Saya belajar membuat homemade coklat dari internet selepas anak- anak begitu suka memakannya.Hari tu ada kelas coklat yang di anjurkan oleh Sweetbery tapi tak sempat nak gi pulak sebab bekerja pada masa jadual kelas coklat tu.
Dulu saya tak tau nak buat coklat guna coklat jenis apa. Sekarang saya share cara buat coklat dekat blog ini.
Untuk buat coklat yang sedap kita kena gunakan coklat compound brand Colatta. Dekat pasaraya takde jual coklat jenis ni, cuma ada di kedai kek. Saya beli di kedai Sweetbery/Citarasa. Kalau buat Almond London guna coklat ni memang sedap(kalau nak makan sendiri boleh la).Mahal ooiii!.Macam-macam mould ada di jual.Saya cuma beli mould rose ,nombor dan kulit kerang.Nanti nak tambah lagi!.
Ada 3 jenis compound coklat ni iaitu dark, milk dan white. Saya gunakan milk coklat.
Bahan-bahan
- 1 bar coklat compound
- badam biji/Hazelnut secukupnya(pilihan)
- Panaskan coklat guna kaedah double boiler.
- Badam dibakar untuk letak dalam coklat nanti
- Mula-mula letakkan sedikit sahaja coklat dalam mould kemudian sejukkan selama 3 minit dalam freezer.
- Letak coklat guna sudu, kalau guna piping bag, coklat masih panas.
- Letakkan sedikit coklat dahulu kemudian keraskan supaya corak tadi akan menjadi cantik dan berkilat.
- Apabila coklat sudah keras, bolehlah letak badam atau apa2 inti yang disukai, kemudian dilapisi dengan coklat semula. Simpan kembali dalam freezer selama 3 minit ataupun sehingga coklat mengeras.
- Tara..dah siap.
- Untuk mengeluarkannya,telangkupkan mould dan ketuk-ketukkan mould hingga coklat keluar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan