Isnin, 4 Jun 2012

BISKUT SUSU


Salam bahagia buat rakan-rakan saya yang sentiasa dekat di hati...
Kenapalah sejak akhir-akhir ini saya sentiasa sahaja sibuk memanjang dan sentiasa keletihan.Biasanya saya tidak biarkan masa menguasai kehidupan saya.Sejak akhir-akhir ini ada sahaja perkara yang tak sempat di buat dan tertangguh.
Nampak macam tak sibuk sebab dapat menulis blog.Sebenarnya saya curi-curi masa di antara waktu sibuk itu...menyelit sekejap .Nak merempit ke blog orang pun tak sempat!.Ok lah kita ke entri seterusnya .Dok membebel sorang-sorang sapa nak baca...

Hari ini kita nak enrti biskut pula.

BISKUT SUSU
Sumber:Majalah Saji Ogos 2010

Bahan-bahan
  • 1 cawan marjerin
  • 1/4 cawan gula aising
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 3 cawan tepung jagung
Cara membuatnya
  • Gaulkan marjerin ,gula aising dan tepung jagung hingga sebati.
  • Tuangkan susu sedikit demi sedikit .Susu tidak perlu di habiskan jika doh sudah sebati.
  • Canaikan dan terap mengikut kesukaan masing-masing.
  • Hiaskan mengikut kreativiti sendiri.
  • Bakar pada suhu 160'C selama 15-20 min. bergantung pada oven masing-masing.
Nota
  • Ia menghasilkan doh yang agak lembik.Saya telah menambahkan sedikit tepung gandum untuk mendapatkan doh yang sesuai.
  • Saya tidak mencanaikan doh tetapi sebaliknya menggunakan nozzle yang besar untuk membuat bentuk biskut seperti ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan