Saya bercuti bermula dari hari Ahad sehingga rabu.He..he buat biskut untuk Hari Raya Aidil Adha...nak menghabiskan bahan-bahan stok yang masih ada dalam bulan yang lepas.Biskut ini nampak ringkas sahaja dan teksturnya agak rangup kerana di tambah dengan nestum dan badam.
BISKUT BADAM NESTUM
Sumber:Majalah Saji Ogos 2013.
Bahan-bahan
1 cawan nestum
1/2 cawan serbuk badam
250 gm mentega
250 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
150 gm gula aising
1 sudu teh esen vanila
kuning telur-untuk sapuan
badam keping-untuk hiasan
Cara membuatnya
- Campurkan mentega dan gula aising kemudian pukul hingga kembang.
- Masukkan semua bahan-bahan lain,uli hingga jadi doh.Jika doh agak lembik,tambah sedikit tepung hingga dapat doh yang tidak melekat di tangan.
- Canai doh yang telah siap dan tekap dengan acuan yang sesuai.
- Susun biskut di atas dulang dan sapukan kuning telur dan hiaskan dengan kepingan badam.
- Kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar sehingga masak dengan suhu 160'C.
- Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan