Kuih pau ini di buat untuk di makan-makan pada sebelah petang.Saya buat saiz kecil-kecil sahaja supaya senang di habiskan dan bila buat sendiri letak pula inti kacangnya lebih sikit.
PAU INTI KACANG MERAH
Sumber:Ilham dapur.blogspot/pau 3S.Thanks
Bahan-bahan
1 1/4 cawan tepung serbaguna atau tepung gandum
110 ml air suam
1/2 sudu besar yis kering
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil baking powder
3 sudu besar minyak masak/minyak sayur
1/2 sudu kecil garam
inti kacang merah secukupnya
kertas minyak secukupnya-potong 4 segi untuk lapik bawah pau
Cara membuatnya
- Dalam bekas sesuai masukkan air,yis dan gula.Biarkan seketika dalam 1-2 minit.
- Kemudian masukkan minyak masak dan kacau guna garfu.
- Satukan baking powder,tepung dan garam.Kemudian tuang bancuhan yis tadi sambil di kacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.
- Kemudian bolehlah di uli dengan tangan.Kalau adunan lembik,celup tangan dalam tepung atau tabur sedikit tepung dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit.
- Tutup bekas dengan plastik/tuala sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau hingga doh naik sekali ganda.
- Sediakan pengukus.Ambil doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit untuk buang angin.
- Ambil doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit,masukkan inti kacang merah dan tutup kemas.
- Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus.
- Buat sampai habis dan rehatkan doh selama 10-15 minit.
- Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana.Pastikan penutup pengukus di balut dengan kain atau tuala bersih agar air tidak menitis atas pau.
- Bila masak bolehlah di hidangkan.
terliur tengok macam nk buat lah sbb fav paste kacang ni..
BalasPadamtry la kak noor,gebu ni!
PadamSedap mkn petang dgn pau panas2
BalasPadamLama x buat he hee ank sy suka pau kaya
Kalu buat mlm2 x sempat nk simpan esknya
betul tu,bila buat sendiri boleh makan panas-panas..lagi best kan.
PadamKlu masak pau inti kcg mmg tak laku..klu inti kaya..laju jer anak2 mkn :)
BalasPadamhe..he sebenarnya inti kacang ni,mak anak yang suka makan!
Padamthanks sudi datang jenguk blog saya,nanti kita follow ye.
BalasPadamgebunya pau..lama sya x buat pau ni kak..hilang sudah skill buat pau..huhu..
BalasPadamcubalah buat,gebu amat pau ni!
Padam