Khamis, 7 Julai 2011
BILA POKOK MENGHIJAU..
Saya saya sangat teruja melihat pokok -pokok bunga berkembang yang membesar dan matang di depan mata sebagaimana melihat proses pembesaran anak-anak.Dan bunga dan taman ini menjadi sebahagian besar dari hidup kami.Jadual kerja harian yang kadang-kala memenatkan badan dan minda menyebabkan bunga-bunga ini menjadi terapi untuk saya memulihkan kesegaran fizikal dan minda.Seperti disuntik tenaga baru selepas seharian penat bekerja.Biarkan saja pokok memanjat dan hidup subur dan merimbun di pergola atau di bahagian pagar laman .Ini dapat mewujudkan suasana semulajadi dan memberi teduhan di bawah pergola.Bunyi burung -burung yang berkicauan menambahkan lagi ketenangan disini.Warna hijaunya menyegarkan mata.walaupun taman ini tidak hebat tapi ia ada sentimental value!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan