ambil sekeping-sekeping dan susun ke dalam loyang.
  • Buat sehingga habis.Tuang adunan selebihnya ke atas roti.
  • Taburkan bahan hiasan.
  • Kukus roti tadi selama 15-20 minit dengan api besar.Balut penutup kukusan dengan tuala supaya air tidak menitis k atas puding.
  • Sejukkan ke dalam peti ais dan biar betul-betul sejuk sebelum di potong.
*saya membakarnya di dalam oven dengan suhu 170'c sehingga permukaan kelihatan perang sedikit.

Jumaat, 25 Disember 2015

LAMAN SENI 7,STREET ART PART I

As-Salam buat semua..
Saya 'melawat kawasan' lagi,tapi kali ini kat Laman seni 7,street art Seksen 7 Syah Alam pula. 
Puas la ambik gambar,model pun bermurah hati nak expose kali ini.
Banyak ambil gambar,kalau boleh nak masukkan kesemuanya sebab tu lah ada part 1.
Kenangan....kalau tak simpan tak jadi ingatan pula untuk di lihat suatu masa nanti.
   
Lokasi
Lorong Belakang kawasan komersial Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam.
  

Sabtu, 19 Disember 2015

CHURROS


As-Salam buat semua..
Dah try sekali dulu buat Churros tapi tak berapa menjadi..
Ingatkan ia jenis yang berminyak jadi saya tawar hati untuk membuatnya.
Bila si comel tanya tak try buat churros ke,saya jawab tak minat.
Once upon a time jumpa resepi Churros ni ,terus terbuka hati nak buat sekali lagi.
Betul la si comel kata,Churros memang sedap dan ia tidak berminyak pun!
Tak sampai 30 minit selepas di hidang,sudah licin di makan oleh Azim dan Amzar.
Suka la tu sebab cicah coklat.
Untuk si comel..tengok gambar je la !
Resepi dari tarabozu2.blogspot
thanks..

CHURROS

Bahan-bahan
1 cawan air
1 sudu makan gula
1 1/4 cawan tepung gandum
1 biji telur saiz L
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan mentega

Cara membuatnya
  • Didihkan air,garam,mentega dan gula
  • Kecilkan api dan masukkan tepung gandum.
  • Kacau cepat-cepat agar tepung tidak berketul.
  • Angkat dari dapur,masukkan telur dan kacau hingga sebati.
  • Panaskan minyak dan masukkan adunan ke dalam piping bag(guna nozzle bentuk bintang).
  • Picit dan potong bentuk panjang(ikut suka saiznya).
  • Goreng hingga keemasan.
  • Angkat dan toskan.
  • Tabur gula dan serbuk cinnamon
  • Cicah hot coklat.

Jumaat, 18 Disember 2015

ROTI PISANG

As-Salam buat semua..
Dah hampir sepuluh hari tak menulis di sini..
Banyak sangat menulis di 'tempat' lain,tak sempat nak masuk ke sini.
Tak buat roti pun dah lama,tak main uli-uli roti,asyik letih dan terus jadi malas pula.
Tapi petang semalam terajin buat roti..
Saya buat roti bantal kemudian potong nipis.
Hujan-hujan ni cicah dengan air kopi sedap juga!
Resepi dan cara membuatnya yang sebenar ada di  dapurkakyah.blogspot  .thanks
Let's try baking..

Bahan-bahan
500 gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
4 sudu besar gula
3 sudu besar shortening
2 suud besar water roux
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1 paket yis mauripan(11 gm)
1 biji telur(pukul dengan garfu)

2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
air

Cara membuat water roux
50 gm tepung gandum
250 ml air
Masak di atas api perlahan hingga pekat.Sejukkan 

Bahan glis
kuning telur- pukul dgn.garfu 

Cara membuatnya
  • Masukkan telur dalam mangkuk,masukkan susu pekat dan air.Biar sukatan menjadi lebih kurang 250 ml.
  • Masukkan yis dan biarkan hingga sehingga berbuih(kalau yis lama ia tidak berbuih).
  • Dalam bekas lain,masukan tepung,baking powder,bread improver,gula,shortening dan susu tepung.Biar bercampur.
  • Buatkan lubang di tengah.Masukkan cecair tadi dan esen vanila,adun biar menjadi ketulan yang kasar teksturnya.
  • Masukkan ke dalam beg plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
  • Keluarkan dan uli semula supaya menjadi doh yang bulat
  • Panaskan oven sekejap,tutup suis.
  • Masukkan adunan ke dalam bekas,tutup dan perap di dalam oven  dengan pintu oven di tutup sehingga mengembang dua kali ganda.
  • Kalau perap di luar dengan suhu bilik,ia mengambil masa di antara45 minit hingga 1 jam.
  • Apabila adunan telah kembang, tumbuk adunan tersebut untuk mengeluarkan angin.
  • Bulatkan adunan dan gelekkan menjadi empat segi lebar.
  • Sapukan adunan pisang ke atasnya dan gulung dengan cermat.
  • Masukkan kedalam petitin dan biarkan ia mengembang sekali lagi.
  • Sapukan denagn glis telur,taburkan kepingan badam dan gula kasar.
  • Bakar dengan suhu 160'c selama 20 minit atau bergantung kepada oven masing-masing.
Inti pisang
4 biji pisang-lecek hancur
20 gm mentega
3 sudu besar gula perang
30 gm walnut-cincang
1 sudu kecil esen vanila
 **Campurkan kesemuanya.

