Cara:
- Melarutkan yis
Ia bertujuan untuk mengaktifkan yis supaya ia bersedia untuk menjalankan proses penapaian terhadap adunan tepung.
Jika guna yis kering (mauripan),anda perlu larutkan dalam air suam yang bercampur sedikit gula.Apabila sudah berbuih,ia boleh digunakan .Air suam perlu diletakkan jika anda menggunakan yis kering,kerana ia amat memerlukan air.
- Mengadun doh
Cara yang betul dan terbaik adalah menggunakan mangkuk.Masukkan bahan kering seperti tepung,gula dan garam bersama- sama.Bahan cecair pula seperti larutan yis,susu air ,telur ,mentega diletakkan di tengah-tengah bahan kering tadi(buatkahn lubang di tengah tepung,kacaukan sehingga sebati dengan senduk).
- Menguli kali pertama
Adunan tadi perlu di uli untuk melembutkan doh dan yis bertindak balas.Jika anda menggunakan mesin,ia memerlukan masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk menjadikan doh kenyal.Jika menguli dengan tangan ,hasil adalah lebih baik walaupun masa yang di perlukan adalah tidak kurang dari 20 minit.
Apabila menguli dengan tangan ,gunakan papan pencanai dan bukannya mangkuk.Taburkan sedikit tepung pada papan .Lipat doh ke arah anda dan tolak doh ke depan dengan tapak tangan .Pusingkan doh dan ulang proses beberapa kali dengan arah yang sama.Jangan guna arah berlainan kerana yis tidak tersebar rata di dalam doh.- Mengembangkan doh
Doh perlu di kembangkan sebelum di bakar .Apabila mengembangkan doh,biarkan ia dalam keadaan bulat.Doh harus ditutup dengan plastik untuk elak doh jadi kering di bahagian luar.Jika doh kering ia tidak akan mengembang.
Doh yang baik akan mengembang 2 kali ganda dari saiz asal dan masa yang di ambil adalah 30- 90 minit.
- Menguli semula dan membentuk
Doh tadi walaupun telah kembang masih belum boleh di bakar kerana ia belum menepati tekstur yang sesuai untuk di panggil roti.Letakkan doh pada papan pencanai dan leperkan dengan menekan dengan penumbuk anda.Jangan di tumbuk.Uli kembali selama 2 minit dan boleh di bentuk kepada bentuk yang anda suka.Inti boleh di masukkan sekarang.
- Mengembang kali kedua
Dalam proses ini yis masih aktif dan masih boleh mengembangkan doh tadi.Proses masih sama seperti tadi.Kalau anda suka sekaranglah masanya untuk meletakkan kismis,kacang ,gula perang dan bahan lain di atas doh.
Cara yang betul adalah memanaskan dulu oven sehingga 240 celcius dan apabila suhu telah di capai,barulah masukkan doh tadi.Jika anda memasukkan doh dahulu sebelum memanaskan oven,doh tadi akan menjadi keras di sebelah luar(membentuk kulit ) dan apabila doh hendak kembang ,kulit tadi akan menghalang.
Selepas 15 minit ,suhu ketuhar harus diturunkan kepada 190 celcius dan bakar lagi hingga masak .Roti yang masak akan berbunyi kosong bila di jentik.GAMBAR:GOOGLE IMAGE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan