Seharian saya stress mengenangkan gambar-gambar yang saya terdelete dalam kamera semalam.Padahal dia dah tanya' are you sure want to delete this item'?tap..tekan butang delete.Minda dok terbang kat lain,habis 227 keping gambar masakan kesemuanya.Cuai sangat tak leh nak salah kan komputer.Tu lah asyik lara sangat.Perasaan seperti hilang barang kesayangan sahaja,memang pun!Sedihnya..
Hari ini saya masuk bertugas jam 1400,sebelah pagi selepas selesai masak untuk makan tengahari,saya menyediakan Roti tortilla untuk di bawa ke tempat bertugas.Saya buat saiz kecil-kecil sahaja, mudah nak makan.
TORTILLA BREAD
Sumber:ilhamdapur.blogspot thanks.
Bahan-bahan
2 cawan all purpose flour
1/3 cawan unsalted butter-suhu bilik
1/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam-jika guna mentega biasa tak perlu letak
air secukupnya.
Cara membuatnya
- Satukan kesemua bahan kecuali air.Gaul guna hujung jari biar jadi berketul macam serbuk roti.
- Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hinga jadi doh yang lembut.Tak perlu uli macam nak buat donat sebab lepas tu nak canai pulak.
- Ambil sedikit tepung dan tabur di atas papan pencanai dan canai doh tadi biar betul-betul nipis dan berbentuk bulat.Boleh saja tekap atau guna pizza cutter potong bulat lepas canai.Kalau terlembik,tabur tepung semasa mencanai.
- Panaskan non- stick pan biar betul-betul panas dan letakkan doh yang di canai tadi kemudian spray sedikit air pada permukaan roti dan tekan-tekan dengan senduk.
- Kemudian balikkan dan masak biar sedikit perang.
- Angkat dan simpan dalam tuala bersih atau bekas tahan panas agar roti tidak keras/kering.
- Buat sampai habis.
Tortilla bread ini boleh di pelbagai hidangannya ,ringkas dan mengenyangkan.Contohnya boleh di buat taco dengan apa bahan yang ada kat dapur seperti telur,daging kisar,salsa ,cheese terpulang pada citarasa sendiri.
Saya buat Taco guna sosej ayam, scrambled egg,coleslaw dan kemudian letak sos cili dan sos lada hitam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan