Mee hoon ini di goreng pada minggu lepas,buat sarapan budak 3 orang tu nak gi sekolah.Si comel,Azim makan sampai 2 pinggan.Nampak macam tak larat bila dia berjalan nak gi naik kereta papanya.Terover kenyang la tu.Apapun saya bahagiaaaa...bila dapat masak makanan kesukaan anak-anak.Nak resipi asas mee hoon goreng?.Bolehlah buat sebagai rujukan.
Bahan -bahan
- mee hoon ( rendam dahulu)
- 4 ulas bawang merah-di tumbuk
- 5 ulas bawang putih-di tumbuk
- 1/2 cawan cili kering
- udang,sotong,ayam dan fishcake.
- 3 biji telur
- kubis/sawi
- garam dan gula secukup rasa
- sos tiram,sos cili,sos tomato dan kicap-secukup rasa.
- daun ketumbar dan bawang goreng (utk. hiasan)
Cara-cara.
- Panaskan minyak dan tumis bawang.Bila naik bau,masukkan cili kering kisar dan tumislah sampai cili masak.
- Masukkan udang,sotong ,ayam dan fishcake(bahan ikut citarasa masing-masing)
- Bila masak masukkan semua sos tadi dan telur yang telah dipukul.
- Masukkan mee hoon yang telah di toskan dan sayur.
- Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa.
- Semasa menghidang,taburkan daun ketumbar yang di hiris halus dan bawang goreng.
- Mengamalkan memasak mengikut sunnah Rasullah s.a.w seperti mengacau bahan masakan dengan ikut arah lawan jam.
- Mengamalkan memasak dengan menggunakan tangan kanan.
- Setiap bahan penyediaan sebelum memasak hendaklah dibasuh dengan air yang mengalir.
- Bahan -bahan masakan jangan di letak di atas lantai sebaliknya di letak di atas meja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan