Jumaat, 30 Mei 2014

CHOCO MOUSSE BROWNIES

 As-Salam buat semua...
Brownies yang baru pertama kali saya cuba membuatnya dan rasanya tidak menghampakan kerana  ia amat sedap dan menjadi kesukaan anak-anak.Biasanya mousse di buat dari kuning telur,tetapi mousse dalam brownies ini menggunakan telur putih.Sekali lagi saya terjebak..menggunakan telur mentah(yang saya tidak suka dan cuba elakkan)tapi terkena juga oleh kerana tidak perasan resepinya ada menggunakan telur mentah.Dah buat ...makan saja lah!.bukankah coklat mousse rasanya macam aiskrim...

CHOCO MOUSSE BROWNIES
Resepi :www.myresipi.com/top/user/Yani@My resepi.thanks

Bahan untuk brownies(lapisan bawah)
45 gm mentega
65 gm gula halus   letak 50 gm 
1 biji telur gred A
50 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 suud besa serbuk koko

Bahan untuk coklat mousse
140 gm coklat masakan
1 sudu besar gelatin 
100 ml air
2 biji putih telur
200 gm whipping cream
40 gm gula halus

serbuk koko secukupnya untuk taburan
** saya ganti dengan serbuk bijirin milo yang di kisar halus

Cara membuat brownies
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur,pukul lagi hingga kembang dalam 3-4 minit.
  • Ayak tepung,baking powder dan serbuk koko dan masukkan ke dalam adunan telur.Kacau rata.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang loose pan.Bakar pada suhu 190'c selama 12-15 minit atau hingga masak.
Cara membuat mousse
  • Masukkan gelatin ke dalam air.Biarkan selama 5 minit dan kacau hingga larut.Jangan masukkan gelatin dulu kemudian air,ini akan menyebabkan gelatin berketul-ketul dan tak larut.
  • Cairkan coklat dengan kaedah doubler- boiler.
  • Bila coklat mencair,padamkan api dan keluarkan periuk coklat tadi.
  • Masukkan campuran gelatin ke dalam coklat cair dan kacau hingga sebati.Ketepikan hingga sejuk.
  • Sementara itu,didalam mixer,pukul putih telur pada high speed hingga kembang sambil di masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga bertanduk(jika di terbalikkan mangkuk,putih telur tidak jatuh).
  • Dalam mangkuk lain,pukul whipping cream hingga kental.
  • Satukan dengan adunan coklat tadi dan campurkan dengan adunan putih telur.
  • Kacau perlahan denagn senduk kayu hingga semuanya bercampur rata.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang ada brownies tadi,sejukkan ke dalam peti sejuk hingga ia mengeras.
  • Sebelum menghidang, taburkan dengan serbuk koko di atasnya.

2 ulasan:

  1. sedapnya.....telur putih tu kira xmasak la ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebanyakkan resepi mousse menggunakan telur kuning yang di masak secara double boiler tetapi resepi ini menggunakan telur putih yang di putar hingga kaku...tak masak la tu...macam proses buat aiskrim yang guna telur.

      Padam