Khamis, 17 Julai 2014

KUIH LOMPAT TIKAM


As-Salam buat semua...
Inilah nama kuih tradisional yang paling 'ganas' di Kelantan.He..hee mana tak ganasnya,lepas lompat kena tikam pula!.tapi tengoklah rupanya cun-melecun kan!dengan kombinasi 3 warna hijau,merah dan putih.
Honestly saya tak akan makan Kuih lompat tikam kalau tak ada pulut yang warna merah tu,macam tak lengkap pula rasanya.Sebelum ni ingatkan susah nak buat kuih turun- temurun orang Kelantan ni,tapi rupanya mudah sahaja.Suka dengan resepi ni sebab tepung hijaunya lembut sahaja..cair dalam mulut!kalau dah buat macam biasalah..adjust sana -sini.Let's try masak.

KUIH LOMPAT TIKAM
Resepi:Majalah Rasa Disember 2013

Bahan(lapisan hijau)
120 gm tepung beras
700 ml air     letak 600 ml
100 gm gula    letak 50 gm
2 helai daun pandan
pewarna hijau secukupnya
garam secukup rasa
**bahan-bahan ini menghasilkan adunan tepung hijau yang sederhana keras.

Cara membuatnya
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau dengan senduk kayu tanpa henti diatas api sederhana hingga pekat dan likat.
  • Bila adunan kelihatan meletup-letup bolehlah diangkat dan masukkan ke dalam acuan sesuai(adunan ini tidak sesuai di potong).
Bahan(lapisan putih)/santan pekat
300 ml santan
100 ml air
secubit garam
1 sudu besar tepung beras     saya tambah
*kacau di atas api sederhana hingga kelihatan pekat.

Bahan air gula
200 gm gula melaka
300 ml air
masak hingga gula dan air larut.
*jika inginkan air gula lebih pekat,boleh kurangkan sukatan air.

Bahan pulut merah
1 cawan pulut
sedikit pewarna merah 
air secukupnya
*air boleh di gantikan dengan santan

 Cara membuatnya
  • Basuh dahulu pulut kemudian rendam pulut bersama pewarna merah selama 15 minit.
  • Tanak pulut seperti biasa bersama air yang berwarna merah hingga masak.Tekstur pulut mestilah lembut dan gebu. 

Cara menghidang
Letakkan tepung hijau ,pulut merah ke dalam mangkuk sesuai,curahkan santan pekat dan air gula.
Selamat berbuka puasa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan