Salam bahagia buat semua....
Empat hari menjelang Syawal,sudah terasa betul-betul mood raya!.Dapat cuti ke atau tak dapat saya kira ia adalah ketentuan Allah.Mengingatinya saya jadi redha dengan keadaan diri yang kena bekerja sepanjang minggu seperti juga tahun lepas.Malas nak fikir benda-benda negatif yang sentiasa cuba menguji diri,malas nak fikir sikap manusia kadang-kadang tu membuat hati kita terasa....biarlah ia berlalu begitu sahaja..
Resepi kali ini ialah Kiwi Panna Cotta.Dessert yang saya buat untuk berbuka puasa petang semalam.
Resepinya sangat mudah dan ringkas sahaja,
KIWI PANNA COTTA
Sumber:Gert(Mango Panna Cotta)
diolah : K.Nor@SecubitGaram
diolah : K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan
- 9 gm.gelatin(lebih kurang 1 sudu besar dan di lebihkan sedikit)
- 4 sudu besar air
- 2 1/2 susu segar
- 1/4 cawan gula
- 1 sudu teh esen vanila
- 3 biji buah kiwi-kisar dengan 3 sudu besar gula untuk di jadikan puri.Simpan dalam peti ais.
Cara membuatnya
- Campurkan gelatin dengan air dan biarkan ia mengembang.
- Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih-buih kecil.
- Padamkan api dan masukkan gelatin tadi dan kacau sebati sehingga gelatin larut sepenuhnya.
- Tuangkan ke dalam gelas yang sesuai.
- Boleh juga di masukkan potongan kecil buah kiwi ke dalamnya.
- Sejukkan di dalam peti ais lebih kurang 6-8 jam.
- Tuangkan puri kiwi keatasnya dan bolehlah di hidang sejuk-sejuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan