As-Salam buat semua..
Macam -macam resepi dah saya buat dengan pisang,tak habis-habis lagi stok dalam peti sejuk tu.Daripada kek besar, kek cawan,puding dan kuih-muih semuanya dah try buat,masih berbaki satu bekas besar lagi.Pisang masak banyak-banyak biasanya saya akan buang kesemua kulitnya dan simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk dan ia tahan lebih lama tanpa rosak.
Hari ini saya nak postkan satu lagi resepi versi dari pisang iaitu Chocolate bottom banana squares.
CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARES
Sumber:Life is a constant battle../ qurrataaayun.blogspot.thanks
Bahan-bahan
1/2 cawan butter/113 gm-di lembutkan
1 cawan gula letak 3/4 cawan
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
3 biji pisang -di lecek
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 suud kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
1/4 cawan serbuk koko/1 sudu kecil coklat emulco
1 cawan coklat chips letak 1/2 cawan
Cara membuatnya
- Pukul butter dan gula sampai ringan dan kembang.
- Masukkan telur,esen vanila dan pisang yang telah di lecek dan pukul lagi.
- Ayak tepung,baking powder dan baking soda,masukkan ke dalam adunan dan masukkan garam serta di gaul rata .
- Bahagikan adunan kepada dua.Masukkan serbuk koko/coklat emulco dalam separuh adunan dan gaul rata.
- Ratakan adunan coklat dalam loyang.Kemudian ratakan pula adunan yang lagi separuh atas adunan coklat tadi.
- Taburkan coklat chips dia atas.Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit atau hingga adunan tidak melekat bila di cucuk.Jangan overbake kerana adunan akan jadi kering.
- Tunggu sejuk baru di potong bentuk square.
saya pun buat minggu lepas, tapi tak jadi cantik macam ni... apapun memang sedap dan tak jemu makan
BalasPadamnanti cuba buat lagi,saya pun kali pertama buat ni.anak-anak suka ,saya rasa nak buat lagi.
Padam