Jumaat, 31 Oktober 2014

KERUTUK UDANG GALAH

As-Salam buat semua..
Hari Jumaat yang berkat untuk semua...hidangan Udang galah pada entri pagi-pagi ni,lauk untuk makan tengahari semalam.Jumpa resepi kat blog Cik Mat, pada mulanya saya ingat ia menggunakan rempah kerutuk seperti yang sedia ada di jual di Kota Bahru ni,rupanya ia menggunakan bahan-bahan lain.Ia juga di eja dengan kerutup,saya pula gi tulis kerutuk tak pastilah dua perkataan ini sama ke tidak.Apapun masakan ini memang best....Let's try masak..

KERUTUK UDANG GALAH
Sumber:www.tiffinbiru.com            
Dapur tanpa sempadan.thanks

Bahan-bahan
1 kg udang galah/udang saiz besar
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 sudu besar kerisik
2 sudu teh gula melaka     saya letak sekeping
garam secukup rasa

Bahan A
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah 
1 sudu besar cili kisar 
1/2 biji bawang besar

Bahan B
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan C
3 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu besar ketumbar

Cara membuatnya
  • Udang di bersihkan,cuci dan toskan.Lumur dengan sedikit kunyit dan garam.Goreng sebentar hingga udang kemerahan.Angkat dan toskan.
  • Kisar halus bahan-bahan A.
  • Masukkan bahan C ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum.Kisar halus rempah tadi dengan pengisar kering.Ketepikan.
  • Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali,tumis bahan B hingga wangi.
  • Masukkan bahan  yang telah di kisar tadi(bahan A)dan tumis hinga harum.Tambah rempah kisar kering(bahan C)kacau rata dan masak hingga naik bau.
  • Tambah sos tomato,gula melaka dan pati santan,kacau rata dan masak hingga  mendidih,gunakan api sederhana.
  • Tambah kerisik ,masukkan udang dan gaul rata.
  • Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat.Sesuaikan rasanya dan boleh lah di angkat.
  • Taburkan hirisan daun bawang sebelum di hidangkan.

2 ulasan:

  1. mengancamnya tengok kerutuk tu..pekat ja kuahnya..best ni makan..hehe

    BalasPadam
  2. best kan ,makan dengan nasi putih,siap bertambah lagi..

    BalasPadam