Isnin, 19 September 2016

BEBOLA DAGING SOS LADA HITAM

Assalam buat semua.
Saya masak Bebola daging yang menjadi kesukaan Azim
Buatlah resepi apa pun yang tidak pedas menggunakan Bebola daging,habis kesemuanya di makan.
Kali ini saya cuba buat Bebola daging homemade pula dan di tambah Sos lada hitam versi saya.
Let's try masak

BEBOLA DAGING SOS LADA HITAM

Bahan Bebola daging

200 gm daging cincang
1 biji bawang merah-cincang
1 ulas bawang putih -cincang
1 sudu teh tepung jagung/tepung ubi
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 biji telur-pecahkan telur,kacau dan ambil 1/2
garam secukup rasa

Cara membuatnya

  • Satukan daging cincang,bawang merah,bawang putih,tepung jagung,garam dan serbuk lada sulahdan serbuk lada hitam.
  • Gaul rata.
  • Masukkan telur sedikit-sedikit hingga adunan bebola boleh di bentuk bulat.(jika adunan nampak lembik tidak perlu habiskan telur).
  • Bulat-bulatkan dan ketepikan.
  • Panaskan air hingga mendidih.
  • Masukkan bebola daging dengan perlahan dan rebus hingga masak(bebola timbul di permukaan air).
  • Toskan dan simpan air rebusan.
Sos lada hitam
Bahan

1/2 biji bawang besar-potong memanjang
2 ulas bawang putih -cincang
1 kiub pati daging
2 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar madu
1/2 cawan air rebusan bebola daging
1/2 biji tomato
potongan daun bawang
minyak sayur untuk menumis

Cara membuatnya

  • Panaskan minyak sayur dalam kuali non stick dan tumis kedua-dua bawang hingga naik baunya
  • Masukkan kesemua sos dalam mangkuk dan tambahkan air  rebusan.Kacau rata.
  • Masukkan ke dalam kuali,dan tambahkan  serbuk pati daging,madu dan serbuk lada hitam.
  • Jika suka kuah banyak,tambahkan sedikit air rebusan dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
  • Akhir sekali masukkan potongan tomato dan daun bawang.
  • Kemudian masukkan Bebola daging dan gaul rata dengan sos.
  • Angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan