Sabtu, 25 Jun 2016

BISKUT BANGKIT CHEESE

 Assalam buat semua..
Post biskut raya la pula,puas hati buat sendiri walaupun tidak begitu cantik kejadiannya.
Pastu suka cuba resepi baru,ada juga risikonya,kadang menjadi ada juga yang tidak sedap. 
Dalam beberapa jenis yang saya buat,ada dua yang tidak begitu memenuhi selera.
Ni pun resepi baru di cuba juga,syukur ia menjadi tapi kena pandai-pandai ejas sendiri.
Resepi dari FB.
Let's try baking

BISKUT BANGKIT CHEESE

Bahan-bahan
4 cawan tepung ubi-di sangai
2 1/2 tepung jagung
4 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil baking powder
250 gm mentega
70 gm keju cheddar parut
11/4 cawan gula kastor(kalau nak kurang manis guna 1 cawan)
2 biji kuning telur

hiasan
keju parut secukupnya.

sapuan atas biskut
kuning telur campur air dan sedikit pewarna kuning.

Cara membuatnya

  • Tepung ubi yang telah di sangai,asingkan 1 cawan.
  • Satukan kesemua tepung,baking powder dan susu tepung,ayakkan.
  • Putar mentega dan gula hingga kembang sedikit dan masukkan kuning telur dan keju parut.Putar sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di uli.
  • Jika masih lembik dan melekat di tangan,tambahkan tepung ubi yang telah di asingkan satu cawan tadi sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang sesuai untuk di terap.
  • Rehatkan doh selama 30 minit.
  • Canaikan doh dengan penggelek dan terap dengan acuan pilhan.
  • Panaskan oven pada suhu170 'c.
  • Sapu tray pembakar dengan sedikit mentega dan susun biskut .
  • Sapu kuning telur dan tabur dengan keju cheedar parut di atasnya
  • Bakar hingga biskut masak lebih kurang 15-20 minit


6 ulasan:

  1. Saya nak copy resepi nii tapi kenapa tak boleh??? Tak boleh copy kaa...kalau tak boleh nk copy camna nk simpan resepi nii....ala rugiii tuu ilmu yg x boleh di kembangkan....

    BalasPadam
  2. Cik kena guna browser chrome utk copy..atau noleh screenshoot je resepi ni.

    BalasPadam
  3. Nampak menarik..boleh cuba resepi ni.. jmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com

    BalasPadam
  4. Mcm mn ye nk elak kuih bgkit ni jd kembang & leper lps masak?

    BalasPadam
  5. Mcm mn ye nk elak kuih bgkit ni jd kembang & leper lps masak?

    BalasPadam
  6. mcm mn ye.... nk jadikan biskut cheese rangup n x mudah pecah?

    BalasPadam