Khamis, 20 Oktober 2011

PINDANG TAPAI

Pindang tapai ini selalu di buat oleh arwah emak semasa bulan puasa.Pada waktu itu saya selalu tengok beliau membuat pindang ini menggunakan kelapa parut yang di perah bersama-sama telur hingga menjadi santan 
yang pekat.Sekarang jika saya membuatnya menggunakan santan kotak,ia tidaklah begitu lemak seperti yang pernah di buat oleh arwah  emak.

Pindang tapai
Bahan-bahan
  • 10 keping tapai ubi
  • 2 helai daun pandan
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 biji telur
  • gula -ikut manis masing-masing
  • sedikit garam
  • 1 sdt.esen vanila
Cara membuatnya
  • Letakkan daun pandan di dasar periuk,kemudian susun tapai ubi di atasnya.
  • Dalam mangkuk,pecahkan telur dan pukul sedikit.Tambahkan santan dan campurkan sedikit air dan esen vanila.
  • Tambah garam dan gula kemudian curahkan di atas tapai tadi.
  • Gunakan api perlahan/slow cook sehingga kuah masak. 
  • Sejukkan dahulu baru di simpan di dalam peti sejuk.
  • Pindang tapai ini sedap di makan sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan