Rabu, 7 Disember 2011

PUDING KASTARD BETIK

Salam bahagia...saya belajar membuat Puding Kastard Betik ni dari buku resipi lama saya semasa di Tingkatan Dua dahulu iaitu kira-kira 27 tahun lepas(lamanya!) .Buku ini di temui semula semasa sedang mengemas almari buku lama untuk di lupuskan mana-mana buku yang telah rosak.Oleh kerana saya menjadi 'ulat buku 'semenjak dari sekolah rendah lagi,banyak juga buku-buku lama yang masih tersimpan rapi.Salah satunya buku Resipi Harian ini karya Robaayah Hj.Abdul Wahab dan Susan Manikam.Ia adalah buku edisi pelajar pada masa itu.
Jom kita tengok resipinya.Puding kastard ini agak lembik dan ia tidak boleh di potong.Kalau nak makan kita kena guna sudu.Sedap di makan sejuk.Resipi ini telah di ubah suai ayatnya oleh saya dari resipinya yang sebenar.
PUDING KASTARD BETIK
Sumber:Buku Resipi Harian 1980 (Cetakan1)

Bahan -bahan
  • 1 biji betik masak
  • 1/2 biji lemon-di ambil airnya
  • 4 sdb.tepung kastard 
  • 500 ml.susu cair/susu segar
  • 3 sdb.gula pasir/secukup rasa
  • 1sdt.esen vanila
Cara membuatnya
  • Buang kulit betik dan potongkan kecil-kecil dan perahkan jus lemon dan gaul rata.
  • Kemudian blend isi betik menjadi puri atau parutkan sahaja.
  • Campurkan tepung kastard,susu cair  dan gula dan panaskan di atas api sederhana,kacau sentiasa hingga adunan menjadi pekat.Tambahkan esen vanila.
  • Angkat dari api dan campurkan dengan puri betik/betik parut tadi dan gaul rata.
  • Tuangkan ke dalam acuan kecil-kecil atau acuan kesukaan masing-masing dan sejukkan di dalam peti sejuk.
  • Bila agak keras sedikit bolehlah di makan.
**Di dalam resipi ini,saya telah memotong dadu betik untuk di campurkan ke dalam adunan kastard .

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan