Selasa, 10 Januari 2023

MAKARONI GORENG


 Assalam buat semua..

Hari ini saya kongsi satu lagi resepi makaroni kesukaan anak-anak.
Resepinya ringkas sahaja,ikut versi sendiri,sesedap dan secukup rasa.
Saya buat untuk hidangan makan malam,cukup lah untuk hari ini,tidak perlu makan nasi dah.
Let's try buat


MAKARONI GORENG

Bahan
1 paket makaroni 250 gm.
isi ayam-cincang
2 sudu besar cili kisar
bawang besar-dadu kecil
bawang putih-cincang
sayur kubis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ayam
serbuk cukup rasa Maggie
garam 


Untuk hiasan
bawang goreng
hirisan daun sup
cili hijau

Cara membuatnya
  • Rebus makaroni sehingga lembut. Angkat,toskan air. 
  • Dalam kuali,panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
  • Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak.
  • Masukkan ayam cincang dan kacau sehingga ayam sedikit kering airnya.
  • Masukkan sos tiram,sos cili,kicap manis,pati ayam dan serbuk cukup rasa,garam dan gaul rata.
  • Masukkan makaroni yang di rebus ke dalam kuali dan gaul rata.
  • Masukan sayur dan biarkan sebentar. Jangan terlalu lama kerana sayur akan jadi lembik.
  • Bila semua rasa sudah sebati ,masukkan ke dalam bekas,taburkan bawang goreng dan cili potong.

Sabtu, 7 Januari 2023

KEK CAWAN PANDAN

Assalam buat semua..
Selamat tahun baru 2023
Semoga Allah kurniakan rezeki kesihatan dan masa lapang yang lebih baik di tahun ini.Aamiin.
Jom buat Kek Cawan Pandan
Sedap juga makan dengan secawan Nescafe.

KEK CAWAN PANDAN

Bahan
200 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
     -diayak bersama-

125 gm.mentega
1/2 sudu teh esen vanila
150 gm.gula kaster
2 biji telur A

75 gm.santan campur 25 gm.air perahan daun pandan
1/4 sudu teh garam
pewarna hijau

Cara membuatnya
•Putar mentega,gula hingga kembang dan gebu.
•Masukkan telur satu persatu sambil terus di putar.
•Masukkan esen vanila dan pewarna hijau.
•Kaup-balikkan tepung selang seli dengan santan sampai habis.
•Masukkan ke dalam acuan cawan kertas,isi 3/4 penuh.
•Tabur bahan hiasan jika suka.
•Bakar dalam oven dengan suhu 160`c selama 25-30 minit bergantung pada oven masing@masing.
•Bila masak,sejukkan.Boleh juga di paipkan krim di atasnya.