Assalam buat semua..
Brownies kedut atau nama lainnya Chewy Gooey Yummy Brownies.
Jika di buat dengan teknik betul ia akan menghasilkan permukaan yang sedikit berkedut,shining dan crack.
Brownies saya ni tak lah nampak berkedut sangat,crack jer,shining pun tak juga.
Rasanya memang kaya dengan coklat dan kali ini jadi moist pula teksturnya.
Anak-anak saya amat sukakannya.
Brownies yang bagus adalah kuantiti coklatnya lebih banyak dari tepung.
Coklat yang biasa di gunakan adalah coklat Couverture atau coklat Compound seperti Hershey ataupun Beryl's.
Let's try baking
BROWNIES KEDUT
Bahan-bahan
400 gm coklat dark Couverture atau Compound
150 gm mentega
170 gula perang saya guna 120 gm
4 biji telur saiz A
1 sudu kecil esen vanila
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko
secubit garam kasar
Cara membuatnya
- Panaskan oven pada suhu 160'c
- Cairkan mentega,coklat dan garam kasar menggunakan kaedah double boiler atau microwave.Kacau rata.
- Tepung di gaul bersama serbuk koko dan di ayak.
- Satukan telur,adunan mentega-coklat,gula perang dalam mangkuk.
- Masukkan esen vanila.Kacau sebati semua bahan.
- Masukan tepung berselang -seli dengan coklat.
- Simpan sedikit adunan coklat untuk di masukkan akhir sekali.
- Kacau rata adunan.
- Akhir sekali masukkan baki coklat cair dan kacau balik 3-4 kali menggunakan sudu.
- Masukkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inci.
- Bakar selama 30-40 minit.
- Jangan terlebih bakar.Masa pembakaran biasanya bergantung pada jenis oven masing-masing.
- Biarkan sekejap brownies dalam oven yang pintunya di renggangkan selama 10-15 minit.
- Sejukkan brownies pada suhu bilik selama beberapa jam sebelum di potong
- Jangan masukkan brownies ke dalam peti sejuk kerana ia akan menjadi keras.
- Brownies tahan 4 hari tanpa peti sejuk
- Jika perlu masuk peti sejuk juga kena re-heat sekejap untuk melembutkan coklat.
Assalam buat semua..
Hari ini saya kongsikan satu lagi resepi mudah yang pasti menjadi kesukaan anak-anak.
Ini kali kedua saya membuatnya.
Ulang-ulang makan pun tak jemu..sedap jer kunyah.
Tambahan pula ada coklat cip dan kekacang di dalamnya.
Tapi sukatan gulanya agak manis,boleh di kurangkan jika tidak suka manis sangat.
Let's try baking
CONGO BARS
Sumber:resepi Nenie Khuzaifah
Bahan-bahan
315 gm tepung gandum
150 gm mentega
320 gm gula perang saya guna 250 gm
3 biji telur
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil esen vanila
250 gm coklat chips
1 cawan kekacang/optional
kepingan badam untuk taburan atas
Cara membuatnya
- Ayak tepung,baking powder dan garam.Ketepikan.
- Dalam bekas lain,putar atau kacau mentega dan gula perang hingga gula melarut.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
- Masukkan esen vanila.
- Masukkan tepung yang di ayak tadi,coklat cip dan kekacang.Gaul rata.
- Griskan dan alaskan loyang 10 x10 ataupun mana-mana loyang yang sesuai dengan baking sheet dan tuang adunan.
- Ratakan permukaan adunan dan taburkan coklat cip dan kepingan badam sebagai hiasan.
- Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 30 minit sehingga permukaan atas golden brown.Jangan terlebih bakar.
- Sejukkan dahulu sebelum di potong.
Assalam buat semua..
Siaran yang tertangguh-tangguh,hari ini baru dapat menulis resepi di sini.
Kerutup udang ni sedap di makan dengan nasi biasa ataupun Nasi Beriani.
Resepi asal menggunakan Udang galah tetapi saya hanya gunakan udang biasa sahaja.
Resepi dari blog Tiffin Biru.Thanks
Let's try masak.
KERUTUP UDANG
Bahan-bahan
1 kg.udang atau udang saiz besar
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 sudu besar kerisik
2 sudu teh gula melaka
garam secukup rasa
Bahan A
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 sudu besar cili kisar
1/2 biji bawang besar
Bahan B
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
Bahan C
3 cm kayu manis
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu besar ketumbar
Cara membuatnya
- Udang di bersihkan dan toskan.
- Lumur dengan sedikit kunyit dan garam.
- Goreng hingga udang kemerahan.Angkat dan toskan.
- Kisar halus bahan A.
- Masukkan bahan C ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum,kemudian kisar halus guna pengisar kering.Ketepikan.
- Panaskan 100 ml minyak dan tumis bahan B hingga wangi.
- Masukkan bahan A dan tumis hingga harum.
- Tambah bahan C,kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana.
- Tambah kerisik,masukkan udang dan gaul rata.
- Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga kuah pekat.
- Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
- Tabur hirisan daun bawang sebelum di hidangkan.
Assalam buat semua..
Brownies yang sedap ni dah berulang kali saya buat tapi tak jemu-jemu makan.
Sedap la pada selera saya sebab rasa cheese kat atas tu.
Let's try baking
Resepi dari Rinnchan.Tq
MARBLE CHEESE BROWNIES
Bahan brownies
250 gm butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya
- Panaskan oven pada suhu 175'c.Alas loyang empat segi 10" x10" dengan baking sheet.
- Biar kertas berjuntai pada kedua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies
- Cairkan butter.Masukkan serbuk koko dan kacau rata
- Kacau gula dan telur dengan handwhisk.
- Masukkan ke dalam adunan butter-koko.Kacau sebati.
- Masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat.
- Akhir sekali masukkan esen vanila dan kacau rata.
- Tuangkan adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan.
- Tinggalkan sedikit adunan untuk buat corak marble di atas permukaan brownies nanti.
- Bakar selama 20 minit menggunakan api atas bawah.
Bahan untuk lapisan cheese
- 250 gm cream cheese
- 1 cawan gula kastor saya guna 1/2 cawan sahaja
- 1 biji telur gred B
Cara membuatnya
- Pukul cream cheese hingga gebu
- Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati
- Masukkan telur dan pukul sebentar lagi.
Selepas 20 minit,Keluarkan brownies dari oven.
Tuangkan adunan cheese dan ratakan.Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese.
Lorekkan corak ikut citarasa.
Masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi selama 15 minit sehingga cheese masak.
Biarkan sejuk sebelum di potong.
Assalam buat semua..
Pada mulanya saya ingatkan Telur masak pindang ini adalah telur rebus dengan rempah dan daunan seperti yang selalu kita jumpa kat kenduri di Negeri Johor.
Resepi ini di panggil juga Telur masak pindang dan di ajarkan kepada saya oleh Makcik Zaitun yang baik hati dari Rembau,Negeri Sembilan.
Terimakasih Makcik Zaitun yang comel.
Sedap juga rasanya bila di makan dengan nasi putih.
Let's try buat
TELUR PINDANG
Bahan-bahan
8-10 biji telur ayam
1 kg.santan pekat
Bahan tumbuk
10 ulas bawang merah/ikut jumlah sendiri
10 cili padi/ikut kesukaan sendiri
garam secukup rasa
pucuk ubi secukupnya
daun kunyit secukupnya
4 helai daun pisang potong 4 segi lebar
Cara membuatnya
- Pecahkan telur dalam bekas dan kacau rata.
- Panaskan kuali dengan api kecil dan alaskan dengan dua keping daun pisang.
- Masukkan telur tadi dan biarkan hingga bahagian bawah masak.
- Letakkan 2 keping lagi daun pisang di atas bahagian atas telur.
- Balikkan telur kesebelah lagi bersama-sama helaian daun pisang.
- Masak telur sebelah lagi hingga masak.
- Angkat dan potong bentuk kiub sederhana kecil.Ketepikan.
Masak kuah
- Ambil daun kunyit dan balutkan pucuk ubi dan potong halus-halus.
- Masukkan santan pekat bersama bahan tumbuk dan secawan air
- Masak dengan api sederhana .
- Bila mendidih,masukkan kesemua bahan yang di hiris halus.
- Masukkan telur kiub tadi tambahkan garam secukup rasa.
- Kecilkan dan biarkan ia merenih lama-lama sampai kuah agak pekat.
- Kemudian bolehlah di hidangkan.
Assalam buat semua..
Baru sekali try buat Kuih lapis sebab nampak resepinya macam mudah sahaja.
Buat warna -warni nampak meriah sikit.
Ok la,not bad pada diri sendiri sebab orang kata kalau kuih lapis tu menjadi.setiap lapisannya boleh di tanggalkan.
Tu.. boleh tanggal setiap lapis, tapi tidak berapa kemas kejadiannya.
Bukan untuk tempahan pun,nak makan sendiri ..
Let's try buat
KUIH LAPIS
Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
5 cawan santan
1/2 sudu kecil garam
pewarna pilihan
Cara membuatnya
- Panaskan pengukus.
- Masukkan kesemua bahan ke dalam blender.
- Tapiskan dan bahagi kepada beberapa warna pilihan
- Kukus setiap warna selama lebih kurang 10 minit setiap lapis.
- Gunakan senduk yang sama untuk menyukat supaya lapisan sama tinggi.
- Buat sampai habis .
- Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk sebelum di potong.