As-Salam buat semua..
Salah satu makanan kesukaan saya ialah Hash Brown Potato.Saya selalu menyimpan keinginan untuk membuat Hash Brown Potato di dapur saya sendiri.Semasa bercuti di resort pada bulan lepas ,saya makan Hash Brown Potato yang di hidangkan di situ dan rasanya amat sedap dan rangup sekali.Ia di gandingkan dengan baked bean,scrambled egg dan sosej,tapi oleh kerana anak-anak tak makan sosej saya tidak meletakkannya.
HASH BROWN POTATO
Sumber:dari dapur Kak Jee
Sumber:dari dapur Kak Jee
Bahan-bahan
3 biji kentang -dibuang kulit
1 labu bawang besar -didadu
garam
lada hitam
mentega
Cara membuatnya - Kentang disagat.Kemudian diletakkan atas pinggan leper yang telah dialas dengan kitchen towel untuk keluarkan airnya.Campur dengan bawang yang telah didadu.Kalau tak nak bubuh bawang pun boleh.Tambahkan garam dan lada hitam.
- Panaskan kuali, seelok eloknya kuali non stick.Letakkan sedikit mentega dan sedikit minyak dan tunggu hingga panas.Kemudian
ambil sesenduk bahan kentang tadi dan bubuh di tengah-tengah kuali.Tekan sikit supaya leper dan gorenglah guna api perlahan macam buat lempeng.Makanlah dengan sosej, scrambled egg, baked bean dan juga roti bakar kalau suka.Selamat mencuba..
Sesekali terbalikkan perlahan-lahan hingga kedua-dua bahagian dah garing.Berhati-hati supaya tidak hancur.
salam suzana..
BalasPadamem, bestnya dapat makan hash brown homemade ni kan..terjamin kebersihan dan sangat sihat..
ye la Bbwana..best sangat.sampai tak cukup!
Padam