Ahad, 3 Februari 2013

MASAK LEMAK LALA DAN PUCUK MIDING


Salam bahagia buat semua...
Masak lemak lala dengan pucuk miding ni saya buat selepas membelinya di pasar tani.Dah lama tak makan sayuran kampung.Dulu-dulu masa tinggal kat kampung,pucuk miding hidup meliar di kawasan semak tepi rumah boleh di petik begitu sahaja.Tapi sekarang sudah tiada lagi, masa merubah segalanya...

MASAK LEMAK LALA DAN PUCUK MIDING
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1/2  kilo isi lala
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 labu bawang besar-potong nipis
  • 1/2 inci halia
  • 3 batang serai
  • santan secukupnya
  • 2 ikat pucuk miding
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 biji lada hijau besar -belah dua 
  • garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya                                                                 
  • Pucuk miding di pisahkan dari batangnya dan ambil daunnya sahaja.
  • Sementara itu tumbuk bawang putih,bawang merah dan halia bersama.Serai pula di ketuk.
  • Masukkan santan ke dalam periuk bersama dengan bahan tumbuk tadi,isi lala serta serai dan serbuk lada hitam dan masaklah di atas api sederhana.
  • Bila mendidih dan isi lala masak,masukkan pula lada hijau,bawang besar ,garam dan gula secukup rasa.Sebelum di angkat masukkan pucuk miding dan biarkan sekejap.
  • Sedapkan kuahnya mengikut citarasa sendiri dan bolehlah di hidangkan.
  • Sayur ini sedap di makan bersama ikan masin goreng dan nasi putih. 

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. ye la sedap dan membuka selera bila di gandingkan dengan ikan masin goreng!

      Padam
  2. Pucuk paku udang @ miding ni memang dulu senang nak dapat, lagilah kalau musim hujan, lembut2 muda pucuknya...sekarang susah nak jumpa, bertahun juga tak makan pucuk ni...sedapnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo..nama lainnya pucuk paku udang!.kat kota bharu ni kita panggil pucuk miding.

      Padam