Selasa, 31 Disember 2013

SELAMAT TINGGAL 2013...

 Gambar:Google Image

As-Salam buat semua..
Coretan terakhir  pada 31 disember 2013.Banyak kenangan yang berbekas di hati telah menjadi ingatan yang tak mungkin saya lupakan di sepanjang tahun ini.Terimakasih buat semua yang sudi menjadi rakan blogger saya serta pengunjung blog ini .Ada setengahnya saya tak dapat nak follow balik  kerana tiada link.
Sepanjang 2013 telah banyak merubah diri saya untuk menjadi insan yang lebih tabah.Kadang waktu teruji juga dengan dugaan yang tak termampu saya hadapi.Hanya kerana ada Allah yang satu tempat saya mengadu,telah menjadikan saya seorang yang lebih berkeyakinan.
Banyak juga resepi yang saya cuba sepanjang tahun ini.Semua gambar yang di muat turun dalam blog ini adalah hasil dari cubaan itu.Kadang menjadi dan ada juga yang tidak menjadi.Itu semua bukan salah resepi tapi mungkin salah saya mengolahnya.Terimakasih buat semua yang sudi berkongsi resepi di blog masing-masing.Buat semua rakan Bloggers,silent readers  selamat menyambut Tahun baru 2014.Saya memilih untuk bahagia.... dengan rasa syukur kepada Allah.Amin.

2 ulasan:

  1. saya pun macam tu jugak...banyak pahit manis sepanjang 2013... btw selamat tahun baru buat suzana sekeluarga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terimakasih Cheq Su..sama-sama lah kita mengharungi 2014 dengan semangat yang baru! .dari saya....Selamat menyambut tahun baru 2014.semoga sentiasa bahagia.

      Padam