Assalam buat semua..
Sekali -sekala dapat kongsi resepi di ruangan ini..
tidak sekerap dulu saya menulis di sini
Banyak perkara yang saya suka buat dahulu seperti melukis dan membaca pun sudah tidak sempat di lakukan sekarang.
betul lah masa itu ibarat emas...kerana ianya betul-betul berharga di saat ini.
jom main masak-masak
Anak-anak saya suka makan puding roti tapi syaratnya kena ada kuah.
Puding roti ini pun saya untuk citarasa sendiri dan di tambah pisang,ceri merah dan hijau dan juga coklat cip.
jika nak makan dengan sos kastard boleh lah di kurangkan gulanya.
Let's try buat.
PUDING ROTI PISANG/BANANA BREAD PUDDING
Bahan
8 keping Roti Gardenia
4 biji pisang masak
3 biji telur
1 cawan susu segar
2 sudu kecil esen vanila
4 sudu besar gula
1/2 cawan kismis/coklat cip
Cara membuatnya
- Potong kecil roti atau carik-carikkan dan ketepikan
- Potong pisang kecil-kecil atau boleh juga di lenyekkan.
- Masukkan telur,susu segar,esen vanila,kismis dan gula.Gaul sebati.
- Masukkan pisang dan gaul rata.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan kismis/coklat cip selebihnya .
- Bakar dalam oven dengan suhu 175'c selama 20 minit atau sehingga masak.