Ubi kayu parut masih ada lagi lebihan dari kuih Bingka ubi kayu yang saya buat hari tu.Parut banyak-banyak simpan dalam freezer.Kalau buat semua pun tak sempat nak di habiskan semua kuih,lagipun yang memakannya hanya dua orang.Ia adalah salah satu dari kuih dulu-dulu yang di sukai oleh saya.
UBI KAYU KUKUS
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan-
ubi kayu-di parut parut secukupnya
gula melaka-di parut
sedikit garam dan gula secukup rasa
kelapa muda-di parut
Cara membuatnya
- Panaskan air dalam kukusan hingga mendidih.
- Kelapa muda parut di gaul dengan sedikit garam dan gula. Ketepikan.
- Dalam mangkuk besar,masukkan ubi kayu parut,sedikit garam dan gula melaka parut.Gaul biar rata.
- Tompokkan ubi kayu tadi didalam bekas pengukus dan kukus hingga masak.
- Bila sudah masak,sejukkan sebentar dan letakkan kelapa parut di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.
As salam. Ubi yang diparut jika mahu disimpan di dalam freezer, kena tos airnya atau boleh terus disimpan dalam freezer. Kadang kadang ada ubi berlebihan tapi tak reti nak menyimpannya. Terima kasih atas tips
BalasPadamSaya simopan terus je ubi tu Kak Azie.tak perah pun airnya.lepas ubi tu keras airnya jadi kering dan lepas kita defrost ia tidak berair lagi.
Padamsalam….wah cam sedap je menu dulu2 ni. nanti ros nak try la. tq
BalasPadammenu dulu-dulu ni tetap sedap di hati,walaupun banyak kuih -kuih moden sekarang kan!..
Padam