Menu lepas raya Aidil Adha..buat nasi goreng saja untuk sarapan pagi.Bahan-bahan kebetulan semua ada,ringkas sahaja.Jom tengok resepi.
NASI GORENG TELUR ASIN
Sumber:ummizaihadi-homesweethome.blogspot thanks
Bahan-bahan
4 cawan nasi sejuk
200 gm isi ayam/daging
3 biji telur
1/2 batang karot-parut halus/hiris panjang
1 biji telur asin- siap rebus-lenyek dgn.garfu
2 sudu besar kicap manis
serbuk lada hitam secukupnya
sayuran kubis saya tambah
Bahan tumbuk
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi/ikut pedas
1 sudu besar udang kering-rendam dgn.air panas sebentar
Cara memasak
- Panaskan minyak dan goreng telur biasa buat scramble.Angkat dan ketepikan.
- Panaskan lagi sedikit minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing dan wangi.
- Masukkan isi ayam/daging dan kacau sebati.Biar ayam/daging empuk.
- Kemudian masukan telur asin,kicap,garam,serbuk lada hitam,telur scramble dan nasi.
- Gaulkan kesemuanya dan goreng rata hingga nasi kelihatan berasap.
- Angkat dan hidangkan.hiasan tu..terpulanglah.
laparnya perut tengok nasi goreng petang2 macam ni..tambah lagi cuaca yang mendung buat rasa lapar ja..huhu
BalasPadambuat la...tentu kenyang kann Wana.
Padamboleh try ni biasa guna telur biasa je, kali ni tukar telur masin pulak..
BalasPadamtry la,nanti kak noor adjust biar bagi sedap lagi he..hee
Padam