Jumaat, 23 Disember 2011

SAYUR GORENG TEMPE


Saya suka makan sayur campur,tak kira yang berkuah atau di goreng tanpa kuah.Salah satu sayur yang biasa saya masak ialah Sayur goreng tempe ini.Saya tidak meletakkan sebarang lauk di dalam sayur goreng ini kerana rasa tempe yang seperti rasa isi ayam sahaja.
SAYUR GORENG TEMPE
Sumber:suzanazamri.blogspot

Bahan-bahan
  • 2 keping tempe-di potong kiub
  • 3 batang putik jagung/baby corn
  • 1 biji tomato
  • 1/2 biji lada benggala hijau
  • 2 biji cili padi
  • 3 helai daun kubis
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sdb.udang kering
  • 2 biji bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 sdb.cukup rasa Maggi
  • 1 sdb.sos tiram
Cara membuatnya
  • Semua sayuran di potong ikut kesukaan masing-masing.Bawang besar di potong separuh bulat.
  • Tumbuk udang kering bersama bawang putih dan bawang merah.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk.Bila naik bau,masukkan sos tiram, tempe dan putik jagung dahulu.Tambahkan sedikit air.
  • Kemudian masukkan kubis,lada benggala ,cili padi,bawang besar kecuali tomato.Tambahkan serbuk cukup rasa.Gaul sebati.
  • Akhir sekali masukkan tomato,biarkan sebentar dan sesuaikan rasanya.
  • Bila semua sayur hampir masak,bolehlah di angkat dan di hidangkan.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan