Assalam buat semua..
Dulu-dulu saya ingat kalau nak buat kek batik ni remeh dan susah.
Bila ketiga-tiga anak saya suka makan Kek batik,saya mula belajar membuatnya.
Tak susah seperti yang saya fikirkan sebelum ini.
Tidak perlu di bakar pun dan penuh dengan rasa coklat.
Sekarang ni dah macam-macam kek batik versi premium mula di buat.
Ok,nanti kita cuba kesemuanya.
Untuk hari ini saya buat Kek batik versi simple sahaja
Let's try buat.
KEK BATIK
Bahan
600 gm biskut marie
200 gm butter
1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air masak
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh garam
Cara membuatnya
- Cairkan butter dengan api perlahan,masukkan susu pekat manis dan gaul rata.
- Masukkan milo dan serbuk koko,garam,esen vanila dan kacau rata.
- Kacaukan telur,masukkan ke dalan adunan dan tambah air.
- Biarkan seketika sambil di kacau semua biar bahan-bahan sebati.
- Tutup api dan masukkan biskut marie yang telah di patah-patahkan.
- Gaul biar rata.
- Ambil bekas sesuai dan masukkan sedikit-sedikit sambil di tekan hingga padat.
- Akhir sekali,ratakan aduan biskut dan tekan lagi supaya permukaan rata.
- Jika ada adunan cair yamg lebih,boleh di ratakan di atasnya.
- Sejukkan di dalam peti sejuk hingga keras.