Rabu, 9 Disember 2015

APAM PISANG BAKAR

As-Salam buat semua..
Pening kepala la,terbaca buku hampir 2 jam..terbaca la sangat,bukan suka ke?.
Best la kalau hari cuti dapat baca buku(sedang menghabiskan cuti hujung tahun).Kat luar jendela hujan turun mencurah..
Sekarang ni jadual membaca saya turut berubah kerana masa bertugas berubah.
Tapi dah gila membaca,curi time juga selit-selit di antara waktu.
Nak hilangkan mata berpinar,masuk dapur maya pula..membaca dan menulis lagi.Plan sebenarnya nak kemas almari buku.
Resepi Apam pisang bakar dari Majalan Saji September 2014.
Sedap di buat sarapan pagi.Kuih lama yang masih melekat di hati..
Let's try masak.

APAM PISANG BAKAR

Bahan A
200 gm pisang emas
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit esen pisang
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan santan
1/4 cawan air
scubit garam
kelapa parut putih-gaul sedikit garam

Bahan B 
1 sudu kecil mauripan
1/2 sudu kecil gula halus
1/4 cawan air suam

Cara membuatnya 
  • Satukan bahan B dan ketepikan.
  • Pisang di lecek hingga hancur bersama gula pasir dan secubit garam.
  • Ayakkan tepung gandum bersama soda bikarbonat.
  • Di dalam bekas bertutup masukkan air,santan ,tepung gandum yang di ayak tadi.
  • Gaul rata dan masukkan pisang lecek.
  • Kacau lagi hingga sebati.
  • Tuang bahan B,tambah esen pisang dan kacau lagi.
  • Tutup bekas dengan penutupnya.Biarkan selama lebih kurang 45 minit atau hingga kembang.
  • Panaskan kuali  dan lengserkan sedikit minyak masak.
  • Tuang satu senduk kecil bancuhan apam.
  • Tutup dengan tudung periuk.
  • Biarkan hingga permukaan apam berlubang-lubang dan kering.
  • Terbalikkan perlahan-lahan dan masak hingga perang.
  • Angkat dan ulang hingga adunan habis.
  • Hidangkan bersama kelapa parut putih

Selasa, 8 Disember 2015

AISKRIM MALAYSIA

As-Salam buat semua.
Aiskrim malaysia perisa Asam boi.Ia boleh di buat bermacam perisa.Antaranya  seperti sirap bandung,bubur kacang dan jagung.Terpulang pada citarasa masing-masing.Anak-anak saya jarang jumpa aiskrim seperti ini.Asyik makan aiskrim abad ke-21 saja.Azim sampai ke sudah,tak suka makan!.
Mari kita buat aiskrim trend abad ke-20 pula.Masa sekolah dulu-dulu,aiskrim ini yang paling popular,di jual dengan harga 10 sen sebatang..nostalgia.Time dahaga best je dapat sedut aiskrim asam boi ini.
Let's try buat..

AISKRIM MALAYSIA 

Bahan-bahan
asam boi merah 
asam boi putih
air secukupnya
gula pasir
plastik aiskrim

Cara membuatnya
  • Panaskan air bersama gula pasir hingga mendidih.
  • Setelah mendidih,padamkan api dan sejukkan.
  • Masukkan ke dalam plastik aiskrim dan letakkan asam boi 1-2 biji.
  • Simpulkan plastik aiskrim kemas-kemas.
  • Bekukan di bahagian sejuk-beku.
 First time jumpa Aiskrim malaysia perisa jeruk mangga kat tempat kenduri.

Khamis, 3 Disember 2015

UDANG SOS THAI

As-Salam buat semua..
Disember datang lagi,dah sampai ke penghujung tahun..
Banyak kenangan mengusik jiwa tersimpan dalam diari hati..
Kenangan masak-masak tersimpan dalam dapur maya ini..
Kenangan hari ini akan di tinggalkan esok..
terlalu banyak dan so sweet!.
Let's try masak udang pula,tak mahu ia buat bentuk U,saya cucuk bagi lurus guna lidi sate.
Udang saiz besar,masak cuma 4 ekor untuk Abang Amzar,peminat udang.

UDANG SOS THAI

Bahan-bahan
4 ekor udang saiz besar
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
 
1 sudu besar cili kisar
1 tangkai cili merah besar-hiris halus
3 ulas bawang putih-cincang
1 biji bawang besar -potong dadu
1biji tomato-buang biji dan potong dadu
1 tangkai daun ketumbar-cincang
5 sudu besar sos thai(sos Mae phranom)
1/2 cawan air
minyak canola

Cara membuatnya
  • Gaulkan udang dengan serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah.
  • Cucuk udang dengan lidi sate untuk meluruskannya.
  • Goreng udang sederhana masak.Ketepikan.
  • Masukkan 2 sudu besar minyak canola dan tumis bawang besar dan bawang putih.
  • Masukkan cili kisar dan tumis sampai cili masak.
  • Masukkan sos thai dan air serta gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan cili merah dan daun ketumbar.
  • Curahkan kuah sos di atas udang dan sedia untuk di hidangkan.