Biskut pertama yang di buat semalam iaitu Biskut Sarang semut.Buat awal-awal kerana saya bertugas tak kira masa.Buat biskut yang mudah-mudah dahulu kerana ia tidak memakan masa yang lama untuk menyudahkannya.Kalau biskut yang susah sedikit kena tunggu cuti baru boleh buat.Let's try baking...
BISKUT SARANG SEMUT
Sumber:LinaKz Shaari.www.facebook/bukuresepi.thanks
Bahan-bahan
225 gm mentega
200 gm tepung jagung
2 biji kuning telur
125 gm gula aising
275 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil esen vanila
coklat rice untuk hiasan
paper cup kecil
Cara membuatnya
- Kacau mentega dan gula aising sampai sebati guna spatula sahaja.
- Masukkan kuning telur dan esen vanila.Kacau rata.
- Masukkan semua tepung dan gaul rata hingga jadi doh.
- Parutkan doh dan masukkan ke dalam paper cup guna sudu kecil.Adunan perlu di isi hingga penuh kerana selepas di bakar ia akan turun sedikit.Taburkan coklat rice.
- Bakar pada suhu 140' c selama 20 minit bergantung pada oven masing-masing.
- Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan