Dalam beberapa hari ini saya tidak berkesempatan untuk menulis resepi di dapur maya ini kerana terlalu sibuk dengan pelbagai urusan.Dan hari ini saya kembali bercuti selama tiga hari,cadangnya nak bawa anak-anak bercuti pada keesokan harinya di Tok Aman Bali Beach Resort dan juga menghadiri kenduri dalam minggu cuti sekolah ini.
Sebelum tu saya entrikan satu lagi resepi ayam yang pernah saya cuba dan rasanya agak sedap juga iaitu Ayam Sos Oren.Boleh juga di gunakan sos lemon.Di dalam resepi ini saya telah menggantikan jus segar oren sunkist dengan jus pekat oren sunkist.
AYAM SOS OREN
Sumber:hanieliza.blogspot.com/Hanieliza's cooking.thanks
Bahan A
400 gm isi dada ayam
2 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 ulas bawang putih-tumbuk halus
Untuk menyalut ayam
1 biji telur-di pukul sedikit
1 cawan tepung jagung saya ganti tepung ubi
minyak untuk menggoreng
Bahan B
1 cawan jus oren sunkist(2 biji oren) saya guna jus pekat oren sunkist
1 sudu kecil serbuk pati ayam Maggi
1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil minyak bijan(pilihan)
2 sudu kecil tepung jagung
2 sudu besar air
hiasan
1 biji oren- hiris
tomato-potong enam
Cara membuatnya
- Nipiskan isi dada ayam dan perapkan ayam dengan serbuk pati ayam dan lada hitam selama 10 minit.
- Celupkan ayam dengan telur dan sadurkan dengan tepung jagung/tepung ubi dan goreng hingga kekuningan.Toskan.
- Goreng kesemua ayam sehinga habis.Ketepikan.
- Keluarkan minyak menggoreng tadi dan tinggalkan 2 sudu besar di dalam kuali.
- Tumiskan bawang putih dan masukkan bahan B kecuali tepung jagung dan masak hingga mendidih sambil di kacau perlahan(saya menggunakan 3 sudu besar jus pekat oren sunkist yang di campurkan dengan 1 cawan air).
- Pekatkan sos oren dengan bancuhan 2 sudu kecil tepung jagung yang di bancuh dengan 2 sudu besar air.Sesuaikan rasanya mengikut kesedapan sendiri.Sos ini rasanya masam -manis.
- Potong ayam goreng kepada kepingan kecil dan tuangkan sos oren pekat ke atasnya.Letakkan hiasan jika suka.
As-salam..sedapnya..rajin betul masak..Adda plk asyk menu simple jer sebab banyak sangat vitamin M melekat..hihiiii..
BalasPadamsaya ada banyak juga vitamin M ni,tapi kerana anak2 nak makan vitamin M tu buat tak nampak je!hee..he
PadamAyo bergabung dengan bolavita , hanya disini yg bisa depo via
BalasPadamOvo dan tidak ada jam off line nya mempermudah member tidak
perlu ke ATM lagi... dengan promo2 yg sangat menarik tanpa ribet
langsung diberikan ^^ sabung ayam jago
info lbh lanjut :
whatup : +628122222995