Jumaat, 17 Jun 2016

UDANG BERSALUT OATS

Assalam buat semua..
Sedapnya makan udang rangup ni
cicah dengan sos cili Thai ratah macam tu saja .
Bulan puasa ni..
malam-malam lepas pukul 2200 mesti rasa lapar balik.
boleh lah buat kudapan untuk menambahkan kolestrol sedia ada.
Resepi dari Dayang Jack.Thanks

UDANG BERSALUT OATS

Bahan-bahan
10 ekor udang 
2-3 sudu makan tepung goreng  kfc atau tepung goreng serbaguna
sedikit air atau 1 biji telur-pukul sedikit
2 tangkai daun kari
oats secukupnya
minyak dan mentega untuk goreng terendam

Cara membuatnya

  • Satukan udang,air secukupnya,tepung goreng dan daun kari.Gaul rata.
  • Kemudian salut dengan oats.
  • Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk selama 15-20 minit sebelum di goreng.
  • Jika menggunakan telur-gaulkan udang bersama tepung dan daun kari.
  • Kemudian celup ke dalam telur dan salutkan dengan oats.Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk sebelum di goreng.
  • Panaskan minyak dan mentega untuk goreng terendam.
  • Goreng udang hingga garing sampai habis.
  • Hidangkan bersama sos pilihan.

9 ulasan:

  1. assalamualaikum Su
    kalau udang macam ni mmg laris ni kat rumah kaknoor
    sbb anak2 fav sangat udang goreng2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Kak Noor,
      sama lah kat sini laju jer meratah krupp-krapp!

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. Goreng udang macam ni pun ok juga ya. Selalunya saya masak sambal and kari je.

    BalasPadam
  3. Sedapnya! Tadi goreng sotong salut tepung tapi...ntah nape sepanjang Ramadhan ni mood nak tangkap gambar masakan lari ke laut....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letih agaknya Amie..saya ni suka capture tak kira masa.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam